SAPA KATA MAHAI....

 

Kita share benda baik. By real people. Bukan cybertrooper. 

 

#Murahdahni

LM.




Hari ni En Deen Tok Ketuo 

senyum sampai telinga pergi belanja barang dapur. 😅


Biasa kami belanja, ayam 3 ekor, sayur sikit, bawang serai segala, dan makanan kering, harga mesti RM25O ke atas. 


Tapi tadi bila dia nampak ayam sekilo RM7.59, terkejut MadamMi tengok dia angkut 5 ekor ayam terus pergi timbang. Hahahaha. Pakej dengan daging sekilo RM15.99, ikan tongkol 2 ekor dapat RM11.78 dia beli sekali. Kami jarang² beli daging & ikan, sebab anak² kurang makan. 


Bila tengok dia bayar tadi, wowwww terkejut tengok banyak² tu baru RM21O.1O je! Biasa kalau beli banyak barang macam ni, confirm lebih RM3OO. Betul la tadi masa masuk Econsave, nampak ada signboard tulis 1000 barang harga rahmah. Fuhhhh! 😍


MadamMi

Si Tukang Teman Suami Belanja Barang Dapur 🤣

26072023



NAK HABAQ APA NUSI ?

 


Sanusi nk bgtau,polis terpaksa tangkap dia sbb anwar suruh ke??.


Atau sanusi nk bgtau pdrm ikut telunjuk pihak yg berkomplot nk jatuhkan dia???.


Gitu je dia hina dan mmperlekehkan polis seolah2 pdrm takde wibawa dan dicucuk hidung.


Ini mcm punye badut pun walaun angkat jd pemimpin.



NAK CING KA APA NIH...




Takdir !!! Bila masing-masing dah nampak peluang menang ni janji pun ke laut….




WALAUN LUPA WAKIL MEREKA DI PARLIMEN KUANTAN ASYIK TENGOK BAJU NURSE SAJA. KAH..KAH..KAH..

 



Fauziah Salleh post pasal harga minyak masak 5 kg yang dah murah. Walaun tak suka. Tak suka tu satu hal. Dia pergi ungkit jalan raya di Kuantan.


Lupa ke wakil rakyat Kuantan sekarang orang PN? Pergilah tanya dia. Cakap dekat dia, jalan nak sibuk pasal gelek Baby Shima je. Jaga kebajikan rakyat.


Nampaknya walaun tak puas hati dengan khidmat sendiri. Terbuktilah wakil rakyat PN tak buat kerja. Dah nak sokong PN lagi kenapa? Guane boh?


 

Raja Gelap 


SANUSI SALAHKAN SEMUA PIHAK. HANG TUNGGU KALAU BUKTI CUKUP PAKAI LA BAJU OREN TU.


 

[panas] WAN MAHUSSIN UCAPAN BERAPI MEMBALUN KAW KAW PEMIMPIN PAS DI KELA...



KEBANGKITAN ANAK MUDA DI KELANTAN SEMAKIN TERASA!! UCAPAN BEAPI DARI WAN MAHUSSIN DALAM SATU PROGRAM JANGAN SALAH PANGKAH LAGI DI KELANTAN!!

KERAJAAN BERI BANTUAN KEPADA RAKYAT, MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI ..MENJAGA AGAMA DAN NEGARA....INILAH KERAJAAN YANG PERLU DIJAGA...


 

Perbezaan dan perpecahan membawa kepada persengketaan dan polarisasi- part 1

 

Kita memerlukan ahli politik yang boleh menyatukan rakyat, mengatasi perbezaan dan menetapkan sasaran bagi memastikan masyarakat bergerak ke arah yang sama

By

 K Haridas


Cartoon: ZUNAR

Politik identiti menyangkal keperluan asasi dalam sesebuah masyarakat.

Garis buta melibatkan identiti ini dipergunakan, dan secara emosi ia bersangkutan dengan keluh-kesah orang ramai. Namun, ia bukanlah isu harian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada ahli politik.

