Apa nasib anak muda Malaysia?
Anak muda zaman sekarang menhadapi pelbagai
cabaran besar dalam bidang politik, pengajian and perkerjaan
By
Francis Loh
-
19 Jul 2021
Webinar
anak muda Aliran
APA NASIB ANAK
MUDA SIRI 2
Soalan-soalan
hangat
Berikutnya,
saya akan merumuskan isi-isi utama yang dibangkitkan di dalam perbincangan. Namun,
saya tidak menamakan isi-isi yang dibangkitkan kepada pembicara yang tertentu
(kerana sebahagiannya saya lupa siapa yang menyebut apa!).
Di dalam
beberapa bahagian, saya akan menambah beberapa data tambahan dan mengulas
analisa yang tidak dibangkitkan secara terus oleh para pembicara. Pun, ianya,
saya percaya, mengikut apa yang dibincangkan oleh mereka.
Soalan 1: Bagaimanakah kalian mengkategorikan anak muda di
Malaysia? Adakah ianya pengkategorian yang berguna di dalam konteks politik di
Malaysia?
Kemungkinan
besar, ianya sesuatu yang masuk akal untuk mengkategorikan anak muda kepada
mereka yang, misalnya, berumur 18 – 30. Barangkali, tempoh paling kritikal bagi
anak muda adalah apabila kita berumur 20 – 29. Kesemua pembicara juga kritikal
dalam melihat pengkategorian mereka yang di dalam lingkungan 40-an sebagai anak
muda, seperti yang dilakukan oleh parti politik.
Seringkali,
ketua serta penjawat parti seperti Pemuda Umno, Pemuda MCA serta Pemuda MIC
kebanyakannya adalah berumur 40-an. Bagi para pembicara, ianya seakan-akan
terpaksa membuntuti mereka yang berumur, kerana dengan mengekalkan jawatan,
mereka yang berumur 40-an ini menafikan mereka yang muda peluang untuk memimpin
serta menonjolkan kebolehan untuk membuat kerja dengan lebih baik berbanding mereka
yang berumur 40-an.
Walaupun
begitu, kesemua pembicara merasakan bahawa ianya juga penting untuk mentaksir
‘anak muda’ secara subjektif – misalnya, adakah kita merasa tua atau muda? –
berbanding secara ‘objektifnya’ mengikut umur seseorang.
Menjadi anak
muda, ada beberapa yang mengulas, sebagai sebuah ‘proses kemenjadian’. Kerana
anak muda, secara asasinya, adalah kelompok yang berada dalam peralihan – tidak
hanya anak remaja yang berfoya-foya namun tidak pula orang dewasa matang dengan
tanggungjawab. Salah seorang pembicara ada menyebut bagaimana takrifan
‘habitus’ berguna dalam kita memahami keadaan menjadi anak muda itu. Mudahnya,
ianya sebuah orientasi kebudayaan serta perasaan yang membezakan seseorang
individual sebagai ‘makhluk dalam peralihan’, di dalam sebuah proses
kemenjadian.
Isi
berikutnya tidak ditimbulkan dari perbincangan, namun saya ingin mengulas
tentang habitus menjadi anak muda, dan membezakannya dengan habitus menjadi
dewasa, atau apa yang saya takrifkan sebagai menjadi “dewasa sepenuhnya”.
Kita
mempunyai tanggapan, dan saya percaya kita dapat membuktikannya, bahawa anak
muda lebih bersedia mencuba benda baharu, melawan norma, untuk memprotes serta
melawan lebih dari mereka yang berumur.
Ada yang kata mahu cuba benda baru? Zikri sedang menjalani pengajian peringkat sarjana di Taiwan – ALIRANNamun, keadaan berubah dengan drastik apabila seseorang mula
untuk menjadi dewasa dan “settle down”. Bagi orang dewasa, kita mula untuk
berdampingan dengan pasangan, dan bila sudah mula berkahwin dan punya anak,
seseorang mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan dan anaknya, serta dirinya
sendiri. Ini juga bermaksud bahawa seseorang mula untuk ‘membina’ hidup (bukan
tinggal di rumah bujang, atau sambung tinggal di rumah ibu bapa), mungkin
memerlukan kenderaan serta mula menyimpan wang bagi pendidikan anaknya, membeli
rumah dan ada simpanan kecemasan.
Apabila
seseorang memegang tanggungjawab dan memerlukan cukup pendapatan untuk
keseluruhan keluarganya, pasti, seseorang itu akan kurang bersedia untuk
mencuba benda baharu, melawan norma, keluar protes atau melawan. Inilah habitus
para orang dewasa, lebih-lebih lagi pada mereka yang semakin berusia. Untuk
memahaminya dengan cara berbeza, anak muda, tidak sama dengan yang dewasa, di
mana mereka tidak akan rugi apa-apa dan barangkali, akan mendapat manfaat pula.
Jadi, seseorang itu mungkin bersedia mencuba perkara baharu, mengambil risiko
serta lebih cenderung melawan. Orientasi kebudayaan yang sebeginilah, yang
ditanggapi dari tindak balas terhadap sesetengah cabaranlah, yang membentuk
habitus para anak muda.
Apa
ditanya oleh Azmil, kesemua lima pembicara mengulas bahawa tidak ada bentuk
politik tertentu yang dapat dimaknakan sebagai ‘politik anak muda’. Malahan,
penglibatan anak muda di dalam politik juga tidak semestinya progresif. Ia
boleh menjadi, seperti disebut salah seorang pembicara, pisau “bermata dua”.
Benar,
anak muda boleh menjadi mereka yang sedar secara politikal, progresif serta
kritikal. Misalnya, politik anak muda boleh melihat kepada Angkatan Pemuda
Insaf (API), yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di dalam perjuangannya
menuntut kemerdekaan.
Atau
barangkali ianya berubah menjadi konservatif seperti yang seringkali
ditempelkan kepada Mat Rempit yang juga kecewa dengan kekangan sosial yang
dihadapi mereka, namun tidak dapat mengungkapnya dengan cara lain kecuali
dengan melanggar undang-undang keselamatan jalanraya menerusi perlumbaan
motorsikal yang cukup merbahaya.
Atau,
kita juga dapat melihat anak muda yang menguar-uarkan politik reaksionari cara
lama lewat etno-keagamaan yang mendiskriminasi mereka dari latarbelakang etnik
serta agama. Mereka boleh jadi anak muda namun politik mereka hanya mengikut
acuan pemimpin mereka yang lebih tua dalam menjalankan politik yang
eksklusif.
Benar,
kita tidak boleh membicarakan hanya satu bentuk politik anak muda. Politik anak
muda, seperti politik di Malaysia, seringkali ditandingi seperti ‘pisau bermata
dua’. Namun, ia merupakan sifat alamiah anak muda untuk mencabar kuasa dominan
serta naratif arus perdana. Namun, protes anak muda tidak semestinya progresif.
Dan tidak pula secara automatik konservatif.
Soalan 2: Adakah pengangguran serta penggunaan tenaga tidak
penuh (underemployment) sesuatu yang serius melanda anak muda di Malaysia?
Adakah arus ini beriringan dengan perkembangan ‘ekonomi gig’ serta melemahkan
hak pekerja. Apakah tanggapan kalian tentang hal ini?
Apa yang
ditanggapi sebagai ekonomi sementara (gig) merujuk kepada pasaran buruh yang
biasanya bercirikan kontrak jangka masa pendek atau bekerja bebas, yang berbeza
dengan pekerjaan tetap. Tidak dinafikan, ekonomi sementera seperti ini sudah
pun berkembang hampir sedekad sekarang.
Lebih
ramai orang, terutamanya anak muda yang terperangkap dengan ekonomi sementara
ini. Malahan, ramai anak muda, yang biasanya belajar sains sosial, kemanusiaan
dan komunikasi massa, tertarik kepada bentuk ekonomi sebegini, misalnya menjadi
majikan bagi projek jangka masa pendek, seperti menganjurkan Georgetown
Festival; menulis artikel bagi penerbitan luar dan dalam negara berdasarkan
bilangan artikelnya; serta menjalankan wawancara bagi bancian 2020. Terdapat
segelintir anak muda diambil kerja oleh NGO tempatan bagi meneruskan agenda
mereka. Beberapa pembicara kita sendiri sebenarnya beroperasi di dalam ekonomi
sementara begini. Mereka diambil kerja bergantung kepada projek yang ada.
BERSAMBUNG KE SIRI KE 3