PENGHASUT MEMANG SUKA PADA YANG TAK CERDIK.


 Masa nak beli rumah, kereta atau memohon apa-apa pinjaman, kita akan serahkan nombor kad pengenalan, maklumat pekerjaan termasuk gaji, alamat bahkan ada yang kena beri nombor telefon dan alamat saudara terdekat. Betul tak?


Bila kita cipta akaun atau log masuk aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, TikTok dan lain-lain, kita beri maklumat peribadi seperti nombor telefon, tarikh lahir bahkan sesetengahnya aplikasi tu sekali alamat surat menyurat. Kan?


Malahan di telefon bimbit kita, maklumat cap jari dan pengecaman muka juga ada. Dalam semua kes tu kita selamba je beri. Tak ada masalah pun. Tak ada risau dajjal pun. Padahal teknik dia, nak pakai aplikasi aku, bagi maklumat peribadi dulu.


Sedangkan semua tu, permohonan pinjaman, aplikasi dan website serta telefon bimbit, semuanya dikawal oleh pihak swasta. Kenapa tak timbul pun cerita Dajjal. Masa isi semua borang tu tanpa pula hirau soal data dicuri bagai. Ok je.


Sedangkan ID Digital dan e-Madani yang diurus oleh kerajaan ni, ramai acah-acah takut. Nampak tak auta dia macamana? Ini semua disebabkan hasutan oleh pihak tak bertanggungjawab.


Kalau tak nak, kalau rasa dah kaya, tak payah ambil. Tapi tak payah sampai nak tuduh agenda Dajjal bagai. Jangan sebarkan kebodohan kepada orang lain yang mungkin perlukan duit tu.


Begitulah busuknya hati puak bertopengkan agama ni. Ambil peluang dari sifat naif rakyat. Kononnya dia saja yang baik. Padahal dialah sejahat-jahat umat. Sampai Tuhan pun dia nak tipu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: