SCAMMER DI MANA MANA

 

NORMAN RADZUAN


SCAMMER DI MANA-MANA TERIMA KASIH PN MONA DIN

Orang Melayu memang mudah ditipu…

CIRI2‘SCAMMER’ YG WAJIB ANDA WASPADA

Scammer merentasi bangsa dan agama. Namun orang Melayu adalah bangsa paling mudah ditipu. Ini kerana bangsa Melayu sememang diakui bangsa mahu cepat kaya dengan cara mudah dan cepat.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Mona Din atau saya memanggilnya sebagai Kak Mona (mantan rakan sepejabat) atas keberaniannya.

Saya kagum org yg berani bersuara walaupun hanya bakal menyusahkan diri sendiri. Puan Mona boleh sahaja travel sana sini cz dia orang berduit tapi dia memilih jalan berliku. Dirinya seperti saya jenis tak senang hati melihat penindasan.

Saya melihat video Datuk Seri scammer ini yg menyerang Puan Mona (di FB Puan Mona). Saya ketawa sendirian hingga ditanya isteri. Saya ketawa sebab bagaimana individu yg langsung tidak mempunyai kredibiliti seperti itu org Melayu mudah percayaDescription: 😂

Saya tak mahulah sebut perkataan yg tidak manis melihat karektor wanita tersebut… cukup saya katakan saya tak faham apa yang ‘Datuk Seri’ ini cakap. Jika Datuk Seri bawalah lawyer untuk berhujah nampak profesional. Yang pasti tarikan utama orang Melayu percaya ialah gelaran Datuk Seri palsu.

REVISE AKTA PDPA

PDRM merekodkan lebih 71,000 kes jenayah komersial antara 2020 hingga Mei tahun ini dengan kerugian lebih RM5.2 bilion. Saya masih tertanya tanya bila lah kerajaan nak revise PDPA? Akta tersebut hanya dilihat seolah olah melindungi scammer.

Scammer adalah pencuri era moden. Ia bukan dilakukan secara sembunyi seperti merompak, menyamun, mengugut atau meragut tetapi ia dilakukan individu yang kita kenali dengan pelbagai cara modus operandi.

Sehingga ada mangsa sanggup keluarkan beratus ribu hingga berjuta ringgit simpanan, sanggup menjual tanah dan rumah. Ini semua mereka terpedaya dengan watak scammer.

Akhirnya ada yg dibuang keluarga, hilang pekerjaan, gila, sakit dan bunuh diri angkara scammer ini.

CIRI-CIRI SEORANG SCAMMER

Mereka selalunya akan menggunakan pelbagai gelaran seperti Tengku, Datuk Seri, Datuk, Tuan Haji, Tuan Guru, Ustaz, Dr dan pelbagai lagi. Tujuan utk memudahkan mereka menyakinkan org ramai. Lazimnya org ramai terutama orang Melayu mudah tertipu dengan mereka yang bergelar.

Yg bergelar Tengku, Datuk Seri, Datuk ini akan berpakaian segak seperti berkot dan bertali leher. Jika bertemu pun di lobby2 hotel atau restoran mewah. Cerita projek sana sini.

Mereka sanggup melabur puluhan ribu menganjurkan majlis yang hebat di hotel 5 bintang utk menyakinkan org ramai melabur. Bayangkan jika 500 orang percaya dengan menyerahkan RM10k seorang.

Kadang-kadang sengaja scammer ini meminta rakannya menghubungi di talian di hadapan kita sambil bercerita projek juta2 di depan kita utk menyakinkan kita dia berduit.

Biasanya mereka akn petik nama org2 politik yg konon sgt rapat dgn mereka atau mengaku sebagai proksi kpd org politik. Atau mereka menggunakan selebriti utk menyakinkan kita.

Modus operandi mereka seperti pelaburan yg konon melabur RM 100k dlm tempoh 2 bulan mampu memperolehi RM 300k. Jika benar ada pelaburan begitu sudah lama bank lakukan kerana mereka mempunyai dana yg cukup besar.

Atau ada juga scammer mahukan kita merekrut org lain untuk mendapatkan pulangan. Itu adalah petanda skim piramid.

Kenapa harus merekrut org? Bila difikirkan, kalau betul hendak melabur duit, kita perlu memberi duit kita dan tunggu sahaja keuntungan.

Sasaran mereka jika anda tiba2 kaya. Biasanya individu yg tiba2 kaya akan alami kejuta budaya. Budaya paling teruk tamak. Maka akn muncul orang-orang yang baru (scanmer) memperkenalkan diri konon untuk membantu kita melabur ke skim2 tertentu.

Scammer biasanya sering tunjuk kekayaan di media sosial. Pernah lihatkan gambar org muda memegang duit yang banyak di laman sosial.

Biasanya mereka yg menjalankan skim cepat kaya akan menunjukkan gambar seperti itu. Fokus scammer perdayakan org ramai utk menjadi kaya dalam sekelip mata.

Ada scammer yang fokus kepada skim dan bukan produk.

Perbezaan ketara yang anda dapat lihat antara skim cepat kaya dengan jualan langsung adalah pemasaran dan penjualan produk. Sesetengah skim cepat kaya mengeluarkan produk hanya sekadar mengaburi mata orang ramai.

Ada scammer yg mencuri gambar pilot atau wanita-wanita cantik dan berkarier untuk berkenalan dgn anda di laman sosial. Jadi berhati hati mereka sedang mencari mangsa.

BERIMEJKAN AGAMA

Scammer agama ini ada pelbagai modus operandi. Mereka akan menggunakan pelbagai gelaran seperti bergelar Sheikh, Maulana, Tuan Haji, Haji, Tuan Guru, Ustaz dan pelbagai lagi.

Gelaran itu sahaja sudah cukup menyakinkan org ramai. Scammer agama ini juga akn berimej alim seperti memakai kopiah, berjanggut dan adakala berjubah.

Mereka ini juga agak unik kerana mereka akan menonjolkan bukan sahaja imej tetapi kelakuan berakhlak mulia untuk kita tertarik dan yakin dengannya.

Mereka juga ada juga yang berniaga skim cepat kaya, mempergunakan org kaya utk menderma ke akaun miliknya dan pelbagai lagi. Ada juga yang sekadar membuka Pusat Tahfiz atau sekolah agama untuk mengaut keuntungan dari wang derma orang ramai.

Nasihat seorang Pegawai Kanan PDRM elak menjawab panggilan yang tidak bernama (tiada dlm contacts list). Ya kadang-kadang kita seolah olah terpukau dgn pujuk rayu mereka.

Saya telah bertahun amalkan nombor yang tiada dalam simpanan saya tidak akn menjawab panggilan tersebut. Jika penting sila Whatsapp sahaja.

Jadi sekarang faham kenapa scammer politik guna sentimen bangsa dan agama dlm masa sama mereka curi duit rakyat berbillion? Sebab mereka tahu bangsa Melayu kita sgt mudah ditipu dgn sentimen utk melahirkan persepsi.