Kita memerlukan ahli politik yang boleh
menyatukan rakyat, mengatasi perbezaan dan menetapkan sasaran bagi memastikan
masyarakat bergerak ke arah yang sama
By
Cartoon: ZUNAR
Politik identiti menyangkal keperluan asasi dalam sesebuah
masyarakat.
Garis buta melibatkan identiti ini dipergunakan, dan secara
emosi ia bersangkutan dengan keluh-kesah orang ramai. Namun, ia bukanlah isu
harian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada ahli politik.
Keadilan sosial, kesaksamaan, kebebasan, inflasi, kos sara hidup
dan keperluan bagi menyediakan peluang setara pula kemudiannya diketepikan,
saatnya isu yang menggerakkan emosi yang melibatkan tuduh-menuduh serta saling
menyakiti inilah yang merangsang pengundi dan mempengaruhi undi mereka.
Sama ada ia melibatkan isu yang berkaitan dengan warna kulit,
etnik, agama atau kewarganegaraan, ia sama-sama dirasai oleh semua orang dengan
cara yang berbeza, dan demokrasi kemudiannya menjadi mangsa kepada para
majoriti.
Isu identiti cukup ramai yang mengikutinya, dan rakyat akan
mengundi berdasarkan emosi dan prasangka mereka yang digembar-gemburkan oleh
ahli politik. Mentaliti ‘mangsa’ sekali gus membutakan mereka kepada realiti
kehidupan yang lebih asas.
Mereka yang dipilih ke tampuk kekuasaan itu pula ialah ahli
politik yang mempunyai hanya sedikit keupayaan untuk menyatukan ‘panglima
perang’ yang telah pun berada di Parlimen selama beberapa dekad, dan tidak
banyak perubahan yang mahu dilakukan mereka.
Dan kini kita mempunyai seorang bekas perdana menteri yang mempromosikan Wawasan 2020 namun mempersoalkan pula keadaan pelbagai etnik masyarakat yang wujud di Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai daripada mereka juga telah berhasil
menjadi kaya melangkaui pangkat mereka, memperkayakan diri sendiri atas nama
kaum dan agama. Cukup hebat melihat bagaimana kita ditipu selama ini!
Semakin mereka memecahkan, semakin berpecah belah kita akhirnya.
Pakistan boleh menjadi contoh yang baik. Sebuah negara yang diasaskan atas
prinsip agama yang lahir daripada perpecahan meneruskan sihir yang terus
memecahbelahkan penduduknya sekarang. Perpecahan dalam Islam sendiri berlaku,
dan kadangkala perpecahan di antara suku turut merumitkan lagi isu di peringkat
akar umbi. Kerajaan, tentera dan politik tidak dapat membantu bagi memenuhi
keperluan rakyat, walaupun Pakistan adalah sebuah negara Islam.
Perpecahan tidak pernah inklusif, dan ia hanya akan
mengakibatkan lebih banyak perpecahan. Lihatlah bagaimana perkauman telah
dimainkan di Sri Lanka, sebuah negara pulau yang indah dan makmur. Isu di
antara penduduk etnik Sinhala dan Tamil serta sengketa sivil yang berlarutan
sangat menjejaskan sumber negara dan menumpahkan banyak darah warganya.
Apa jadi kepada mereka yang menang? Apabila sengketa itu
selesai, banyak dendam yang tersisa, namun ahli politik yang berkuasa tetap
berhasil mencari kekayaan untuk diri mereka sendiri. Mereka melupakan
kepentingan rakyat marhaen Sri Lanka , dan hari ini negara itu terus goyah dek
terkesan kerana keganasan etnik dan salah urus ekonomi. Penderitaan dirasai
oleh ramai rakyat kebanyakan di Sri Lanka.
Ambil contoh Afrika Selatan, sebuah negara yang dilahirkan
dengan visi yang dipegang Nelson Mandela melalui Kongres Kebangsaan Afrika itu.
Rasuah dan politik identiti telah mengalihkan tumpuan tentang keperluan rakyat
biasa di Afrika Selatan. Malah, presiden sekarang juga goyah dengan skandal yang
cuba dikambus yang nampaknya masih belum selesai sepenuhnya.
Bekas Presiden Jacob Zuma didakwa atas pelbagai pertuduhan
rasuah manakala dua beradik
daripada keluarga kaya Gupta (sama seperti Jho Low di Malaysia)
telah melarikan diri dari negara itu dan tidak diketahui keberadaan mereka
hingga sekarang.
Seperti Sri Lanka, Afrika Selatan menghadapi isu ekonomi yang
serius, dan ANC mempunyai banyak cabaran menuju pilihan raya akan datang.
Di India, kita mempunyai BJP dan walaupun pemimpinnya telah melakukan beberapa perkara positif, kita tidak boleh terlepas pandang bagaimana mereka juga memanipulasi isu ‘Hindu’. Ramai warga India yang berpendidikan juga terjerumus dengan muslihat menggunakan taktik ketakutan ini yang berasaskan mitos. Sentimen anti-Islam dikipas untuk mendapatkan undi di bawah panji Hindutva. Di sini, sekali lagi politik yang memecahbelahkan serta digerakkan oleh khalayak majoriti menjejaskan kualiti demokrasi India.