WANG SUMBANGAN ORANG RAMAI ANJURAN JAKIM DISALUR KEPADA PARTI POLITIK PAS?






PASTI adalah institusi pendidikan pra-sekolah yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan kerana penubuhan PASTI adalah sepenuhnya dikelola oleh PAS sebagai sebuah parti politik. Malah, PAS sendiri berpendirian bahawa PASTI adalah termasuk dalam aktiviti parti tersebut dan tidak perlu didaftarkan lagi kerana sudah termasuk dalam aktiviti yang dibenarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Sumbangan dana awam yang dikutip oleh JAKIM kepada PASTI adalah juga sumbangan dana awam terus kepada parti politik. Ini sangat tidak beretika. This is siphoning public money directly to fund political activities.

Walaupun ianya Tabung Sumbangan Orang Ramai, tetapi ia tetap menggunakan institusi kerajaan dan diuruskan dan dikelola oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dibiayai oleh pembayar cukai.

Apakah ini termasuk 'norma baharu' dalam politik Malaysia?

Kredit FB Jamzuri Ardani