KERAJAAN BERDIAM ISU INI?

Kami Viral





 • Saya bimbang skandal penjualan Menara KL cuba ditenggelamkan oleh propaganda dan sentimen politik.


 • Isu ini melibatkan pengkhianatan amanah rakyat dan salah guna kuasa bernilai jutaan ringgit.


 • Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak didakwa merancang sogokan RM7.5 juta untuk percepatkan pengambilalihan Menara KL.


 • Sogokan didakwa dibuat RM500,000 setahun selama 15 tahun.


 • Menara KL yang menjana RM20 juta setahun dijual hanya RM3.8 juta ketika kerajaan berstatus caretaker.


 • Saya persoalkan mengapa Annuar Musa masih berdiam diri dan tidak tampil beri penjelasan.


 • Hydroshoppe turut didakwa di bawah Seksyen 17A SPRM — ini bukan kes kecil.


 • Ini soal amanah negara. Rakyat berhak tahu dan dapat penjelasan.



HABISLAH ANNUAR MUSA KALI INI

Rusia Mau Bangun Pangkalan Udara di RI- Ekonomi Dunia Bermasalah



BILA ANNUAR MUSA TURUN KAMPUNG BARU? - KHALID SAMAD DAH BUKA CERITA

SITUASI INILAH YG PALING MEMBIMBANGKAN HADI ! KERUSI PAS MULA TERGUGAT ?

Antara tunai haji atau mengundi, pilih yang lebih utama – Mufti Wilayah respon

 



Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah tampil menjawab kekeliruan ramai mengenai keutamaan mengundi pada pilihan raya berbanding menunaikan ibadah umrah dan haji.

Dalam satu penjelasan, beliau mengambil maklum kenyataan dikeluarkan seorang presiden parti telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat.


Melihat isu ini, beliau berkata sekiranya berlaku pertembungan, isu ini merupakan isu menyusun tertib keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tuntutan yang dipanggil awlawiyyat.

Dalam hal ini jelasnya, setiap keutamaan akan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada situasi yang mereka hadapi.


“Dari segi fiqh perkara ini perlu dilihat secara terperinci bagi setiap kes dalam mengatur dan menyusun keutamaan pelaksanaan tuntutan agama yang berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.

“Situasi seperti haji yang wajib atau sunat atau nazar, kesihatan bakal haji, urusan keluarga, kedudukan kewangan semasa, peluang kuota masa hadapan, kewujudan teman dalam perjalanan dan lain-lain situasi yang berkaitan dengannya adalah menjadi perkiraan dalam menyusun keutamaan di atas,” jelasnya.



Pun begitu Dr Luqman berkata, tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang ditetapkan pada 26 April tidak akan bertembung dengan tarikh penerbangan pertama jemaah haji iaitu pada 29 April.


Justeru katanya, tidak timbul isu pertembungan antara tarikh pengundian dengan tarikh penerbangan haji dan seseorang itu masih mempunyai kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi jika dijemput untuk menunaikan ibadah haji.


“Dalam menghadapi kehangatan musim pilihan raya, kami nasihatkan agar semua pihak bersifat objektif, profesional dan beretika dalam mengurus segala urusan berkaitan dengannya,” katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan seolah memberi isyarat supaya umat Islam mengutamakan kemenangan politik dan menangguhkan hasrat tunai haji atau umrah.

Ia menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan umat Islam yang berpendapat ibadah haji yang merupakan Fardhu Ain perlu diutamakan berbanding mengundi yang merupakan Fardhu Kifayah.



Undi Pas & tangguh haji: Kalau Pas menang belum tentu Islam menang


 

OLEH AHMAD MURSI


Hj Hadi dakwa “(Ibadah) Haji boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh tangguh. Islam mesti berkuasa.”


Tapi Pas bukan ‘agama Islam’, tapi hanya parti ciptaan manusia sama seperti parti lain.

33 bulan Pas jadi kerajaan tebuk atap dan Hj Hadi jadi duta khas, apa bukti ‘Islam telah berkuasa’. Ada nampak apa-apa yang luar biasa ke selain naikkan cabutan judi?.


Zaman MADANI pula, tanpa retorik seperti Pas, lebih banyak inisiatif perkukuh agama Islam telah dibuat.


Jika Pas dakwa undi Pas lebih penting daripada tunaikan Haji, itu hanyalah menunggang agama untuk naikkan pemimpin Pas yang tidak kompeten.


