Apa nasib anak muda Malaysia?
Anak muda zaman sekarang menhadapi pelbagai
cabaran besar dalam bidang politik, pengajian and perkerjaan
By
-
19 Jul 2021
Webinar
anak muda Aliran
Aliran menganjurkan webinar ketiga tahun ini pada 24 Jun 2021.
Judul: Apa masa hadapan anak muda di Malaysia?
Diuar-uarkan
sebagai “sembang santai khas”, yang dilakukan di dalam bahasa Melayu dan
Inggeris, acara ini bertujuan untuk menjadi sebuah sembang meja bulat yang
tidak formal, berbanding seminar akademik yang menampilkan para panelis yang
pakar.
Tidak
seperti dua webinar awam yang terdahulu, sesi ini dilakukan tertutup hanya
kepada anggota dan tamu jemputan. Di dalam memo yang dihantar kepada semua,
presiden Aliran, Anil Netto, menyampaikan jemputan kepada anggota Aliran yang
lebih muda untuk bersembang. Dengan mengehadkan sesi hanya kepada anggota serta
tamu yang dijemput Aliran, diharapkan para panelis muda ini akan lebih selesa
untuk bercakap dengan lebih kritikal. Dan itulah yang dilakukan mereka!
Pemudah cara serta panelis yang kemuda-mudaan
Dr Azmil
Tayeb, berasal dari KL, berumur 40-an, bukan lagi seorang belia namun tidaklah
‘sepenuhnya dewasa’ juga, sekurang-kurangnya pada semangat dan perilakunya!
Beliau suka menunggang motorsikal besarnya, menyertai maraton di seluruh dunia
serta masih bujang! Beliaulah orang yang tepat untuk menjadi pemudah cara
webinar ini.
Beliau juga merupakan setiausaha kehormat Aliran dan sudah
menyertai banyak webinar sepanjang dua ‘tahun kuncitara’ ini. Beliau mempunyai
Phd dalam bidang politik dari Australian National University serta mengajar
kursus sains politik di Universiti Sains Malaysia hampir lima tahun sekarang.
Bukunya, Islamic Education in Indonesia and Malaysia: Shaping Minds, Saving
Souls (Routledge 2018), yang membandingkan bagaimana pendidikan Islam diajar
dan diperturunkan, cukup berbeza, di negara jiran kita itu, dipuji kerana
pendekatan perbandingannya. Carilah bukunya nanti.
Sebagai
pemudah cara, Azmil menyediakan tiga soalan (rujuk di bawah) bagi mencetuskan
perbincangan. Dan siapa pula anggota Aliran yang (lebih) muda bercakap di dalam
meja bulat ini?
Ini kampung halaman saya: Dila yang periang ini sungguh berasa seperti di rumahnya dikelilingi oleh udara masin dan bot nelayan di Teluk Kumbar – ALIRAN
Norhidayah Nadila, awal 30-an, merupakan anak jati Kampung
Matahari Naik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Dila belajar perundangan di
Universiti Multimedia, Melaka. Beliau sudah berkhidmat bersama Women’s Centre for
Change, Pulau Pinang, sejak 2015 dan aktif bersama Penang Forum bagi pihak
Aliran. Dia juga merupakan anggota jawatankuasa eksekutif Aliran.
Wan Atikah, pula berumur 20-an asalnya dari Kelantan, belajar
antropologi di USM dan bergraduasi pada 2016. Beliau merupakan anggota Arts-Ed
Penang, di mana beliau mengendalikan program pendidikan kebudayaan dan seni
serta, melalui seni, merancakkan hubungan masyarakat. Pada tahun 2019, Atikah
dianugerahkan dengan program felo CrossCulture bagi mengikuti projek kurasi dan
rekabentuk program di Jerman. Sekembalinya ke Malaysia, dari Jun ke Oktober
2020, Atikah mengikuti program residensi pekerja budaya Kongsi Bumbung di mana,
bersama yang lain, beliau merenung konsep ‘ruang kehidupan’ sewaktu pandemik.
John Fong, anak jati Pulau Pinang berusia 20-an, sarjana muda sains sosial dari Unimas pada 2018 serta juga sarjana dari USM. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang sains politik dengan membandingkan perubahan rejim di Malaysia dan Filipina. Pun, masih menganggur sejak bergraduasi. Jadi, beliau turut terlibat beberapa kerja penyelidikan sambil bermain ‘game’ Star Wars ketika masa lapang. Apabila universiti dibuka semula dengan ‘norma baharu’, dan jika beliau masih tidak dapat mencari pekerjaan yang bermakna, John barangkali akan membuat PhD. Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa eksekutif Aliran.
Dineskumar
Ragu, juga seorang yang berumur 20-an, berasal dari Bukit Mertajam. Beliau
belajar sains politik dan pengajian media di USM dari 2013 – 2017. Beliau
kemudian bekerja sebagai pegawai program merangkap penyelidikan bersama Asian
Strategy and Leadership Institute (Asli) dan juga Global Bersih. Kini
menganggur, belia banyak menghabiskan masa di media sosial, di saluran
Youtube-nya Political Macha Comments membincangkan politik negara. Dines juga
merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Aliran.
Zikri
Rahman merupakan seorang pekerja budaya dan seni yang ikut bergabung bersama
Buku Jalanan, LiteraCity dan Pusat Sejarah Rakyat. Zikri sekarang belajar di
peringkat pasca sarjana di dalam bidang penyelidikan sosial dan kajian budaya
di National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan. Beliau kini menetap di
Selangor.
Norhidayah
Nadila, awal 30-an, merupakan anak jati Kampung Matahari Naik di Teluk Kumbar,
Pulau Pinang. Dila belajar perundangan di Universiti Multimedia, Melaka. Beliau
sudah berkhidmat bersama Women’s Centre for Change, Pulau Pinang, sejak 2015
dan aktif bersama Penang Forum bagi pihak Aliran. Dia juga merupakan anggota
jawatankuasa eksekutif Aliran.
Wan Atikah, pula berumur 20-an asalnya dari Kelantan, belajar
antropologi di USM dan bergraduasi pada 2016. Beliau merupakan anggota Arts-Ed
Penang, di mana beliau mengendalikan program pendidikan kebudayaan dan seni
serta, melalui seni, merancakkan hubungan masyarakat. Pada tahun 2019, Atikah
dianugerahkan dengan program felo CrossCulture bagi mengikuti projek kurasi dan
rekabentuk program di Jerman. Sekembalinya ke Malaysia, dari Jun ke Oktober
2020, Atikah mengikuti program residensi pekerja budaya Kongsi Bumbung di mana,
bersama yang lain, beliau merenung konsep ‘ruang kehidupan’ sewaktu pandemik.
John
Fong, anak jati Pulau Pinang berusia 20-an, sarjana muda sains sosial dari
Unimas pada 2018 serta juga sarjana dari USM. Pengkhususan beliau adalah dalam
bidang sains politik dengan membandingkan perubahan rejim di Malaysia dan
Filipina. Pun, masih menganggur sejak bergraduasi. Jadi, beliau turut terlibat
beberapa kerja penyelidikan sambil bermain ‘game’ Star Wars ketika masa lapang.
Apabila universiti dibuka semula dengan ‘norma baharu’, dan jika beliau masih
tidak dapat mencari pekerjaan yang bermakna, John barangkali akan membuat PhD.
Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa eksekutif Aliran.
Dineskumar
Ragu, juga seorang yang berumur 20-an, berasal dari Bukit Mertajam. Beliau
belajar sains politik dan pengajian media di USM dari 2013 – 2017. Beliau
kemudian bekerja sebagai pegawai program merangkap penyelidikan bersama Asian
Strategy and Leadership Institute (Asli) dan juga Global Bersih. Kini
menganggur, belia banyak menghabiskan masa di media sosial, di saluran
Youtube-nya Political Macha Comments membincangkan politik negara. Dines juga
merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Aliran.
Zikri
Rahman merupakan seorang pekerja budaya dan seni yang ikut bergabung bersama
Buku Jalanan, LiteraCity dan Pusat Sejarah Rakyat. Zikri sekarang belajar di
peringkat pasca sarjana di dalam bidang penyelidikan sosial dan kajian budaya
di National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan. Beliau kini menetap di
Selangor.
BERSAMBUNG KE SIRI KE 2