Keadilan sosial, kesaksamaan, kebebasan, inflasi, kos sara hidup dan keperluan bagi menyediakan peluang setara pula kemudiannya diketepikan, saatnya isu yang menggerakkan emosi yang melibatkan tuduh-menuduh serta saling menyakiti inilah yang merangsang pengundi dan mempengaruhi undi mereka.

Sama ada ia melibatkan isu yang berkaitan dengan warna kulit, etnik, agama atau kewarganegaraan, ia sama-sama dirasai oleh semua orang dengan cara yang berbeza, dan demokrasi kemudiannya menjadi mangsa kepada para majoriti.

Isu identiti cukup ramai yang mengikutinya, dan rakyat akan mengundi berdasarkan emosi dan prasangka mereka yang digembar-gemburkan oleh ahli politik. Mentaliti ‘mangsa’ sekali gus membutakan mereka kepada realiti kehidupan yang lebih asas.

Mereka yang dipilih ke tampuk kekuasaan itu pula ialah ahli politik yang mempunyai hanya sedikit keupayaan untuk menyatukan ‘panglima perang’ yang telah pun berada di Parlimen selama beberapa dekad, dan tidak banyak perubahan yang mahu dilakukan mereka.

Dan kini kita mempunyai seorang bekas perdana menteri yang mempromosikan Wawasan 2020 namun mempersoalkan pula keadaan pelbagai etnik masyarakat yang wujud di Malaysia.

Walau bagaimanapun, ramai daripada mereka juga telah berhasil menjadi kaya melangkaui pangkat mereka, memperkayakan diri sendiri atas nama kaum dan agama. Cukup hebat melihat bagaimana kita ditipu selama ini!

Semakin mereka memecahkan, semakin berpecah belah kita akhirnya. Pakistan boleh menjadi contoh yang baik. Sebuah negara yang diasaskan atas prinsip agama yang lahir daripada perpecahan meneruskan sihir yang terus memecahbelahkan penduduknya sekarang. Perpecahan dalam Islam sendiri berlaku, dan kadangkala perpecahan di antara suku turut merumitkan lagi isu di peringkat akar umbi. Kerajaan, tentera dan politik tidak dapat membantu bagi memenuhi keperluan rakyat, walaupun Pakistan adalah sebuah negara Islam.

Perpecahan tidak pernah inklusif, dan ia hanya akan mengakibatkan lebih banyak perpecahan. Lihatlah bagaimana perkauman telah dimainkan di Sri Lanka, sebuah negara pulau yang indah dan makmur. Isu di antara penduduk etnik Sinhala dan Tamil serta sengketa sivil yang berlarutan sangat menjejaskan sumber negara dan menumpahkan banyak darah warganya.

Apa jadi kepada mereka yang menang? Apabila sengketa itu selesai, banyak dendam yang tersisa, namun ahli politik yang berkuasa tetap berhasil mencari kekayaan untuk diri mereka sendiri. Mereka melupakan kepentingan rakyat marhaen Sri Lanka , dan hari ini negara itu terus goyah dek terkesan kerana keganasan etnik dan salah urus ekonomi. Penderitaan dirasai oleh ramai rakyat kebanyakan di Sri Lanka.

Ambil contoh Afrika Selatan, sebuah negara yang dilahirkan dengan visi yang dipegang Nelson Mandela melalui Kongres Kebangsaan Afrika itu. Rasuah dan politik identiti telah mengalihkan tumpuan tentang keperluan rakyat biasa di Afrika Selatan. Malah, presiden sekarang juga goyah dengan skandal yang cuba dikambus yang nampaknya masih belum selesai sepenuhnya.

Bekas Presiden Jacob Zuma didakwa atas pelbagai pertuduhan rasuah manakala dua beradik daripada keluarga kaya Gupta (sama seperti Jho Low di Malaysia) telah melarikan diri dari negara itu dan tidak diketahui keberadaan mereka hingga sekarang.

Seperti Sri Lanka, Afrika Selatan menghadapi isu ekonomi yang serius, dan ANC mempunyai banyak cabaran menuju pilihan raya akan datang.

Di India, kita mempunyai BJP dan walaupun pemimpinnya telah melakukan beberapa perkara positif, kita tidak boleh terlepas pandang bagaimana mereka juga memanipulasi isu ‘Hindu’. Ramai warga India yang berpendidikan juga terjerumus dengan muslihat menggunakan taktik ketakutan ini yang berasaskan mitos. Sentimen anti-Islam dikipas untuk mendapatkan undi di bawah panji Hindutva. Di sini, sekali lagi politik yang memecahbelahkan serta digerakkan oleh khalayak majoriti menjejaskan kualiti demokrasi India.


Perbezaan dan perpecahan membawa kepada persengketaan dan polarisasi- PART 2



CARTOON BY ZUNAR


Di Malaysia, kita juga telah mempergunakan perkauman terlalu lama. Ia adalah laluan mudah untuk memenangi pilihan raya, tetapi tahap kepimpinan yang dihasilkan cukup lemah. Negara ini telah melahirkan kleptokrat yang terkenal di seluruh dunia, dan rasuah menjadi endemik.

Perpecahan tetap akan memecahkan kita, dan hari ini kaum Melayu pun sudah berpecah-belah – akibat dipergunakan sentimen kaum dan agama sebagai isu untuk meraih undi dan bukannya untuk ditumpukan kepada kesejahteraan semua rakyat.

Umno tidak lagi bersatu, begitu juga Bersatu, sebuah lagi entiti politik Melayu. Nama cukup hebat, tetapi kosong dalam soal pencapaian mereka. Kita sedang menipu diri sendiri untuk percaya bahawa Barisan Nasional masih penting, saatnya MIC dan MCA sendiri menarik diri daripada pilihan raya negeri. Pengakhiran mereka sudah hampir.

Kita tidak boleh membina masyarakat yang bersatu padu dengan mempergunakan isu identiti. Kepelbagaian adalah realiti dalam dunia global hari ini. Isu-isu yang perlu ditangani segera ialah cabaran asas yang dihadapi oleh orang ramai: kesihatan, pendidikan, pekerjaan, gaji hidup. Mereka yang berkuasa perlu memastikan keperluan asas ini dipenuhi.

Kita menyaksikan dalam Malaysia sendiri, wujud jurang perbezaan pembangunan ekonomi yang berbeza-beza dari negeri ke negeri. Infrastruktur logistik, pelabuhan, pengangkutan dan jalan raya semuanya penting untuk pembangunan, dan ini harus menjadi tumpuan.

Namun, ahli politik kita hanya menghabiskan banyak masa mereka untuk menunggang kaum dan agama. Sebagai ‘juara’ isu kaum dan agama, mereka hanya memperkayakan diri dan merosakkan negara.

Sifat rasuah yang mengakar adalah realiti yang tidak boleh diketepikan. Walaupun terdapat citra keagamaan yang melebih-lebih, namun hanya sedikit kualiti serta ciri kepimpinan yang boleh merungkai permasalahan mengikut keperluan negara.

Ramai ahli politik kita memainkan isu yang memecahbelahkan. Mereka langsung tiada idea. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk merumuskan penyelesaian progresif kepada cabaran negara. Pemahaman mereka tentang Islam bukanlah bersifat maju dan mencitrakan keadilan.

READ MORE:  Malaysia facing a decline in reasoning its faith?

 

Sekurang-kurangnya, di bawah “kerajaan perpaduan” sekarang, kita mendengar nada terangkum dari pimpinan. Walaupun ahli politik barangkali masih bermain wayang, ia sedikit melembutkan hati untuk mendengar suara menjurus kepada keterangkuman.

Pakatan Harapan adalah gabungan pelbagai etnik yang mementingkan keadilan, demokrasi dan kesaksamaan. Masa depan adalah gabungan politik yang terdiri daripada pakatan politik yang berbeza melibatkan parti ultra serta parti yang sederhana. Ini akan memaksa parti politik bekerjasama.