Dengan tunggangan itu, Pas tidak perlu lagi bersaing atas dasar kebolehan calon dan kecekapan parti.

Walhal, Islam anjurkan pilih pemimpin yang kompeten (Qawiy), bukan kaki ponteng atau makan gaji buta atau tidak Qawiy seperti pemimpin Pas, apatah lagi yang sedang uzur.

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang KUAT (KOMPETEN) lagi AMANAH.” — al-Qasas 28:26.

Bila pemimpin tak layak dipilih atas nama agama, maslahah ummah terkorban. Objektif siyasah syar’iyyah gagal.


Jika dikatakan, “Undi Pas itu Islam. Undi parti lain walaupun Islam — tak dikira Islam”, itu politik ala Khawarij.

Jika kerana DAP dalam kerajaan, maka MADANI tidak lagi dianggap ‘Islam berkuasa’, Pas juga pernah 10 tahun menjadi kerajaan bersama DAP di Selangor.

Cuma kini Pas dah jadi ‘pak turut’ parti GERAKAN. Itu sahaja bezanya.







BENARKAH PELANCONG MALAYSIA MEMBAYAR KERETAPI LAJU INDONESIA?


 

ISWARDY SANGGAH HASSAN KARIM ISU KARTEL.


 

BAHAYANYA FITNAH


 

SEMOGA HANG DIBERIKAN KEKUATAN NAK BAYAR SAMAN.


 

BILA PULAK ERA KENA GANTUNG ?

 Man Toba.


Ramai betul yang laju dok pusing cerita ni. Sat gi meh sini, kita betulkan sikit fakta.


1. Bila pulak ERAfm kena gantung lesen? Mai habaq mai. Tak payah dok reka cerita ikut sedap tekak.


2. DJ tu kena gantung kerja sebab keputusan syarikat sendiri, bukan sebab kerajaan suruh. Sama jugak dengan staff Sin Chew Daily yang terlibat — dorang pun kena gantung. Lagi power, Ketua Editor dengan Graphic Designer siap kena tahan dengan polis.


3. Siapa kata “dah minta maaf + tukar gambar, settle”? Hello, sekarang ni tengah siasat lagi kot. Ada 3 agensi tengah jalan kerja — KDN (bab cetak), PDRM (ikut Kanun Keseksaan), MCMC (bab digital). Lepas semua siap, baru la AGC (Pejabat Peguam Negara) decide nak buat apa.


So chill lah sat. Bagi la penguatkuasa buat kerja. Hangpa yang dok spin-spin ni, tolonglah guna otak sikit. Habis cerita.



KENA KE DIA KOYAK..TAK KENTAL. INGAT DOK CERMAH FITNAH KENTAL. RUPANYA KOYAK. BAIK HANG DOK LAM GUA... KIOK.



IPOH, 22 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong mempertahankan penggunaan satira dalam kenyataan politiknya susulan ancaman tindakan undang-undang oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria.




Razman, yang lebih dikenali sebagai Pak Teh, sebelum ini dilaporkan tersinggung dengan kenyataan media Woo yang memaparkan karikatur dirinya digambarkan sebagai badut menaiki basikal unta di atas tali sambil mengkritik DAP. 


Razman kemudian menuntut permohonan maaf dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Woo enggan berbuat demikian.


Mengulas lanjut, Woo berkata Razman ‘koyak’ dan terlalu sensitif, seolah-olah tidak selari dengan pendekatan demokrasi terbuka. 


“Saya cadangkan kepada Pak Teh mungkin lebih baik masuk ke dalam gua dan tinggalkan media sosial jika tak boleh terima sindiran,” Woo berseloroh.


Woo menjelaskan bahawa satira, melalui gambar, kartun dan karikatur, adalah satu bentuk ekspresi bukan ganas yang telah lama digunakan dalam wacana politik. 


Beliau turut menyebut contoh artis satira seperti Fahmi Reza yang sering menyindir pelbagai pemimpin tanpa mengira parti politik. 


Beliau turut menggesa semua ahli politik supaya bersikap lebih matang dalam menerima kritikan, serta menumpukan perhatian kepada tanggungjawab kepada rakyat. 


