Lelaki ini bagi 5 sebab mengapa anak muda perlu bekerja di Dubai

 

Lelaki ini bagi 5 sebab mengapa anak muda perlu bekerja di Dubai


Tak tahu lah sama ada anak muda sekarang mengenali atau tidak figura Irfan Khairi yang menjadi jutawan ketika usianya 25 tahun di awal tahun 2000. Kejayaannya menjadi jutawan muda menerusi perniagaan internet membuatkan ramai yang berasa bangga, namun dalam masa sama masih was-was, macam mana boleh kaya dengan internet? Sedangkan media sosial di Malaysia pun hanya ada Facebook ketika itu dan ianya digunakan untuk bersosial sahaja.

Terkini, Irfan, 45 yang beroperasi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan aktif berkongsi tip untuk berjaya dalam bisnes untuk anak muda.


Antara yang best ialah katanya anak muda perlu ke luar negara bagi mencari peluang lebih bagus sekaligus meluaskan pengalaman. Bak kata pepatah timba lah ilmu hingga ke negara China.

Ayuh, telusuri lima sebab mengapa anak muda perlu bekerja di Dubai.

  1. Banyak aktiviti pelancongan boleh dilakukan di Dubai seperti pusat beli belah, pusat hiburan dan lebih 20 taman tema ada di sana.

  2. tinasi yang selamat dan mudah mencari makanan halal.

    1. Begitu juga dengan cuaca di sana yang hanya tiga bulan sahaja musim panas manakala selebihnya adalah musim sejuk dan kering.

    2. Walaupun ramai menganggap kos sara hidup di Dubai tinggi, tetapi sebenarnya ia lebih tinggi lima kali ganda berbanding di Malaysia. Bermakna, jika belanja anda adalah RM5,000 maka pendapatan anda mungkin RM25,000.

    3. Sebab yang paling bermakna ialah di Dubai, tiada cukai dikenakan terhadap rakyatnya dan mereka yang bekerja di sana. Pendapatan di Dubai adalah lima kali ganda berbanding di Malaysia.

    Macam mana nak cari kerja di sana?

    1. Google ja – kalau korang jururawat, google ja “Nurse job vacany”, terdapat beratus-ratus kerja kosong di sini.

    2. Layari website pencari kerja di sana iaitu dubai.dubizzle.com, lihat kategori kerja kosong di sini,contohnya sales. Jika diterima bekerja, korang akan diberi work visa dan tingga di Dubai

    3. Cara paling mudah – mulakan perniagaan seperti dirinya sendiri. Dengan lesen perniagaan berharga RM10,000 setahun, korang dah boleh terokai sendiri di sana.

    Jadi, macam mana? Rasa syok dan best kan? Boleh pertimbangkan mana yang berani tempuh cabaran tu ya.