HAAAAAA....ELOK JUGA...NAK HALA KE MANA LAGI KALAU DAH LOMPAT DAN KHIANAT PARTI KENA CARI LUBUK ......DAN LUBUK SITU MEMANG TEMPAT BERKUMPULNYA PARA PELOMPAT ....ELOK CARI KAWASAN BARU.

 

Edmund Santhara, Xavier masuk PBM.





Presiden Pengganti PBM Zuraida Kamaruddin umum Ahli Parlimen Kuala
 Langat Xavier Jayakumar (kanan) dan Ahli Parlimen Segamat Edmund
 Santhara Kumar menyertai parti itu.

PETALING JAYA: Dua bekas Ahli Parlimen PKR menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar.

Presiden Pengganti Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan pertama PBM hari ini.

Dengan kemasukan kedua-dua Ahli Parlimen itu, PBM kini mempunyai enam Ahli Parlimen termasuk Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Lima daripada mereka menang atas tiket PKR, pada pilihan raya umum 2018, manakala Mohamaddin atas tiket Warisan.

Dalam Langkah Sheraton, Zuraida dan Edmund Santhara meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu, pada 2020, manakala Choong dan Sng keluar sebagai bebas dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).


JELAJAH AYUH MALAYSIA VERSI TAMIL, MAKKAL MALARCHI DILANCAR


MENGUNDI WAKTU BANJIR SAMA LANGKAH SHERATON WAKTU COVID?


Siapakah ULARmak Perwaris Orang-orang Yangg Celaka & BINA$A..?? 🤔🤔


 

ADUN MANJOI HENTAM PAS-RUU355 DAH BENAM


 

MACAI UMNO MEROYAN 2 KETUA BAHAGIAN UMNO DIGANTUNG


 

TERENGGANU KINI TIDAK LAGI MENERIMA ROYALTI MINYAK SELEPAS KERAJAAN PH DIJATUHKAN


 

MUSTAHIL PAS UMNO AKAN BEKERJASAMA KERANA KAWASAN YANG DITUNTUT-LOKMAN ADAM

-

 

GEMPAK! UMNO PUTUSKAN PRU15, RAFIZI SEKOLAH TOP 5 UMNOs!!



Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba. Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba. Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku. Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat. Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat. UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15. Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil tindakan. Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik. Sumber Video FB Rafizi Ramli


DIPECAT MENGEJUTKAN! AKHIRNYA VETERAN UMNO DIPECAT!



KENYATAAN TERKINI DARI VETERAN UJMNO YANG TELAH DI PECAT OLEH PRESIDEN UMNO YANG HANYA KERANA MENYATAKAN KEBENARAN BAHAWA UMNO ROSAK DISEBABAKAN PEMIMPIN YANG RAKUS KUASA DAN WANG RINGGIT!




SCAMMER DI MANA MANA

 

NORMAN RADZUAN


SCAMMER DI MANA-MANA TERIMA KASIH PN MONA DIN

Orang Melayu memang mudah ditipu…

CIRI2‘SCAMMER’ YG WAJIB ANDA WASPADA

Scammer merentasi bangsa dan agama. Namun orang Melayu adalah bangsa paling mudah ditipu. Ini kerana bangsa Melayu sememang diakui bangsa mahu cepat kaya dengan cara mudah dan cepat.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Mona Din atau saya memanggilnya sebagai Kak Mona (mantan rakan sepejabat) atas keberaniannya.

Saya kagum org yg berani bersuara walaupun hanya bakal menyusahkan diri sendiri. Puan Mona boleh sahaja travel sana sini cz dia orang berduit tapi dia memilih jalan berliku. Dirinya seperti saya jenis tak senang hati melihat penindasan.

Saya melihat video Datuk Seri scammer ini yg menyerang Puan Mona (di FB Puan Mona). Saya ketawa sendirian hingga ditanya isteri. Saya ketawa sebab bagaimana individu yg langsung tidak mempunyai kredibiliti seperti itu org Melayu mudah percayaDescription: 😂

Saya tak mahulah sebut perkataan yg tidak manis melihat karektor wanita tersebut… cukup saya katakan saya tak faham apa yang ‘Datuk Seri’ ini cakap. Jika Datuk Seri bawalah lawyer untuk berhujah nampak profesional. Yang pasti tarikan utama orang Melayu percaya ialah gelaran Datuk Seri palsu.

