WAWANCARA HADI AWANG MENGARUT, KATA AHLI PARLIMEN AMANAH
1. Maaf, saya masih terpanggil untuk ulas beberapa jawapan Presiden parti suci dalam wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia semalam.
2. Antara lain, ketika ditanya tentang parti suci bertanding secara sendiri dlm PRU , dia jawab dengan berkata parti suci berpijak di atas kekuatan sendiri dan jentera sendiri dan tak menumpang parti lain.
3. Dia juga kata yang parti dia ada pusat penyelidikan yang buat kajian secara terperinci dan turun ke lapangan.Kajian parti dia, dia kata, bukan sekadar sekadar duduk dalam bilik hawa dingin je, tapi turun juga ke lapangan...
4. Bila dia kata parti dia berpijak atas kekuatan sendiri dan jentera sendiri dan tak menumpang orang lain, bagi saya lah, itu ucapan orang ek dan tak boleh nak kerja dengan orang lain.
Patutlah mcm tak naik kelas. Berpijak dengan kekuatan sendiri...tak pe lah jika kuat..jika x kuat dan cuma perasan kuat je , lagu mana pak Aji? Bertanding PRU bukan mcm lawan gusti pak Aji..di mana kekuatan diukur dari satu sudut yang dominan- kekuatan fizikal.
Tujuan berpakat atau bertahaluf ini supaya setiap parti boleh tampung menampung antara satu sama lain. Tapi kena sepak tepilah sikap ek, ego, keras kepala, tak mahu bertolak ansur , flip flop dan asyik nak mendominasi.
5. Buat kajian satu hal, betul ke kaedah dan disiplin kajian/ penyelidikan tu satu hal yg lain. Kajian atau penyelidikan ini bukan berkaitan semata-mata ia dibuat kat bilik aircond atau turun ke lapangan Pak Aji hoi.
Turun ke lapangan sekalipun, lepas tu kaedah dan tatacara mengkaji x betul, resultnya pun nanti tak boleh nak pakai sgt. Ia kena ada ilmu dan dikawal disiplin tertentu. Jgnlah berlagak jika tak tahu. Pernah berlaku dulu ditolak tepi kajian , lepas tu pilih calon atas dasar mimpi!!!
6. Bila disoal mengenai kerjasama dgn parti sarkas , dia jawab parti suci ambil pendekatan ta'awun ( kerjasama ) dalam perkara baik dan menentang dlm perkara tak baik. Ehem ..itu mulut je yang cakap dan hanya ayat di atas kertas.
Di alam realiti, semua orang nampak byk kali dah yang tak baik dan korup, parti suci tak tentang pun..malahan mudah puas hati, berkecuali dan lebih teruk lagi "menyokong" dgn berlapik agama atau guna hujah spt campurtangan asing.. Tak usah nak berbelit dan temberang lah.
Anyway, ta'awun atau mu' awanah dlm perkara baik ni bukan parti suci yg perkenalkan pun. Dah lama dah orang lain buat juga cuma tak kecoh je. Dlm parlimen contohnya, kami dari dulu tak ada masalah nak bagi sokongan apa yg parti sarkas buat yg kami fikir baik.
7. Saya sakit perut ketawa bila dia kata rakyat mahu lihat parti yang berkerja...ya lah kerja sangat lah tu hingga terlupa gamaknya nak hadir sidang Parlimen..ke kehadiran seorang MP dalam sidang Parlimen , yang kami dlm PH anggap ia sebahagian dari kerja kami, tidak pula dianggap kerja oleh parti suci.
Maklumlah, definisi kerja orang suci mungkin berbeza.
MOHD HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG.
TEGAS NAJIB KEPADA ZIONIS HANYA SANDIWARA – MAHFUZ
Tegas Najib kepada Zionis hanya sandiwara – Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap garang dan tegas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dalam isu penentangan terhadap Israel hanyalah sandiwara politik.
Beliau berkata demikian mengulas penjelasan kerajaan melalui Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung isu kehadiran delegasi Israel ke negara ini minggu lalu.
“Rakyat dinyanyikan bahawa Putrajaya bernada keras terhadap Israel hingga mengadakan banyak himpunan, solidariti, solat hajat dan munajat, ceramah sebagai bukti betapa tegas dan kerasnya suara Malaysia.
“Tiba-tiba atas satu tekanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia ‘lembik lutut’ terhadap Israel.
“Mana suara lantang PM yang berdegar-degar mahu membela umat Islam Palestin? Kenapa di saat ini PM seperti ketakutan, tidak langsung bersuara menentang kehadiran mereka?” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.
Kata Mahfuz, mengapa tidak sekali ini pemimpin negara bersikap keras dan garang dengan tidak mengizinkan mereka hadir sebagai suatu tanda protes atas kekejaman yang Israel lakukan.
Jika inilah sikap kerajaan jelas beliau, jangan disalahkan negara umat Islam lain jika ada yang turut mengambil langkah seperti Malaysia membenarkan negara mereka dimasuki perwakilan Israel, membiarkan Israel membahas apa juga topik dan perbahasan sedangkan dalam masa yang sama mereka membunuh ribuan umat Islam di Palestin.
“Memberikan hak mereka berucap atau menghadiri sebarang forum adalah seperti mengiktiraf negara haram Israel.
“Pemimpin negara telah membuktikan bahawa mereka hanya bersikap retorik dan hipokrit hanya berani mengutuk dan mengecam dari kejauhan, tetapi apabila berada di depan mata, mereka diam seribu bahasa,” kata beliau.
Kata beliau lagi, jelaslah bahawa pemimpin Umno bukanlah pembela sebenar umat Islam.
“Umat Islam yang beria-ia memberikan harapan kepada Umno kononnya demi umat Islam di negara ini telah tertipu hidup-hidup dan terpedaya dengan sandiwara politik murahan Umno sedangkan Israel dekat di hati Najib Razak,” katanya.
‘RAKYAT SELANGOR TAK MAKAN UMPAN PLASTIK 20 SEN’ – PH
‘Rakyat Selangor tak makan umpan plastik 20 sen’ – PH
Undi rakyat Selangor bukannya semurah 20 sen sehingga boleh terpengaruh dengan janji pembangkang untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang mengguna beg plastik sendiri bagi membeli-belah, kata wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Selangor.
Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, tawaran yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Noh Omar itu juga menunjukkan menteri berkenaan tandus idea untuk menarik sokongan pengundi negeri itu.
“Rakyat Selangor rakyat yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak mudah terpengaruh dengan sogokan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu.
“Pembangkang Umno/BN Selangor terus menghina kebijaksanaan rakyat negeri dengan janji-janji yang regresif dan mengarut. Mereka menganggap undi anak-anak Selangor boleh dibeli semurah 20 sen.
“Anak-anak Selangor mampu menilai. Umno bakal dihukum sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Noh yang berkata, pengguna tidak sepatutnya dikenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik, seperti yang dikuatkuasa oleh kerajaan pimpinan PKR di Selangor.
Kata Noh, dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor itu didakwa hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan sesetengah pihak sahaja, lapor Sinar Harian.
“Setiap kali membeli barangan, pembeli dikenakan caj 20 sen sekiranya ingin mendapatkan beg plastik.
“Malah, caj ini tidak termasuk dalam resit pembeli dan ia menimbulkan tanda tanya ke mana perginya duit itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.
Menurut menteri itu, pengguna yang membawa beg plastik sendiri sepatutnya diberi bayaran 20 sen untuk memberi kesedaran mengenai bahayanya kepada alam sekitar.
Kajian semula ke atas dasar penggunaan beg plastik itu merupakan salah satu manifesto BN negeri itu dalam usahanya menawan kembali negeri ini pada PRU14.
Mengulas perkara itu, Wong menegaskan, Malaysia sebagai anggota PBB harus lebih serius menangani isu alam sekitar.
“Beberapa buah negeri yang ditadbir BN seperti Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor mula memainkan peranan mengurangkan penggunaan plastik dan bekas polistrena, (tetapi) pembangkang Selangor masih masih buta dan kolot pemikiran,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh berkata BN Selangor tidak memahami polisi yang diperkenalkan yang berperanan untuk mendidik masyarakat Selangor.