Sumber: Malay Mail


#BeritaKS



LUNYAI MAKI MENTERI EKONOMI AKHIR KERAJAAN KEDAH BARU CELIK. PATUT LA NEGERI NAK MELINGKUP

 


Setelah jadi bahan Tiktok kononnya Menteri Ekonomi memangsakan rakyat Kedah, akhirnya permohonan NOC ditarik balik.





Lunyai saya kena maki sebab kononnya berdendam dan memangsakan rakyat Kedah kerana kononnya cuba mensabotaj projek Kerajaan Kedah, iaitu Kulim Hitech Park Fasa 5.


Saya jelaskan yang saya tidak boleh luluskan selagi tidak dapat pengesahan kesediaan penjual tanah untuk menjual tanah.


Bila saya jawab balik, barulah Kerajaan Kedah kembali kepada Kementerian Ekonomi.


Jadi baru-baru ini, Kerajaan Kedah telah mengesahkan secara bertulis, dua perkara:


(1) Hasrat untuk membatalkan permohonan NOC yang dia tuduh saya tidak luluskan. Pembelian itu memang tidak dapat diteruskan sebab yang saya dimaklumkan tuan punya tanah tidak pernah mengesahkan secara bertulis bersetuju menjual tanah. Bayangkan kalau saya pakai luluskan permohonan asal tanpa pengesahan bertulis.


(2) Permohonan NOC baru untuk membeli tanah asal yang bermasalah. Permohonan perubahan skop itu kini bertukar, iaitu kos keseluruhan membeli tanah naik dari RM195 juta yang dipohon dahulu, kepada harga baru iaitu RM362 juta.


Berita baik untuk rakyat Kedah - Kementerian Ekonomi telah luluskan permohonan itu dan KHTP Fasa 5 boleh diteruskan.


Berita kurang baik untuk rakyat Kedah - agensi Kerajaan Negeri Kedah tambah hutang dari hutang asal RM195 juta yang diberikan Kerajaan Persekutuan, tambah lagi RM180 juta pinjaman yang perlu diusahakan Kerajaan Negeri Kedah sebab kos telah meningkat kepada RM362 juta.


Saya boleh saja mintak EXCO terbabit minta maaf secara terbuka kerana cuba memburukkan nama Kementerian Ekonomi untuk menutup kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kedah, tapi saya ingat rakyat pun tahu perkara sebenar, tak perlu panjangkan isu ini. Yang lebih baik ialah EXCO terbabit minta maaf dengan rakyat Kedah.



KEH.. KEH.. KEH...

 


PMX jelaskan peruntukan RM1 billion untuk penanaman pada di Kedah diuruskan MADA, patutlah Sanusi meroyan.. bukan melalui kerajaan negeri.. 😆😆







ZAMAN KARTEL NI MASA SI JEMIN JA DALAM PKR. KOT SAKI BAKI ADA LAGI ENTAH LA.



 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan kekalahan pihak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menyisihkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat daripada kebangkitan akar umbi parti yang menghukum mereka.






Veteran PKR itu berkata, akar umbi mahu memusnahkan politik elit dan politik kartel yang kini sudah berakar dalam PKR.


#malaysiagazette #Kartel #PKR


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



BALA LA KALAU FATWA SESAT MACAM NI


 

KES PUKUL RAMAI RAMAI. INI CERITANYA. PDRM ELOK DAH KALAU CEKUP DAN HAJAR BUDAK BUDAK NI.

 



Alif Jamil



Negara ni dah cukup rosak dikerjakan elitikus politik, nak ditambah lagi dengan budaya samseng seperti dalam video ni. 





Waema apa pun cerita nya , budaya bantai membantai orang sampai lunyai ni tak patut dibiarkan. 


Mohon PDRM ambil tindakan tegas. 

Kawan² JB kalu ada info budak² ni tolong panjangkan ke Selangor. 


Saya nak berkenalan. 

Nak ajak sembang sikit pasal etika dan kemanusiaan.



SIHAT ELOK DAH ABANG BELON. DULU ORANG KATA PN GUNAKAN HANG.. IYA SUNGGUH. LA ORANG AMANAH BAWA HANG DAN BANTU


 

KISAH ASAL LADANG DURIAN MUSANG KING RAUB


 

MENGUNDI WAJIB, HAJI BOLEH DITANGGUH – ANAK TUAN GURU NIK AZIZ

 

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa kewajiban menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya perlu diberi keutamaan sekiranya bertembung dengan ibadah haji.

Beliau berkata, pandangan itu merupakan ijtihad yang diterima dalam kalangan para ulama dan bukan perkara baharu dalam perbahasan fiqh Islam.

Menurutnya, pandangan tersebut turut disuarakan oleh Allahyarham bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am Pas, apabila menyarankan supaya ibadah haji ditangguhkan ke tahun berikutnya jika bertembung dengan pilihan raya.

“Siapa pun yang ada ilmu agama tahu bahawa kewajiban menunaikan ibadah haji, sama ada secara segera atau boleh ditangguhkan, adalah perkara khilaf. Maka pandangan ulama untuk mendahulukan kewajiban mengundi adalah ijtihad yang diterima.

“Almarhum ayahanda Tuan Guru adalah antara ulama yang menyarankan ibadah haji dibawa ke depan jika bertembung dengan pilihan raya. Mengundi adalah kewajiban penting umat Islam dalam menjaga agama dan negara,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.

Nik Abduh yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok turut mengingatkan umat Islam agar tidak memandang remeh tanggungjawab mengundi yang dianggap sebagai fardu kifayah dalam konteks mempertahankan pemerintahan yang adil dan berlandaskan syariat.

“Sukalah musuh-musuh agama, tidak kira kafir atau munafik, jika mengundi diletakkan pada darjat kedua, apatah lagi ketiga, oleh umat Islam sendiri.

“Kekalkan dalam benak fikir anda bahawa mengundi dalam pilihan raya adalah wajib. Ini saya tulis secara ringkas,” katanya.

Media sebelum ini pernah melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz pada 2012 yang menyokong langkah penyokong Pas membatalkan niat menunaikan haji jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan pada musim haji tahun tersebut.

Allahyarham ketika itu menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan seseorang menunaikan haji hanya kerana namanya telah tersenarai sebagai jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji.

“Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10 Hijrah, sedangkan ayat mengenai wajib haji diturunkan pada tahun keenam,” katanya seperti dilaporkan media.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/724262/berita/nasional/undi-wajib-haji-boleh-tangguh-ndash-nik-abduh?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR7NbF-hW1c0a5jCaexPWOkDG2POZZp5vHJWsgW8l1sqGkb1ZOObHGDaEDrSkQ_aem_LevPcrPtccD7teg8MAXiQQ#m9rwh3316b2o8eoj59a



Gara-gara sindir PMX bawa cucu ke pejabat, orang ‘kuat’ Isma kena kecam tutup ruang komen





ADA PHD TAPI BODO GAK NOHHHH. 



Setiausaha Agung Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Ahmad Sanusi Azmi kena kecam gara-gara menyindir Perdana Menteri yang membawa cucu ke pejabat pada hari minggu lalu.

Dilihat sudah ‘koyak’, Ahmad Sanusi bertindak menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan di Facebook beliau sehingga berterusan dihujani kritikan orang ramai.


Antaranya, Ustaz Zaki Sukery yang menegur Ahmad Sanusi apabila menggunapakai kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang memadam pelita lantaran tidak mahu menggunakan duit rakyat.

“PMX bawa datang cucu ‘melihatnya bekerja’ atas rungutan selalu tidak berada di rumah bukannya ‘menggunapakai aset Kerajaan untuk hal peribadi’.


“Sebagai contoh, jika cucu PMX datang membuat kerja sekolah menggunapakai alat tulis hak milik Bangunan Perdana Putra itu memang terang-terang salah tatakelola.


“Cuma tiadakah kisah PMX tak ambil gaji, tidak tinggal di kediaman rasmi dan menganjurkan majlis ilmu dan mujalasah ulama’ di Kompleks Seri Perdana?” tempelaknya.



HABAT...

 


Mizra Ibrahim


Kat depan wallaun cakap Cina komunis..kat depan Cina terus jadi khadam😂





LADANG DURIAN TERBESAR DIDUNIA. MELAYU PUNYA KAH INI?


 

DULU KUTUK ORANG, SOH MAIN PERMAINAN MURAH. SEKARANG KO MAIN GOLF PULAK NO....




 Dulu sembang ‘mainlah permainan murah’, kini MB Kedah dah hayun kayu golf


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengundang kritikan dan sindiran orang ramai apabila berkongsikan aksinya bermain golf.


