KOPAK LA DUIT EDAJAL HANGPA. HARAKAH KENA BAYAQ UTANG. MACAM TAU TAU SAJA.




 Abihhh kopakkk lagii poket ahli2 #pas ..Mahkamah nii punnn cam tauu2 jee walaontaikunta dah claim rm100 eMadani..nii kang, tak pepasal kene pauu masuk tabong milo..hadeiii355 😁..



NANTI KALAU BERJAYA TEBUK ATAP. TEKNOLOGI NI DAH SIAP BOLEH DIGUNA DENGAN SEMPURNA

 



Rafizi Ramli


Minggu lepas, PMX lancarkan Identiti Digital Nasional (IDN). Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa perlunya IDN sedangkan kita sudah ada Kad Pengenalan.


Kad Pengenalan adalah pengenalan dan pengesahan diri secara fizikal. Selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan, tanpa satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara, kita perlu membuka akaun bagi setiap portal kerajaan.


Akhirnya ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan yang tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain. Setiap kali kita mahu menggunakan khidmat kerajaan, kita perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali dan kerajaan pula ada pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan, sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama.


Antara usaha terkini ialah memperkenalkan govtech (khidmat awam berteknologi tinggi) secara berperingkat dalam khidmat awam. Seperti mana kita biasa menggunakan aplikasi digital untuk banyak urusan harian, hasratnya berurusan dengan kerajaan pun akan menjadi mudah seperti menggunakan aplikasi digital lain.


Langkah awal yang diambil oleh pentadbiran ini termasuklah membangunkan PADU (Pangkalan Data Utama) supaya semua maklumat setiap warganegara dikumpulkan dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake. Selepas itu, setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan API (application programming interface) untuk berhubung dengan PADU. Maksudnya, kita tidak perlu mengisi pelbagai maklumat berkali-kali untuk berurusan dengan kerajaan.


Langkah seterusnya ialah IDN yang membolehkan kemudahan single sign on (SSO). Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekaligus.


Langkah seterusnya ialah untuk mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan dengan kerajaan melalui satu portal utama dan single sign on menggunakan IDN. Kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa ini akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan.


Mulai 2024, saya berharap ada tambah baik ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX.


Insya Allah apabila PN berjaya menebuk atap sekali lagi (yang dijadualkan pada 31 Disember 202X), mereka tidak perlu fikir mengenai govtech kerana ia telah dilaksanakan dengan baik.



TABIAT PENGGUNAAN WANG



Adrian Lim Chee Ann


Percaya tak, membeli barangan dengan wang tunai adalah lebih MAHAL berbanding e-wallet?


Korang tau kenapa?


Hang bawa RM50 ke pasar.

Beli sayur beli daging.

Kata lah, jumlah pembelian sehari itu adalah RM42.30.

Maka bakinya RM7.70.


RM7.70 ini korang letak poket. Masuk kereta letak kat pintu letak kat laci. Sampai rumah letak atas meja.


Dua hari kemudian, RM7.70 itu dah tak ingat letak kat mana.


Oleh itu, pembelian kat pasar tempoh hari sebenarnya RM50. Bukannya RM42.30.


Korang bawa e-wallet pula, benda RM1.35 berbaki 65 sen pun 65 sen itu tak hilang ke mana. Ianya stay dalam e-wallet. Ready digunapakai next round.


Ini satu kitaran.

One outing.


Sehari berapa outing korang buat?


Contoh lah bawa kereta dari Kapar ke Jeneri.


Mula-mula singgah beli rokok RM18 kat Petronas. (RM2)

Kemudian berhenti kat RnR nak kencing, tapi dibeli pula teh ais RM3.80 ikat tepi sebab haus. (RM1.20)

Setibanya kat kereta, nampak jeruk kat lori sebelah, beli lah buah dan jeruk RM7 makan kat kereta. (RM3)


RM2 + RM1.20 + RM3 ini bagi je beberapa hari. Takkan ingat letak kat mana dah.


Seminggu total “hilang” berapa?

Sebulan total “hilang” berapa?

Setahun total “hilang” berapa?


Katakanlah. Katakan. Duit kecil itu semua tak “hilang”. Korang simpan baik-baik.


Tapi sebulan nanti, korang boleh ingat ke dalam bulan lepas korang spend duit kat mane? Confirm tak ingat lah bro.


E-wallet? Setiap transaksi direkodkan. Dua bulan nanti korang nak berjimat sebab nak bersedia melancong. Bolehlah korang rujuk balik kat mana tempatnya korang spend tetapi rasa kesal.


Semak jumlah perbelanjaan bil telefon, semak jumlah perbelanjaan makan kat luar. Yang mana korang rasa berlebihan, bolehlah mula cut-down.


Itulah namanya financial planning.


Saya merupakan pengguna kad BigPay sejak bertahun-tahun lalu.


Sebab utamanya kat dalam ada penyusunan secara automatik perbelanjaan mengikut kategori pengangkutan, petrol, utiliti, hotel, runcit, hiburan, makanan dan lain-lain.


Korang boleh juga semak total spending mengikut bulan dan tahun.


Uisehhh. Dah macam agen pula. Maaf takde promo code 😂



MAHKAMAH ARAH BAYAR HUTANG HARAKAH.


 TERKINI:

Apa Komen Anda?

Via Malaysiakini




KITA TAK BOLEH ULANG PERKARA LAMA. JADI PM KENA BAGI PROJEK PADA ANAK MENANTU. KENA UBAH SUPAYA NEGARA DILIHAT LEBIH TELUS DAN BERSIH. JANGAN SAKAW.


 

KISAH BEKAS IMAM MASJID RUSILA BERTEMU ULAMAK DI MAKKAH


 

KEDAH TRAK ADA APA AIHHH.,.ORANG PI DANOK NUH....DOK KEDAH AYAQ PUN TAK DAK


 

KEDAH TARAK ADA APA DAH...SANUSI SEMBANG JA DERAIH


 

TU DIA DOK PULUN JUGAK NOH...EDAJJAL LA BAGAU...TENGKORAK HANGPA


 

PEMBERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU




Hshamzlee zainordin


1. Kejayaan kerajaan negeri Terengganu dalam menyediakan dana untuk membangunkan negeri sering diperkatakan sebagai bukti kepimpinan teknokrat berpandukan agama.


2. Tidak dinafikan, Terengganu walaupun merupakan sebuah negeri pembangkang telah menunjukkan prestasi yang baik di kalangan negeri-negeri pembangkang lain.


3. Namun keberdayaan negeri tersebut sedikit sebanyak juga hasil dari pemberian Kerajaan Persekutuan.


4. Fakta dan angka yang ada jelas membuktikan sekian banyak pemberian bantuan telah disalurkan oleh Persekutuan ke Terengganu walaupun kedua kerajaan yang ada berbeza fahaman politik.


5. Antaranya, projek pembangunan sekitar RM1.5 bilion untuk tahun 2023 dan 2024 melibatkan ratusan projek.


6. Pemberian Persekutuan melibatkan RM399 juta (2022) dan RM414 juta (2023) juga antara sumbangan yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk digunakan sebaiknya.


7. Menyentuh faedah kepada rakyat, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan bantuan JKM berjumlah RM128 juta yang memanfaatkan 23,630 penerima di negeri Terengganu, selain Bantuan Tunai Rahmah RM241 juta kepada 390,210 penerima.


8. Pesawah Terengganu juga mendapat manfaat dari Persekutuan melalui sumbangan Bantuan Aidilfitri (RM896 ribu), Bantuan Bernas (RM1.006 juta) dan Bantuan Khas Pesawah (RM2.7 juta).


9. Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Terengganu adalah mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat Terengganu yang tidak boleh dinafikan.


10. Ia juga adalah bukti kepada tadbir urus dan tata kelola yang baik seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Perpaduan MADANI.



KALAU HANGPA MENGANTUK. ELOK TENGOK DRAMA NI.SAHIH TERBELIAK BIJI MATA..KISAH E MADANI


 

KESIAN SANUSI. BUKAN KATA SANUSI BEST KA ? NI SAMSURI PLAK. KESIAN NUSI.


Heboh dah walaun sebut Samsuri jadi PM ke 11. Mana pergi Sanusi? Sebelum ni kata Sanusi? Cepat betul dia tukar. Macam lagu Lestari, Sekelip Mata Kau Berubah. Walaun Kedah tak marah ke?


