
Dua anggota TUDM dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi menerima rawatan susulan kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM pada 21 Ogos 2025.
KUANTAN, 21 Ogos – Sebuah pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengalami kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini menyebabkan dua anggotanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam ini.
Mereka dibawa dengan Ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA untuk menerima rawatan lanjut.
Beberapa anggota tentera turut berada hospital memantau keadaan semasa manakala identiti dan status dua anggota berkenaan belum diketahui.

Berdasarkan kenyataan media, sebuah pesawat pejuang TUDM dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM memaklumkan kemalangan membabitkan pesawat F/A-18D Hornet berlaku jam 9.05 malam.
Menurut kenyataan itu, kemalangan berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.
TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan itu.
No comments:
Post a Comment