Pembaharuan institusi seharusnya terus berada dalam agenda, dan akhirnya, ia akan menghakis cengkaman etnik dan agama pada para pengundi. Jika tidak, kita akan kekal sebagai masyarakat yang berpecah-belah.

Matlamat kami adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu yang menghormati kepelbagaian dan menjunjung nilai-nilai murni yang terdapat dalam semua agama, agar perpaduan dan keyakinan dapat diilhamkan.

Kita memerlukan ahli politik yang boleh menyatukan rakyat, mengatasi perbezaan dan menetapkan sasaran bagi memastikan masyarakat bergerak ke arah yang sama. Usaha memenuhi keperluan semua orang akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Kita tidak boleh membina masyarakat yang manusiawi tanpa pertimbangan kemanusiaan.

Hari ini, kita adalah masyarakat yang berpecah-belah walaupun wujud laungan berkisar soal Rukun Negara, Wawasan 2020, Keluarga Malaysia dan Satu Malaysia. Kita berharap agar Malaysia Madani tidak akan menghadapi nasib yang sama kerana, jika ia menjadi begitu juga, kita akan terlepas peluang sekarang untuk membuat perubahan.

Kita memerlukan dasar tindakan menyeluruh yang baharu bagi menumpukan usaha perpaduan melibatkan semua. Ini harus dicerminkan dalam perkhidmatan awam, dalam pasukan pertahanan, dalam pendidikan dan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Dasar sedemikian akan menghantar isyarat kepada semua orang di Malaysia bahawa mereka penting, dan tanggungjawab itu diberikan kepada semua.

Sebuah jawatankuasa perundingan boleh menangani agenda ini saatnya kita memandang ke hadapan.

K Haridas
Editor bersama, surat berita Aliran
12 Julai 2023

Terjemahah oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 

YANG NI CERAMAH FITNAH KATA KE ORANG. APA DIA BUAT DI KEDAH TAK ADA. SEMBANG BOLEH....HABUK YELLEK...


 

MASA DIA JADI MENTERI KDN - DIA LUPA. BUAT DULU SAMPAI ORANG MARAH


 

PETROL WALAUN MERUNGUT. TAPI HUDUD DAN RUU 355 WALAUN DIAM SELOP


 

MENTERI KPKT NGA KOR MENG TURUN BUAT KERJA.


 

Ekonomi masa hadapan: Kerajaan labur RM1 bilion sokong syarikat pemula









 Ekonomi masa hadapan yang berkaitan teknologi maklumat dan diterajui syarikat pemula atau start up company akan mendapat sokongan padu daripada Kerajaan.



Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat, pagi tadi.



"Malaysia menduduki tangga ke-20 dunia Laporan Ekosistem Syarikat Pemula Global 2023 dengan nilai ekosistem syarikat pemula Malaysia mencecah AS$46 billion bagi tempoh separuh pertama 2020 sehingga 2022.



"Ke hadapan kerajaan bersama GLIC akan melabur RM1 bilion dana tambahan secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula tempatan dan mendorong technopreneur. Ini termasuk memastikan penyediaan dana bagi setiap fasa syarikat berpertumbuhan tinggi;



"Kerajaan juga memperluas pelaksanaan program seperti Corporate Hackathon dan MYHackathon di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 bagi mendekatkan rakyat dan syarikat pemula untuk mengatasi masalah yang dihadapi



"Kerajaan juga memperuntukkan tambahan RM100 juta bagi mempergiatkan ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dengan tumpuan kepada keperluan industri, tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan serta aktiviti pertumbuhan baharu," katanya.



Menyentuh mengenai ekonomi digital pula, kata PM, Kerajaan turut memberi sokongan penuh kepada perniagaan berasaskan digital bagi mengurangkan jurang ekonomi rakyat.



"Untuk memacu reformasi ekonomi digital, pelaksanaan Digital ID akan disegerakan bagi mengembangkan perniagaan dalam talian dan aplikasi berkaitan.



"Geran padanan digitalisasi akan ditambah RM100 juta bagi membantu PMKS menyegerakan peralihan model perniagaan kepada lebih digital," katanya.



Dalam ucapan itu PM juga menyentuh mengenai memperluaskan kerjasama ekonomi Malaysia dalam kerangka ASEAN dan memastikan syarikat negara akan menjadi pemain utama ekonomi di rantau ini.



"Usaha kita sekarang perlu melangkaui perjanjian perdagangan bebas. Misalnya melalui diplomasi perdagangan dan pengaturan

strategik yang boleh mengembangkan integrasi pasaran bilateral dan multilateral serta memudahkan pergerakan barang, modal,

modal insan dan perkongsian teknologi dengan negara jiran.



"Melangkah ke depan, misi baharu perindustrian di bawah NIMP akan menumpukan aktiviti dengan nilai tambah tinggi atau kecanggihan ekonomi.



"Misalnya, kluster di Pulau Pinang perlu menumpukan kepada aktiviti E&E bernilai tinggi seperti Integrated Circuit (IC) design. Sektor kimia pula, perusahaan petrokimia serta oleokimia perlu memberi tumpuan kepada aktiviti pembuatan kimia khusus (specialty chemicals)," katanya.



Selain itu, PM menyarankan pembaharuan dalam banyak segi agar Malaysia dapat tergolong antara 12 ekonomi terbaik di dunia dari segi daya saing dan “ease of doing business”.



PM juga menekankan naik taraf kawasan perindustrian dengan prasarana lengkap serta meningkatkan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan pelabur.



Antaranya, kata beliau, ialah sektor petrokimia di Kerteh, Terengganu dan pusat data di Sedenak, Johor serta industri hiliran

getah di Kuala Nerang, Kedah.



"Sebagai permulaan, RM100 juta disediakan bagi usaha melengkapkan infrastruktur kawasan perindustrian terutamanya prasarana berkonsepkan hijau," kataya lagi.



Tidak ketinggalan PM yang juga menteri kewangan mahu lebih banyak syarikat berasaskan bakat seperti Aerodyne

dan Les Copaque dilahirkan melalui galakan kepada syarikat pemula dan PKS Bumiputera menceburi bidang pertumbuhan

baharu.



Katanya, GLC dan GLIC perlu terus memacu pelaburan DDI dan menyokong pembangunan vendor tempatandalam sektor strategik, seperti E&E, ekonomi digital dan aeroangkasa.

 

Ekonomi MADANI bawa anjakan kepada ekonomi Malaysia - Nik Nazmi


 Ekonomi MADANI yang diluncurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi akan memberi anjakan dalam ekonomi masa hadapan Malaysia, khususnya untuk mendepani cabaran Revolusi Digital atau IR 4.0 yang lebih berteraskan teknologi tetapi dengan memberi sentuhan kemanusiaan terutama dalam aspek membela kebajikan golongan pekerja.


Bagi Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, terdapat beberapa perkara dalam Ekonomi MADANI yang menyentuh secara langsung NRECC dan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


"Sebagaimana kita maklum khusus bagi NRECC, kami ada beberapa perkara yang relevan tentang soal ketahanan iklim, pembangunan hijau dan kemudahan asas untuk semua. Soal elektrik dan air yang disebut oleh PM dalam ucapan beliau.


"Tetapi keseluruhannya, bahawa kita perlu ada satu anjakan dalam kerangka ekonomi kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Ekonomi MADANI juga, kata Nik Nazmi, menjelaskan ke arah mana negara perlu bergerak dalam 10 tahun akan datang dan menetapkan untuk menjadi pemain utama ekonomi di rantau Asia.


"Kita perlu memanfaatkan kekuatan kita, contohnya kedudukan di Asia supaya kita dapat memastikan ekonomi kita berada pada tahap yang lebih tinggi untuk kesemua lapisan rakyat.


"Jadi, bagi saya ini satu perkara yang sangat positif kerana orang akan dapat melihat jelas apa itu (kerangka) ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.