Ini menjelaskan yang sebenarnya walaun pun tak fikir Sanusi layak. Tapi sebab tak ada pilihan, jadi nak tak nak terpaksa jugalah angkat nama Sanusi. Bila dapat je Samsuri, terus buang Sanusi.


Tapi takkanlah Samsuri nak langkau kedudukan dalam PN. Setakat hari ni, Mahiaddin masih lagi pengerusi PN. Jadi rasanya, sebelum berangan jadi PM, Samsuri kena jadi Pengerusi PN dulu. Baru betul!


Tengok muka dalam Kabinet Bayangan ni memang tak boleh belah la. Hampir semua ada ceritanya. Samsuri sendiri pun ada isu jual tanah pada NGO isteri pada harga yang sangat murah.


Hamzah popular dengan isu anaknya sorokkan minyak masak bersubsidi. Wan Saiful Wan Jan dengan isu Wan Jana Wibawa. Maksud aku Jana Wibawa. Dah tak ada muka yang clean ke?


Itu belum diungkit lagi cerita kelakar masing-masing. Wan Ahmad Fayhsal top dengan cetak duit dan surat sokongan, Zailah dengan cerita pandu lori tanpa kunci, Dr. Halimah dengan isu makan menu Rahmah boleh dapat anak autism, Siti Mastura dengan kes fitnah Lee Kuan Yew dan banyak lagi 


Ada sesetengah tu masa jadi menteri zaman tebuk atap dulu pun tak reti buat kerja macam Radzi Jidin, Tuan Ibharim, Taki dan Marzuk. Si Fawwaz tu jadi MP pun tak reti nak selesaikan isu rakyat.


Kalau beginilah muka yang diketengahkan, dan kalau betul muka-muka ni jadi menteri, memang jahanam la negara dibuatnya. Sama macam masa zaman Pagoh dan Bera jadi PM dulu. Hancur!


Tapi ini mungkin khayalan walaun je kot. Tengok PAS je yang dominasi. Lelaki je pulak tu. Dah tak ada tokoh wanita ke dalam PN? Bersatu pun berapa kerat je. Oh lupa. Ramai MP Bersatu dah sokong PMX. Patut la tak tersenarai. Lupa lak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAAAA KATA EDAJJAL LA BAGAI. AKHIR NEGERI INI PALING BANYAK MOHON


Ah sudah! Dalam kata agenda dajal, dalam kata tak mahu claim, tiba-tiba paling banyak permohonan untuk e-Madani datangnya dari negeri-negeri walaun. Cheh! Memanglah walaun ni dari dulu lagi sembang je lebih. Tapi haprak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENGHASUT MEMANG SUKA PADA YANG TAK CERDIK.


 Masa nak beli rumah, kereta atau memohon apa-apa pinjaman, kita akan serahkan nombor kad pengenalan, maklumat pekerjaan termasuk gaji, alamat bahkan ada yang kena beri nombor telefon dan alamat saudara terdekat. Betul tak?


Bila kita cipta akaun atau log masuk aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, TikTok dan lain-lain, kita beri maklumat peribadi seperti nombor telefon, tarikh lahir bahkan sesetengahnya aplikasi tu sekali alamat surat menyurat. Kan?


Malahan di telefon bimbit kita, maklumat cap jari dan pengecaman muka juga ada. Dalam semua kes tu kita selamba je beri. Tak ada masalah pun. Tak ada risau dajjal pun. Padahal teknik dia, nak pakai aplikasi aku, bagi maklumat peribadi dulu.


Sedangkan semua tu, permohonan pinjaman, aplikasi dan website serta telefon bimbit, semuanya dikawal oleh pihak swasta. Kenapa tak timbul pun cerita Dajjal. Masa isi semua borang tu tanpa pula hirau soal data dicuri bagai. Ok je.


Sedangkan ID Digital dan e-Madani yang diurus oleh kerajaan ni, ramai acah-acah takut. Nampak tak auta dia macamana? Ini semua disebabkan hasutan oleh pihak tak bertanggungjawab.


Kalau tak nak, kalau rasa dah kaya, tak payah ambil. Tapi tak payah sampai nak tuduh agenda Dajjal bagai. Jangan sebarkan kebodohan kepada orang lain yang mungkin perlukan duit tu.


Begitulah busuknya hati puak bertopengkan agama ni. Ambil peluang dari sifat naif rakyat. Kononnya dia saja yang baik. Padahal dialah sejahat-jahat umat. Sampai Tuhan pun dia nak tipu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ELOK DR SAM NI JADI KETUA PEMBANGKANG DALAM DEWAN RAKYAT. GANTINLA YIDDIN,DAN MEZAH...


 

KITA ULANG SUPAYA SEGAR DALAM INGATAN BAHAWA PENCURI HARUS DIDAKWA


 

WOIIII KADIAQ...MB HANG BUAT APA ?


 

UMNO YANG KIAN LEMAH SEPATUTNYA LEBIH MENGGEMBIRAKAN BERSATU DAN TUN MAHATHIR


Susulan keputusan buruk yang diterima UMNO dalam PRK Kemaman Sabtu lalu, ramai yang cuba menzahirkan simpati kepada masa depan parti itu.


Terutama yang nampaknya paling simpati tentang masa depan UMNO itu ialah Bersatu dan tidak terkecuali juga ialah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Beberapa pemimpin Bersatu lantas memberi pandangan agar UMNO perlu segera mengkaji semula hubungannya dengan PH melalui pembentukan kerajaan perpaduan jika tidak mahu terus tenggelam dalam PRU akan datang.


Kata mereka, keputusan PRK Kemaman adalah bukti keberadaan UMNO dalam kerajaan perpaduan yang ada DAP di dalamnya, tidak diterima oleh pengundi Melayu.


Begitu juga dengan Tun Mahathir yang pernah menyarankan kepada Ahmad Zahid Hamidi agar membubarkan UMNO, kali ini simpatinya kepada masa depan parti itu terjulang bukan main kepalang.


Menurut beliau, jika UMNO terus bekerjasama dengan PH dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang ada DAP, parti itu lenyap dalam PRU16 nanti.


Tambah bekas Pengerusi GTA yang partinya hilang deposit semua kerusi ditandingi pada PRU15 lalu, hanya dengan memisahkan diri daripada DAP dan kembali kepada perjuangan asal saja yang membolehkan UMNO diterima semula oleh orang Melayu.


Baik Bersatu mahupun Tun Mahathir, kedua-duanya adalah musuh ketat UMNO dan sentiasa mahu mengalahkan parti itu.


Mereka bukanlah kawan baik, bukan juga kawan yang boleh sesekali diajak minum kopi untuk berbual serta bertukar fikiran.


Bahkan Tun Mahathir kini adalah penasihat ekonomi kepada empat negeri yang ditadbir Pas, suatu kedudukan yang bermakna jiwa raganya kini sudah bersama parti pimpinan Hadi Awang itu.


Macam mabuk ketum saya cuba memikirkannya, kenapakah dalam mereka diketahui merupakan musuh ketat dan sentiasa mahu mengalahkan UMNO, tetapi masih ada simpati dan tak segan-segan pula memberi cadangan bagaimana caranya agar parti itu dapat dipulihkan semula sokongannya?


Apa yang Bersatu dan Tun Mahathir mahu sebenarnya, masih mahu mengalahkan UMNO atau ingin melihat UMNO pulih semula?


Bukankah sebagai musuh kepada UMNO, Bersatu dan Tun Mahathir seharusnya gembira dengan kedudukan UMNO yang semakin lemah dan ditolak pengundi ketika ini kerana ia memberi lebih peluang kepada mereka untuk menang PRU16 kelak?


Bahkan UMNO sepatutnya digalakkan memeluk DAP dengan lebih erat lagi, dengan demikian barulah potensi lagi besar kemenangan dapat mereka genggam.


Khusus kepada Tun Mahathir, selain beliau merupakan penyumbang utama kepada kehilangan kuasa UMNO sebelum ini dan hasratnya untuk melihat parti itu dibubarkan belum kesampaian, tidakkah dengan kemungkinan UMNO kalah teruk dalam PRU16 akan datang, maka ia lebih mudah untuk dilenyapkan terus?


Tetapi, kenapa mereka sekarang bersimpati?


Apakah Bersatu tidak mahu kepada kemenangan dan Tun Mahathir tidak mahu Pas beroleh kuasa selepas ini, sebaliknya tetap mahukan UMNO disokong semula, seterusnya kembali menerajui negara? – ShahbudinHusin 05/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/05/umno-yang-lemah-sepatutnya-berita-gembira-kepada-bersatu-dan-tun-mahathir.html




CERITA SYOK PM 11 PULAK


 

SANUSI WOIII..AYAQ 5 HARI DAH TAK DAK..WOIII....HANG BELAT AYAQ KA...?


 

BERSATU BAKAL TINGGALKAN PAS . BIARKAN BUKAN SEMUA BOLEH DIAMBIL.


 

WALAUN KENA MOHONG DENGAN HADI AWANG.


 

NAK KUASA SEBAB BANYAK KES MAHKAMAH


 

PERTENTANGAN ANTARA PROFESIONAL DAN LEBAI DALAM PAS


 

APA CRITA YIDDIN. RAMAI LAGI NAK BLAH...WOIII...PM TEPI WOIII.


 

PUNYA BENCI PADA ANWAR SAMPAI KATA KAPIR. INILAH KHAWARIJ ZAMAN INI

 


WALAUN JANGAN MERABAN







 *Penggunaan ID Digital adalah secara sukarela, BUKAN sesuatu yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia*


TIDAK perlu tanam mikrocip dalam mana-mana anggota badan dan TIDAK ada sebarang suntikan.


ID Digital TIDAK akan menggantikan fungsi-fungsi yang sedia ada pada MyKad dan MyKid.


Antara transaksi yang boleh dilaksanakan oleh rakyat di negara seperti United Kingdom, Estonia, Kanada, India yang sudah guna ID Digital adalah:


📌 Boleh membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank untuk membuktikan identiti.


📌 Boleh melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan.


📌 Boleh melakukan transaksi penyewaan hartanah.


📌 Boleh mengundi dalam talian, tak perlu beratur dan berpenat lelah lagi.


📌 Boleh apply dalam e-pembelajaran.


📌 Yang ini paling best, boleh elak dari kena scam. Dulu sebelum ada WhatsApp, kena guna SMS. Dulu sebelum ada Grab, kena cong dengan teksi dan prebet sapu. Dulu sebelum ada Skype, Zoom, boleh kena pukau (hipnotis dalam talian). 


📌 Dan untuk judi dalam talian, dengan ada ID digital, boleh trace transaksi duit syarikat judi itu sampai ke mana.


Melainkan tokey judi terima dalam bentuk "crypto currency", seperti mana pedophile dan kartel dadah jual senjata, child porn, jual beli guna darkweb dan crypto transaction.


*WR*



KAH..KAH..KAH..WALAUN JANGAN AMBIK NI....


Wang Xiang


 JILAKER ... rupa2nya eMadani nak mengalakkan LBGT. Ini sudah bahaya. 

Walaun kena hati2 ... lagi baik kalau tak mohon.

Betultak, unnnnn?






DAJJAL SUKA MEMFITNAH




Wang Xiang


 POKOKNYA dia kenal ke Dajjal?

Bukankah Dajjal fitnah terbesar akhir zaman?

Wa yg masih jahil sekadar bertanya aje ...



E-MADANI (VERSI KOREA UTARA - CHINA)





Adrian Lim Chee Ann


Saya pernah melawat ke Yanji, ibu kota wilayah Yanbian yang terletak di Utara Timur China. 


Yanji, Yanbian ini bersempadan dengan Korea Utara je. Betul-betul kat tepi Korea Utara. Kalau naik helikopter atau pesawat, boleh nampak Korea Utara dari udara.


Tapi pesawat yang tiba atau berlepas dari Lapangan Terbang Yanji tidak dibenar membuka tingkap. Window shades wajib tutup.


(Lazimnya pilot akan minta buka tingkap untuk setiap take-off dan landing. Tapi ini tidak. Membuka window shades adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman.)


Populasi Yanji sangat kecil dan Yanji merupakan di antara pekan / daerah / kota yang terkecil kat Tanah Besar China.


Konteks:


China 1,500 juta / 1.5 bilion org

Malaysia 33 juta org

Beijing 23 juta org

Shanghai 28 juta org

Chongqing 33 juta org


Yanji 3 juta org

Selangor 6 juta org

Kedah 2 juta org


Dalam konteks negara China yang mempunyai 1.5 bilion penduduk, Yanji boleh dianggap sangat sangat sangat sangat kecil.


Dalam konteks Malaysi, lebih kurang macam Gua Musang, Kemaman, Kinabatangan atau Marang lah.


Tapi mereka maju.


Sebagai pelancong, saya bertukar lah mata wang asing RenMinBi kat money changer di MidValley sebelum bertolak ke Yanji.


Menariknya, sekembalinya saya ke Malaysia, satu sen renminbi yang saya tukarkan itu pun TIDAK DIGUNAPAKAI.


Sebabnya naik teksi, naik tren, beli air, beli makan, beli kopi, orang tak terima cash. Penjaja kat pasar jual kuih muih Korea Utara pun tak pakai cash.


Kali pertama saya naik teksi di Yanji, saya bayar pakai cash yang ditukar kat MidValley itu.


Pemandu teksi dengan muka annoyed menganggap saya mempermainkan dia.


Dia tanya saya, “shuai ge (leng chai), kamu takde WeChat?”


Saya pun jawablah, “saya takde WeChat sebab saya bukan orang China”.


Dia terkejut lah sebab saya muka Cina. Dia ingat saya orang China bayar tambang pakai cash untuk mempermainkan dia.


Selepas dimaklumkan saya pelancong, dia pun ceritakan.


Yanji dalam 10 tahun lalu pesat membangun. Sejak itu, mereka tak pernah gunapakai cash.


Untuk beberapa minit saya pun jem lah. Sebab takde AliPay, takde WeChat pay, dua aplikasi terpaling popular kat China. Macam mana nak bayar?


Tapi mujurlah Touch N’ Go bekerjasama dengan AliPay. Maka Touch N’ Go kat Malaysia boleh digunapakai terus di kios-kios AliPay kat China tanpa perlu download AliPay atau membuka akaun bank China.


Yang saya nak kongsikan ialah, di China, kawasan yang terpencil dan tidak diketahui oleh dunia luar dah sedekad tidak menggunapakai cash.


Tak kisah lah pemandu teksi ke, kios tiket tren ke, penjaja kat tepi jalan ke, street photographer yang ambil gambar saya ke, semuanya tak pakai cash.


Ini bukan Shanghai atau Beijing. Ini Yanji, antara kawasan yang terpaling pencil di Tanah Besar China.


Beijing Shanghai lagilah maju. Beli sayur kat supermarket boleh masuk je, angkut barang yang diperlukan dan walk out. Kamera akan buat face recognition dan akaun bank auto dipotong.


Yanji yang sebegitu terpencil pun dah maju jauuuuuuuuhhhhhhh ke depan berbanding kawasan-kawasan bandar yang terpaling maju di Malaysia.


E-MADANI ini apa?


Antara syarat yang dikenakan ialah tak boleh transfer, tak boleh bayar utiliti, tak boleh membuat pembelian online.


Tapi rakyat kita ramai yang mangkuk. Mereka maki dan troll kerajaan sebab tidak faham bahawa tujuan utama E-MADANI bukannya meringankan beban tanggungan rakyat.


Objektif E-MADANI ialah membiasakan golongan bukan syarikat besar mengguna teknologi kewangan.


Syarikat utiliti seperti TNB, Astro, DiGi, Maxis dan sebagainya ialah syarikat besar yang updated dengan teknologi kewangan, sebab itu kerajaan mengecualikan mereka.


Sebaliknya, Kerajaan nak kamu beli pisang goreng atau burger Ramli kat tepi jalan dengan menggunapakai e-Wallet, agar penjaja-penjaja kecil membiasakan diri dengan e-Wallet.


Ini agar di masa depan, Malaysia pun menjadi maju seiring dengan pembangunan global.


Cuba bayangkan…. Para penjaja kat Gua Musang, Kemaman, Marang semuanya pakai QR Pay. Macam tak boleh brain kan?


Maksudnya kita benar-benar jauh ke belakang sampai tahap nak bayangkan versi maju kawasan terpencil Malaysia pun payah. Tak mampu bayangkan.



SABAQ YIDDIN. HANG TUNGGU LA...

 


Masih mengharapkan BN tarik sokongan dengan kerajaan perpaduan sabar ye tunggu lagi 4 tahun.