Naib Presiden Pas berkenaan berkongsikan klip video beliau berdurasi 21 saat ketika menghayun kayu permainan itu yang dilihat dilakukannya pada waktu malam.


Menerusi akaun TikTok beliau, difahamkan Sanusi bermain golf sebagai latihan kerana ada pihak membuat pertandingan sukan itu.



Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengakui tidak biasa bermain golf sebaliknya hanya tahu menggunakan mesin rumput.


Dema nak buat pertandingan golf pulak…


“Kita ni tak besa katok kayu golf. Mesin rumput gheti la. Mari la belaja katokSat bola ghi kiri, sat bola ghi kanan. Cara tak besa, gitu laa dey..,” tulisnya dalam loghat Kedah.


Untuk rekod, golf secara umum dikenali sebagai sukan mewah memandangkan yuran keahlian kelab boleh mencecah ribuan ringgit setahun.


Peralatan golf seperti set kayu golf, kasut khas, dan bola juga adalah mahal serta yuran bermain (green fee) di padang golf juga tinggi terutama di kelab eksklusif.


Rata-rata netizen menempelak Sanusi, 50, yang disifatkan cakap tidak serupa bikin memandangkan sebelum ini beliau pernah menyatakan tidak bermain golf.


“Saya tak main golf tuan-tuan. Saya main ragbi. Bola ragbi murah saja. Satu bola ragbi boleh main 30 orang.


“Jadi, mainlah permainan-permainan yang murah,” katanya dalam sedutan ucapan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan yang tular di media sosial.


Cemuhan terhadap Sanusi juga termasuk membandingkan pemimpin Pas itu dengan wakil rakyat DAP yang belum pernah nampak pula mereka bermain golf.


“Karaoke pandai, masak pandai, bola pandai, golf pandai. Tambah bini pandai, spin pandai.. MB sempoi…


“Kenyataan dulu akhirnya dah makan diri. Sedarlah Allah dah tunjuk satu demi satu.


“Saya dulu orang susah tuan-tuan, orang miskin! Tapi itu dulu tuan-tuan… sekarang ana masuk parti lebai, bini boleh dua, walaun-walaun pun sayang saya,” demikian antara sindiran netizen di ruangan komen TikTok Sanusi.








LOKMAN PULA SEKOLAHKAN HADI AWANG! HADI AWANG HARUS DIAMBIL TINDAKAN TEGAS!

USA PUN TAK SEHEBAT INI.

 


Idris Sagon , anak dan cucu saya tak kebeluq PAS jadi Kerajaan...

RAFIDAH SECARA TERANG ANUAR & SHAHIDAN! KHALID SAMAD JUGA YANG DIFITNAH ...

KISAH MAT JENIN DI RAUB

 Hamdan  Taha. 






Saya tertarik menengok orang melayu siap bersilat lah, pakai tengkolok bawa keris la kononnya pertahan tanah melayu di raub yang di teroka, isu melayu dan islam pun di mainkan


Pada hal DO, ADO, Pengarah Hutan, Pengarah Alam sekitar, PDRM, daerah raub selama 60 tahun semua Melayu dan semua yang pernah bertugas di sana semua tahu hal tanaman durian tu dan tak pernah ambil kisah pun malah tidak pernah menghalang pun.... Tapi mereka tu seorang melayu pun tak sebut... Asyik sebut cina Dap je yang salah.... Dap baru je jadi MP raub tu yang lama MCA bukan Dap....


Kita pun nak tahu juga selepas peneroka di halau dan betul dah tindakan tu, siapa yang akan dapat tanah tersebut atau dah ada pihak yang dapat, dan yang dapat tu rakyat Melayu ke, orang susah ke atau ada syarikat yang dapat dan syarikat tu pun entah melayu atau bukan melayu, jika syarikat bukan melayu maknanya semua yang bersilat buat Demo kena scam je, jadi alat kepada pengkianat bangsa dan melayu hanya di gunakan supaya peneroka di lihat bangsat dan jahat.... Tapi pemilik baru tu siapa.... Macam mana dia boleh dapat tanah tu....




Saifuddin Nasution Belum Putuskan Tanding Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN

 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 22 Apr – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau belum membuat sebarang ketetapan sama ada akan mencabar Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan KEADILAN 24 Mei ini.

Bekas Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, walaupun ada pihak yang menyebut mengenai perkara tersebut, namun tiada keputusan dibuat ke arah itu.

