NORMAN RADZUAN
SCAMMER DI MANA-MANA TERIMA KASIH PN MONA DIN
Orang Melayu memang mudah ditipu…
CIRI2‘SCAMMER’ YG WAJIB ANDA WASPADA
Scammer merentasi bangsa dan agama. Namun orang Melayu adalah
bangsa paling mudah ditipu. Ini kerana bangsa Melayu sememang diakui bangsa
mahu cepat kaya dengan cara mudah dan cepat.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Mona Din atau
saya memanggilnya sebagai Kak Mona (mantan rakan sepejabat) atas keberaniannya.
Saya kagum org yg berani bersuara walaupun hanya bakal
menyusahkan diri sendiri. Puan Mona boleh sahaja travel sana sini cz dia orang
berduit tapi dia memilih jalan berliku. Dirinya seperti saya jenis tak senang
hati melihat penindasan.
Saya melihat video Datuk Seri scammer ini yg menyerang Puan Mona
(di FB Puan Mona). Saya ketawa sendirian hingga ditanya isteri. Saya ketawa
sebab bagaimana individu yg langsung tidak mempunyai kredibiliti seperti itu
org Melayu mudah percaya
Saya tak mahulah sebut perkataan yg tidak manis melihat karektor
wanita tersebut… cukup saya katakan saya tak faham apa yang ‘Datuk Seri’ ini
cakap. Jika Datuk Seri bawalah lawyer untuk berhujah nampak profesional. Yang pasti
tarikan utama orang Melayu percaya ialah gelaran Datuk Seri palsu.
REVISE AKTA PDPA
PDRM merekodkan lebih 71,000 kes jenayah komersial antara 2020
hingga Mei tahun ini dengan kerugian lebih RM5.2 bilion. Saya masih tertanya tanya
bila lah kerajaan nak revise PDPA? Akta tersebut hanya dilihat seolah olah
melindungi scammer.
Scammer adalah pencuri era moden. Ia bukan dilakukan secara
sembunyi seperti merompak, menyamun, mengugut atau meragut tetapi ia dilakukan
individu yang kita kenali dengan pelbagai cara modus operandi.
Sehingga ada mangsa sanggup keluarkan beratus ribu hingga
berjuta ringgit simpanan, sanggup menjual tanah dan rumah. Ini semua mereka
terpedaya dengan watak scammer.
Akhirnya ada yg dibuang keluarga, hilang pekerjaan, gila, sakit
dan bunuh diri angkara scammer ini.
CIRI-CIRI SEORANG SCAMMER
Mereka selalunya akan menggunakan pelbagai gelaran seperti
Tengku, Datuk Seri, Datuk, Tuan Haji, Tuan Guru, Ustaz, Dr dan pelbagai lagi.
Tujuan utk memudahkan mereka menyakinkan org ramai. Lazimnya org ramai terutama
orang Melayu mudah tertipu dengan mereka yang bergelar.
Yg bergelar Tengku, Datuk Seri, Datuk ini akan berpakaian segak
seperti berkot dan bertali leher. Jika bertemu pun di lobby2 hotel atau
restoran mewah. Cerita projek sana sini.
Mereka sanggup melabur puluhan ribu menganjurkan majlis yang hebat
di hotel 5 bintang utk menyakinkan org ramai melabur. Bayangkan jika 500 orang
percaya dengan menyerahkan RM10k seorang.
Kadang-kadang sengaja scammer ini meminta rakannya menghubungi di talian
di hadapan kita sambil bercerita projek juta2 di depan kita utk menyakinkan
kita dia berduit.
Biasanya mereka akn petik nama org2 politik yg konon sgt rapat
dgn mereka atau mengaku sebagai proksi kpd org politik. Atau mereka menggunakan
selebriti utk menyakinkan kita.
Modus operandi mereka seperti pelaburan yg konon melabur RM 100k
dlm tempoh 2 bulan mampu memperolehi RM 300k. Jika benar ada pelaburan begitu
sudah lama bank lakukan kerana mereka mempunyai dana yg cukup besar.
Atau ada juga scammer mahukan kita merekrut org lain untuk
mendapatkan pulangan. Itu adalah petanda skim piramid.
Kenapa harus merekrut org? Bila difikirkan, kalau betul hendak
melabur duit, kita perlu memberi duit kita dan tunggu sahaja keuntungan.
Sasaran mereka jika anda tiba2 kaya. Biasanya individu yg tiba2
kaya akan alami kejuta budaya. Budaya paling teruk tamak. Maka akn muncul orang-orang yang baru (scanmer) memperkenalkan diri konon untuk membantu kita melabur ke skim2
tertentu.
Scammer biasanya sering tunjuk kekayaan di media sosial. Pernah
lihatkan gambar org muda memegang duit yang banyak di laman sosial.
Biasanya mereka yg menjalankan skim cepat kaya akan menunjukkan
gambar seperti itu. Fokus scammer perdayakan org ramai utk menjadi kaya dalam
sekelip mata.
Ada scammer yang fokus kepada skim dan bukan produk.
Perbezaan ketara yang anda dapat lihat antara skim cepat kaya dengan
jualan langsung adalah pemasaran dan penjualan produk. Sesetengah skim cepat
kaya mengeluarkan produk hanya sekadar mengaburi mata orang ramai.
Ada scammer yg mencuri gambar pilot atau wanita-wanita cantik dan
berkarier untuk berkenalan dgn anda di laman sosial. Jadi berhati hati mereka sedang
mencari mangsa.
BERIMEJKAN AGAMA
Scammer agama ini ada pelbagai modus operandi. Mereka akan
menggunakan pelbagai gelaran seperti bergelar Sheikh, Maulana, Tuan Haji, Haji,
Tuan Guru, Ustaz dan pelbagai lagi.
Gelaran itu sahaja sudah cukup menyakinkan org ramai. Scammer
agama ini juga akn berimej alim seperti memakai kopiah, berjanggut dan adakala
berjubah.
Mereka ini juga agak unik kerana mereka akan menonjolkan bukan
sahaja imej tetapi kelakuan berakhlak mulia untuk kita tertarik dan yakin dengannya.
Mereka juga ada juga yang berniaga skim cepat kaya, mempergunakan
org kaya utk menderma ke akaun miliknya dan pelbagai lagi. Ada juga yang sekadar
membuka Pusat Tahfiz atau sekolah agama untuk mengaut keuntungan dari wang derma
orang ramai.
Nasihat seorang Pegawai Kanan PDRM elak menjawab panggilan yang
tidak bernama (tiada dlm contacts list). Ya kadang-kadang kita seolah olah terpukau
dgn pujuk rayu mereka.
Saya telah bertahun amalkan nombor yang tiada dalam simpanan saya
tidak akn menjawab panggilan tersebut. Jika penting sila Whatsapp sahaja.
Jadi sekarang faham kenapa scammer politik guna sentimen bangsa dan
agama dlm masa sama mereka curi duit rakyat berbillion? Sebab mereka tahu
bangsa Melayu kita sgt mudah ditipu dgn sentimen utk melahirkan persepsi.