PM, Kabinet hadir pemukiman mantap kerjasama, tentu halatuju



 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 31 anggota Jemaah Menteri hari ini menghadiri program pemukiman kerajaan Madani 2024 di Cyberjaya bagi memantapkan halatuju pentadbirannya.



Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata, program yang akan berakhir esok itu turut membawa matlamat untuk memantapkan kerjasama antara Jemaah Menteri dan kepimpinan perkhidmatan awam.



Menurutnya, program itu turut memperkuatkan iltizam dalam melaksanakan pelan-pelan tindakan bagi merealisasikan aspirasi Ekonomi Madani.



"Program ini dilaksanakan selaras hasrat Perdana Menteri untuk menyampaikan mandat kepada semua anggota Jemaah Menteri dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam tentang hala tuju dan strategi kerajaan bagi tahun 2024 serta bagi jangka masa sederhana dan panjang," kata kenyataan itu hari ini.



Pemukiman yang berlangsung hingga esok dihadiri 31 anggota Kabinet dan 15 orang jemputan khas.



Kata kenyataan itu, pemukiman tersebut juga bertujuan mencapai penjajaran matlamat serta mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan anggota Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan bersepadu kerajaan berteraskan konsep ‘whole of government dan whole of nation'.



Kenyataan itu berkata program selama dua hari ini membawa beberapa sesi wacana dan forum yang melibatkan pakar-pakar dari sektor awam, sektor swasta, industri dan organisasi antarabangsa.



Antara perkara-perkara yang dibincangkan mencakupi aspek-aspek penting termasuk cabaran dan hala tuju ekonomi; kebajikan dan keselamatan sosial; pembangunan infrastruktur dan kemampanan; tadbir urus, inovasi dan komunikasi ke arah kemakmuran negara.



Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba pukul 2.42 petang tadi disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.



Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.



Sebelum ini, Anwar memaklumkan, permukiman itu bagi meneliti pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan kerajaan sepanjang tahun lepas.

 

[panas] MP MACHANG MEROYAN LAGI! PENCERAHAN PANAS BRO ISWARDY!


Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Pejabat Peguam Negara untuk memberi penjelasan mengapa bekas setiausaha politik Mohamad Sabu di Kementerian Pertahanan dibebaskan daripada tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah lebih RM6.48 juta. Ketua Pemuda Bersatu itu menyifatkan pembebasan itu sebagai "sangat membimbangkan dan membingungkan". "Ia menimbulkan persoalan sama seperti (kes) Ahmad Zahid Hamidi. Apakah ini tatakelola cara kerajaan Madani dalam menguruskan sistem keadilan negara?" katanya kepada Malaysiakini. Semalam, bekas setiausaha politik Mat Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali dilaporkan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah itu. Sumber Berita/Video FB Bro ISwardy https://www.malaysiakini.com/news/693376



KERAJAAN PUSAT KEJAM NAIK TARIF AIR?

Pelarasan tarif air bukan isu politik, semua negeri bersetuju


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



ANALISIS: Pagi ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat pengumuman berkaitan pelarasan tarif bekalan air bersih bagi pengguna domestik di semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada awal Februari ini.



Boleh dikatakan semua hantaran atau flash berkaitan pengumuman ini di media sosial mendapat pelbagai bentuk reaksi. Bagi golongan netizen dan laskar siber pembangkang, berita ini sudah tentu dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan dalam pelbagai bentuk mesej.



Pelarasan itu sendiri melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu yang dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif. Struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.



Kenyataan SPAN menjelaskan pelarasan tarif tersebut tidak lagi boleh ditangguhkan demi untuk tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.



"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022," kenyataan SPAN dipetik.



Fikir secara rasional kenaikan tarif air



Tiada siapa yang gemarkan sebarang berita berkaitan kenaikan harga ke atas apa saja bentuk barangan atau perkhidmatan konsumerisme. Namun adakah semua pihak boleh berfikir secara rasional terhadap sebarang langkah membabitkan pelarasan tarif air ini?



Langkah pelarasan itu sudah menjadi bahan kajian sejak sekian lama. Baik ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah atau pada waktu Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada 2018, dan kemudian ketika dikuasai Perikatan Nasional (PN) pada 2020 - 2022.