“Saya pun mengikuti juga beberapa pandangan orang yang mula menyebut tentang idea bahawa sampai masanya saya membuat pengumuman dan sebagainya. (Namun) saya masih lagi belum membuat apa-apa ketetapan ke arah itu (tanding jawatan Timbalan Presiden),” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Terdahulu media melaporkan, perkembangan pemilihan di 222 cabang KEADILAN menyaksikan sekutu Rafizi hampir di seluruh megara tumbang mencetuskan persoalan menarik yang memungkinkan wujudnya pencabar Ahli Parlimen Pandan bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Antara pemimpin tewas yang dikaitkan dengan Mohd Rafizi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah kepada Datuk Afdlin Shauki Aksan di Cabang Setiawangsa dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang kecundang di Cabang Johor Bahru.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kedua-duanya tewas dengan majoriti tipis selain ramai lagi sekutu Mohd Rafizi turut tumbang di beberapa cabang di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor.

Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan kesetiaannya terhadap parti dengan ‘track record’ selama 14 tahun menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung.

“Orang tua macam saya ini lebih nostalgik bila cakap tentang sejarah parti, saya cuma mengajak semua pendokong parti supaya menganggap proses pemilihan ini satu proses demokrasi yang segar. Kalau ada tidak puas hati misalnya, saluran parti itu harus digunakan,” katanya.




BERKAWAN DENGAN PAS, BERSEDIA UNTUK ANDA DIKETEPIKAN BILA PAS NAMPAK ADA KAWAN LAIN YANG LEBIH BERGUNA


 Pertembungan dalaman Bersatu, cubaan Pas main kayu tiga, dua-dua bercakaran di Perak

Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh mendedahkan pertembungan dalaman Bersatu Perak, cubaan Pas bermain kayu tiga dan percakaran antara dua parti utama Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning.


Pertembungan dalaman yang dimaksudkan melibatkan naib presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang lebih dikenali sebagai Peja dan Adun Sungai Manik Zainol Fadzi.

Faizal Azumu juga pengerusi Perikatan Nasional Perak.



“Pergaduhan antara Datuk Seri Faizal Azumu dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi bukan lagi rahsia. Zainol melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu Perak selepas berlaku perbalahan dengan Faizal, dan semalam secara terbuka melalui satu hantaran di Facebook, menempelak seorang “Mr. P”, yang secara umum difahami ditujukan kepada Faizal sendiri.


“Dalam hantaran tersebut, Zainol menyuarakan kekecewaan terhadap sikap tamak dan perebutan kuasa dalam partinya sendiri.

“Lebih memburukkan keadaan, hari ini Perikatan Nasional Perak menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN untuk menukar tempat duduk Zainol dalam Dewan.



“Ini bukan lagi khabar angin, ia pengesahan rasmi bahawa krisis dalaman Bersatu sedang berlaku secara terbuka dan memalukan.

Salman turut mendedahkan pergolakan di dalam Pas dan cubaan Pas untuk bermain kayu tiga ekoran kedudukan Bersatu yang lemah.

“Pas juga bergolak dan tidak ada hala tuju di peringkat kepimpinan negeri. Razman Zakaria ketika ini sedang digantung jawatan Pesuruhjaya Pas Perak kerana tindak-tanduk dan kenyataan fitnah yang mencetuskan ketegangan.

“Keputusan ini memeningkan ahli dan penyokong, dan mencerminkan betapa Pas Perak kini sedang dalam krisis keyakinan dan kepimpinan.


“Jelas sekali, kedua-dua parti utama dalam PN Perak, Bersatu dan Pas sedang bermasalah, bercakaran, dan hilang arah.

“Dalam keadaan gabungan sendiri tidak stabil, bagaimana mereka mahu tampil ke hadapan untuk kononnya membawa kestabilan kepada rakyat Ayer Kuning?

“Lebih mengejutkan, dalam saat Bersatu runtuh, Pas pula ambil pendekatan lunak terhadap Umno. Tidak ada serangan yang jelas, sebaliknya peluru dihala kepada DAP dan AMANAH.

“Penganalisis politik juga mula menyebut, Pas sedang ‘berkira-kira’. Jika perlu berpatah balik, mereka sedia buat apa saja.

“Inilah politik main kayu tiga. Bila kawan goyah, musuh lama pun mula dirayu. Prinsip tidak penting, yang penting kuasa.”