Pas nafi jadi bisu isu judi dan arak bila dah jadi kerajaan

 

Pas nafi jadi bisu isu judi dan arak bila dah jadi kerajaan

PAS tidak pernah membisu dalam isu pengharaman judi di negara ini walaupun sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan sekarang.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, pendirian PAS jelas sama ada sewaktu menjadi pembangkang atau sekarang dalam isu berkaitan judi atau arak tetap dibantah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menolak dakwaan parti itu menyepi dalam isu terbabit setelah menjadi kerajaan.

Malah, tambahnya pendirian parti untuk memerangi judi dan arak tetap sama sejak dahulu sehingga sekarang.

“Apabila kita menjadi sebahagian daripada kerajaan, lebih mudah untuk menyatakan bantahan. Bantahan secara dalaman terus kepada kementerian yang berkaitan.

“Untuk Pakatan Harapan yang viralkan kata PAS senyap dan membisu itu, kita nak bagi tahu yang kita tidak membisu, “ujarnya.

Bagaimanapun, katanya bentuk bantahan itu disesuaikan sebagai sebuah kerajaan, sebagai contoh ia dibuat secara dalaman.

“Jadi itu lebih efektif berbanding sewaktu kita sebagai pembangkang,” katanya kepada media hari ini selepas merasmikan Khatan Is’Aadul Usrah.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Ahmad Fathan Mahmood.

Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa itu membabitkan hampir 50 kanak-kanak golongan B40.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan kerajaan Perikatan Nasional meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor empat digit daripada lapan kali pada 2020 kepada 22 kali pada 2021 pula Ahmad Marzuk berkata, perkara itu dibangkitkan di Dewan Negara baru-baru ini dan belum mendapat kenyataan rasmi Kementerian Kewangan.



(Live) Sepetang 2021 Bersama Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat

Tahniah UMNO Pagoh, Nazri Dedah PPBM Beli Ahli UMNO

Tawan Putrajaya sebelum PRU-15 | Anwar Ibrahim

Datuk Zaharin Mengulas Usul Cawangan UMNO Dan Isu Politik Semasa

I don’t want to quarrel with Dr M, says Anwar

(Live) Sepetang 2021 Bersama Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat

IKUTI SIDANG MEDIA DI BAWAH.

 

Anwar tidak mahu berbalah dengan Mahathir

Anwar tidak mahu berbalah dengan Mahathir

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan berbalah dengan Dr Mahathir Mohamad susulan kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya awal minggu ini.

Bercakap kepada pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur, Anwar menegaskan bahawa Pakatan Harapan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung tinggi dasar tatakelola yang baik.



INI BUKAN KERJA DAP- MANA DIA YANG DOK MELALAK DULU KOMINEH BAGAI...SEMUA MEMBISU

 


MCA naik tocang, bantah reaksi polis ambil tindakan terhadap restoran letak gambar komunis

MCA naik tocang, bantah reaksi polis ambil tindakan terhadap restoran letak gambar komunis

MCA menyatakan keprihatinannya terhadap reaksi pihak berkuasa terhadap sebuah restoran di Pulau Pinang yang menampal kertas hias dinding (wallpaper) karikatur pemimpin revolusi komunis Mao Tse Tung, yang juga pengasas Republik Rakyat China.

Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng berkata, gambar pada kertas hias dinding di restoran masakan Hunan di Bukit Mertajam itu hanya hiasan dan menyifatkan tindakan polis terlalu keras dan “sensitif”.

Dia mengatakan bahawa perkara itu tidak perlu ditangani polis tidak dan ia boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

“Saya menasihatkan pihak berkuasa agar tidak terlalu agresif dan menangani perkara itu dengan cara yang lebih mesra.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar netizen tidak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman untuk mengelakkan merosakkan keharmonian antara kaum dan juga hubungan persahabatan antara Malaysia dan China,” katanya.

Tan, yang juga ketua biro MCA mengenai hubungan China, menyatakan bahawa isteri pemilik restoran itu berasal dari China.

