NANTI KALAU BERJAYA TEBUK ATAP. TEKNOLOGI NI DAH SIAP BOLEH DIGUNA DENGAN SEMPURNA

 



Rafizi Ramli


Minggu lepas, PMX lancarkan Identiti Digital Nasional (IDN). Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa perlunya IDN sedangkan kita sudah ada Kad Pengenalan.


Kad Pengenalan adalah pengenalan dan pengesahan diri secara fizikal. Selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan, tanpa satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara, kita perlu membuka akaun bagi setiap portal kerajaan.


Akhirnya ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan yang tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain. Setiap kali kita mahu menggunakan khidmat kerajaan, kita perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali dan kerajaan pula ada pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan, sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama.


Antara usaha terkini ialah memperkenalkan govtech (khidmat awam berteknologi tinggi) secara berperingkat dalam khidmat awam. Seperti mana kita biasa menggunakan aplikasi digital untuk banyak urusan harian, hasratnya berurusan dengan kerajaan pun akan menjadi mudah seperti menggunakan aplikasi digital lain.


Langkah awal yang diambil oleh pentadbiran ini termasuklah membangunkan PADU (Pangkalan Data Utama) supaya semua maklumat setiap warganegara dikumpulkan dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake. Selepas itu, setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan API (application programming interface) untuk berhubung dengan PADU. Maksudnya, kita tidak perlu mengisi pelbagai maklumat berkali-kali untuk berurusan dengan kerajaan.


Langkah seterusnya ialah IDN yang membolehkan kemudahan single sign on (SSO). Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekaligus.


Langkah seterusnya ialah untuk mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan dengan kerajaan melalui satu portal utama dan single sign on menggunakan IDN. Kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa ini akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan.


Mulai 2024, saya berharap ada tambah baik ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX.


Insya Allah apabila PN berjaya menebuk atap sekali lagi (yang dijadualkan pada 31 Disember 202X), mereka tidak perlu fikir mengenai govtech kerana ia telah dilaksanakan dengan baik.



No comments: