*PILIHAN TERAKHIR*



Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 07/07/2020
(1 - 22)

1. Beberapa hari lepas saya telah mengirim kepada beberapa orang kenalan pandangan ringkas saya berkaitan isu politik semasa:

"No one is perfect. So the best way is to go for Emergency Rule and get rid of ALL those politicians be it from PH or PN. The rakyat is so tired and fedup with those people on top squabbling for positions - NOT for the poor rakyat".

TERJEMAHAN

"Tidak seorang pun yang sempurna. Maka jalan yang terbaik ialah melalui Pemerintahan Darurat dan membersihkan Negara dari ahli-ahli politik sama ada dari PH atau pun dari PN. Rakyat merasa penat dan benci dengan apa yang dilakukan oleh mereka di atas sana yang hanya berebut jawatan - BUKAN untuk rakyat.”

2. Reaksi yang diterima hampir ke semua mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.

3. Lagi pun HANYA dengan cara ini sahaja anak-anak muda boleh dilatih dan diberi peluang memimpin negara; ini kerana sistem politik hari ini TIDAK menggalakkan anak-anak muda terutama yang berpelajaran tinggi mendapat tempat yang diperlukan.

4. Samada bersetuju atau tidak ini adalah pandangan ikhlas saya yang muak melihat telatah mereka yang diberi kepercayaan dan diharapkan oleh rakyat bawahan.

5. Pemimpin dan pengampu / penyokong mereka hari ini HANYA BERLAKON seolah-olah merekalah orang yang berjuang untuk rakyat tetapi setelah diberi peluang, mereka mula mengatur langkah mengkayakan diri, keluarga dan juak-juaknya; rakyat TERPAKSA MENUNGGU sekian lama bagi berjumpa dengan mereka yang telah diberi kepercayaan; ada yang bernasib baik dapat jumpa dan ada pula yang TERPAKSA TUNGGU Pilihanraya sekali lagi apabila 'pemimpin' tersebut datang sehingga ke dapur bagi menagih undi dan memberi sedikit bantuan berupa wang ringgit.

6. YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI ITU SENDIRI KERANA MEREKA BOLEH DENGAN SENANG DIPERDAYA DENGAN JANJI-JANJI MANIS.

7. Amalan salahguna kuasa dan rasuah sudah menjadi makanan dan darah daging mereka yang telah diberi amanah.

8. Dari Perdana Menteri hinggalah budak pejabat, amalan tak bermaruah dan jijik ini bagaikan :
'Irama Dan Lagu
Yang Tak Boleh Dipisahkan’

9. Ayat-Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka; yang dulu diharamkan, kini dihalalkan begitu juga yang pernah dipuji dan disanjung kini diharamkan.

10. Pengikut-pengikut Parti Angkut Sampah ini pula terlalu percaya dan taksub seolah-olah pemimpin mereka adalah Perwaris Nabi yang maksum; tidak boleh menyoal apatah lagi mengkritik jika mahukan ke Syurga.

11. Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang politik, malah ia turut dilakukan oleh sebahagian Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sehingga sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA.

12. Ini semua berlaku kerana bak kata pepatah :
'Ikan Busuk Bermula Dari Kepala'

13. Rampasan Kuasa dilakukan semata-mata bagi memenuhi nafsu; suara dan dan hak rakyat TIDAK LAGI DIPEDULI, DIHORMATI DAN DIAMBIL KIRA.

14. Alasan yang didendangkan kepada rakyat khususnya orang Melayu ialah KONONNYA bagi menjamin kuasa Melayu daripada dikuasai oleh DAP.

15. Sebenarnya mereka tahu dan sedar bahawa DAP hanya mempunyai 42 Kerusi Parlimen dari 43 Kerusi yang mereka bertanding dari jumlah 222 Kerusi dan DAP pula HANYA menentang calon-calon MCA dan Gerakan sahaja, BUKAN calon Melayu UMNO dan PAS.

16. Yang sedihnya ramai orang Melayu termakan dengan DAKYAH dan FITNAH yang SENGAJA DICIPTA oleh UMNO dan PAS kononya DAP akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu, Bahasa, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

17. "Bangsa Sendiri Yang Mencuri Hak Bangsanya Tapi Dia Akan Tuduh Bangsa Lain Supaya Dia Bebas Mencuri.

Negara Akan Pasti Hancur Kerana Adanya para PENGKHIANAT Bangsa Sendiri."

- Itulah pesan Bung Karno atau Soekarno, Presiden Indonesia kepada rakyatnya sekitar tahun 1955

18. Perkara di atas sebenarnya telah TERMAKTUB / TERTANAM DI DALAM PERLEMBAGAAN; ia TIDAK BOLEH DIPINDA APATAH LAGI DIHAPUS oleh sesiapa pun apatah pula DAP yang hanya miliki 42 Kerusi; walau 100 Kerusi sekali pun.

19. Tidak dinafikan ada segilintir masyarakat Cina dan bukan Islam yang kebetulan Ahli DAP yang terus menyalak namun mereka ini tak ubah seperti :
'Anjing Menyalak Bukit'

20. Apa bangsa sekali pun samada orang Cina, India mahu pun Melayu pasti terdapat beberapa orang 'extrimis' di kalangan mereka yang menyakiti perasaan bangsa lain.

21. Keadaan Negara kini TERLALU BERCELARU (confused state) disebabkan 'mainan politik melampau' oleh pemain-pemain politik yang mementingkan diri; rakyat menderita dan ramai pula yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran COVID-19, maka PILIHAN TERAKHIR DAN TERBAIK ialah Yang DiPertuan Agong hendaklah MENGGANTUNG PARLIMEN dan MELANTIK seorang Ketua Pentadbir yang difikirkan sesuai.

22. SEMOGA KITA TIDAK KESAL APABILA NASI SUDAH JADI BUBUR.

Wassalam
Terima Kasih.

30 TAHUN BAIKI AIR KELANTAN, SIAPA SAPU PROJEK?

MUDAHNYA MELAYU KAMPUNG KENA TIPU

UMNO MESTI BERMARUAH SEDIAKAN CALON PMNYA SENDIRI

UNDI SULIT, PH MUNGKIN MAMPU KEKALKAN SPEAKER TAN SRI ARIFF

UMNO TOLAK PENDAFTARAN PN: MUHYIDDIN DI HUJUNG TANDUK

TAK JADI PULA BERANAK SULONG KAN ?


W.FAUDZIN

Tak sempat nak beranak, keguguran pulak...hahaha...
Maksudnya di Sarawak, dakwah Islam tak perlu dah sebab kami dah jadi menteri kerajaan tepuk atap...
Takbir!!


ISLAM TERANCAM DENGAN SAJAT



MOHD SHAH RIM

Islam terancammmm..!!! PH boneka DAP..!!! Menteri agama bodo..celaka PH..!! apa lancau sekarang ..??



Imej mungkin mengandungi: 1 orang

KINI FB KHAIRUDDIN DISERANG NETIZEN..JAM 430 1.1 K UCAPAN TAKZIAH BUAT BELIAU





TIDAK GUNA UMNO BERMUAFAKAT DENGAN PAS JIKA TIDAK MAHU JAWATAN PM.


Apabila BN kalah PRU14 dan UMNO buat pertama kali hilang kuasa sejak merdeka, bahkan peranan Pas sebagai kuasa ketiga dan untuk memecahkan undi juga tidak menjadi, kedua-dua parti itu akhirnya mengambil keputusan menukar hubungan yang selama ini tersembunyi menjadi sebuah ikatan rasmi.
Dengan itu, terbentuklah Muafakat Nasional, suatu perkahwinan politik yang rasmi antara UMNO dan Pas.
Sebelum ini, hubungan UMNO dan Pas hanyalah secara tidak rasmi dan kononnya bukan berkaitan politik.
Ia bermula apabila Najib Razak dan Hadi Awang duduk sepentas berbaju merah jambu dalam Program Multaqa Ulama pada 17 Disember 2015 di mana kehadiran mereka itu telah mencetuskan kegemparan baru dalam politik negara ini.
Sejak itu telah dikesan seolah-olah wujud hubungan main mata antara UMNO dan Pas, meskipun kedua-duanya saling menafikan.
Apa lagi, melalui kenyataan beberapa pimpinan Pas yang mula lunak terhadap UMNO, diikuti dengan parti itu bertanding 145 kerusi dalam PRU14 lalu, tujuannya adalah nyata difahami untuk memberi laluan mudah kepada UMNO mengekalkan kuasa melalui usaha memecahkan undi.
Begitu pun, berikutan arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakyat terlalu kuat, UMNO dan BN gagal mengekalkan kuasanya, manakala Pas pula hanya menang 18 kerusi saja.
Tetapi, kekalahan BN itu telah menjadikan UMNO dan Pas berani mendedahkan hubungan mereka sehingga akhirnya terbentuklah Muafakat Nasional.
Dalam hal ini, tanpa keraguan lagi wujudnya Muafakat Nasional adalah kerana UMNO ingin berkuasa semula.
Pas pula setuju mengikat hubungan secara rasmi dengan UMNO ialah untuk memberi bantuan secara terbuka, tidak lagi secara sembunyi dan tidak rasmi seperti sebelum ini.
Begitu pun, berdasarkan perkembangan semasa, terutama setelah hubungan melalui Muafakat Nasional telah menunjukkan hasil dengan mereka menang beberapa pilihanraya kecil, malah UMNO dan Pas kemudiannya juga berjaya berada dalam kerajaan melalui pintu belakang bersama Muhyiddin Yassin dan Bersatu, UMNO kini seolah-olah berundur ke belakang dengan tidak mahu lagi pemimpinnya duduk di kerusi Perdana Menteri.
Kecenderungan UMNO, terutama yang ditunjukkan oleh pemimpinnya yang ada jawatan dalam kerajaan ialah mereka mahu terus mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Apa sudah jadi?
Lupakan UMNO kepada tujuan Muafakat Nasional yang diwujudkan?
Lupakah juga kepada tujuan bergabung dengan Pas?
Bukankah ia untuk memenangi pilihanraya, mengambil balik kuasa dan meletakkan semula pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri?
Walaupun difahami UMNO kini bersama dengan Bersatu dalam PN, tetapi tidakkah UMNO dan Pas merupakan blok terbesar dalam kerajaan, bukan saja sekarang malah besar kemungkinan kedudukan itu berterusan lagi selepas PRU15 nanti?
Makanya, UMNO bukan saja harus, bahkan wajib, mengambil alih kerusi Perdana Menteri yang diduduki Muhyiddin sekarang ini.
Sebagaimana banyak disebut oleh pemimpin UMNO sendiri sebelum ini bahawa sokongan kepada Muhyiddin hanyalah sehingga PRU15 atau secara sementara saja, ia seharusnya dikekalkan sampai bila-bila.
Lebih-lebih lagi dengan kedudukan Bersatu yang berantakan, tiada akar umbi, hanya parti kecil dan sekadar parti serpihan kepada UMNO, mengekalkan lagi Muhyiddin adalah sesuatu yang memalukan buat parti Melayu terbesar itu.
Lebih daripada itu, dengan bergabung bersama Pas pula, Muafakat Nasional adalah gabungan politik Melayu terbesar yang tidak pernah tercipta di negara kita sebelum ini.
Namun, tiba-tiba tiada calon Perdana Menteri yang mahu ditonjolkan!!
Tidakkah ia pelik jadinya?
Jika tidak mahu jawatan Perdana Menteri, lebih baik UMNO tinggalkan saja Muafakat Nasional dan semua ahli UMNO beramai-ramai berpindah menyertai Bersatu.

 (Shahbudindotcom 07/07/2020)


BILA PULAK NAK LAKUKAN DEMONTRASI BEGINI??


INILAH KEMPEN YANG DIJALANKAN.KENAPA PH JUGA TIDAK MELAKUKAN  PERRKARA SAMA UTUK JATUHKAN KERAJAAN.


SILA KE OLDER POS UNTUK BERITA AWAL




PIHAK TUAN/PUAN BOLEH KE OLDER POS ATAU MENEKAN BUTANG > SAMA ADA VERSI WEB ATAU VERSI BIASA.

ADAKAH INSTITUSI PASTI BERDAFTAR ?