Selangor juga katanya telah membuat pelbagai inisiatif untuk meringankan beban rakyatnya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Dia langsung tak faham kenapa polisi ini diperkenalkan. Kena baca dan belajar sekarang. Bukan ceramah cakap sebarangan.
“Kini ramai Adun ada berikan beg kitar semula kepada penduduk. Sekarang semua orang dah ada beg untuk barang dapur,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sementara itu Adun Ulu Kelang, Saari Sungib menjelaskan caj 20 sen yang dikuatkuasa kerajaan Selangor merupakan penalti bagi pengguna dan mendidik mereka mengenai penggunaan plastik beg.
“Orang semakin tahu kepentingan mengurangkan penggunaan beg plastik. Sekarang ramai juga pakai beg kertas. Mereka sudah terdedah dengan kepentingan menjaga alam sekitar.
“Maka BN Selangor hanya memalukan diri sendiri dengan berkata sedemikian,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Bagi Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula, BN mengeluarkan kenyataan populis itu kerana terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk merampas Selangor.
“BN Selangor dah bersungguh-sungguh untuk merampas Selangor. Mereka kena tengok Melaka juga (ditadbir kerajaan) BN dan mereka laksanakan (dasar penggunaan beg plastik dengan baik).”
Pasar raya di Melaka dibenarkan mengenakan caj sebanyak 20 sen kepada pengguna tetapi terhad kepada pembungkus alternatif seperti kotak, beg kertas atau beg bioplastik yang diperbuat daripada tumbuhan yang mudah terurai.
Pasar raya itu juga hanya dibenarkan membekal atau menjual pembungkus alternatif tersebut.
HUSAM AKAN DEDAH RAKAMAN AUDIO PAKATAN UMNO – PAS
Husam akan dedah rakaman audio pakatan Umno – Pas
Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit.
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.
Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
“Pas sudah ambil duit Umno.
“Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.
Mengulas pengakuan Presiden Pas bahawa ada “taawun” dengan Umno beliau berkata, ia merujuk kerjasama dalam pilihan raya.
“Caranya adalah Pas bertanding tiga penjuru supaya menang Umno.
“Perkara ini tentu tidak akan diberitahu kepada pengikut bawahan.
“Ini yang orang Pas wajib tahu dan saya wajib sampaikan,” katanya.
Beliau seterusnya mencabar pimpinan berkenaan yang kini tahu ancaman “sumpah jadi abu” ada di tangan beliau menafikan perkara itu.
“Sila buat penafian kalau perkara ini tidak benar.
“Jika jelas perkara ini benar, pilihan raya ini hanya ada dua pilihan antara PH dan Barisan Nasional (BN).
“Ini kerana menyokong Pas dalam pilihan raya ini hanya bertujuan memenangkan BN,” katannya.
Beliau turut mempertikaikan kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah negara.
“Melalui wawancara dalam akhbar mingguan beliau kata bertanding nak selesai masalah negara.
“Tolong selesai masalah Kelantan dululah,”katanya.
Yang terbaru katanya, pelbagai masalah timbul dalam pengurusan Ladang Rakyat.
“Ladang Rakyat melalui koperasinya yang menguruskan dana ahlinya dari golongan miskin membeli sebuah setesen minyak di Tunjong.
“Akibat salah urus, setesen itu telah terhenti operasi hampir setahun.
“Apa yang malang apabila perkara ini didedahkan oleh satu bloh, mereka boleh jawab, apa masalahnya kalau tak operasi,” katanya.
Sikap seperti ini kata beliau telah menyebabkan kerugian demi kerugian kepada wang rakyat.
“Telah banyak yang telah saya dedahkan, dan banyak lagi yang cuba disembunyikan.
“Kalau mengurus Kelantan penuh dengan kegagalan bagaimana nak janjikan untuk selesaikan masalah negara,” soalnya. –
Subscribe to:
Posts (Atom)