Mana WALAUNta pakai cakap mufti.
Kalau cakap Hadi, im pendek, uai baru sesuai cakap laguvtu.
Selain kunci RXZ, WALAUN juga diserahkan konci sorga secara beramai-ramai.
Mana WALAUNta pakai cakap mufti.
Kalau cakap Hadi, im pendek, uai baru sesuai cakap laguvtu.
Selain kunci RXZ, WALAUN juga diserahkan konci sorga secara beramai-ramai.
Seorang pengguna Threads mempersoalkan kempen mengajak rakyat “membirukan” Selangor dengan mendakwa negeri itu telah menikmati pelbagai inisiatif dan bantuan sepanjang hampir dua dekad di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Menurut pengguna itu, Selangor terus menambah baik bantuan kepada rakyat, sedangkan beberapa isu asas di Kelantan masih belum diselesaikan.
“Why don’t you ‘birukan’ your state first, try tukar dari PAS ke BN & see how it goes. Stesen bas KB rupa tu juga dari 10 tahun lepas. Air pula rupa teh tarik sampai kena pakai air boring,” tulisnya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Seorang pengguna mendakwa ADUN PAS di kawasannya jarang turun padang sehingga orang ramai masih mendapatkan bantuan daripada bekas ADUN PH.
Seorang lagi netizen pula berkata Selangor sudah lama maju dan bimbang pertukaran kerajaan akan menjejaskan pelbagai insentif yang dinikmati rakyat.
Perbincangan itu tercetus ketika media sosial hangat memperkatakan usaha pihak tertentu mengajak pengundi menukar kerajaan di negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Harapan.
#unofficialinfo
Ismail Zakaria
Walaupun dah menang besar kem Jalal BNPN nampaknya tidak akan berhenti selagi Jalal tak jadi MB dan pecat Tuanku Mukhriz.
1. Isnin lalu, berlaku satu pertemuan di Port Dickson yang melibatkan kumpulan yang digelar "geng penderhaka", termasuk Tunku Nadzaruddin dan Rais Yatim. Mereka memanggil Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi mendesak Menteri Besar baharu, Datuk Ismail Lasim, menandatangani Proclamation untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz.
2. Bagaimanapun, menurut dakwaan tersebut, Datuk Ismail Lasim bersama kepimpinan UMNO, termasuk Zahid dan Asyraf Wajdi, tidak melayan desakan itu sehingga kini.
3. Susulan itu, kumpulan berkenaan didakwa telah memfailkan permohonan mandamus di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Menteri Besar baharu menandatangani Proclamation tersebut. Perbicaraan dikatakan dijadualkan bermula pada 10 Ogos (Isnin).
4. Jika penyingkiran Tuanku Mukhriz berjaya, MB akan menerima nasib yang sama.
5. Kem Jalal akan cuci tangan dan salahkan Datuk Ismail Lasim yang sign surat pecat Tuanku Mukhriz.
6. Mereka akan buat usul undi tak percaya dan tarik sokongan atas nama membela Adat.
7. Sekarang gerakan mengotorkan imej Datuk Ismail Lasim dah bermula.
8. Baca post penderhaka Musibard. Ini semua untuk olah persetujuan awam bagi memudahkan gerakan.
9. Penjawat awam jadi mangsa serangan dan difitnah sebagai orang PH.
10. Dah menang pun huru hara. Tahniah kepada Pengundi BNPN. Sepatutnya undi untuk kestabilan dan rakyat. Tapi mereka pilih gila kuasa dan perebutan harta benda jadi kerajaan. Rosak satu Nismilan.
Mereka menggunakan mahkamah untuk memaksa MB N.9 sign surat penurunan takhta.
Kami tahu siapa dibelakang gerakkan ini.
Memang jahat.. raja melayu pun mereka berani perlakukan begini
Zaman minyak paket tak wujud, minyak botol mahal nak mampos elok je susah² pun boleh beli. Kalau semua benda nak suap dalam mulut baik ko jadi anak raja. Dah tahu susah rancang keluarga, jangan nak beranak setiap tahun pas tu bagi alasan anak ramai hidup susah struggle nak hidup.... ahhhh jem.
Anak ramai baik ko masak, dari mengeluh nasi lemak mahal. Puas boleh makan kenyang² 1 keluarga
Kenape x sebut masa kerajaan 33 bulan harga ayam, minyak dan telur MAHAL NAK MAMPOS pun x boleh kawal...bangang tul
Che Nin
WHAT'S NEXT:
1. Lepas ni bergerak ke Melaka. PH boleh kita lupakan sebab Bersama masuk bertanding. Promosi kan Bersama kat sana sambil bina naratif parti. Mungkin Bersama takkan menang malah mungkin hilang deposit lagi. Takpelah. Sebab tu memang dalam perkiraan pun. Masa 3-4 tahun ni memang tempoh to grow.
2. PH kalau nak menang kena restructure. Yang tua2 tu kena sedar diri yang diaorang dah bau tanah. PH juga kena sedar diaorang di benci pengundi bahkan oleh penyokong sendiri. Mana tak benci. Yang nama pimpinan takde buat program ape pun. Program bagi diaorg cuma buat jualan rahmah dan edar bakul makanan. Punya la mundur pemikiran. Jualan rahmah tu pun BN yang ambik kredit. Bukannya PH.
3. DAP kena buat sesuatu yang radikal untuk pulihkan parti dia kalau tak dia akan kembali ke zaman dia hanya belasan Ahli Parlimen sahaja. Mungkin dia kena keluar dari PH atau bertanding guna lambang roket kerana lambang PH memang tak ong dari dulu.
4. PKR?lupa kan la. PKR takkan membiak malah jadi makin teruk. Sistem dalam part yang elok dulu pun dia ubah jadi hancur. Elok2 ahli boleh mengundi pimpinan dia ubah jadi sistem wakil. Bodo. Mentaliti yang terpilih pun tak berakal sangat. PKR juga kena sedia untuk kembali ke zaman tinggal 1 ahli parlimen sahaja sebab lepas ni takde kerusi yang selamat seluruh negara.
5. Amanah? Hahahahahahahahahahaha hahahahahahahahahahaha hahahahaha. Ada ahli lagi ke? Ibarat bagi amanah ni adalah mayat hidup, Hantu raya yang tak keluar dari tubuh tuan, ataupun roh yang bergentayangan. Kalau Pas kata Bersatu ramai calon daripada jentera, Amanah ni langsung takde ape. Jentera takde, calon pun takde. Kena lantik segera Adly jadi presiden Amanah untuk talian hayat baru. Kenapa bukan Mujahid atau Khalid Samad? Diaorang berdua ni dah dibunuh karakter politiknya oleh Mahathir masa PH 1. 0. Diaorg
6. Bersatu? Menangis bucu katil je la. Tapi aku hormat jugak la pasal Mahiaddin tak nak jilat Umno balik macam Pas. Lepas ni Bersatu sama la macam Berjasa dan S46.
7. Rakyat yang tak sokong Pas Umno BN PN macam aku ni kena bersedia bahawa lepas ni BNPN akan menang pilihanraya. Bersedia la kita makan hati bersama sama. Semua ni akan berlaku hanya kerana satu perkara. Anwar Ibrahim bodoh!
Taqiudin Cheman
Pas : Melaka kita pakai formula lain sebab parlimen BN kosong di Melaka.
Umno : Kami open. Boleh kerjasama dengan sesiapa pun. Kita nak pakai BN Plus.
Pas : Kami nak ingatkan, 3 parlimen PN pegang. Keputusan kita ikut waqi' semasa.
Umno : Keputusan kerjasama kali ni tak boleh folo negeri saja. MKT pusat akan tapis dulu.
Pas : Apapun kami dah order 16 seat.
Umno : Sorry, kami nak 21 kerusi. Noktah.
Pas : Ok takpa, Kedah nanti kami 33, Kelantan 43, Terengganu 32, Perlis 14. Ok?
Netizen : Kat nismilan, dah menang pun serabut. Ni kat Melaka belum apa-apa dah serabut. 🙄
Aman Muhamad
Telah tular satu dokumen, di mana PN sedang merancang secara halus untuk mendalangi satu usaha nak jatuhkan Tuanku Muhriz melalui perintah mahkamah.
Iaitu dengan cara memohon satu perintah mandamus di Mahkamah Serembah, bagi mendapatkan perintah mahkamah, untuk memaksa MB N9 yang baru, turunkan tandatangan untuk gulingkan Tuanku Muhriz.
Bila dah jadi macam ni, sewajibnya BN putus terus dengan PN yang jelas terang-terangan mahu derhaka.
BN ialah benteng Raja-Raja Melayu.
PN ialah penderhaka Raja-Raja Melayu.
BN wajib putus segera dengan PN!
PN lahanat penderhaka!
Perbicaraan bermula 10 Ogos ini.
:)
Kalo org melayu masih xnampak lagi aku x dapat nak bantu dah …
Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan pembayaran AS$14.6 juta kepada sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan terus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang tular di Threads, seorang pengguna mempersoalkan bagaimana isteri bekas Perdana Menteri itu boleh dikaitkan dengan pembelian barang kemas bernilai jutaan dolar Amerika, sambil menyindir bahawa rakyat biasa hanya menerima bantuan kecil sedangkan golongan elit didakwa berbelanja mewah.
“Isteri pemimpin BN main juta-juta, makcik-makcik dapat apa saja?” antara sindiran yang dikongsi netizen.
Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi. Ada yang mengaitkan isu itu dengan pentadbiran terdahulu, manakala sebahagian lagi mempersoalkan sumber kewangan bagi urusan pembelian barang kemas berkenaan.
Terdapat juga netizen yang menggesa agar sebarang liabiliti diselesaikan menggunakan wang sendiri dan bukannya melibatkan dana awam, selain ada penyokong yang tampil mempertahankan Rosmah.
Sebelum ini, media melaporkan Rosmah memohon penangguhan untuk membayar AS$14.6 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan dalam pertikaian melibatkan 43 barangan kemas mewah.
Isu itu kembali menjadi perhatian selepas perkembangan terbaru kes berkenaan dilaporkan media.
#unofficialinfo
PMX tak perlu bersandiwara. Rakyat pun dah muak dengan PMX yang hanya hebat bercakap tapi tak ada tindakan.
Kenyataan ini seolah-olah PMX sedang menyembunyikan jenayah. Dan ini amatlah tidak wajar dan salah disisi undang-undang.
Kalau benar ada salah laku serius, dedahkan dan dakwa. Sebagai seorang Islam yang turut sama menyimpan dalam Tabung Haji, saya juga nak tahu. Sebab saya pun pening. Yang sini kata tak ada yang salah, yang sana tuduh salah sampai kata haram duit dividen Tabung Haji. Tapi yang disiasat setakat ini bekas CEO dan CFO. Tak ada pun orang politik. Jadi, adakah isu Tabung Haji ni sedang ditunggang orang tertentu sebagai modal politik menjelang pilihanraya sahaja. Sebab kalau nak dedah, patut dah lama didedahkan. Kenapa kena tunggu musim pilihanraya.
Jadi, melangkaui parti politik, saya desak PMX, jika ada yang salah, dedahkan dan wajib didakwa.
JANJI BUKAN PH dan DAP. AMBIK KAU
Gila puak² Jalal ni. Demi penyatuan Melayu Islam katenyeeeee 🤣
Jika benar lakantullah buat puak mereka....dah rutuhkan gomen yg baik pastu nk guling raja plk
Maka kita tahulah PKR nak letak siapa di Ampang nanti.
Mungkin pimpinan rasa dengan strategi ni akan mengembalikan keyakinan pengundi (aku tak sebut penyokong) selepas beberapa siri kekalahan.
Kenapa aku tak sebut penyokong?
Parti seperti PAS dan UMNO ada base voter masing-masing. Apa pun nak jadi, dunia nak terbalik kuang ke, mereka akan tetap undi parti yang sama.
PKR tak ada base voter. Kalau ada pun agak kecil dan tidak significant.
Ramai yang mengundi PKR sebelum ni adalah sentiment voter/swing voter.
Pengundi atas pagar ni, kalau depa menyampah, maka au revoir sajalah.
Masalah bila PKR terajui Kerajaan, mereka dibantu penasihat-penasihat zaman BN yang mengurus Kerajaan di zaman BN parti mutlak memimpin di Putrajaya.
Kalau PKR sedar dari awal yang walaupun mereka pegang jawatan PM dan beberapa Menteri bahawa mereka tak kuat mana pun, mungkin pembawaan dalam mengurus Kerajaan dan krisis dalaman lebih berpijak di bumi nyata.
_*jib b*_
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengakui beliau kesal apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah dituduh seolah-olah “menggadaikan” Tabung Haji ketika proses pemulihan institusi itu pada 2018 dan 2019.
Menurut beliau, pemindahan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika itu telah dipolitikkan sehingga dikaitkan dengan sentimen perkauman.
“Saya sangat tak selesa apa yang berlaku pada 2018, 2019, di mana retorika dan naratifnya adalah bantai Pakatan Harapan sebab seolah-olah menggadaikan Tabung Haji semata-mata kerana pemindahan aset itu kepada UJSB.
“Kebetulan Menteri Kewangan ketika itu orang Cina dan Prokhas yang distruktur semula menjadi UJSB juga diterajui oleh orang Cina. Itulah yang dijadikan modal,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.
Shahril berkata, beliau melihat ketika itu tiada keinsafan dalam UMNO secara keseluruhannya terhadap cara isu tersebut dimainkan.
Beliau berharap selepas lapan tahun berlalu, sudah tiba masanya semua pihak mengambil iktibar daripada episod itu dan lebih matang dalam membincangkan isu yang melibatkan institusi penting seperti Tabung Haji.
#unofficialinfo
Rileks je jawapan brader ni.
C-P
Masa benda ni berlaku,Tokmin masih tiada apa² jawatan dalam kerajaan. Jadi nak salahkan beliau sudah tentu tidak masuk akal,sedangkan beliau pon tidak tahu samaada beliau dinamakan sebagai calon MB ketika itu.
Neratif² buruk macam ni lah yang geng² BN buat.
---
Aku lihat gambar ni sebagai tok mat duduk kesal lepas kalah...takde nampak pun dia dihalau.
4 OGOS - Walaupun Malaysia semakin menghampiri status negara berpendapatan tinggi berdasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita, manfaat pertumbuhan ekonomi tersebut dilaporkan masih belum dirasai secara menyeluruh oleh rakyat.
Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Suraya Ismail menegaskan bahawa keadaan semasa menunjukkan wujudnya jurang yang jelas antara pencapaian ekonomi negara di peringkat makro dengan realiti kehidupan yang dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat.
Menurut beliau, data semasa mengesahkan bahawa kira-kira 70 peratus isi rumah di Malaysia tidak merasai limpahan kekayaan negara seperti yang digambarkan menerusi angka pertumbuhan ekonomi.
"Di sini kita bercakap mengenai golongan berpendapatan tinggi dan negara berpendapatan tinggi, yang mana golongan B70 tidak merasainya. 70 peratus isi rumah di Malaysia tidak merasai kekayaan yang dikatakan kita ada, dan perkara ini sangat jelas daripada data," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program forum Bicara Persada: "3 Tahun Ekonomi MADANI: Menilai Pencapaian, Memacu Masa Hadapan" anjuran MINDA UKM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Mengulas lanjut, Dr. Suraya menjelaskan bahawa petunjuk purata ekonomi tidak sentiasa mencerminkan kedudukan sebenar rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kajian KRI mendapati masih ramai isi rumah yang bergelut untuk menampung keperluan asas bulanan akibat jurang antara pendapatan dan kos perbelanjaan.
Beliau turut mendedahkan bahawa kekurangan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian memaksa sesetengah isi rumah bergantung kepada kemudahan pembiayaan berasaskan hutang.
"Apabila kita tolak perbelanjaan bulanan dengan pendapatan bulanan, mereka mengalami kekurangan sebanyak RM250 sebulan. Bila kekurangan RM250 sebulan, mereka gunakan apa? Buy Now Pay Later (BNPL). Maka mereka menjadi kumpulan yang berhutang," jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau berpendapat tumpuan utama kerajaan dan pihak berkepentingan perlu dialihkan kepada usaha meningkatkan kadar pendapatan serta kualiti pekerjaan, agar manfaat pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih adil dan saksama oleh seluruh lapisan rakyat.
#mindaukm #mindanews #ekonomiMADANI #bicarapersada #bersamamembangunkannegara
Zamri Abd Rahman
Rakyat Negeri Sembilan bersyukur kerana akhirnya sebuah kerajaan baharu telah dipilih.
Jika ada satu perkara yang patut dipelajari oleh ahli politik daripada PRN ini, tentulah sentimen perkauman dan agama jauh lebih berpotensi membawa kemenangan berbanding mempromosikan prestasi, kompetensi dan integriti.
Sebab itu, janganlah membuang terlalu banyak masa melakukan “kerja hakiki” mentadbir kerajaan. Membawa pelaburan, menambah hasil negeri, menyediakan pekerjaan dan mengurus kewangan dengan baik tidak semestinya menambah sokongan orang Melayu dan umat Islam.
Susah nak difahami, kenapa ada lagi ahli politik bodoh yang tak faham-faham.
“Kerja hakiki” sebenar ialah mengumpulkan sebanyak mungkin wang untuk mempertahankan kedudukan. Bak kata orang, “cash is king”. Dengan cash dalam safe house, parti politik boleh berjaya.
Kempen mencari kesalahan kaum dan penganut agama lain juga jauh lebih berkesan. Lagi kuat kemarahan dapat dibangkitkan, lagi tinggilah semangat orang Melayu untuk memberikan sokongan.
Sebab itulah orang Melayu semakin maju. Setiap hari mereka diajar bahawa jalan terbaik untuk berjaya bukanlah dengan memperbaiki kelemahan sendiri, tetapi dengan mencari kesalahan kaum lain.
Adapun rasuah, salah urus dan kehilangan wang berbilion ringgit, sama ada berkaitan 1MDB, Tabung Haji atau institusi lain, semuanya masih boleh dimaafkan kerana tiada manusia yang sempurna.
Orang Melayu memang terkenal dengan sifat pemaaf, terutama dalam soal rasuah dan salah guna kuasa walaupun berbilion ringgit. Cuma jangan tersalah hidangkan babi atau arak—perkara itu tidak boleh dibawa berunding.
Oleh itu, ahli parti yang terlalu cerdik dan berintegriti bukanlah aset penting. Dalam politik, orang bijak suka bertanya, manakala orang berintegriti pula sukar diarahkan. Kedua-duanya hanya akan menyusahkan parti.
Lebih baik menumpukan perhatian kepada individu yang mampu berpidato berapi-api, membangkitkan kemarahan serta memainkan sentimen kaum dan agama seperti gaya Datuk Seri Muhammad Sanusi di Kedah.
Inilah formula terbaik untuk memajukan bangsa Melayu.
Kita berjaya apabila kaum lain dapat dilemahkan. Kita akan menghadapi kesukaran jika hanya menumpukan usaha membangunkan diri sendiri.
Maka, berbahagialah orang Melayu. Masa depan bangsa pasti cerah selagi masih ada kaum lain untuk dipersalahkan.
Nadi Daily
Adoooi...
Kalau benar apa yang didedahkan bekas Exco itu, memang malu besar.
Dua penggal duduk kerusi Menteri Besar, tetapi masih perlu diingatkan bagaimana proses pengisian jawatan doktor dan kakitangan hospital kerajaan?
Ingatkan dah jadi MB dua penggal, rupanya masih keliru beza antara buat sidang media dengan buat kerja.
Rakyat tak perlukan hero depan kamera. Datang potong reben bagai.
Rakyat perlukan hospital yang cukup doktor, jururawat dan kakitangan serta pegawai sokongan.
Kalau benar sudah buat segala usaha, bentangkan kepada rakyat.
Bila surat dihantar?
Berapa kali jumpa KKM?
Apa hasil rundingan?
Jangan bila rakyat mula marah, baru nak tunding jari ke sana sini.
Kerusi Menteri Besar datang dengan tanggungjawab, bukan sekadar publisiti. Sedap makan duit rakyat.
Kalau nak jadi pemimpin, selesaikan masalah.
Kalau sekadar pandai umum masalah, rakyat pun boleh buat.
Agihkan kerusi memang boleh TAPIII
Sediakah Pakai logo PAS (Bulan) di negeri2 tertentu
Kelantan
Terengganu
Kedah
Wan
Saya bukan nak kata kerajaan sekarang sempurna, tapi bila tengok perbandingan macam ni, memang nampak beza.
Dulu BR1M sekali setahun, sekarang STR dengan SARA lebih menyeluruh dan bantuan pun lebih kerap.
Ramai yang mungkin tak layak atau tak rasa kesannya, tapi bagi yang betul-betul perlukan, bantuan macam ni memang membantu.
Kredit tetap kena bagi bila ada usaha yang meringankan beban rakyat.
#MADANIBekerja
#thankyou
#pmxmalaysia
Dia adalah juruterbang 6 tahun Malaysia Airlines berusia 39 tahun yang baru sahaja ditahan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta! Apa yang menakutkan, ujian urin dia positif dadah jenis kokain, syabu, dan ekstasi semasa dia tengah bawa flight dari KLIA.
1. Rekod Jenayah Lampau: Bukan Kali Pertama
Siasatan awal oleh Bareskrim Polri mendedahkan Mohd Saufi bukanlah "keldai dadah mentah". Ini merupakan misi penyeludupan kali ketiga yang berjaya dilakukannya:
Misi Pertama: Menyeludup dadah ke Sabah, Malaysia.
Misi Kedua: Berjaya menyeludup 7 kilogram syabu terus ke Jakarta.
Misi Ketiga (Kantoi): Membawa 25.19 kg ekstasi (70,114 pil) dan 4 gram syabu ke Jakarta.
2. Terperangkap dalam Koktail Dadah Berat
Bukan sekadar khayal biasa, hasil ujian air kencing oleh makmal forensik Indonesia mengesahkan kapten berusia 39 tahun ini positif tiga jenis dadah berat serentak ketika mengemudi pesawat:
Metamfetamina (Syabu)
MDMA (Ekstasi)
Kokain
Pihak berkuasa menjumpai baki 4 gram syabu di dalam tas tangan selempang yang dipakainya bersama seragam pilot, yang disahkan adalah untuk kegunaan peribadinya sendiri sepanjang bertugas.
3. Mempertaruhkan Nyawa 170 Penumpang MH727
Fakta paling mengerikan yang disahkan oleh Harian Kompas ialah Mohd Saufi bertindak sebagai juruterbang utama untuk Penerbangan Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Pesawat itu sarat membawa 170 orang penumpang yang langsung tidak menyedari nyawa mereka berada di tangan seorang juruterbang yang sedang mengalami fasa "high" yang kritikal di ruang udara.
4. Modus Operandi & "Sindrome Kebal" Laluan Kru
Sebagai kakitangan penerbangan, Mohd Saufi mengalami sindrom terlebih yakin. Dia sengaja menggunakan jalur khas anak kapal (crew lane) di Terminal 3 Kedatangan Antarabangsa Soekarno-Hatta. Dia tersilap langkah apabila menyangka beg pakaian berlabel crew miliknya diletakkan dalam kategori risiko rendah (low risk) dan tidak akan diperiksa secara intensif.
Walau bagaimanapun, gerak-gerinya telah dikesan lebih awal oleh unit risikan. Kastam Indonesia bertindak mengimbas koper perak miliknya menggunakan mesin X-ray lalu menemui 14 bungkus besar dadah bernilai sekitar RM45 juta (60 bilion Rupiah).
5. Dalang Utama di Malaysia
Pihak Polri menegaskan Mohd Saufi dikendalikan oleh seorang dalang utama (pembekal/sindiket) yang berpangkalan di Malaysia. Setiap koordinasi tempat serahan (sepatutnya dihantar ke sebuah hotel di Jakarta) serta transaksi upah bernilai RM50,000 (Rp 220 juta) bagi setiap perjalanan diatur sepenuhnya secara jarak jauh dari Malaysia.
6. Ancaman Skuad Penembak Mati
Mohd Saufi kini secara rasmi didakwa di bawah Undang-Undang Narkotika Indonesia No. 35/2009 (Artikel 113, 114, dan 132). Memandangkan jumlah rampasan melebihi had kritikal negara tersebut, dia tidak mempunyai ruang rayuan ringan dan kini berhadapan hukuman mati mandatori melalui skuad penembak atau penjara seumur hidup.
Sumber Zach8004
Pelik saya memikirkan betapa tergamaknya Anwar dengan selamba halang beberapa ahli parlimen parti sendiri dari akses kepada peruntukan parlimen di kawasan mereka. Padahal masa dia jadi pembangkang dulu melalak kata kjaan yg sedang memerintah waktu itu zalim sekat peruntukan kepada ahli2 parlimen pembangkang.
Tiba2 bila dia jadi PM, dia buat benda yg sama. Malah lebih teruk lagi, sasaran dia ialah pada ahli parlimen parti sendiri yg bersikap kritikal terhadap kesalahan2 dia, manakala peruntukan kpd ahli2 parlimen pembangkang seperti Umno, Pas, Bersatu dan lain2 dia tak kacau.
Lepas tu dia buat muka dan suara kesian "play victim" tanya kenapa rakyat marah dia. Kenapa sampai macam ini sekali dia bersikap hipokrit? Macam ini ke cara nak menang PRU? Dia tak sedar ke ramai para pengundi atas pagar yg akan menentukan siapa menang dah kalah nanti sedang memerhatikan kebobrokan ini?
_*m razaLi*_
Seluruh warga setempat dan kepimpinan masyarakat dijemput hadir bagi menjayakan program jelajah ini bersama kepimpinan PKR Cabang Kuala Terengganu 🤝✨
📌 BUTIRAN PROGRAM:
🗓️ Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 4.00 Petang (Pendaftaran)
5.00 petang (Majlis Bermula)
📍 Lokasi: Kg. Pulau Musang Sungai (Rumah Pok Din)
👤 Bersama: Dato’ Azan bin Ismail (Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Terengganu)
🏛️ Anjuran: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Terengganu & Ranting PKR Pulau Musang.
Kehadiran dan sokongan anda amat dialu-alukan demi memperkasakan suara serta kepimpinan rakyat di peringkat akar umbi. Terima kasih.
🇲🇾💪
Skandal yang melanda MARA adalah perkara penting kerana MARA menguruskan wang awam atas nama pendidikan, pertumbuhan perniagaan, dan mobiliti ekonomi kaum Bumiputera. Namun begitu, anak-anak syarikat dan institusinya telah berdepan dengan pelbagai tuduhan, antaranya pembelian hartanah pada harga yang dimanipulasi/ditipukan (inflated), akumulasi kerugian ratusan juta ringgit, tunggakan sewa, kegagalan projek, konflik kepentingan, serta penipuan dalaman.
Kepimpinan sedia ada hari ini tidak terlibat dalam kebanyakan keputusan yang diteliti dalam artikel ini, di mana kes-kes berkenaan bermula sejak lebih sedekad yang lalu.
Mengikut teorinya, MARA sepatutnya menyalurkan dana awam dan pendapatan pelaburan untuk faedah pelajar, usahawan, dan keluarga Bumiputera. Namun secara praktikalnya, lapisan perniagaan komersial MARA telah mencetuskan beberapa skandal terbesar bagi agensi ini.
Terdapat kes yang telah dibawa ke mahkamah. Ada juga yang menghasilkan siasatan tanpa sebarang pertuduhan. Malah, sebahagian kes seolah-olah lenyap daripada perhatian umum selepas tangkapan atau pengumuman pertama dilakukan. Apa yang paling utama, orang awam masih belum melihat satu laporan lengkap mengenai jumlah sebenar wang MARA yang berjaya dipulihkan.
Artikel ini memisahkan skandal-skandal utama MARA daripada kontroversi kewangan, tadbir urus, dan institusi yang lebih kecil. Ia juga membezakan antara dakwaan, penemuan audit, pertuduhan jenayah, penghakiman sivil, serta sabitan kes.
Skandal-skandal Utama MARA
1. Skandal MARA Melibatkan Hartanah Melbourne dan London 2012–2015: MARA Inc Membeli Hartanah Luar Negara
Antara tahun 2012 hingga 2014, MARA Incorporated telah membeli beberapa hartanah di Australia dan United Kingdom. Hartanah tersebut termasuk Dudley International House, 51 Queen Street, dan 333 Exhibition Street di Melbourne, serta Beaumont House di London.
Pembelian Dudley International House kemudiannya menjadi skandal paling terkenal dalam sejarah MARA.
MARA Inc membayar sekitar A22.5 juta untuk bangunan kediaman pelajar tersebut. Walau bagaimanapun, pihak penyiasat mendakwa harga sebenar hartanah berkenaan hanyalah sekitar A17.8 million. Mereka mendakwa pihak yang terlibat dalam urus niaga tersebut telah menaikkan harga sebanyak kira-kira A$4.75 juta dan menyalurkan sebahagian daripada wang tersebut melalui pihak ketiga (antara).
Wartawan Australia membongkar urus niaga ini pada tahun 2015, lalu membuka laluan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Australia untuk memulakan siasatan.
Tuduhan markup sebanyak A$4.75 juta itu hanyalah sebahagian daripada kerosakan yang berlaku.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kemudiannya mendapati bahawa MARA Inc gagal mendapatkan kelulusan yang diperlukan sebelum menyempurnakan beberapa pembelian. Selain itu, penilaian susulan mendapati harga beberapa hartanah adalah lebih rendah daripada harga belian asal.
Dua hartanah di Melbourne yang dibeli pada harga gabungan RM72.64 juta kemudiannya dinilai pada sekitar RM47.45 juta sahaja. Beaumont House yang dibeli pada harga RM78.53 juta pula dinilai semula pada kadar kira-kira RM74.1 juta.
Jurang penilaian ini tidak secara automatik menjadi kerugian tunai sebenar (realised cash losses) kerana MARA tidak semestinya menjual hartanah tersebut. Namun, ia membuktikan bahawa MARA telah melaburkan kapital awam ke atas aset yang bernilai lebih rendah daripada harga pembelian.
Kerugian yang lebih luas turut merangkumi kos guaman, perbelanjaan siasatan, kerosakan reputasi, serta masa pengurusan yang terbuang selama bertahun-tahun.
Siapa yang Disiasat?
Bekas Pengerusi MARA Inc, Mohammad Lan Allani, berdepan 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di Malaysia pada tahun 2021 yang melibatkan wang berjumlah kira-kira RM20.45 juta. Beliau mengaku tidak bersalah.
Pihak pendakwa raya kemudiannya memindahkan dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM10 juta dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
MARA turut menggantung bekas Ketua Pegawai Eksekutif MARA Inc, Abd Halim Rahim, apabila kontroversi ini tercetus. Walau bagaimanapun, laporan awam yang diteliti tidak menunjukkan sebarang pertuduhan jenayah dikenakan ke atas beliau berhubung urus niaga hartanah ini.
Di Australia, pemaju Teen Boon Lye (juga dikenali sebagai Dennis Teen) mengaku bersalah atas pertuduhan perakaunan palsu melibatkan kira-kira A$3.4 juta.
Mahkamah Australia menjatuhkan hukuman penjara 21 bulan ke atas Teen pada Februari 2025. Walau bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman tersebut sepenuhnya (wholly suspended sentence), menyebabkan beliau tidak perlu menjalani hukuman penjara serta-merta.
Sementara itu, kes utama di Malaysia berjalan dengan sangat lambat. Setakat 3 Ogos 2026, sumber yang diteliti tidak menunjukkan sebarang sabitan akhir, pembebasan, atau penarikan balik pertuduhan sepenuhnya terhadap Mohammad Lan.
Pihak berkuasa dilaporkan telah membekukan kira-kira A$1.6 juta aset hartanah dan aset berkaitan di Australia. Namun, tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan berapa banyak daripada jumlah itu telah dikembalikan kepada MARA atau kerajaan Malaysia.
Bangunan-bangunan berkenaan mungkin terus menjana hasil sewa. Walau bagaimanapun, pendapatan sewa tidak menjawab soalan sama ada MARA berjaya mendapatkan semula wang yang dikaitkan dengan harga yang dilonjakkan dan perakaunan palsu itu.
Selepas lebih sedekad, kes ini kekal menjadi contoh paling nyata mengenai jurang antara pembongkaran skandal MARA dan pemulihan wang awam.
2. Skandal MARA Melibatkan Kerugian Terkumpul RM286.3 Juta 2014–2024: MARA Inc Gagal Menjana Pulangan Bermakna
MARA Inc sepatutnya menjana keuntungan daripada pelaburan hartanah dan komersial. Sebaliknya, Ketua Audit Negara melaporkan kerugian terkumpul sebanyak kira-kira RM286.3 juta sehingga tahun 2022.
Syarikat itu juga tidak membayar dividen yang bermakna kepada MARA selama bertahun-tahun. Malah, laporan audit mendapati terdapat kejatuhan nilai (impairment) sebanyak RM87.18 juta merentasi pelaburan dalam lima anak syarikatnya.
Kesan Kewangan Negatif Terhadap MARA
Jumlah RM286.3 juta itu bukanlah merujuk kepada satu jumlah wang yang dicuri sekaligus.
Sebaliknya, ia mencerminkan kegagalan pelaburan selama bertahun-tahun, anak syarikat yang mengalami kerugian, kerosakan nilai aset, kutipan sewa yang lemah, kos pembiayaan, serta kelewatan tindakan intervensi.
Walau bagaimanapun, perbezaan itu tidak sepatutnya merendahkan skala kegagalan yang berlaku.
MARA Inc ditubuhkan untuk menyokong misi besar MARA. Sebaliknya, ia telah mengikat modal awam dalam perniagaan yang bermasalah dan gagal memberikan pulangan yang sepatutnya digunakan untuk menyokong pelajar dan usahawan.
Ketua Audit Negara mendapati terdapat kelemahan kewangan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kemudiannya menyoal pegawai-pegawai daripada MARA, MARA Corp, MARA Inc, serta kementerian yang bertanggungjawab.
MARA Inc kemudiannya kembali mencatatkan keuntungan tahunan dan mula membayar dividen secara terhad. Ia kini menyasarkan untuk menghapuskan defisit terkumpul menjelang tahun 2029.
Namun begitu, sasaran pemulihan tidak sama dengan pemulihan wang tunai sebenar.
Keuntungan kecil selama beberapa tahun tidak boleh memadamkan kerugian terkumpul RM286.3 juta dengan cepat.
Masyarakat juga masih tidak mendapat penjelasan terperinci bagi setiap keputusan yang diambil. MARA belum menunjukkan secara jelas pelaburan mana yang menyebabkan kerosakan terbesar, eksekutif mana yang mengesyorkannya, pengarah mana yang meluluskannya, atau apakah tindakan yang dikenakan terhadap individu-individu berkenaan.
Ini merupakan antara skandal MARA terbesar kerana kerosakan kewangannya berkembang selama bertahun-tahun dan bukannya berlaku melalui satu urus niaga dramatik sahaja.
3. Skandal MARA Melibatkan Hotel Premiera
2015–2023: Kerugian dan Tunggakan Sewa Semakin Meningkat
Hotel Premiera beroperasi dari Menara MARA dan merupakan sebahagian daripada kumpulan MARA Inc.
Mencapai tahun 2023, hotel berkenaan telah mencatatkan kerugian terkumpul kira-kira RM84.1 juta. Ia juga menyumbang sebahagian besar daripada jumlah RM26.18 million tunggakan sewa yang gagal dikutip oleh MARA Inc daripada beberapa penyewa.
Tunggakan sewa Hotel Premiera sahaja berjumlah kira-kira RM22.67 juta.
Kedua-dua angka ini mungkin bertindih disebabkan akaun antara syarikat (intercompany accounting), jadi pembaca tidak boleh mencampurkan kedua-dua angka tersebut secara mentah-mentah.
Namun, masalah terasnya adalah jelas: Sebuah hotel milik MARA mengalami kerugian sambil pada masa yang sama gagal menjelaskan kewajibannya kepada sebuah lagi syarikat milik MARA.
Akibatnya, MARA Inc terpaksa menanggung pelaburan yang lemah dan tunggakan sewa yang tidak dibayar secara serentak.
MARA Inc telah menukarkan sebahagian hutang Premiera kepada ekuiti. Tindakan ini mengubah perakaunannya, tetapi ia tidak mengembalikan wang tunai pada jumlah yang sama.
MARA Inc secara efektif menukarkan tuntutan hutang dengan pegangan saham yang lebih besar dalam perniagaan yang bermasalah itu.
Premiera kemudiannya melaporkan keuntungan tahunan yang kecil. Pelan pemulihannya menyasarkan untuk bergerak daripada kerugian terkumpul RM84.1 juta kepada kedudukan positif kecil menjelang sekitar tahun 2030.
Peningkatan itu ada kepentingannya, namun ia kekal kecil berbanding kerosakan sejarah yang telah berlaku.
Tiada rekod awam yang menunjukkan bahawa ahli lembaga pengarah atau eksekutif yang membiarkan kerugian dan tunggakan itu berkembang telah diminta untuk membayar ganti rugi kepada MARA.
Antara skandal-skandal utama MARA, kes Premiera menunjukkan bagaimana penyusunan semula akaun boleh memperlihatkan penambahbaikan tanpa memuktamadkan isu pertanggungjawaban.
4. Skandal MARA Melibatkan Sewa Tidak Dikutip
MARA Inc gagal mengutip sewa kira-kira RM26.18 juta daripada penyewa-penyewa utama, termasuk Hotel Premiera serta perniagaan yang dikaitkan dengan Stratecore, M.Mall, dan Malakat Mall.
Syarikat itu akhirnya mengambil tindakan undang-undang dan penggulungan. Ia memulakan prosiding terhadap Stratecore pada 2018 dan memfailkan kes terhadap Malakat Mall pada 2024.
Walau bagaimanapun, faktor masa telah mengurangkan peluang untuk mendapatkan pemulihan penuh. Apabila penyewa menjadi tidak mampu bayar (insolvent) atau mengalami kesukaran kewangan, pemilik hartanah akan berdepan kesukaran untuk mengutip hutang berkenaan.
Selain itu, MARA Inc terpaksa menanggung kos guaman, kehilangan pendapatan sewa, dan kos peluang (opportunity cost) akibat mengekalkan penyewa yang lemah di hartanahnya.
Tiada rekod awam menyeluruh yang menunjukkan berapa banyak daripada RM26.18 juta itu yang berjaya dikutip, diselesaikan, ditukar, dihapus kira, atau dibiarkan tidak dibayar oleh MARA Inc.
Oleh itu, orang awam hanya dapat melihat bahawa MARA memfailkan kes, tetapi tidak dapat melihat sama ada kes-kes tersebut membawa kepada pemulihan kewangan yang bermakna.
5. Skandal MARA Melibatkan Penajaan Pasukan Bola Sepak Kelantan 2017: RM700,000 Daripada Badan Bawah MARA
Pada tahun 2017, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan MARA Berhad dilaporkan menyalurkan dana gabungan sebanyak RM700,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Pada masa itu, Annuar Musa menjawat jawatan Pengerusi MARA dan mempunyai hubungan rapat dengan sukan bola sepak Kelantan.
Kontroversi tertumpu kepada sama ada pertindihan jawatan beliau telah mempengaruhi keputusan penajaan tersebut.
Siasatan dan Keputusan
MARA menggantung penggantungan jawatan Annuar sementara perkara tersebut melalui kajian semula dalaman. SPRM juga menyiasat beliau.
Kemudian, SPRM menyatakan bahawa mereka kekurangan bukti yang mencukupi untuk membawa pertuduhan.
Pihak berkuasa tidak membuktikan bahawa ada pihak yang mencuri RM700,000 tersebut. Namun begitu, urus niaga itu tetap menimbulkan isu konflik kepentingan yang serius kerana institusi berkaitan MARA menyalurkan wang kepada organisasi yang mempunyai hubungan dengan pengerusinya.
Tiada tuntutan semula (clawback) dibuat. Tiada sesiapa yang dihadapkan ke pendakwaan. Selain itu, MARA tidak menerbitkan akaun terperinci mengenai perubahan peraturan yang menyusul selepas kejadian itu
.
Kes ini tergolong dalam skandal politik MARA kerana ia menimbulkan persoalan tentang siapa yang boleh mempengaruhi perbelanjaan di dalam kumpulan tersebut.
6. MARA Digital Mall
MARA melancarkan MARA Digital Mall di Kuala Lumpur pada Disember 2015 sebagai pusat peruncitan barangan elektronik berfokuskan Bumiputera.
Rancangan itu kemudiannya diperluaskan ke Shah Alam, Johor Bahru, dan Kuantan. Walau bagaimanapun, projek ini berdepan masalah seperti kekurangan pengunjung, pilihan rantaian bekalan yang terhad, persaingan daripada peruncit sedia ada, serta peningkatan pesat pembelian dalam talian.
Menjelang tahun 2022, hanya cawangan Kuala Lumpur yang masih beroperasi.
Tiada akaun diaudit yang lengkap menunjukkan berapa banyak yang dibelanjakan oleh MARA untuk menubuhkan cawangan-cawangan tersebut, berapa banyak sokongan yang diberikan, berapa kerugian setiap cawangan, atau berapa jumlah yang dihapuskan selepas penutupannya.
Disebabkan itu, orang awam tidak dapat mengira kesan kewangan keseluruhannya.
MARA Digital Mall nampaknya tidak menjadi kes rasuah yang terbukti. Sebaliknya, ia berdiri sebagai kegagalan komersial dan dasar yang dilancarkan atas nama pemerkasaan Bumiputera tanpa laporan bedah siasat (post-mortem) yang jelas kepada umum.
7. Pertikaian Kelulusan MARA Corp–Lynas
Pada tahun 2019, MARA Corporation menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lynas Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam sektor unsur nadir bumi (rare-earth).
Tidak lama selepas itu, bahagian komunikasi korporat MARA menyatakan bahawa MARA Corp telah menandatangani perjanjian tersebut tanpa kelulusan Ahli Majlis MARA.
MARA Corp menolak dakwaan berkenaan. Pihaknya menyatakan bahawa lembaga pengarahnya sendiri telah meluluskan memorandum tersebut dan seorang wakil Majlis
MARA turut menghadiri mesyuarat berkaitan.
Tiada kerugian kewangan terbukti yang menyusul. Namun begitu, pertikaian ini membongkar kelemahan tadbir urus yang besar: badan induk dan syarikat pelaburannya tidak dapat bersetuju tentang siapa yang mempunyai bidang kuasa untuk meluluskan perjanjian strategik yang penting.
Isu ini kemudiannya senyap begitu sahaja tanpa penjelasan awam yang jelas tentang pihak mana yang betul atau sama ada MARA telah mengubah peraturan kelulusannya.
8. Badlisyah Abdul Ghani dan Kes Pengambilan Pekerja Tanpa Kelulusan
MARA Corp melantik Badlisyah Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada September 2020.
Syarikat itu kemudiannya mendakwa beliau telah mengambil 25 orang pekerja tanpa mendapatkan kelulusan lembaga pengarah yang diperlukan.
Selepas MARA Corp menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja tersebut, syarikat berdepan dengan tuntutan gaji, pampasan, dan tuntutan berkaitan pekerjaan.
MARA Corp menyaman beliau pada jumlah kira-kira RM4.57 juta.
Pada Mei 2024, Mahkamah Tinggi mendapati Badlisyah telah memungkiri kewajipannya. Mahkamah memerintahkan beliau membayar kira-kira RM3.4 juta dan menanggung liabiliti berkaitan yang dihadapi oleh MARA Corp.
Ini merupakan penghakiman sivil, bukannya sabitan rasuah jenayah.
Berbeza dengan kebanyakan skandal MARA yang lain, kes ini menghasilkan perintah mahkamah secara langsung terhadap bekas eksekutif kanan.
Namun, tiada kemas kini awam yang jelas mengesahkan sama ada MARA Corp berjaya mengutip keseluruhan RM3.4 juta tersebut.
9. Pertuduhan Elaun Pemangku MARA Corp
Pada Julai 2022, pihak pendakwa raya mendakwa dua bekas pegawai MARA Corp berhubung elaun pemangku yang didakwa diluluskan oleh mereka sendiri tanpa kelulusan lembaga pengarah.
Bekas Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Noor Irwan Marmin, berdepan tuduhan melibatkan kira-kira RM46,281.75. Bekas Pengarah Kewangan Korporat, Rizal Abdul Ghani, pula berdepan tuduhan melibatkan kira-kira RM40,875.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Jumlah ini adalah kecil berbanding kegagalan pelaburan dan hartanah. Walau bagaimanapun, tuduhan ini mencemarkan kredibiliti MARA Corp, yang ditubuhkan khusus untuk memperkukuh tadbir urus di seluruh syarikat komersial MARA.
Setakat 3 Ogos 2026, sumber yang diteliti tidak menunjukkan sebarang sabitan akhir, pembebasan, atau penarikan balik pertuduhan secara penuh. Ia juga tidak menunjukkan sebarang pengesahan pembayaran balik atau perampasan harta.
10. Perbelanjaan Kad Kredit Korporat MARA Corp
Kes elaun pemangku ini merupakan sebahagian daripada kontroversi integriti yang lebih besar di dalam MARA Corp.
Pada tahun 2022, SPRM menyatakan bahawa mereka menemui perbelanjaan kad kredit korporat yang mencurigakan bagi barangan dan perkhidmatan yang kelihatan tidak berkaitan dengan operasi syarikat. Penyiasat meneliti urus niaga dari Mac hingga Disember 2021.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut.
Laporan awam juga tidak menunjukkan secara jelas siapa yang membayar balik perbelanjaan itu, sama ada MARA mengenakan tindakan disiplin terhadap sesiapa, sama ada pendakwa raya memfailkan pertuduhan, atau sama ada kes tersebut ditutup tanpa tindakan.
Siasatan ini mendapat perhatian meluas pada permulaannya, namun kesimpulannya tidak diberitahu kepada umum.