Perkara ini bertitik tolak daripada peningkatan kos yang besar dalam industri bekalan air bersih selain masalah kadar air tidak memberikan pendapatan (NRW) atau kebocoran yang tinggi akibat paip usang.



Orang ramai mahu perkhidmatan terbaik namun kos untuk menghasilkannya begitu menjerut semua operator air di negeri-negeri. Negeri yang paling kritikal ialah Selangor yang turut membekalkan air ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kepadatan penduduknya cukup tinggi.



Selangor sering menjadi sasaran serangan pihak pembangkang tetapi hasil keberkesanan pengurusan Air Selangor, masalah tersebut berjaya ditangani dengan baik.



Justeru itu, jika diimbas kembali dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada November lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sendiri sedar mengenai taktik pembangkang yang hanya menunggu masa untuk mengeksploitasi isu tersebut. Beberapa kali Ketua Pembangkang Azmin Ali cuba 'memerangkap' Amirudin agar beliau mengumumkan bila kenaikan tarif air akan berlaku.



Namun semua pihak perlu tahu bahawa sebarang pengumuman kenaikan tarif hanya akan dilakukan oleh SPAN setelah diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.



Kata Amirudin mana-mana negeri akan bersetuju dengan peningkatan tarif yang menjadi penyelesaian kepada peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh syarikat konsesi.

"Mana-mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan air, sumber asli akhirnya akan bersetuju peningkatan tarif adalah sebahagian dari solusi," katanya dipetik.



Namun Selangor kekal meneruskan pemberian air percuma sejak tahun 2008 walau berdepan kos yang tinggi selepas melihat kemudahan itu memberi kebaikan kepada rakyat.



Negeri pembangkang setuju naik tarif air



Bagaimana pula dengan Kelantan, negeri yang ditadbir Pas sejak tahun 1990 yang dilaporkan masih terus berdepan dengan masalah bekalan air bersih hingga memerlukan dana besar daripada Pusat.



Sebab itu pendirian tentang pelarasan tarif turut menjadi pegangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Menteri Alam Sekitar dan Air dari Pas ketika itu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan antara kekangan yang dihadapi oleh syarikat atau operator pembekalan air bersih di seluruh negara adalah berkaitan tarif air.



"Isu-isu bekalan air ini sebenarnya isu yang berlaku di banyak negeri. Isu besarnya adalah berkaitan tarif air yang mana, di sesetengah negeri sudah 40 tahun tak pernah naik," katanya dipetik pada Julai 2022.



Begitu juga dengan Kedah turut terbeban dengan masalah bekalan air yang jika tiada sebarang pelarasan tarif akan lebih menyukarkan lagi syarikat operator melaksanakan sebarang usaha menaik taraf.



Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipetik dari HarakahDaily pada November lalu berkata; "Kalau tarif air boleh diselaraskan, Alhamdulillah,".



Sanusi juga berkata, kali terakhir kenaikan tarif air di Kedah pada tahun 2010 sebanyak 10 sen.



Menurutnya selama 13 tahun Kedah menunggu kajian tarif air, sedangkan kerajaan negeri perlu membayar hutang kepada kerajaan Persekutuan selama 45 tahun.



"Dahulu setiap tahun (bayar) RM45 juta tetapi selepas proses migrasi bayaran tahunan berkurangan kepada RM35 juta setahun tetapi tempoh bayaran 45 tahun.



"Biar pun berlaku pengurangan RM35 juta setahun, namun kerajaan negeri perlu menyediakan sekurang-kurang RM4 juta setiap bulan untuk tujuan berkenaan," katanya dipetik



Menurutnya kenaikan tarif air akan memberi sedikit kelegaan kewangan kerajaan negeri untuk membayar semula hutang kepada kerajaan Persekutuan.



Isu kenaikan tidak boleh dipolitikkan



Jadi sama ada kerajaan atau pembangkang tidak boleh menggunakan isu pelarasan tarif air sebagai alat politik. Negeri ditadbir Kerajaan Perpaduan memerlukan pelarasan tarif begitu juga negeri yang ditadbir PN memerlukannya sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan program penggantian paip usang dan menaik taraf kemudahan loji rawatan sedia ada.



Apa yang diperlukan kerajaan ialah rakyat memahami keperluan kenaikan. Bagi Kerajaan Negeri mereka seharusnya menyambut baik saranan SPAN agar meneruskan program bantuan bersasar kepada rakyat yang kurang berkemampuan bagi mengurangkan beban mereka susulan pelarasan tarif air tersebut.



Paling penting ialah bagaimana negeri-negeri boleh memanfaatkan pelarasan tarif ini walaupun tidak sepenuhnya mampu menampung kos untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik untuk keseluruhan rakyat.

 


[gentar] HASUTAN, HINA SULTAN & AGONG REEFORNUSI TAKUT CARI ALASAN UNTU...


Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya bermula 18 Januari ini telah ditangguhkan. Selain itu, peguam bela, Awang Armadajaya Awang Mahmud turut memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah itu juga telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. “Permohonan untuk pindah kes telah difailkan semalam (15 Januari) dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.



PANJI ALAM HARGAI, TERHUTANG BUDI KEBERANIAN AFRIKA SELATAN HERET ISRAEL KE ICJ

 




Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia atau Panji Malaysia tampil menyatakan sokongan atas keberanian Afrika Selatan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana jenayah genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap rakyat Palestin.

Penaung NGO berkenaan, YM Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar berkata dalam sidang medianya menegaskan, keberanian yang ditunjukkan negara Aftika itu sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.

Katanya, walaupun Afrika Selatan bukan sebuah negara Islam, tetapi tindakannya mengheret Israel ke ICJ benar-benar memperlihatkan sikap kemanusiaan yang tinggi oleh negara berkenaan.

“Bukan saja rakyat Malaysia rasa terhutang budi kepada Afrika Selatan, malah seluruh dunia Islam juga patut mempunyai perasaan yang sama,” katanya.




Kata beliau, tindakan Afrika Selatan itu menyebabkan Israel kini berhadapan dengan pendengaran awam di ICJ di The Hague, Belanda selama dua hari.

“Afrika Selatan telah memfailkan kes itu pada Disember lalu bagi mendakwa Israel yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Palestin di Gaza yang dilaporkan membunuh hampir 24,000 jiwa

“Oleh itu, Afrika Selatan telah mengemukakan senarai dakwaan berkaitan tindakan pembunuhan beramai-ramai ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, YM Tengku Azlan yang mewakili Panji Malaysia mengajak seluruh rakyat negara ini agar sama-sama berdoa supaya keputusan ICJ nanti dapat menghentikan perang di Gaza.

“Ia bukan sahaja membawa berita positif tetapi juga mengakhiri episod kehilangan nyawa yang tidak berkesudahan, terutama insan-insan yang tidak berdosa.

“Oleh itu, Panji Malaysia sentiasa bersama dengan perjuangan rakyat Malaysia dan menyokong apa jua usaha untuk menghentikan perang di Gaza,” katanya lagi.

Untuk rekod, Afrika Selatan telah menfailkan setebal 84 muka surat mengenai senarai keganasan Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948 yang dibuat selepas Perang Dunia Kedua.

Negara itu seterusnya meminta langkah sementara daripada ICJ untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk meminta Israel segera menghentikan serangan tentera mereka.

Dalam perbicaraan di ICJ, pihak Israel dijangka mengemukakan pembelaan mereka pada Jumaat ini. – ShahbudinHusin 17/01/2024.

 

PERAK TOLAK NAIKKAN TARIF AIR?

 

Perak belum membuat keputusan ke atas tarif airnya walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membenarkan ia dinaikkan purata 22 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Feb.

Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata Lembaga Air Perak perlu menjalankan kajian terhadap pelarasan tarif air negeri dan tidak tertakluk kepada keputusan SPAN berkenaan.

“Jika LAP hendak mengikut sepertimana dibenarkan oleh SPAN maka LAP perlu bawa cadangan itu dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah sebelum di bawa ke mesyuarat exco,” katanya menurut Sinar Harian selepas menghadiri lawatan kerja meninjau Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Changkat Jering.

Beliau yang juga pengerusi LAP berkata, exco kerajaan negeri akan buat keputusan muktamad berhubung kenaikan tarif air di negeri itu.

