TAK PASTI JANGAN KONGSI.


 

Kenyataan Disebalik Keengganan Kerajaan Luluskan I-Citra

#tangkapazambaki Ucapan Ketua Pemuda Amanah Nasional Hasbie Muda

APA KHABAR ANNUAR MUSA?

 Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, hanya enam daripada 190 bahagian UMNO seluruh negara setuju untuk pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15.

Katanya, dapatan itu adalah berdasarkan laporan yang dihantar UMNO bahagian-bahagian kepada ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

“Dengan itu, suara majoriti perlu dituruti atau kita akan menjadi parti yang lemah,” katanya dalam temubual secara langsung bersama NRChannel TV yang disiarkan di YouTube malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan sama ada pemilihan parti akan diadakan sebelum PRU15 atau sebaliknya.

Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata lagi, Pendaftar Pertubuhan atau RoS memberi tempoh kepada UMNO sehingga 29 Dis tahun ini untuk mengadakan pemilihan parti.

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 pada 16 Mac ini, manakala PAU2022 yang bakal menyaksikan pemilihan parti belum lagi ditetapkan tarikhnya.

Zahid Hamidi menambah, UMNO selaku parti akar umbi dan usul berkenaan pemilihan itu akan dibincangkan dalam PAU pada Mac akan datang, seterusnya akan dimuktamadkan oleh MT dan jawatankuasa khas.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi turut menafikan dakwaan bahawa 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15.

“Angka itu dipetik sesuka hati,” jelasnya.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, sebelum mesyuarat perwakilan UMNO bahagian seluruh negara baru-baru ini, Annuar Musa adalah menteri yang paling lantang menyeru dan menyarankan agar pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum berdepan PRU15.

Diperkatakan dengan hangat dalam UMNO, meskipun seruan dan saranannya itu terlihat untuk tujuan agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dapat menjadi Presiden UMNO terlebih dahulu sebelum mendepani PRU15, maksud lain di sebalik saranan itu juga adalah untuk membolehkan dirinya sendiri bertanding salah satu jawatan kanan dalam UMNO dalam PAU2022 nanti.

Dengan berjawatan menteri dalam kerajaan, lebih-lebih lagi jika menumpang rakit Perdana Menteri, dipercayai harapannya untuk menang kerusi diidam-idamkan akan turut cerah dengan sendirinya.

Annuar sekarang ini bukan ahli MT setelah tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Mohamad Hasan dalam pemilihan 2018 lalu.

Tetapi, terbukti sekarang hanya enam bahagian saja yang senada dengannya, sementara majoriti bahagian yang lain lebih mahukan PRU15 diadakan terlebih sebelum pemilihan UMNO.

Apa macam sekarang Annuar, sedang sesak nafaskah mendengar pendedahan Zahid Hamidi ini? ShahbudinHusin 22/01/2022.


JAGA JAGA...LEPAS PILIHANRAYA DIA KHIANAT LAGI

 Ni yang aku malas ni. Nanti lepas pilihanraya, dia khianat lagi, baru nak menyesal? Sampai hari ni Saddiq tak mampu pisahkan dirinya dari bayangan Mahathir, orang yang jatuhkan PH. Kenapa masih nak bagi muka kepada pengkhianat ni?

AZAM BAKI - MENGAPA PM DAN AGONG TAKUT BERTINDAK ?


Tamrin Tun Ghafar 

 

Sabtu - 22/01/22 

 

(1 -  17 )

 

1.   Walaupun berbagai jentera  kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan  bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat  MENUNTUT  Azam BaKI  DITANGKAP namun jika dilakukan  kajian atau survey  saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta  BUKAN  DI CUTI  ATAU  DI PINDAHKAN ke Jabatan lain 

 2.  Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi  SPRM itu sendiri ; apakah  PEGAR YANG  DI HARAPKAN  TIDAK  LAGI  BOLEH  DI PERCAYAI ? 

 3.  Azam umpama SETITIK  NILA  YANG  MEROSAKAN  SUSU  SEBELANGA  

 4.  Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA  umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam 

 5.  Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !! 