REVISE AKTA PDPA

PDRM merekodkan lebih 71,000 kes jenayah komersial antara 2020 hingga Mei tahun ini dengan kerugian lebih RM5.2 bilion. Saya masih tertanya tanya bila lah kerajaan nak revise PDPA? Akta tersebut hanya dilihat seolah olah melindungi scammer.

Scammer adalah pencuri era moden. Ia bukan dilakukan secara sembunyi seperti merompak, menyamun, mengugut atau meragut tetapi ia dilakukan individu yang kita kenali dengan pelbagai cara modus operandi.

Sehingga ada mangsa sanggup keluarkan beratus ribu hingga berjuta ringgit simpanan, sanggup menjual tanah dan rumah. Ini semua mereka terpedaya dengan watak scammer.

Akhirnya ada yg dibuang keluarga, hilang pekerjaan, gila, sakit dan bunuh diri angkara scammer ini.

CIRI-CIRI SEORANG SCAMMER

Mereka selalunya akan menggunakan pelbagai gelaran seperti Tengku, Datuk Seri, Datuk, Tuan Haji, Tuan Guru, Ustaz, Dr dan pelbagai lagi. Tujuan utk memudahkan mereka menyakinkan org ramai. Lazimnya org ramai terutama orang Melayu mudah tertipu dengan mereka yang bergelar.

Yg bergelar Tengku, Datuk Seri, Datuk ini akan berpakaian segak seperti berkot dan bertali leher. Jika bertemu pun di lobby2 hotel atau restoran mewah. Cerita projek sana sini.

Mereka sanggup melabur puluhan ribu menganjurkan majlis yang hebat di hotel 5 bintang utk menyakinkan org ramai melabur. Bayangkan jika 500 orang percaya dengan menyerahkan RM10k seorang.

Kadang-kadang sengaja scammer ini meminta rakannya menghubungi di talian di hadapan kita sambil bercerita projek juta2 di depan kita utk menyakinkan kita dia berduit.

Biasanya mereka akn petik nama org2 politik yg konon sgt rapat dgn mereka atau mengaku sebagai proksi kpd org politik. Atau mereka menggunakan selebriti utk menyakinkan kita.

Modus operandi mereka seperti pelaburan yg konon melabur RM 100k dlm tempoh 2 bulan mampu memperolehi RM 300k. Jika benar ada pelaburan begitu sudah lama bank lakukan kerana mereka mempunyai dana yg cukup besar.

Atau ada juga scammer mahukan kita merekrut org lain untuk mendapatkan pulangan. Itu adalah petanda skim piramid.

Kenapa harus merekrut org? Bila difikirkan, kalau betul hendak melabur duit, kita perlu memberi duit kita dan tunggu sahaja keuntungan.

Sasaran mereka jika anda tiba2 kaya. Biasanya individu yg tiba2 kaya akan alami kejuta budaya. Budaya paling teruk tamak. Maka akn muncul orang-orang yang baru (scanmer) memperkenalkan diri konon untuk membantu kita melabur ke skim2 tertentu.

Scammer biasanya sering tunjuk kekayaan di media sosial. Pernah lihatkan gambar org muda memegang duit yang banyak di laman sosial.

Biasanya mereka yg menjalankan skim cepat kaya akan menunjukkan gambar seperti itu. Fokus scammer perdayakan org ramai utk menjadi kaya dalam sekelip mata.

Ada scammer yang fokus kepada skim dan bukan produk.

Perbezaan ketara yang anda dapat lihat antara skim cepat kaya dengan jualan langsung adalah pemasaran dan penjualan produk. Sesetengah skim cepat kaya mengeluarkan produk hanya sekadar mengaburi mata orang ramai.

Ada scammer yg mencuri gambar pilot atau wanita-wanita cantik dan berkarier untuk berkenalan dgn anda di laman sosial. Jadi berhati hati mereka sedang mencari mangsa.

BERIMEJKAN AGAMA

Scammer agama ini ada pelbagai modus operandi. Mereka akan menggunakan pelbagai gelaran seperti bergelar Sheikh, Maulana, Tuan Haji, Haji, Tuan Guru, Ustaz dan pelbagai lagi.

Gelaran itu sahaja sudah cukup menyakinkan org ramai. Scammer agama ini juga akn berimej alim seperti memakai kopiah, berjanggut dan adakala berjubah.

Mereka ini juga agak unik kerana mereka akan menonjolkan bukan sahaja imej tetapi kelakuan berakhlak mulia untuk kita tertarik dan yakin dengannya.