Jamzuri Ardani

Isunya bukan soal layak atau tidak. Isunya ialah etika tadbir urus wang sumbangan orang ramai oleh sebuah agensi kerajaan.

Saya juga bukan anti dengan PASTI. Ada kaum kerabat keluarga saya yang bertugas di PASTI. Anak-anak saya tujuh orang semua lulusan PASTI.

Malah ketika saya sudah meninggalkan PAS pun masih ada kawan-kawan dari parti lama yang wassap saya minta sumbangan untuk PASTI dan saya tidak ada masalah beri sedikit sumbangan sekadar mampu (hilang pahala bagi tau orang 😅)

PASTI adalah entiti pra-sekolah yang berdaftar dengan PAS. Ia tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.  Guru-guru PASTI wajib menjadi ahli PAS. PASTI juga adalah institusi yang banyak menyumbang dana untuk aktiviti parti Pemuda PAS.

PASTI mengutip yuran bulanan dan menjual buku-buku kepada pelajar-pelajar PASTI seluruh negara. Keuntungan dari jualan buku-buku sahaja mencecah ratusan ribu tinggit setiap tahun. Ia tidak pernah bayar cukai kepada kerajaan.  Premis PASTI tidak bayar lesen untuk beroperasi kepada PBT.

Ada PASTI yang dhaif dan miskin. Ada juga PASTI yang kaya raya.

KESIAN KHAIRUDDIN MERAGAM

Ahmad Munir Abdullah

Din ni kata kat mat sabu sewel tapi page Amanah pi post yang dia kata parti Amanah hebat. Kesian  Bang Mat 😊

DAP PENANG DAH LAMA BAGI BANTUAN PADA INSTITUSI ISLAM....JAKIM BARU NAK LAKSANAKAN KAH?



Kelmarin diberitakan JAKIM atau Menteri Agama menyumbang RM 100 ribu dari tabung atas nama "Musa'adah" kepada pusat asuhan milik parti PAS ..pertamanya, pesan aku pada hentikanlan guna istilah Arab.. cakap jer Tabung bantuan,

Kedua pada prinsipnya, aku takda masalah bantuan kepada Pasti itu..Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dah lama pun beri bantuan pada PASTI walaupun dia milik PAS..cumanya, Sepatutnya melalui peruntukan lain bawah JAKIM terutama bahagian pendidikan..

Kita kena faham, Tabung Musa'adah ini ditubuhkan bagi tujuan membantu mereka yang terdesak dan memerlukan diwaktu ,usibah COVID-19, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan seperti penjaja, atau dibuang kerja.. mahupun mereka yang miskin..

 kalau ada Guru pasti itu ditakrifkan miskin dan kehilangan pendapatan dalam waktu wabak COVID-19..boleh saja disalurkan bantuan ini..tetapi bukan atas nama dan kapasiti bantuan kepada PASTI... institusi PASTI itu milik parti... Jadi ia jadi urusan Parti..

Apapun, Jika ada keutamaan.. PASTI bukanlah keutamaan..Rakyat di Kelantan,Terengganu sendiri ramai yg memerlukan bantuan dan pertolongan berbanding PASTI... ramai hari ini yang kehilangan kerja dan pendapatan..Mereka lebih utama dibantu..

Kalau takat RM 100 ribu.. apalah sangat, bayangkan Gaji butam dan Elaun Duta Asia timur tengah pun sebulan dah lebih RM 50 ribu tak termasuk elaun Ahli Parlimen.. 2 Bulan Elaun Haji Hadi yang sepanjang PKP duduk dirumah..lepak di Marang sepatutnya disumbang kepada PASTI.. 2 Bulan gaji dan Elaun sudah melebihi RM 100 ribu...bukan dari tabung sumbangan orang ramai dan agensi Islam...

Itu belum masuk Gaji buta, dan elaun dari lantikan Kerajaan tebuk atap sebagai Menteri dan GLC GLC Kerajaan.. Apa perlu tabung Musa'aadah untuk rakyat miskin dan terdesak digunakan untuk bantuan kepada pasti milik parti..

Mudah faham kan.. PASTI boleh dibantu.. tetapi bukan dari tabung Musa'aadah..Guru Pasti byg terjejas boleh saja dibantu melalui bantuan Tabung ini tanpa mengunakan saluran melalui pusat asuhan milik parti... :)

Ipohmali

Kenapa Najib Tidak Berkata Benar?



Ds Megat






Perjanjian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah dihadiri mantan PM serta PM China pada 28 April 2011.

Terkini tersebar laporan SPRM yang bocor dan viral disebut PM ( pada waktu itu adalah Najib) ada disebut nilai sebanyak rm15juta untuk selesaikan kes dibawah AMLA yang disiasat SPRM melibatkan kontraktor utama projek terowong tersebut.

Dalam laporan Sprm itu juga ada disebut bagaimana penglibatan Nazri Aziz, manakala nama seperti  Azez Rahim serta  Zahid Hamidi juga disebut.

Diketuai secara umum Nazri Aziz adalah kawan rapat kepada LGE.

Untuk rekod Ahli perniagaan yg disebut dalam laporan Sprm sebagai orang tengah telah didakwa diMahkamah namun tidak mengaku bersalah.

Laporan terkini juga pihak parti PAS menyambut baik laporan Sprm berkaitan kes tersebut tidak ditutup.

Dan sehingga kini tiada komen daripada wakil parti Umno atau pemimpin tertinggi Umno yang menyambut baik siasatann SPRM berkaitan kes terowong diteruskan.

Untuk ingatan kerajaan sekarang diketuai oleh parti BERSATU bersama campuran dengan Pas dan Umno.

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS.



Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.
Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.

Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.

Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.

Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.

Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.

Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.

Mohammad Agus Yusoff.

Demikian satu status yang diperolehi dari FB Prof Mohammad Agus Yusoff beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Raya. Dihantar oleh seorang rakan.

GB tak mahu ulas panjang tapi demikianlah apa yang ditulis oleh Prog Agus tersebut adalah kebenaran yang perlu didedahkan bahawa pentaksub tegas PAS suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik.

Bagi mereka kerajaan PAS Kelantan tidak boleh dikritik kononnya kerana kerajaan Kelantan adalah kerjaan Islam.

Demikian taksubnya pegangan ahli-ahli PAS.

Sedangkan jika kerajaan Kelantan itu kerajaan Islam sewajarnya ia telus dan terbuka untuk dikritik oleh sesiapa juga.

Segala kelemahan, segala penyelewengan dan segala unsur rasuah perlu ditutup semata-mata kerana kononnya ia kerajaan Islam.

Jika demikian, yakinlah kerajaan Kelantan pasti tumbang kerana anai-anai yang merosakkan kerajaan dibiarkan tanpa pembetulan dengan pandangan bahawa segala kelemahan itu tidak boleh dikritik.

Memang tepat kata Prof Agus: pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.



BILA KHAIRUDDIN MELUAHKAN PERASAANNYA..NETIZEN PUN MEMAKINYA




Sama nasib seperti Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah, nasib dia pun tak jauh bezanya. Asal keluar cakap sahaja, kena maki hamun.Kalau banyak ini komen , makna kata banyak lah yang menyampah tu.Herannnya , orang lain ada juga yang khianat, tapi sebab cakap banyak kot...  Ini dalam FB, belum lagi dilihat di tweeter, sama juga , tumbuh macam cendawan. Seronok juga maki orang ni. Nak kata dosa pahala lah, pentas politik lah katakan...maki atas sikap politik. Nasib lah bila bergat dalam politik.Cam tar Senik, ...tunjuk bodo...





BANTUAN JAKIM KEPADA PASTI... Tolong Hentikan Kecaman.



ZAMZURI ARDANI


Sahabat-sahabat semua, ada kalangan kita pernah terlibat dengan Pasti dan saya sendiri  adalah salah seorang yang terlibat penubuhan Pasti di masjid batu Pulai Chondong sekitar tahun 1989, zaman pemerintahan BN di Kelantan.

Masih ingat betapa perit nak mulakan penubuhan dan untuk mencari tenaga pengajarnya juga bukan senang dengan bayaran gaji yang murah dan kadang2 tidak bergaji.

Boleh dikatakan Pasti2 di kampung megalami nasib yang sama, kutipan yuranya yang murah tidak cukup untuk menghidupkan sebuah tadika tetapi guru2nya redha dan terus bertugas dengan penuh ikhlas.

Berbeda dengan Kemas, guru2 Kemas bergaji tetap tetapi Guru Pasti tak usah yanyalah ada SOCSO atau potongan KWSP untuk masa depan mereka.

Kita jangan heret Pasti dengan isu politik sbb penglibatan Pasti dalam pendidikan Pra Sekolah negara cukup besar bahkan ada kalangan anak2 aktivis Amanah sendiri pun ada yang belajar di Pasti. Jangan kata kita yang pernah jadi aktivis Pas tidak tahu betapa hebatnya pengorbanan guru2 Pasti yang terus berkhidmat dengan gaji yang cukup rendah atas ehsan pendokong2 Pas termasuk kita dahulu.

Jadi bila JAKIM hulurkan bantuan sempena Pendemit Covid19, usahlah kita heret jadi isu politik. Bersikap adillah kita kepada guru2 Pasti yang ikhlas berkhidmat demi mendidik anak2 orang Islam. Bantuan baru cuma RM100K bagi saya masih rendah tapi saya juga berharap agar bantuan ini betul-betul sampai kepada Guru-guru Pasti. Kalau bantuan ini tiris kepada aktiviti politik Pas, maka ini wajar kita angkat sebagai isu kita. Kita sokong penuh bantuan kepada Guru2 Pasti ini tanpa Prejudis.

PH Kembali Sepakat: Mahathir dan Warisan Perlu Dirapat! Oleh: Muhammad Hafez Darwis


Parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan sudah pun kembali merapatkan barisan mereka. PKR, AMANAH dan DAP kini nampak lebih kemas dan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya mengejut setelah selesai mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Sesudah melalui fasa hubungan yang "panas" berpunca daripada persoalan siapakah calon PM Malaysia, kepimpinan utama PH kini kembali sepakat memperkemaskan rumah yang telah dibina bersama itu.

Mereka sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Anwar juga diberi mandat untuk berbincang dengan semua pihak bagi mendapatkan kembali mandat PRU14 yang dirampas oleh PN melalui pintu belakang. Ini adalah langkah tepat. Untuk mendapatkan kembali mandat yang dirampas itu kawan perlu diramaikan, musuh perlu dikurangkan.

Setelah rumah sendiri kembali kukuh, maka usaha-usaha untuk memeluk mereka yang di luar rumah tetapi punya aspirasi yang sama perlu dijalankan dengan giat dan cermat.

Plus yang terdiri daripada Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan di Sabah bukanlah musuh. Mereka harus dianggap sebagai rakan seperjuangan yang sama-sama mahukan kerajaan pintu belakang pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.

Dari sudut sejarahnya juga Parti Bersatu adalah sebahagian daripada komponen parti-parti yang membentuk PH. Bersatu ditubuhkan untuk melawan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO pada PRU-14 yang lalu. Namun, akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin, beliau kemudiannya membawa Parti Bersatu kumpulan beliau untuk keluar daripada PH.

Begitu juga dengan Parti Warisan Sabah yang turut menjadi sekutu utama kepada PH dalam PRU-14 yang lepas. Kerjasama antara parti-parti komponen PH bersama Warisan di PRU-14 yang lepas telah membolehkan UMNO dan Barisan Nasional di Sabah akhirnya tumbang.

Walau pun Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan di Sabah sekarang berada di luar kerangka rasmi PH tetapi mereka adalah kawan seperjuangan yang perlu dirapati, diperkukuhkan hubungan dan diajak bersama-sama di dalam usaha untuk mendapatkan kembali mandat PRU14 yang dirampas oleh PN.

Dan buat Mahathir pula, jika sekiranya beliau benar-benar ikhlas untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin, maka seharusnyalah beliau memberi sokongan dan dukungan beliau kepada PH dan bersama-sama membantu PH mendapatkan seramai mungkin anggota parlimen bagi mengemukakan undi tidak percaya buat Muhyiddin Yassin.

Apakah Mahathir ikhlas atau tidak, ini boleh ditentukan melalui keputusan beliau sama ada mahu bersama PH atau menolak kerjasama dengan PH.

Kalau sekiranya Mahathir memilih untuk tidak berkerjasama dengan PH maka kita semua akan tahu bahawa yang sebenar-benarnya tujuan Mahathir bukanlah mahu menjatuhkan kerajaan PN untuk mendapatkan kembali mandat rakyat tetapi cuma sekadar mahu menghalang Anwar daripada menjadi PM Malaysia.

Walau bagaimana pun jika Mahathir memutuskan untuk bersama-sama PH, maka beliau harus menerima dengan ikhlas dan komited menghormati keputusan PH mencalonkan Anwar sebagai PM dan tidak lagi membuat keputusan secara sendirian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden PH sebagai rakan bersama.

Ini adalah antara syarat yang perlu dirundingkan oleh PH dengan Mahathir supaya episod hubungan "panas" antara parti-parti komponen di dalam PH tidak berulang kembali.

Manakala Warisan pula sebagai sebuah parti yang telah bersama-sama PH sejak PRU14 dan merupakan kerajaan yang memerintah negeri Sabah adalah kawan yang sangat diperlukan. Sokongan dan dukungan Warisan adalah sangat penting bukan sahaja di dalam konteks undi tidak percaya kepada Muhyiddin tetapi sebagai suatu jambatan penghubung antara Semenanjung dan Sabah. Tanpa Sabah tiada Malaysia. Tanpa Warisan, PH takkan mungkin mampu untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas oleh PN sama ada melalui undi tidak percaya atau pilihan raya mengejut.

Justeru, Plus yang diwakili oleh Parti Bersatu kumpulan Mahathir dan Parti Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal perlu dirangkul dan dipeluk oleh PH sebagai rakan seperjuangan khususnya dalam usaha untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin di sidang parlimen pada 13 Julai 2020 nanti.

Malahan kerjasama dengan mereka yang di luar kerangka PH dan PH Plus juga patut diteroka asalkan mereka yang ingin bersama itu bersetuju dengan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan, pro-kebajikan rakyat dan anti-rasuah dijadikan dasar bersama.

Oleh kerana itu, kerja-kerja menyambung kembali dan memperkukuhkan jambatan antara PH dan Plus serta mereka yang berkongsi aspirasi bersama perlu dilakukan dengan segera, giat dan cermat demi mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas oleh PN melalui pengkhianatan "Langkah Sheraton".

Meramaikan kawan, mengurangkan musuh, membina jambatan baru dan memastikan jambatan lama kemas terurus serta rumah bersama terus diperkukuh adalah jalan yang lebih strategik buat PH untuk kembali ke Putrajaya.

KEH..KEH..KEH..

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata '"Selama 22 bulan, PH gagal selesaikan pelbagai isu rakyat. Ini yang PN mahu betulkan" Siapa Menteri Hal Ehwal Ekonomi selama 22 bulan tu? GU ANEEITARA SAYA!! … …'

2 BERADIK DIZAMAN TENGAH NAIK


HAMDAN TAHA

Tiada campurtangan PN, agenda reformasi kekal, kata pengerusi SPRSelepas Art Harun Dilantik Sebagai Pesuruhjaya SPR, Abang Pula ...


Art harun dan abang dia memang hebat....ada hubungan istimewa dengan TSMY...jangan ingat Art tu baik dengan Siti Kassim sahaja tau...dia orang TSMY...
Hebat ke dua dua tokoh itu....zaman mereka dan zaman tengah naik...
Lagi pun Umno pun dapat jadi Timbalan speker barangkali Rais Yatim atau Rahdi Sheikh Ahmad akan ambil tempat speker dewan negara....bukan dewan rakyat....bila Art di lantik nanti....tahun ni adik beradik tu dapat gelaran Tan Sri serentak.....adik.abang Tan Sri

OWHHH...HILANG TEMPAT BERGANTUNG NAMPAKNYA KALAU ANWAR NAIK....


Macam la dia pernah duduk dibawah pemerintahan Anwar. Sebab utama ada la dendam dia tu ketika dengan Tambi Chik....ada la gamaknya..Amanah silap la ambik manusia cam gini..bagi ke dia kerusi pun dia kalah...dia nak sembang macamana?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teks