Dia menyamakan kertas hias dinding karikatur Mao di restoran itu dengan orang Malaysia yang memasang gambar Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.

 

Dia berkata, tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai agenda untuk mempromosikan ideologi tertentu.

Dia juga menekankan bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang baik.

“Dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

“China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Semalam, polis menyerbu restoran Xiang Ge Li Li La Authentic Hunan di Bukit Mertajam dan menurunkan gambar latar dinding yang memaparkan lakaran menyerupai karikatur komunis.

Isteri pemilik restoran itu yang berusia 35 tahun bersama suaminya mengatakan bahawa perkataan Cina di poster itu tidak mempromosikan komunisme tetapi sebaliknya membawa slogan jenaka mengenai makanan.



BETULKAH PPBM BELI UMNO?

 Salam. 

Bersatu diramal masuk UMNO, sama seperti Semangat46 · MYKMU.NET

PPBM di katakan sanggup membayar RM100 kepada ahli2 UMNO untuk sertai mereka?. Bising dah Ketua Pemuda UMNO dan dia juga enggan menarik semula kenyataan yang beliau buat semalam. Jangan risau Wajdi...RM100 tu tidak memungkinkan ahli2 UMNO untuk berhijrah kepada PPBM. Tak mungkin kecuali mereka di tawarkan RM100,000 dan tanah.

Betul-betul jenis tak tahu malu PPBM ni. Dulu khianatkan PH, sekarang buat onar pulak dengan UMNO. Maka smlm juga...Jazlan serta Puad Zarkashi yg mewakili suara Zahid turut mengumumkan bhw..UMNO tidak akan menyokong lagi persepakatan MN dan PN. Alasan paling tepat dan jelas sebenarnya adalah "WUJUDNYA KUASA BERLEBIHAN SI JEMIN KARTEL DI DALAM PENTADBIRAN PN". 

Kamu ingat..orang-orang UMNO sukakan Jemin ker Yiddin?. RM100 tu, bukan nilai untuk menderhakai UMNO la. Yiddin, Hamzoh dan Jemin..."kamu benar2 telah menjatuhkan maruah kamu sendiri. Baiklah kamu berundur sblm UMNO jatuhkan kamu!. Tapi, kamu ada maruah ker?". 

PPBM konon2nya berani untuk berbuat demikian kerana adanya sokongan dari parti PAS. Parti PAS ker Yiddin?. Hahahahaha, Yiddin masih tak kenal lagi dgn PAS? Hmmmm...parti jahanam cam PAS tu pun, hanya tunggu masa yg sesuai sahaja untuk di humbankan ke tengah2 lautan najis dan .... Yiddin masih mengharapkan PAS?. 🤣🤣😂

Jangan khuatir, PN atau MN akan rebah pada bila-bila masa sahaja tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tunggu Februari ini....Yiddin, Jemin, Hadi, Mak lampir Hamzoh Janudin, PAS dan PPBM akan jatuh tertiarap umpama mereka di lemparkan dari tingkat 30 menara KLCC. 

Tak percaya? Maka percayalah dan ada bantahan tak? Tanya jer nih. 

Ikhlas, jujur dan benar,


Mohd Asri Bakar.


NAK KERJASAMA MACAMANA, KALAU MASA JADI KERAJAAN UMNO DIPINGGIRKAN..

 


Umno Terengganu tetap tegas tak mahu kerjasama dengan Pas pada PRU15

Umno Terengganu tetap tegas tak mahu kerjasama dengan Pas pada PRU15

UMNO Terengganu mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, UMNO Terengganu akan meletakkan calonnya di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“UMNO juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik UMNO.

“Kita mahu ambil semula kerusi yang telah ‘lompat’ dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Seri Amar, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zubir; Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, UMNO Terengganu menolak kerjasama dengan Pas bagi memperjuangkan hak rakyat yang dilihat semakin dipinggirkan.

Menurutnya, beliau berpendapat tidak wujud Muafakat Nasional (MN) di Terengganu apabila kerajaan negeri Terengganu dilihat tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia susulan agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani pandemik Covid-19 yang didakwa tidak diberikan sama rata kepada wakil rakyat.

“Saya bandingkan cara agihan yang diberikan kerajaan Pahang dan Perlis yang diterajui BN. Mereka mengagihkan sama rata sama ada wakil rakyat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya kerana ia melibatkan hak rakyat.

“Tapi sini wakil rakyat UMNO hanya dapat peruntukan RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas sebanyak RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas.

“Di Perlis dan Pahang, peruntukan itu diagihkan sama rata, tetapi di Terengganu tidak berlaku kerana tiada perbincangan berhubung agihan itu,” katanya.



(Live) Sepetang 2021 Bersama Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat

[Live] Sidang Media Bersama Anwar Ibrahim

(Sarikata) Anwar Ibrahim: Perpaduan Dan Agenda Reformasi Adalah Jalan Ke...

APA KERAJAAN PN NI TOLONG MELAYU?

 RINA HAMZAH

Dikatakan kerajaan pn ini pejuang Agama islam dan bangsa melayu, tetapi apa yg baik utk melayu yg majority beragama islam semua mereka mahu batalkan.

Ingat apabila majority orang-orang Melayu mentadbir negara makin peduli rakyat, tetapi nampak gayanya makin teruk mereka meyantuni marhaen. Takdirrrrr!!!!


 Image may contain: 3 people, text that says "Diskaun 20 peratus tambang KTM Komuter mulai 1 April PAKATAN HARAPAN PAN 20 Februari 2019 EMENTERIAN PENGANGKUTA MA SIA BERI DISKAUN 20 Peratus Pengangkutan Anthony oke Siew ok(t Mesyuarat Cabinet kementeriannya sidan selepas Foto Bernama PERIKATAN NASIONAL MAKLUMAN BAGI PENUMPANG TREN KOMUTER, DISKAUN XTRA 20 TELAH TAMATKAN 31/12/2020 SELEPAS TAHUN DI PERKENALKAN MULAI 01/01/2021 HARGA BAGI TREN KEMBALI SEPERTI SEDIAKALA HARAP MAKLUM TERIMA KASIH HAPUSKAN DISKAUN 20 Peratus SR"


Zaman PN dari harga barang-barang  keperluan sehinggalah petrol semuanya naik 

mencanak canak, yg turun hanya air hujan. Takdirrrrr sayup2 terdengar laungan 

lebai.


Image may contain: text that says "8 MiNGGU BERTURUT-TURUT HARGA MINYAK NAİK!! SR suara.rakyor alkyot PN= Petrol Naik Perikatan Nasional MN Muafakat Nasional Minyak Naik DIAM JE TAPI PEJUANG MELAYU/ISLAM BERLAKU.. MACAM TAK ADA APA-APA"

Umno nak kekal untuk memimpin, bukan dipimpin, kata Najib

 


Umno nak kekal untuk memimpin, bukan dipimpin, kata Najib

UMNO akan gagal jika membiarkan parti dikawal oleh kerajaan, kata Najib Razak.

Mengisytiharkan bahawa parti itu dibentuk untuk memimpin dan bukan dipimpin, ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa parti itu harus kembali menjadi parti pendokong di Putrajaya.

Panas! Pas beri laluan Umno lawan Azmin di Gombak

 

Panas! Pas beri laluan Umno lawan Azmin di Gombak

Panas! Pas beri laluan Umno lawan Azmin di Gombak

Pas Gombak memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Nasir berkata, keputusan itu bagi menjaga perpaduan dalam Muafakat Nasional selain menjadi kekuatan kepada perjuangan gabungan itu untuk mendepani PRU15.

Menurutnya, hasrat tersebut telah disuarakan kepada pucuk pimpinan Pas Selangor secara rasmi untuk membuat keputusan.

“Pas kawasan Gombak telah bersetuju dan memutuskan Parlimen Gombak akan ditandingi calon BN.

“Insya-ALLAH kita mempunyai kekuatan dan mereka (pihak lawan) tidak boleh berbuat apa-apa. Ini jaminan Pas kawasan kepada UMNO Gombak, ” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak kali ke-26 2020.

Hadir sama, Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua MIC Gombak, S Sugumaran dan Ketua MCA, Lawrence Yip.

Dalam ucapan itu, beliau mendedahkan ada cubaan memberikan tawaran kewangan untuk mengganggu kerjasama Muafakat Nasional, namun Pas kekal pendirian dalam perjuangan gabungan itu.

“Sudah ada gerakan daripada pihak tertentu bertemu dengan saya untuk menyogok wang yang banyak.

“Namun, saya nyatakan terus terang dan secara tegas, saya tidak akan jual perjuangan ini. Saya akan tentang mereka habis-habisan,” katanya.



PAKATAN RAKYAT DULU DIBENTUK BERSAMA PAS...TANYA LAH SESIAPA YANG PERNAH BERKAWAN...DEPA SAJA LA YANG BETOI....

 


Umno tak boleh terima Pas “main dua kolam”

Umno tak boleh terima Pas “main dua kolam”

UMNO tidak akan menerima sekiranya Pas menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya akan datang.

Justeru Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan agar parti itu setia dengan UMNO dan tidak memungkiri janji yang dimeterai menerusi Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019.

“Sekarang ini Pas menganggotai dua pakatan dalam MN dan PN dalam keadaan ini kita berasa tidak senang kerana kita tahu Pas menghadapi masalah. Pas mahu belah mana belah UMNO atau Bersatu?

“Saya menyeru sekali lagi rakan-rakan kita dalam Pas, saya tidak nampak kita (UMNO) dapat menerima sekiranya Pas bersama menyokong Bersatu dalam masa yang sama juga (menyokong) UMNO. Kita pun biasa dengan ada satu ummah sahaja tidak ada dua, tiga ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 yang turut disiarkan secara Facebook Live.

Tajuddin berharap agar Pas tidak terpengaruh dengan tawaran-tawaran berbentuk jawatan, harta dan projek untuk meninggalkan UMNO.

“Memang sekarang kita diduga dengan nafsu berbagai imbuhan, pangkat atau nama atau harta, benda. Ingat !, jangan apabila keadaan sekarang, peluang terbuka dengan jawatan, pangkat, projek dan sebagainya kita lupa janji kepada pengikut kita untuk lihat ahli UMNO, ahli Pas untuk membentuk satu perpaduan orang Islam,”menurutnya.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Pas tidak boleh menyalahkan UMNO sekiranya parti itu membuat keputusan untuk memungkiri janji MN.

“Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka. Jangan salahkan UMNO, kita tidak mahu disalahkan kerana pihak yang yang mungkir janji, tinggalkan kawan,” tambahnya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menambah, keutuhan Muafakat Nasional (MN) akan berkekalan sekiranya kedua-dua pihak saling menjaga hubungan kerjasama yang telah dimeterai sebelum ini.

“Kita jaga hubungan kita dengan Pas, kita jangan berkelahi dengan Pas, kita perlu berbaik. Untuk jaganya kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan UMNO sahaja baik Pas tidak baik tidak boleh jadi, Pas sahaja baik UMNO tidak, tidak boleh kedua-dua perlu berbaik jaga,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan perpaduan Ummah menerusi MN terbentuk selepas kekalahan UMNO-BN pada pilihan raya yang lalu.

Hal ini ujarnya peluang memastikan kerjasama antara kedua-dua parti menuju keberhasilan.

PERSIDANGAN AGUNG UMNO - DI MANA KETAJAMAN KERIS YANG SELALU DIJULANG ITU?

 

File:UMNO (Malaysia).svg - Wikipedia

Terlebih dahulu 'Selamat Bersidang' diucapkan kepada seluruh Umno Bahagian di seluruh negeri. Persidangan kali ini tentunya seperti tahun lalu di mana tiada serinya walaupun Umno kini telah kembali menjadi sebahagian dari 'kerajaan pintu belakang'.

Jika tahun lepas, Umno bersidang di dalam kedudukan sebagai Pembangkang sewaktu negara ini diperintah oleh kerajaan PH mulai Mei 2018 hingga Feb 2020 setelah PH dikhianati dan Umno turut bersubahat di dalam kerja jijik mencemar amalan demokrasi negara ini apabila bersama menyokong kewujudan kerajaan yang dirampas tanpa melalui pilihanraya.

Ternyata, sesiapa sahaja yang khianat dan menyokong pengkhianat tidak akan tenteram, aman dan diberkati. Lihat sahaja apa yang berlaku sepanjang kerajaan pintu belakang ini memerintah. Bagaimana dengan masalah Covid? Semakin baik dan terkawalkah? Bagaimana dengan ekonomi negara dan harga barang? Semakin menyenangkan rakyatkah? Pelaburan di dalam negara? Indonesia dan vietnam sudah berada di atas kita. Usah banding dengan jiran kita, Singapura. Semakin tinggi rakyat yang menganggur. Kaum Melayu yang sekian lama majoriti hidup susah, adakah semakin senang? Di mana "Makcik Kiah' yang dijanjikan oleh Muhyiddin akan kaya dengan hanya menjual goreng pisang?

Mahu bicara soal agama? Kerajaan pintu belakang tanpa Dap ini lebih islamik kerana ada parti Pas di dalamnya? Cuba sebut satu dasar Islam yang paling menonjol yang telah diperkenalkan oleh kerajaan tebuk atap ini? RUU 355 ? Hudud? Peramugari tutup aurat? Kilang arak? Isu Arwah Adib? Ini di antara beberapa isu yang pemimpin2 Pas dulu sering buat modal dalam ceramah dan kuliah mereka sewaktu kerajaan PH memerintah. Cuma satu yang mereka berjaya lakukan iaitu berjaya meningkatkan kembali cabutan no ekor/judi dari 8 kali sewaktu kerajaan PH memerintah kepada 22 kali cabutan waktu kerajaan tebuk atap tanpa Dap perintah. Islamik la sangat.

Ahli-ahli Umno patut menggunakan persidangan mereka kali ini untuk mengajar Bersatu atau PN bahawa jika mereka boleh khianat untuk menjatuhkan kerajaan PH, apakah Umno tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada mereka? Lagi pun, apa untungnya Umno berada di dalam PN jika untuk menjadi menteri di kementerian yang penting pun tidak dapat? Bukankah Umno memiliki Kerusi Parlimen paling banyak? Sampai bila Umno hanya menjadi kuda tunggangan kepada Bersatu?

Kalau Umno hanya sanggup jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap atau pintu belakang ini hanya untuk menyenangkan Anuar Musa atau Hishamuddin Husein menjadi menteri, dayus sangatlah Umno. Sebab itulah Muhyiddin dan Azmin tidak hairan dengan Umno kerana mereka tahu kelemahan Umno walaupun hakikatnya Muhyiddin dan Azmin ini jauh lebih lemah sebenarnya, cuma kuasa yang mereka ada itu menampakkan seperti mereka kuat. Bukankah kuasa mereka itu pun diberikan oleh Umno? Bila2 masa Umno boleh sentap kedua2 mereka jatuh terduduk, jika Umno ada 'kejantanan' dan benar2 ikhlas membawa suara akar umbi mereka. Tetapi sekiranya Umno hanya mahu main wayang kulit sahaja di media sosial kononnya seperti garang dan berani sergah Bersatu, hakikatnya telur telah dipicit, lebih baik persidangan Umno kali ini hanya buat seperti 'reunion" dan makan2 saja.

"Selamat bersidang dan tunjukkan ketajaman keris yang sering kelian julang itu".

WFAUZDIN NS

 

Melonjakkan pasaran Vaksin ... adakah itu benar ??

 

Melonjakkan pasaran Vaksin ... adakah itu benar ??



Image may contain: 1 person, standing


Jumlah kematian di dunia dalam 3 bulan terakhir tahun 2020

314,687: Virus Corona

369,602: Selsema biasa

340,584: Malaria

353,696: bunuh diri

393,479: kemalangan jalan raya

240,950: HIV

558,471: alkohol

816,498: merokok

1,167,714: Kanser

Maka anda fikir Corona berbahaya?

Atau ia propaganda media untuk menyelesaikan perang perdagangan antara China dan Amerika

atau

untuk mengurangkan pasaran kewangan untuk mempersiapkan tahap pasaran kewangan untuk penggabungan dan pengambilalihan

atau

untuk menjual bon Perbendaharaan AS untuk menampung defisit fiskal di dalamnya

Atau

Adakah Panik yang dibuat oleh syarikat Pharma untuk menjual produk mereka seperti pembersih, topeng, ubat dll.

Jangan Panik & jangan bunuh diri dengan ketakutan yang tidak perlu. Posting ini adalah untuk mengimbangi feed berita anda dari posting yang menimbulkan rasa takut dan panik.

3,338,724 Orang sakit dengan Coronavirus ketika ini, di mana 3,200,000 di luar negara. Ini bermaksud bahawa jika anda tidak masuk atau belum pernah mengunjungi negara asing baru-baru ini, ini akan menghilangkan 95% keprihatinan anda.

Sekiranya anda menghubungi Coronavirus, ini masih bukan penyebab panik kerana:

81% daripada kes itu ringan

14% Kes adalah Sederhana

Hanya 5% Kes yang KRITIKAL

Yang bermaksud bahawa walaupun anda mendapat virus, kemungkinan besar anda akan sembuh dari virus tersebut.

Ada yang mengatakan, "tetapi ini lebih buruk daripada SARS dan SWINEFLU!" SARS mempunyai kadar kematian 10%, selesema babi 28% sementara COVID-19 mempunyai kadar kematian 2%

Lebih-lebih lagi, melihat usia mereka yang mati dengan virus ini, kadar kematian bagi orang yang berumur di bawah 55 tahun hanya 0.4%

Ini bermakna: jika anda berumur di bawah 55 tahun dan tidak tinggal di luar India - anda lebih cenderung memenangi loteri (yang mempunyai 1 dalam 45,000,000 peluang) Mari kita ambil satu hari iaitu 1 Mei sebagai contoh ketika Covid 19 meragut nyawa 6406 di dunia. Pada hari yang sama:

26,283 orang mati akibat Kanser

24,641 orang mati kerana Penyakit Jantung

4,300 orang mati kerana Diabetes

Bunuh diri menjadi sebab kematian 28 kali lebih banyak daripada virus itu.

Nyamuk membunuh 2,740 orang setiap hari, MANUSIA membunuh 1.300 sesama manusia setiap hari, dan Ular membunuh 137 orang setiap hari, jerung membunuh 2 orang setahun

JADI LAKUKAN KEGIATAN HARIAN YANG BAIK HARI INI UNTUK MENYOKONG SISTEM IMUN ANDA, MENYELAMATKAN DAN TIDAK HIDUP DALAM MENGHUKUM.

Sertailah sebarkan HARAPAN dan bukannya

KETAKUTAN

Virus Terbesar bukan Corona tetapi KETAKUTAN

Takutkan Allah kita semua ..yg mencipta Corona itu.

Kembalikan pengimarahan masjid/surau .. meningkatkan iman dan amal

SHARE UNTUK MENGHENTIKAN PANIK

 

Pertandingan Ratu Cantik Pertama selepas merdeka yang di sertu oleh lebai PAS


MOHD MUKLIS


Image may contain: one or more people and people standing, text that says "m Malaysiakini (BM Version) mins Pertandingan yang diadakan dengan objektif membina kesedaran terhadap perlecehan fizikal (body shaming) dan buli ini juga berlangsung dengan meriah malam tadi. MALAYSIAKINI.COM Miss Plus World tetap diadakan meskipun dibantah Pertandingan yang diadakan dengan objektif membina kesedaran t... Haha 17 Comments 1 Share Comment Share"



Pertandingan Ratu Cantik Pertama selepas merdeka yang di sertu oleh lebai PAS

Siap ada contestant Melayu lagi, tapi nak hairan apa, sujud dalam kuil bincang secara ilmiah, arak lembut pun halal, judi special draw jadi 3 kali ganda, bebas berjudi sampai tahun 2025. Boleh pula kata tegur secara senyap, kalau nak tegur dalam hati buat apa kalau lebai jadi kerajaan?

Tara lebai senyap pun judi special draw jadi 3 kali ganda banyak, kalau lebai bantah secara terang agaknya setiap minggu ada special draw.

Cuma nak tanya ولعون, semalam "beribadah" undi siapa? jangan malu, jangan segan lebai PAS sudah halalkan. Yang penting "ولعون dengar dan taat".

Cuma saya ingin ingatkan ayat Allah di bawah pada mereka yang suka memajak akal pada ulama yang jahat seperti kaum-kaum yang terdahulu. Ini yang di katakan Nabi S.A.W pengikut yang menyembah ulama-ulama mereka.

Al-Quran al-Karim telah mengecam kaum ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani yang berani meletakkan kuasa halal dan haram di tangan rahib dan paderi.

Firman Allah SWT:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah SWT, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam, sedang mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah SWT dari apa yang mereka sekutukan

(Surah al-Taubah: 31)

Peristiwa kedatangan Adi bin Hatim RA kepada Nabi SAW dan ketika itu dia masih beragama Nasrani sebelum memeluk Islam. Apabila dia mendengar Nabi SAW membaca ayat yang tersebut di atas tadi, lalu dia berkata: “Hai Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah paderi dan pendeta itu!”

Lantas Rasulullah SAW menjawab:

بَلَى إِنَّهُم حَرَّمُواْ عَلَيْهِمُ الْحَلاَلَ وَأَحَلُّواْ لَهُمُ الْحَرَامَ فَاتَّبَعُوْهُمْ فَذَلِكَ عِبَادَتُهُمْ

Maksudnya: “Bahkan kerana sesungguhnya mereka telah MENGHARAMKAN ke atas para pengikut mereka yang HALAL dan MENGHALALKAN buat mereka yang HARAM. Lalu mereka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahan mereka.”

Riwayat al-Tirmizi dan lainnya.

 

Tantawi kata Yadim bagi syarat, tapi peserta muslim tak tahu

 

Tantawi kata Yadim bagi syarat, tapi peserta muslim tak tahu

Salah seorang peserta Miss Plus World Malaysia 2020, Jastina Mohd Junus mengakui tidak tahu mengenai syarat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bahawa peserta wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai acara itu.

“Masya-Allah, kami memang tak tahu perkara itu. Itu kena tanya penganjurlah. Tapi, setakat ini kami dilayan sama rata,” katanya selepas majlis yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Jastina memenangi gelaran Duta Kemanusiaan Miss Plus World dalam pertandingan ratu cantik untuk wanita berbadan besar itu.

Kata Jastina, dia maklum mengenai bantahan terhadap acara itu sebelum ini namun menyifatkannya hanya salah faham.

“Kami maklum akan bantahan tersebut, tetapi seperti yang anda lihat kami masih memakai inner dan berseluar panjang di dalam gaun.

“Jadi, tidak ada isu bagi kami. Sebab setakat ini saya masih berhijab dan mengekalkan imej saya sebagai wanita berhijab tanpa halangan,” katanya.

Kata Jastina, MPWM juga wajar diteruskan pada masa hadapan.

“Acara ini bukan untuk cari siapa paling cantik. Awak boleh tengok sendiri bagaimana kami sisterhood di atas pentas dan bagaimana hubungan kami semua. Tak kisahlah India, Cina, Melayu kami sayang satu sama lain dan kami sokong satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, PAS dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membantah penganjuran program tersebut kerana disifatkan sebagai program tidak bermanfaat dan berunsur kemaksiatan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam menegaskan penganjur perlu mematuhi janji sepertimana yang telah dipersetujui.

Nasrudin berkata, Jabatan Agama Islam (Jakim) telah mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur pada 31 Disember lalu, sebelum mencapai beberapa kata sepakat.

Antara keputusan yang dicapai ialah penganjur tidak akan melibatkan peserta Muslim (menggugurkan penyertaan).

“Tiada peserta wanita beragama Islam yang akan menjadi pemenang dan menjadi wakil ke Peringkat Antarabangsa di Miss Plus World USA.

“Peserta beragama Islam hanya akan menjadi pemerhati dan duduk di meja VIP (orang kenamaan),” katanya.

Yadim katanya tetap mengambil pendirian membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan menyerupai pertandingan ratu cantik wanita.


Pas tiada fungsi, Miss Plus tetap on semalam

 


Pas tiada fungsi, Miss Plus tetap on semalam

Pas tiada fungsi, Miss Plus tetap on semalam

Meskipun dibantah pelbagai pihak, penganjuran Miss Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) tetap diadakan malam tadi di sebuah hotel di ibu negara.

Penganjuran pertandingan ratu cantik MPWM 2020 yang diadakan dengan objektif membina kesedaran terhadap perlecehan fizikal (body shaming) dan buli ini juga berlangsung dengan meriah.

Ini dapat dilihat apabila hadirin menyanyi dan bersorak dari awal sesi pembukaan majlis yang menampilkan kesemua barisan finalis MPWM 2020.

Acara yang dianjurkan di Putrajaya itu menyaksikan Melissa Mohan Tyndall dinobatkan sebagai pemenang, menewaskan 13 peserta lain.

Guru tadika dan usahawan berusia 38 tahun, Shakti Chhabra pula diumumkan sebagai Miss Plus Intercontinental Malaysia 2020.

Manakala seorang finalis beragama Islam, Jastina Mohd Junus memenangi gelaran Duta Kemanusiaan Miss Plus World.

Pertandingan itu juga kelihatan seperti pertandingan peragaan biasa berbanding pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe yang memerlukan setiap pesertanya berbikini serta berpakaian seksi.

Para pesertanya tampil memperagakan busana tradisional negeri masing-masing selain koleksi pakaian penaja.

Hadirin juga mengenakan pakaian formal dan kasual serta di tempatkan di hadapan sebuah pentas sambil menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan.

 

Walaupun majlis boleh dikatakan berlangsung secara aman, namun turut kelihatan beberapa anggota keselamatan sebaik sahaja pertandingan bermula.

Bagaimanapun, difahamkan kehadiran anggota keselamatan itu sekadar membuat tinjauan.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama MPWM 2020 diadakan di negara ini.

Seramai 24 finalis layak mara ke peringkat akhir dengan 10 daripada jumlah tersebut terdiri daripada peserta Muslim.

Dua daripada finalis menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

MPWM 2020 dalam satu kenyataan sebelum ini berkata acara berkenaan adalah untuk meraikan, menggalakkan dan mengangkat kecantikan, kebijaksanaan dan keyakinan wanita bersaiz besar.

Penganjur juga berkata acara itu tidak menampilkan pertunjukan bikini atau pakaian renang.

Terdahulu, PAS dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membantah penganjuran program tersebut kerana disifatkan sebagai program tidak bermanfaat dan berunsur kemaksiatan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam menegaskan penganjur perlu mematuhi janji sepertimana yang telah dipersetujui.

Nasrudin berkata, Jabatan Agama Islam (Jakim) telah mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur pada 31 Disember lalu, sebelum mencapai beberapa kata sepakat.

Antara keputusan yang dicapai ialah penganjur tidak akan melibatkan peserta Muslim.