RAFIZI RAMLI
Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri
memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai
bencana banjir yang akan tiba.
Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai
perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.
Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis
yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku.
Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika
PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat.
Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan
terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat.
UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15.
Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat
mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil
tindakan.
Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan
banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir
Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik.