UTUSAN OH UTUSAN...MASIH TAHAP BODO GABAN ..KES CHIN PENG : HENTAM ANWAR DULU SEBELUM DIBICARAKAN-KERJA UTUSAN
Akhabar utusan malaysia hari ini menegaskan betapa anwar adalah bersalah kerana mahukan seorang warga tua kembali ke tanah air.Berdasarkan kepada perjanjian Hadyaii yang termeterai , maka selayaknyalah difikirkan betapa layak Chin Peng kembali.
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
- PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
- Parti Komunis Malaya dibubarkan
- Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
- Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
- Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
- Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
- Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia
Sewaktu perjanjian tersebut ditandatangani, Malaysia diwakili oleh:
- Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
- Tan Sri Mohd. Hanif Omar – Ketua Polis Negara
- Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
- Chin Peng dilahirkan di Setiawan negeri Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam mahkamah. Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip Jus Soli.
Pada 21 Mei, Pengerusi Citizens Internasional, Sdr. SM Mohamed Idris, telah merayu kepada kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia atas alasan-alasan berikut:
- Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;
- Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;
- Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;
- Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.
- Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.
video perjanjian akan menyusul kemudian...........
PENGGAL KE 2 MESYUARAT PARLIMEN
Penggal ke-2, Mesyuarat ke-2 Parlimen akan bersidang mulai , Isnin hingga Khamis, 15 hingga 30 Jun 2009.
Rakyat yang ingin mengikuti sidang tersebut boleh memohon secara langsung kepada pentadbiran Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/
atau Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan anda (bilangan adalah terhad dan perlu notis awal).
Dalam sesi soal jawap lisan, bermula jam 10.00 pagi esok, soalan kedua adalah dari Ketua Umum:
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang
yang membolehkan polis menceroboh persidangan Dewan Undangan
Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang
sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.
Reformasi pentadbiran negara, khususnya dalam pentadbiran Parlimen di mana dasar-dasar negara dicipta dan digubal memerlukan penyeliaan dan kepekaan tentang perjalanan persidangan Parlimen.
Rakyat berperanan untuk mengetengahkan kepada wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing isu-isu kawasan dan menyelia prestasi wakil-wakil rakyat di Parlimen. Rakyat juga bertanggungjawab mengetengahkan sebarang isu dan prosedur yang tidak domokratik ketika persidangan berlangsung.
Merakyatkan Parlimen dan pengetahuan mengenai prosedur Parlimen akan menyumbang kepada proses reformasi Parlimen dan seterusnya reformasi pentadbiran negara Malaysia.
Sudah tiba ketikanya Malaysia mewujudkan saluran TV khusus untuk memancarkan secara langsung kesemua dan keseluruhan persidangan Dewan Rakyat yang menggubal segala dasar-dasar negara dan mengatur kehidupan rakyat Malaysia.
Persidangan Parlimen Dewan Rakyat tidak boleh lagi dibiarkan tanpa disaksikan oleh rakyat jelata sepenuhnya.
June 12, 2009