 6.  Yang hairannya TERNAMPAK  mengapa Ismail Sabri  bersungguh - sungguh  CUBA mempertahan Azam ;  sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi  seperti beliau ini TIDAK  MENCAMPURI perkara sebegini 

 7.  Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK  BERSETUJU  cadangan pembentukan RCI ,  dan juga  mengajak  rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission  memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN  kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN  adiknya 

 8.  Dari mana SUMBER  wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan 

 9.  Rakyat juga mula MEMPERSOAL   mengapa  Agong TIDAK  BOLEH  mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ? 

 10.  Kata mereka  JIKA  Agong boleh  mengenepikan Perlembagaan apabila melantik  Mahiaddin  yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau  SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI  yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid  yang kebetulan Timbalan Pengurusi  Parti PEJUANG  WP 

 11.  Sultan  Perak  , Timbalan Agong  sendiri  telah  MENYENTUH  isu SPRM  ini 

 12.  Demi ketulusan , saya  BERSETUJU cadangan Dr. MAZA  , Mufti Perlis  demi menggembalikan kepercayaan  dan keyakinan rakyat , SPRM  PERLU  DI ROMBAK  atau  'REVAMP'  semula 

 13.  YANG  PENTING ,  sebagai Perdana Menteri  Ismail MISTI  dengar  dan ambil kira pandangan majoriti  rakyat 

 14.  Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI  akan  MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti  malah Pilihanraya Kecil Negeri  ( PRN ). Johor 

 15.. Rakyat khususnya  pengundi MAHU  TAHU sejauh mana  Kerajaan BERSUNGGUH  MAHU  MENGHAPUSKAN  Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya  'LIP  SERVICE'  atau bermain dibibir sahaja 

 16.  RCI  juga PATUT  ditubuhkan  bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang  bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang 

 17.   BERANI  

         KERANA

         BENAR

         TAKUT

         KERANA

         SALAH

 Wassalam

Terima Kasih

BILA "BAPOK TUA" BERCAKAP IKUT SEDAP HATI

 

Berarak macam ‘lembu bodoh!’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengacara bermulut lantang Azwan Ali ‘naik hantu’ selepas beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Azwan atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA menerusi TikTok miliknya telah memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan di sekitar Kuala Lumpur sehingga beberapa jalan raya ditutup oleh pihak berkuasa.

“Gara-gara kecoh dan tangkap Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), sampai sesak jalan ke arah Bangsar.

“Aku bukan penyokong Azam Baki, tapi otak letak di mana? Kerana orang macam kaulah (peserta perarakan). Jalan ditutup sehingga menyusahkan orang lain,” kata Azwan.

Dalam hantaran video itu juga, Diva AA dengan lantang menggelar peserta yang menyertai perarakan pada hari ini dengan gelaran ‘lembu bodoh’ kerana telah menyusahkan orang lain.

“Masing-masing ada otak. Fikirlah! Daripada nak berarak macam ‘lembu bodoh’. Kau viralkan video ini. Menyusahkan orang lain.

“Nak tangkap Azam Baki, tangkaplah! Tapi jangan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dakwa personaliti berusia 55 tahun itu, sepatutnya orang ramai menggunakan saluran undang-undang sedia ada, bukannya mengadakan perhimpunan dan perarakan beramai-ramai sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Sebab nak berhimpun, orang lain susah. Gunakanlah saluran undang-undang yang betul,” tegasnya.

Terdahulu, lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan “Tangkap Azam Baki” sekitar pukul 11 pagi hari ini.

MALAYSIA TEWAS, DIJATUHKAN OLEH DIRINYA SENDIRI


-Minggu ini, GRAB Holding, sebuah syarikat anak Malaysia telah disenaraikan di Nasdaq dengan nilai US$40bil (RM165.16bil)! Syarikat yang asalnya dari Segambut, 'lari' dari Malaysia dan berpindah ke Singapura untuk pasaran yang lebih stabil. Satu kerugian buat Malaysia!

-Syarikat Hyundai telah menutup ibu pejabat Asia Pacifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia dengan nilai US$1.55 billion (RM6.26 billion)! Satu kerugian buat Malaysia!

-Syarikat IBM telah menutup Global Delivery Centre (GDC) mereka di Cyberjaya dan berpindah ke Singapore. Satu kerugian buat Malaysia!

-Syarikat Shell telah memindahkan pusat operasi IT mereka dari Cyberjaya ke India. Satu kerugian buat Malaysia!

-Syarikat Citigroup telah menghentikan pusat perbankan di Malaysia setelah enam dekad bertapak. Kini mereka berpindah ke Singapore. Satu kerugian buat Malaysia!

-Syarikat IT dari Germany, T-Systems telah menutup operasi di Malaysia. Satu kerugian buat Malaysia!

-Toyota Motor Corp memilih untuk melabur sebanyak US$2 billion untuk kilang EV (electric vehicles) di Indonesia berbanding Malaysia. Satu kerugian buat Malaysia!

-Pemilik Tesla dan SpaceX, Elon Musk telah bersetuju untuk pelaburan kereta elektrik dan pusat pelancaran angkasa di Indonesia. Satu kerugian buat Malaysia!

-Facebook, Lazada, Tencent, ByteDance, Ali baba, Shopee dan beberapa nama besar telah memilih Singapore sebagai regional hub, meninggalkan Malaysia jauh ke belakang. Satu kerugian buat Malaysia!

-Indonesia telah berjaya menarik pelaburan daripada 4 tech giants America iaitu Google, Microsoft, Facebook and PayPal. Satu kerugian buat Malaysia!

-Zoom Video Communications telah memilih Singapore berbanding Malaysia untuk membina pusat R&D dan pusat data baru bagi rantau Asia Tenggara. Satu kerugian buat Malaysia!

-Google and Facebook telah mengecualikan Malaysia untuk projek Apricot, iaitu 12,000km kabel internet bawah laut disebabkan isu polisi. Negara lain yang terlibat adalah Singapore, Indonesia, Philippines, Taiwan, Japan, and Guam. Satu kerugian buat Malaysia!

Selain itu, dalam parlimen disebutkan, terdapat 68 buat syarikat yang telah memindahkan perniagaan ke negara serantau lain.

Satu kerugian buat Malaysia!


PENCERAHAN


Kesalahan utama Malaysia buat adalah :

1) Cukai yang dikenakan Tinggi.

2) Tidak menjaga hak pihak syarikat /company 

3) Sistem yang tidak teratur .

4) Politik yang sentiasa tidak stabil dan hanya pentingkan diri sendiri.

5) Tiada dorangan ,nasihat , bantuan kepada peniaga2 kecil atau besar .

6) Hanya utamakan kroni untuk memenuhi kocek sendiri.

7) Korupsi yang tidak dibendung bermula dari Menteri/ ahli parlimen/ adun /pegawai2 kerajan dan pelbagai pihak lagi.

8) Dan pelbagai faktor lain lagi .


agckids.com


#MasterADy


PM GAGAL...KAH..KAH...Lain Kali Jangan Syiok Sendiri



1. Baguslah kalau sudah sedar dan mengaku yang pelaksanaan sistem Radio Frequency Identification (RFID) di seluruh Lebuh Raya Utara-Selatan gagal mencapai matlamat malah menyusahkan pengguna.


2. Dilaporkan yang PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah atau akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol bagi digantikan dengan lorong RFID. 


3. Itulah, lain kali jangan sombong dan berasa diri pandai sangat semata-mata kerana ada kuasa. Dalam dunia di mana pengguna boleh bersuara melalui media sosial, kelemahan dan kehambaran mudah didedahkan. 


4. Utamakanlah kepentingan pangguna dengan menguji sesuatu kaedah baru di jalan raya bukan syiok sendiri dalam "executive suite" dan bilik lembaga saja atau bergantung semata-mata kepada "public relations hype". 


5. Bukan PLUS saja tapi semua pertubuhan perniagaan dan perkhidmatan awam janganlah jadi hamba teknologi sehingga menyusahkan pengguna. 


6. Dalam kegilaan memaksimumkan keuntungan, menjimatkan kos dan meringkaskan kerja melalui teknologi maklumat dan "fintech" janganlah abaikan kepentingan golongan masyarakat yang kurang kemampuan di segi teknologi maklumat. Bukan semua orang "computer savvy" atau mahu menjadi hamba teknologi digital. 


7. Bagi PLUS, lebih baik berusaha jadikan lebuh raya kelolaannya lebih bersih dan selamat. Minta tolong polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disiplinkan pemandu lori yang berhenti rehat sesuka hati di luar kawasan R&R. 


8. Ingatlah, dengan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk, pembukaan semakin banyak "interchange" serta stesen minyak, Lebuh Raya Utara-Selatan sudah jadi macam jalan raya biasa. Tidak ada apa-apa lagi yang istimewa. 


Sekian. Terima kasih.


INNALILLAH...SEMOGA CEPAT SEMBOH


 

SULTAN PERKENAN BUBAR DUN JOHOR

 

Jumaat bubar DUN Johor?

DEWAN Undangan Negeri Johor dikatakan hanya menunggu masa untuk dibubarkan bagi menstabilkan kerajaan negeri yang memiliki majoriti satu kerusi sahaja.
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegra

KUALA LUMPUR: Hari Jumaat yang dianggap sebagai penuh berkat menjadi pilihan hari pembubaran Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Johor selepas dikatakan sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sehubungan itu, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pembubaran itu mungkin diadakan hari ini atau Jumaat depan bergantung kepada per­kenan Sultan Johor. “Tunggu sahajalah. Mungkin esok (hari ini) atau Jumaat…

 

LAWAN TETAP LAWAN

 

Ramai geng PH risau tentang PRN Johor ni. Diorg takut terjadi mcm Melaka dgn Sarawak...


Fren...


Andai berlaku prn Johor ni, situasi dh x sama mcm prn lps. Kali ni, ada pengundi baru 18. Kt Ledang shj ada 25,000 pertambahan pengundi baru. Dun Serom shj ada 10,000... Lg pulak org Melayu Johor x sama otaknya dgn Melayu Melaka apatah lagi Melayu Sarawak... Jauh beza cara fikir tu. 


So, prn kali ni rsk sama. Sape pun tsk bole claim sape menang.

 Apa pun lawan dulu. Kalah menang adat bertanding. 

Lawan dulu baru tau...


Yang penting terus bagi kesedaran kpd rakyat bahawa UMNO ni rosak... parti penyamun yg sedang memperjudikan nyawa rakyat kerana rakus dgn kuasa...

Yg penting..

 kita terus bg penerangan kpd rakyat..

 PAS adalah parti PENJUAL AGAMA yg sanggup mnggadaikan akhirat,..

 sanggup bersekongkol dgn para pengkhianat mandat rakyat bersama2 puak2 penyamun perompak negara utk merampas kuasa dari kerajaan pilihan rakyat pd pru 14 tempohari...!


Biar mati berdiri dari menang melutut...!


Lawan tetap lawan...!



VIDEO VIDEO DEMONTRASI HARI INI




 

#TangkapAzamBaki bergema di Bangsar, demo dipantau polis, kecil tapi pel...

KUALITI BERITA NATIONAL MALAYSIA


 

LIVE: Sekitar demonstrasi #TangkapAzamBaki di Kuala Lumpur

[LANGSUNG] Situasi semasa Perhimpunan Tangkap Azam Baki di LRT Bangsar I...

LIVE: Perhimpunan #TangkapAzamBaki di LRT Bangsar

NI PUN TAKUT JUGA...TAKUT HILANG KUASA

 

Dari mana angka 96 bahagian mahu pemilihan sebelum PRU-15? – Zahid

 

TAKUT SUNGGUH

 

Sampai mahkamah keluarkan arahan berhimpun. Tak cukup dengan sekatan jalan raya je. Beberapa perkhidmatan awam pun dihentikan semata-mata untuk halang perhimpunan tentang Azam Baki ni?

Ismail suruh orang move on tapi macam ni cara dia layan perkara ni, cuma lebih timbulkan tanda tanya. Kenapa macam ni sekali nak lindungi Azam Baki? Sampai dapatkan arahan mahkamah bagai.

Perhimpunan yang nak dianjurkan tu perhimpunan aman. Bukan nak buat rampasan kuasa. Beri saja mereka berhimpun. Azam pun yakin tak bersalah. Nak takut apa? Kalau betul tak bersalah, nanti yang malu orang yang berhimpun. Bukan Azam Baki.

Tapi entahlah. Kalau aku nak yakin Azam Baki tak bersalah pun, tengok kepada cara respond kerajaan begini buatkan aku mula syak. Kalau tak bersalah kenapa takut sampai macam ni sekali. Kan?

Kenapa perlaksanaan demokrasi di Malaysia sampai begini sekali?

Raja Gelap

.

 


HIKMAH PERALIHAN KUASA....

 

Yahoo..

Peralihan kerajaan yang berlaku semuanya ada hikmah utk rakyat.. yang terbatal krn kehilangan kuasa,

Kini menjadi janji yang akan terlaksana..

sama² kita berdoa.. moga ada brim kembali

serta kenaikan gaji buat semua kakitangan awam tercinta.. Description: 😘

#DoneBodek

 



SUKAN PUN MALAYSIA MUNDUR

 Malaysia ni mundur dari segala segi. Daripada politik, ekonomi sampailah ke sukan.


Contoh bolasepak. Dulu kita kuasa Asia. Lawan kita Korea. Jepun, Thailand tu belasahan kita je. Tapi sekarang ni nak makan Vietnam pun menangis.


Badminton pun begitu juga. Makin lama makin hancur. Yang nampak bertahan cuma hoki. Sebab sukan tak popular. Orang politik tak menyibuk.


Kenapa kita mundur? Kenapa kita tak mampu lahirkan bintang sukan lagi? Macamana negara seperti Jepun dan Thailand meningkat?


Sebenarnya bukanlah sangat sebab kita mundur. Tapi mereka yang maju. Mereka ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sementara kita masih sibuk belek album gambar.


Aku percaya pemain bolasepak kita sebenarnya masih bagus. Tapi peralatan dan corak latihan kita masih di takuk lama.


Jadi bila bertembung dengan bakat biasa-biasa negara lain tapi diberikan latihan yang bersesuaian, mereka yang bagus ini pula yang jadi biasa-biasa.


Senang cerita, sukan kita ini jadi mundur kerana salah tadbir. Diuruskan oleh orang yang bukan ahli. Ditambah pula dengan kerajaan yang curang.


Apa kena mengena dengan kerajaan?


Sebab kerajaan yang pegang bajet. Bajet untuk sukan tak banyak mana. Tapi bajet untuk JKom bukan main banyaknya. Sebab kerajaan tak serius mahu lihat sukan kita maju.


Kerajaan atau lebih tepat parti pemerintah, lebih cakna kedudukan mereka. Bajet propaganda lebih besar dari bajet untuk memajukan negara termasuk juga sukan. Nak maju macamana?


Ramai yang bercita-cita ingin melihat sukan kita mencapai tahap antarabangsa. Tapi orang yang sama juga yang undi pemimpin yang tak kompeten untuk memerintah.


Macam sibuk nak kaya tapi habiskan duit beli loteri. Mampu mimpi je la.


Kalau nak majukan sukan, pertama, jangan jadi Jack of all trades. Pilih sukan yang mana hang betul kita nak cemerlang.


Kemudian tabur bajet untuk sukan itu. Sediakan pusat latihan yang moden dan terkini, jurulatih yang berkaliber dan teruji.


Giatkan cungkil bakat dari peringkat sekolah. Ini tidak. Berapa banyak sekolah yang tiada padang. Apa lagi kemudahan sukan yang lain. Tapi lancar program satu murid satu sukan. Gila.


Projek ni takkan siap dalam sekelip mata. Akan memakan masa yang panjang. Yang penting kena istiqamah. Kena sentiasa up to date.


Paling penting, keluarkan orang yang tiada kena mengena dengan sukan dari organisasi - ahli politik yang gila glamer dan mereka yang kaki bangku.


Termasuk juga halau pemimpin yang penting diri dan tak hiraukan rakyat daripada Putrajaya. Kalau ini semua dibuat, aku yakin sukan kita akan bersinar semula.


 

Raja Gelap



RAKYAT BERHAK BERTANYA KERAJAAN INI GAGAL

 

Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta orang ramai menerima keputusan yang dibuat oleh SC. Beliau berkata mereka telah menyiasat Azam Baki dan selepas siasatan, keputusan telah dibuat dan kita mesti menerima keputusan yang dibuat.


Kenyataan Perdana Menteri ini menunjukkan kegagalan menyeluruh kepimpinan di pihaknya dan kegagalan menyeluruh di pihak kerajaan untuk menangani masalah institusi yang memberi impak besar kepada negara kita.


Perdana Menteri mesti menerima hakikat bahawa orang ramai mempunyai hak untuk menyoal terutamanya dalam kes-kes yang mana terdapat soalan terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Dia tidak boleh meminta orang ramai untuk menerima keputusan semata-mata.


Dalam kes ini, tiada alasan diberikan pada awalnya yang menjelaskan mengapa siasatan tidak dapat memutuskan bahawa seksyen 25(4) telah dilanggar. Apabila pihak tersebut ditekan untuk memberikan jawapan, SC telah mengeluarkan kenyataan kedua. Kenyataan itu merujuk kepada bukti bebas yang nampaknya bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Azam Baki di dalam sidang medianya pada 10 Januari baru-baru ini.


Saya mahu Perdana Menteri menjelaskan perkara ini. Jika beliau tidak mampu, maka siapakah beliau untuk meminta orang ramai agar menerima sahaja keputusan yang sedemikian?


Perdana Menteri juga harus melihat Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan menghormati hakikat bahawa Peguam Negara dan bukannya beliau atau SC yang harus memutuskan sama ada sebarang tindakan perlu diambil dalam kes ini. Peguam Negara yang seharusnya berbuat demikian selepas semua pihak berkuasa yang berkenaan sama ada polis, SC atau sesiapa sahaja yang berkaitan, menyelesaikan siasatan mereka terhadap perkara itu dan memberikan hasil siasatan dan laporan mereka kepadanya. Ini adalah proses yang mesti dihormati.


Malangnya Perdana Menteri  mengambil pendekatan sedemikian dalam menangani isu ini. Beliau sepatutnya melakukan sesuatu, tetapi tidak mengambil peluang ini untuk menunjukkan komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan pembaharuan institusi. 


GOBIND SINGH DEO

Ahli Parlimen Puchong.


MURID LEMBAB

 

Halang demo, seminggu rancang tutup jalan sana sini. Bila amaran banjir, masing² wat tak tau. 3 hari banjir baru la terhegeh² buat semua benda. Kemudian pandai mengaku dia paling awal. Mangsa banjir 2 hari kelaparan.


Lembab kata cikgu soodsms 😁




MENTERI NAK BANDINGKAN DENGAN MP.

 Di Parlimen semalam, Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim teruk diasak kerana beliau pergi umrah waktu negara dilanda banjir besar.  Apa jawapan beliau?


Dia kata, saya pergi umrah, ada MP yang pergi luar negara main salji.  Mana lebih baik?  Katanya.


Itu bukan jawapan wahai Tuan Berahim.  Kamu tahu tak beza tugas kamu dengan MP yg lain?  Kamu tu menteri alam sekitar, kamu tu menteri kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat dan kamu adalah orang pertama yg tahu tentang keadaan iklim, sepatutnya kamu orang yang paling bersedia untuk menghadapi banjir, bukannya cabut pergi umrah.  Umrah ibadah sunat, tapi amanah dan tanggungjawab kamu terhadap rakyat itu hukumnya wajib.  Faham?


Kamu mahu samakan tugas dan tanggungjawab kamu dgn seorang Ahli Parlimen ?  Ahli Parlimen bukan menteri dalam kerajaan yang diamanahkan dan berkuasa untuk menentukan persiapan menghadapi banjir.  Faham tak?


Mengaku sahaja kamu sebenarnya gagal1!


WFAUZDIN NS


Ini Jawapan Kenapa PAKATAN HARAPAN Tidak Batalkan MOU!


Ahli Parlimen Lebah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, YB Fahmi Fadzil memberikan penjelasan mengapa Pakatan Harapan masih kekal dengan perjanjian MOU bersama Kerajaan.



Jika PH tarik diri MoU, Akta Anti Lompat Parti tak lulus

 JIKA PH TARIK DIRI MOU, AKTA ANTI LOMPAT PARTI TAK LULUS