“Perkara ini tidak tertakluk kepada ‘kita mesti ikut’ kerana kita bergantung kepada kajian terlebih dahulu untuk melihat kelebihan dan kekurangan.

“Kajian ini masih berjalan, ia tidak boleh terhenti setakat satu-satu waktu kerana mengambil kira bilangan pengguna yang bertambah, usia paip, meter dan sebagainya,” katanya.

Hari ini, SPAN dalam kenyataan berkata, pihaknya membenarkan tarif air domestik akan dinaikkan purata 22 sen bagi setiap meter padu di Semenajung dan Labuan, berkuat kuasa bulan depan.

Katanya, pelarasan tarif air itu berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri, namun kerajaan persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras kenaikan tarif.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/perak-belum-putus-naik-tarif-air-kata-mb/

 

DAH KAU KENAPA?




Ramasamy tuduh kerajaan abaikan orang India kerana tiada India dalam kabinet. Kemudian Mahathir respon dengan mengatakan Ramasamy sebagai rasis.


Menarik ni. Cuba kita tengok apa sebenarnya sebalik drama terbaharu ni.


Tuduhan Ramasamy tu tak pelik. Tapi yang pelik bila Mahathir yang respon. Dah kenapa dia nak respon? Apa kena mengena dengan dia?


Mahathir bukan dal kerajaan. Penyokong kerajaan pun bukan. Buat apa dia nak jadi palam pencucuh dengan menghidupkan perdebatan sebegini?


Kalau difikirkan, nak kata Mahathir dan Ramasamy tu berpakat pun boleh. Sebab yang penting bukannya apa yang Mahathir dan Ramasamy kata, tapi apa yang bakal PMX katakan.


Bila cerita ini keluar, nanti akan ada media soal PMX atau menteri yang lain untuk berkomentar. Apa saja yang PMX cakap nanti, akan dipusingkan.


Masa itu, apa yang Mahathir dan Ramasamy cakap dah tak jadi isu. Tapi tumpuan akan diberikan  kepada PMX dan menteri. Dan ia akan jadi bahan kempen.


Tapi DS Anwar takkan mudah termakan umpan yang sebegini. Aku cuma risau ada menteri yang tak biasa dan mula cakap yang tidak tidak.


Mahathir tu licik. Walaupun dah tua bangka, jangan pandang rendah kebolehan dia menipu dan perdaya rakyat. Kena hati-hati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


 

#PenjarakanPapaGomo


.

NEGERI WALAUN PUN SETUJU GAK


 

AMANAH TEMERLOH SAMPAIKAN SUMBANGAN DARI DERMA ORANG RAMAI




Jawatankuasa AMANAH Temerloh mewakili Ketua Kawasan Cikgu Azizul Shah menyerahkan sumbangan #DermaKilat yang dilancarkan baru-baru ini buat Puan Rosiah bt Kadir seorang ibu tunggal yang mengalami kemusnahan rumah akibat kebakaran di Kg Bachap,Temerloh.


Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Rosiah dan keluarga.Dikesempatan ini juga pihak kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang.


#AmanahProgresifPeduli #pedulitemerloh




SOKONG PALESTINE MENJADI ANGGOTA PBB.

 






Pagi ini saya dan jemaah menteri telah menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.


Poskad khas ini adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia dengan mendesak PBB menerima Palestin sebagai negara anggota dan menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis segera dihentikan.


Poskad khas ini akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB. Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres.


Rakyat Malaysia boleh ikut serta dalam Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB dengan membeli poskad ini bermula esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad.


#MalaysiaMADANI



Kenaikan tarif air adalah diminta oleh operator air setiap negeri.Kenaikan tarif air adalah diminta oleh operator air setiap negeri.

 

Mohd Farul Al Qasas


Kenaikan tarif air adalah diminta oleh operator air setiap negeri.







Tujuannya supaya mereka mempunyai modal cukup untuk,

1. Naik taraf paip dan kurangkan pembaziran air terawat.


2. Menyediakan kolam dan tangki simpanan air secukupnya untuk atasi pelbagai risiko ketiadaan air.


Hentikan permainan politik disebalik kenaikan isu air ini.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPPKRKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani