
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) di Pahang, malam tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi hantaran di platform X sebentar tadi.
“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan dan pemulihan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan segera bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan langkah keselamatan sewajarnya diambil bagi mengelakkan insiden berulang.
Terdahulu pesawat pejuang berkenaan mengalami kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini menyebabkan dua anggotanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam tadi.
Mereka dibawa dengan Ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA untuk menerima rawatan lanjut.

Beberapa anggota tentera turut berada hospital memantau keadaan semasa dan siasatan lanjut sedang dijalankan di tapak kemalangan pagi tadi.
No comments:
Post a Comment