Mereka juga ada juga yang berniaga skim cepat kaya, mempergunakan org kaya utk menderma ke akaun miliknya dan pelbagai lagi. Ada juga yang sekadar membuka Pusat Tahfiz atau sekolah agama untuk mengaut keuntungan dari wang derma orang ramai.

Nasihat seorang Pegawai Kanan PDRM elak menjawab panggilan yang tidak bernama (tiada dlm contacts list). Ya kadang-kadang kita seolah olah terpukau dgn pujuk rayu mereka.

Saya telah bertahun amalkan nombor yang tiada dalam simpanan saya tidak akn menjawab panggilan tersebut. Jika penting sila Whatsapp sahaja.

Jadi sekarang faham kenapa scammer politik guna sentimen bangsa dan agama dlm masa sama mereka curi duit rakyat berbillion? Sebab mereka tahu bangsa Melayu kita sgt mudah ditipu dgn sentimen utk melahirkan persepsi.

 

BANTUAN BANJIR UNTUK RAKYAT


 PETI UNDI YANG SAMPAI....PETI HANYUT

DAP Kedah | Menang Bersama, Kalah Bersama



1. Nampaknya UMNO benar-benar terdesak untuk menang PRU dan mahukan sebuah Kerajaan BN di Putrajaya. Mereka tidak lagi mahu duduk dalam Kerajaan PN yang dipimpin oleh Naib Presiden-nya yang berjanji untuk mencalonkan Presiden daripada parti lain untuk diangkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU15. 


2. Akibat rencana khianat itu bocor, Ismail Sabri kini telah terhimpit ke penjuru kuasa yang beliau sendiri cipta. Beliau tidak lagi mampu mencatur masa depan politik dan kedudukannya di Putrajaya. 


3. Biarpun Pakatan Harapan yang dihuni oleh DAP, Keadilan, Amanah dan UPKO cenderung untuk tidak berpilihan raya ketika negara dan rakyat diambang menghadapi petaka hujan lebat dan risiko banjir terburuk sekali lagi, namun jika PRU15 dipanggil, kami tentunya bersedia. 


4. Sebagai ahli komponen Pakatan Harapan, DAP tentunya amat bersedia dan telah menyiapkan segalanya untuk itu. Dan DAP di negeri Kedah, kami tidak terkecuali, juga telah bersedia.


5. Persediaan tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk mengumpul dana dan mencari sumber kewangan, menyediakan latihan kepada ahli-ahli, meneruskan kerja-kerja bersama penduduk, dalam masa yang sama kami memantau dan membuat kajian di lapangan serta yang terpenting DAP Kedah juga telah bersedia dengan senarai calon yang mahu diketengahkan. 


6. DAP Kedah mahu menjadi sebahagian daripada perubahan besar yang bakal diterima oleh rakyat Kedah melalui calon baharu yang segar, berdisiplin, berani, mahu dan mampu berkhidmat, berintegriti serta mempunyai daya juang yang tinggi.


7. Ternyata DAP Kedah telah benar-benar bersedia sebagai sebuah pasukan bersama parti komponen lain yang dibungkus dengan semangat kesepakatan Pakatan Harapan. Kami bersedia untuk menang dan kalah bersama. 


8. Namun, tidak semuanya bersedia dengan semangat yang sama. 


9. Perubahan yang mahu kita tuntut perlulah datang diri kita sendiri. Kita tidak boleh mengharapkan lawan untuk terima dan percaya angin perubahan dan kebersamaan yang kita tiup dan laung dari atas pentas, sedangkan kita sendiri yang ragu-ragu akannya.


10. Kita tidak akan mati ditikam oleh musuh-musuh yang garang dan bengis di depan mata, malangnya kita boleh rebah dan maut di tangan mereka yang berada di belakang kita - yang sepatutnya berdiri mempertahankan kita, menjadi penyelamat dan sahabat yang paling kita percayai. 


Nor Miswary Ramli

Langgar, Alor Setar.


ADA HATI LAGI YA


 

31 bulan kerajaan PN, telor pun tak boleh nak kawal.... Yang diorang cbok antar rombongan sambut PM. Bangang tahap macai.


PAWANG SOOD



PECAT


KECUALI DATO ZAHRIN DIANGGAP CERDIK SIKIT SEBAB MENDEDAHKAN BAHAWA UMNO ITU RAKUS. YANG LAIN BODO PIANG DAN DAH DAPAT HABUAN/








PECAT

Kalau pegawai Kerajaan, mereka yang punya kes2 di Mahkamah, akan digantung tugas sementara. Kalau dijatuh hukum pula, dipecat serta merta.

Parti politik ni lain maciam ceritanya. Kluster Mahkamah tak digantung tugas. Boleh lagi bermaharaja lela .

Siap dia pulak gantung orang lain yang kritik mereka. Tujuan ahli nak betulkan parti kembali saja. Alih2 mereka pulak yang kena.

Tok nenek kita ajar:

“Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah”.

Tunjukkan, Raja pun tak dikecualikan daripada kritikan Rakyat.

Tapi orang politik, adakah langsung tak boleh ditegur? Adakah maksum belaka? Adakah darjat mereka lagi tinggi daripada Raja kita?

Presiden partinya makin desperate jua. Tak boleh bayangkan bila dia naik jadi Perdana Menteri Malaysia.

Berapa ramai lagi yang dia boleh pecat belaka?

Ramai orang masih sayangkan UMNO. Tapi kami rindukan UMNO yang dulu. Yang betul2 berjuang untuk anak bangsa dan negara.

Bukan set2 yang berkuasa untuk tembolok dan tekak mereka semata2.

#OhMalaysiaku #partiKeramat

~LM~

 

PARLIMEN BUBAR 12 OKTOBER?

 

Mesyuarat MT UMNO malam tadi membuat ketetapan bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini juga, meskipun berdepan kemungkinan berlaku musim tengkujuh dan banjir di beberapa negeri.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid19 setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka,” kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam sidang medianya malam tadi.

Berikutan dengannya, berlegar di dalam UMNO bahawa 12 Oktober ini adalah tarikh yang dijangka Parlimen akan dibubarkan.

Isnin 3 Oktober, akan bermula sidang Parlimen dan 7 Oktober iaitu Jumaat adalah tarikh pembentangan Belanjawan 2023.

Sebagaimana diakui sendiri oleh Ismail Sabri sebelum ini dan jika tiada rintangan yang menghalang, Perdana Menteri selaku “poster boy” BN akan membentangkan belanjawan kali ini.

Adalah dipercayai Ismail Sabri akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen pada Isnin, 10 Oktober sebelum baginda dilaporkan berangkat ke luar negara.

Isnin 10 Oktober ialah cuti umum sempena Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhamad SAW.

Sekiranya pembubaran Parlimen itu diperkenankan oleh Agong, Ismail Sabri akan memaklumkan perkara tersebut kepada mesyuarat kabinet pada Rabu, 12 Oktober.

Ia kemudian akan disusuli dengan pengumuman atau sidang akhbar oleh Perdana Menteri pada tengahari Rabu 12 Oktober itu untuk mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU15 diadakan.

Difaham selepas mesyuarat kabinet 12 Oktober itu juga akan berlangsung sesi bergambar sebagai detik terakhir mesyuarat kabinet kerajaan Keluarga Malaysia diadakan.

Ini bermakna, perbahasan Belanjawan 2023 ini hanya akan berlaku selama dua hari iaitu pada 11 dan dan 12 Oktober sebelum Parlimen diumumkan dibubarkan pada tengahari atau petang 12 Oktober itu.

Proses seterusnya terserah kepada SPR menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian, tetapi ramai menjangkakan hari mengundi akan ditetapkan sama ada 12 atau 19 November.

Adakah ketika kempen dan pengundian nanti, banjir belum berlaku atau ia sedang melanda? – ShahbudinHusin 01/10/2022.



DARIPADA NAK JADI PM KALI KETIGA, LEBIH BAIK TUN M TONJOLKAN ANAKNYA MUKHRIZ JADI PM(TAPI SAYANG BOBOI TAK LAKU)

 

Minggu lalu, Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas PRU15 akan datang.

Katanya, kali ini beliau hanya mahu memegang jawatan itu selama setahun saja.

Dengan hasrat yang dinyatakannya itu bermakna Tun Mahathir tidak berselindung lagi ingin kembali jadi Perdana Menteri buat kali ketiga dalam hidupnya.

Malangnya, setelah hampir seminggu masa berlalu, hasratnya itu langsung tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.

Tiada parti politik lain yang menunjukkan kesediaan mahu menyahut hasratnya itu.

Malah di kalangan Pejuang dan GTA sendiri, hanya Khairuddin Abu Hassan seorang saja yang terlihat beria-ia mahu Tun Mahathir kembali jadi Perdana Menteri lagi.

Di kalangan netizen pula, hampir 100 peratus reaksi yang ditunjukkan terhadap berita Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri lagi itu memperlihatkan mereka tanpa segan silu menolak hasrat tersebut.

Antara komen yang kedapatan ialah “cukup-cukuplah Tun”, “nanti kalau jadi Perdana Menteri, Tun letak jawatan lagi”, “jangankan setahun, seminit pun kami tak sanggup Tun jadi Perdana Menteri” dan pelbagai lagi reaksi yang semuanya bernada negatif belaka.

Dengan yang demikian, ditambah faktor usianya sudah mencecah 97 tahun, ternampak amat susah dan sia-sia saja Tun Mahathir mahu kembali lagi Perdana Menteri.

Zaman Tun Mahathir sebenarnya sudah berlalu, cukuplah dua kali jadi Perdana Menteri dan tiada yang sedia mahu menyokongnya lagi buat kali ketiga ini.

Berdasarkan respon sebegitu, adalah lebih baik Tun Mahathir membatalkan saja hasratnya itu.

Lagi pun, kalau gagal mencapainya, ia akhirnya akan memalukan nama Tun Mahathir juga sebagai negarawan terbilang dalam negara ini.

Maka, selari dengan kehendak semasa yang mahukan pemimpin muda menerajui negara, bersesuaian pula dengan jawatan Mukhriz Mahathir sebagai Presiden Pejuang, adalah lebih baik jika anaknya itu dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kali ini.

Kalau tidak ditonjolkan sekarang, bila lagi Mukhriz nak meningkat karier politiknya?

Takkan asyik-asyik sang ayah saja nak jadi Perdana Menteri?

Tambahan lagi, dalam sejarah perjalanan politik Tun Mahathir sendiri, bahkan sering disebutnya sebelum ini bahawa beliau pernah menaikkan dua orang pemimpin UMNO sebagai Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Jika orang lain boleh Tun Mahathir naikkan sebagai Perdana Menteri, apa kurangnya dengan anaknya sendiri?

Yang pasti, jika Mukhriz jadi Perdana Menteri, beliau pasti tidak akan mengecewakan Tun Mahathir sebagaimana Tun Abdullah dan Najib mengecewakannya sehingga kedua-duanya kemudian dijatuhkannya.

Hanya Mukhriz sebagai Perdana Menteri mampu memberi jiwa tenang dunia dan akhirat kepada Tun Mahathir. – ShahbudinHusin 30/09/2022.


UMNO AKAN BERGOLAK LAGI BILA INI BERLAKU

HAMDAN TAHA


Saya tak baca dalam kenyataan mat maslan pengantungan MP Pasir Salak dan Ketua Bahagian Alor Star Kedah

 

Tapi kabarnya begitu lah keputusan presiden dan mkt gantung dua ketua bahagian ini selama 6 tahun

 

Dato Zahrin pula ada dalam kenyataan Mat Maslan walaupun sahabat saya ni Ketua Cawangan sahaja tapi cara di pecat tu sangat Gah kata orang politik

 

Zahrin memang sebelum di pecat dah menyerang Prsesiden dan kelompoknya dah di pecat malam tadi terus serang dan serang dan sebagai ahli umno biasa ada yang cuba serang balik Zaharin Yasin ini tapi tidak ada mengutungkan umno pun kerana dia akan menyerang Presiden ini sikit sebanyak menjelang PRU tak bagus buat UMNO

 

Pasir Salak jika dulu lah memang juga seorang penyerang yang lantang dan kuat setakat pagi ini dia masih berdiam lagi,tapi saya pasti dia akan menyerang kerana dia dah di luar dan hati pasti sangat mendidih walaubagaimana pun Pasir Salak menarik untuk di lihat dalam Pru kali ini,kerana di Dun Sg Manik YB dia dah Keluar bersama Bersatu,sekarang MP dia dah di keluarkan oleh Presiden Umno

 

Itu belum lagi bila penamaan calun Annuar Musa,Shahidan Kassim,KJ,dan barangkali ramai lagi tidak di calunkan sebagai calun BN itu satu lagi isu yang perlu di tangani

 

Tapi kerana keyakinan Presiden bahawa BN akan menang Besar 122 Kerusi maka tidak ada apa yang dia perlu takutkan lagi pun PRU ke 15 adalah Benteng Terakhir buatnya untuk selamatkan Diri dan Keluarga

 

Buat Lah apa yang boleh di buat lihat je lah Najib semua dia dah buat tapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku

 

Semenjak tinggal di Kajang nama Najib masih ada tapi pudar dan hilang secara perlahan lahan,bukan semua boleh jadi seperti Anwar dalam penjara tapi masih ada jeritan namanya di luar,itu pun sampai sekarang sekadar berada di luar tak jadi jadi lagi untuk PM.Mungkin belum ada rezeki.

 

Zahid dan Najib saya kira ada persamaan iaitu cepat hilang dari radar rakyat jika berada dalam penjara

 

 

KITA RAKYAT MALAYSIA AKAN TENTUKAN NASIB MEREKA. BUKAN MEREKA TENTUKAN NASIB KITA

 ARIF EYE AHMAD


Nasib 32juta rakyat ditentukan oleh 6 orang ni atau 32juta rakyat Malaysia tentukan nasib 6 orang ni Pikir masa depan kita. bukan masa depan 6 orang ni.pilihan ditangan kita. jom bersihkan Negara #TolakRasuah #tolakpenyamun #tolakUMNO #tolakBn #tolqkPn #TolakPAS



KEMPEN #SATU JARI BEBAS RASUAH MENDORONG RAKYAT MENGUNDI DAN DENGAR APA ALASAN RAFIZI JIKA PILIHANRAYA DI MUSIM BANJIR

 






Astro Awani
Kempen #SatuJariBebasRasuah dorong orang ramai keluar mengundi
Rasuah Busters memulakan kempen #SatuJariBebasRasuah sebagai dorongan untuk orang awam keluar mengundi apabila tiba masanya nanti.
KUALA LUMPUR: Tidak kira bila tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya ke-15 (PRU15), satu yang pasti ialah kuasa penentunya di tangan rakyat.
Untuk itu, Rasuah Busters memulakan kempen #SatuJariBebasRasuah sebagai dorongan untuk orang awam keluar mengundi apabila tiba masanya nanti.
Dalam satu kenyataan, Rasuah Busters berkata orang ramai perlu mempersiapkan diri untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dan menentukan masa depan negara.
"Sebelum ini amat ramai yang mengeluh serta marah tentang bermaharajalelanya budaya memberi dan menerima rasuah serta salah guna kuasa dalam hampir setiap peringkat masyarakat dan sektor termasuk politik, bisnes, pentadbiran awam, penguatkuasa, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, kehakiman serta korporat malah agama.
"Runtuhnya dan reputnya sistem nilai di dalam negara kini menyebabkan gejala rasuah dan salah guna kuasa ini menjadi semakin parah dan kini menjejaskan kehidupan rakyat jelata. Negara menjadi lebih miskin dan banyak kemudahan awam yang sepatutnya dinikmati rakyat, tidak dapat diadakan," kenyataan itu menyebut.
Tambahnya lagi, keadaan ini hanya dapat dibaiki dan diubah dengan adanya kemahuan politik yang kuat oleh pemimpin politik yang dipilih secara sah untuk meneraju kerajaan.
"Hanya ahli parlimen yang berintegriti, ikhlas serta jujur memperjuangkan kepentingan rakyat yang dipilih oleh rakyat, akan memastikan reformasi undang-undang, institusi serta pentadbiran kerajaan yang bersih serta efisen dapat dilaksanakan sesegera mungkin.
"Siapa yang akan memilih mereka? Siapa yang akan mengangkat individu pemimpin yang ikhlas, jujur dan berintegriti ini ke atas untuk jadi pemimpin? Kitalah!"

KENALI ANWAR DAN PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT SEJAK ZAMAN MUDANYA


 

PILIHANRAYA INI..MASA SESUAI KUBURKAN UMNO

 https://www.tiktok.com/@brokenarrow507/video/7149273682286775579?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7001374925400344066




Kah....kah... SEMOGA RAKYAT MALAYSIA KELUAR MENGUNDI DAN TIDAK MEMILIH MEREKA. BANTUAN AKAN SAMPAI WAKTU BANJIR UNTUK GULA GULA JANJI MANISMU


 

KEH..KEH.....JOM JIHAD LAGI- INFLASI MAKIN MEMUNCAK....

 

KALAU HANGPA TENGOK MUKA MUKA NI LAH...AGAK AGAK HANGPA PERCAYA KA DEPA NI ?...KEH..KEH...KEH



WOII- TUUU DIAAA...PEJABAT MANTAN PM PUN HADO....


 KREDIT: MATKILAUKUCIWA


MACAM MACAM GILA DAH KAT MALAYSIA NIH....