Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
Mudahnya begini. Jika
ada sesiapa yang mainkan isu kaum dan agama, maka orang itu berada dalam
keadaan terdesak. Mereka tiada lagi peluru untuk menembak pihak yang mereka
anggap musuh.
Tidak ada larangan
untuk orang Melayu berbincang masalah mereka. Bukan sahaja orang Melayu, apa
sahaja kaum berhak untuk memperkata tentang masalah yang membelenggu kaum
mereka.
Tapi yang tidak boleh
adalah menghasut kebencian antara kaum contohnya dengan menuduh kaum lain
sebagai punca kemunduran kaum sendiri. Ataupun mengungkit konon hak kaum mereka
dirampas oleh kaum lain.
Dalam isu yang
dibangkitkan Mahathir ini, tidak ada satu bukti pun kerajaan menghalang
perhimpunan itu. Malah kalau nak kata mereka cuma acah-acah anjur program itu
dan kemudiannya batalkan sendiri demi nak menyalahkan kerajaan pun ada
logiknya.
Setakat beberapa
bulan ini DS Anwar amat menitik beratkan nasib rakyat termiskin. Petani miskin
dan golongan B40 serta miskin tegar. Banyak bantuan dan insentif yang dibuat
untuk golongan tersebut.
Siapa majoriti petani
miskin? Siapa majoriti B40? Siapa lagi kalau bukan Melayu. Kalau DS Anwar tak
pedulikan nasib Melayu, nak buat apa susah payah beliau rencanakan usaha basmi
kemiskinan?
Boleh sahaja DS Anwar
buat program untuk bantu kontraktor dengan nama Melayu, yang kemudiannya beliau
boleh minta komisen untuk dimasukkan ke dalam akaun parti. Tapi tak. Itu bukan
cara beliau.
DS Anwar nak basmi
kemiskinan yang telah sekian lama membelenggu kaum Melayu, tanpa ketepikan kaum
lain yang juga termasuk dalam golongan itu. Walaupun usahanya tidak
memberikannya dana.
Mungkin itu yang
Mahathir marahkan. Sebab DS hanya utamakan orang miskin. Manakala yang kaya
pula dikenakan lebih cukai. Jadi Mahathir marah kerana itu akan menjejaskan
kekayaan kroninya.
Sebab kalau Mahathir
betul fikirkan nasib Melayu dan rakyat miskin, nescaya Mahathir akan hargai
usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan ini. Guane
boh?
.
Berita tahun 2017. Tahun depan guys Kelantan akan ada bas
elektrik 40 tempat duduk. Tahun depan tau. Sekarang baru tahun 2017f. Belum
2018 lagi. Kita tunggu Kelantan cipta sejarah. Guane boh?
Akhirnya dia sendiri mengaku yang puaknya kurang siuman...
Niat budak ni nak menyindir DS Anwar yang sebut "kita ada
keris" dalam ucapan di Kongres Keadilan sebelum ini. Tapi tanpa sedar, dia
menikam dirinya sendiri.
DS Anwar sebut je. Tak ada tunjuk keris. Sebut pun sekadar
kiasan yang parti itu dalam keadaan siap siaga kalau diserang oleh pengkhianat.
Tak ada ugut sesiapa pun. Kecuali kalau orang tu memang ada niat
nak khianat je yang rasa macam kena ugut dengan ucapan DS Anwar itu.
Tapi dia kata DS Anwar tunjuk-tunjuk senjata pulak. Lepas tu
cakap yang buat tu kurang siuman.
Eh! Yang sibuk tayang senjata tu puak PAS sendiri la. Macam dia
ni ha. Ambil gambar pegang golok tu apa maksud? Ni kalau kata dia ugut DS Anwar
pula dengan post yang begini boleh tak?
Lagi satu, hari tu yang galak berarak dengan bawa senjata,
walaupun replika, tu siapa? Puak PAS juga kan? Kiranya itu semua kurang siuman
ke?
Kalau orang lain sebut bolehlah kata tohmahan. Ini dia sendiri
yang kata puaknya kurang siuman maka sahihlah mereka memang kurang siuman.
Guane boh?
NORMAN RADZUAN
Insyallah perpaduan ini berkekalan demi memulihkan negara yg sdg
tenat . We move foward utk perubahan atau reform negara ini. Gambar keceriaan
pemimpin2 demi perpaduan kaum tetapi membuatkan Muhyiddin dan Hadi muram yg
tidak henti2 memainkan sentimen kebencian antara agama dan kaum demi political
survival.
Jadi jgn lah bimbang gertakan pembangkang kerajaan ini akn jatuh
dlm masa terdekat…dulu kata 3 bulan tapi dah dkt 5 bulan…. Ye lah cakap tak
perlu bayar. Mereka sebenarnya hanya ingin sabotaj kerajaan yg ada ini.
Ungkapan bekas Ahli Parlimen Langkawi Tun Mahathir Mohammad kononnya orang Melayu hilang punca kuasa menimbulkan persoalan tentang kebenaran fakta tersebut
Menurut Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak jelas taktik yang dilakukan Mahathir kali ini adakah untuk memperjuangkan Melayu atau ingin melanjutkan permusuhan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menjadi seteru sejak 1998 lalu.
“Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.
“Seperti modus operandi lama yang diguna pakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan. Kali ini terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.
“Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini media melaporkan Mahathir bakal hadir ke satu perhimpunan anjuran Sekretariat Tanah Air yang kononnya bagi membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Melayu.
Pada sidang media 4 Mac lalu, Mahathir mula kembali menjaja isu kaum dengan berkata kaum Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali Pilihan Raya Umum (PRU)
“Saya ingin bertanya kepadanya. Dia telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.
“Pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi perdana menteri selama 22 bulan. Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?… Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu?” soal Hassan.
Justeru Hassan menegaskan, sejak Anwar dilantik mengetuai pentadbiran negara tiada satu pun kepentingan orang Melayu telah tergadai.
Maka apakah keperluannya perjuangan proklamasi Melayu yang ditaja Mahathir itu.
“Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.
“Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya tiada,” kata Hassan sambil mengingatkan mahathir agar tidak bermain bermain ‘api’ yang akibatnya akan membakar negara sendiri.
Serangan terbaharu bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad ke atas Kerajaan Perpaduan kononnya tidak membenarkan program Sekretariat Proklamasi Orang Melayu merupakan taktik politik berulang sepanjang karier beliau sejak puluhan tahun lalu.
Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, taktik Mahathir tersebut dikesan untuk menagih simpati orang Melayu kononnya kerajaan semasa menekan beliau, sedangkan sosok beliau yang berusia 98 tahun dan kalah pilihanraya sehingga hilang deposit di pulau yang beliau sendiri majukan amat jelas menunjukkan penolakan orang Melayu.
Bagi Zulkifli, taktik yang dilakukan Mahathir sekarang tidak jauh bezanya pada 1970an lalu apabila beliau menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman dengan mendakwa orang Melayu tidak suka cara politik Tunku yang pro Cina, dan kemudian menulis buku Malay Dilema.
“Apa dia lakukan hari ini sama dengan strategi jatuhkan Tunku Abdul Rahman
“Bawa isu dilema Melayu. Buku dia Malay Dilema. mahathir yang dilema. Tahun 1970an gerakan Mahathir jatuhkan Tunku. Kononnya Melayu hilang punca kuasa sebab itu tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei.
“Hari ini modus operadi sama dibawakan. Melayu hilang punca kuasa. Sedangkan ketua jabatan, ketua angkatan tentera masih lagi orang Melayu
“Di mana hilang punca kuasa Melayu? Punca kuasa Melayu sebenarnya bersama pimpinan Melayu berintegriti, bukan lagi bersama pimpinan yang gila kuasa (seperti sebelum ini),” katanya.
Sehubugan itu, Zulkifli mengingatkan rakyat Malaysia khususnya generasi muda Melayu agar berwaspada dengan taktik basi yang dikitar semula berkali kali sejak 1970an itu dan digunakan ke atas hampir semua musuh politik Mahathir daripada berulang.
Katanya, mungkin Mahathir telah tersepit dengan agenda politik baharu pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memerangi rasuah, maka dalam 3 bulan selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan tiba tiba orang Melayu dianggap hilang punca kuasa.
“Apa saya lihat modus operandi Mahathir Melayu dalam dilema ini satu kesilapan besar kalau orang Melayu menyahut. Kita tidak nafikan jasa beliau. Namun untuk memecahkan minda orang Melayu hilang kuasa adalah langkah yang salah
“Kita lihat anak Melayu berjaya. Cuma tidak ada ada yang nak bina tamadun Melayu. Kini ada Perdana Menteri ke 10 untuk bina kembali kekuatan orang Melayu.
Sebaliknya Mahathir hari ini guna parti kecil Putra sebagai landasan setelah gagal bersama Bersatu, Pejuang.
“Ini pemimpin yang hidup dia selagi mana keinginannya tak dilaksanakan beliau akan terus memberontak,” katanya lagi.
Justeru Zulkifli menasihatkan orang Melayu untuk berfikir dengan matang dan tidak mengikut telunjuk politikus pentingkan diri serta kroni.
Katanya, orang Melayu perlu melakukan reset minda, bersaing dalam setiap bidang ketika dunia tanpa sempadan hanya mengiktiraf yang terbaik memperolehi kejayaan.
Tulisan Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang cuba menggambarkan KEADILAN melanggar al Quran membingungkan rakyat kerana kabur dan tidak merujuk mana mana bahagian pelanggaran dengan jelas.
Bagi Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, Presiden Pas itu sepatutnya memperincikan tulisannnya yang disiar Harakahdaily kepada pelanggaran yang berlaku, khususnya dalam ucapan pemimpin KEADILAN pada Kongres Nasional Khas Sabtu lalu sekiranya hal itu yang menjadi asas tulisan beliau.
Kata Amidi, perkara yang dirujuk dalam ucapan mungkin berkisar kepada sikap Hj Hadi yang sering tidak hadir ke parlimen dan hal itu perlu dijawab tanpa mengaitkannya dengan agama.
“Saya cuba memahami tulisan dalam Minda Presiden PAS yang melabelkan ‘PKR Lawan al-Quran’. Saya juga cuba mencari di manakah kenyataan yang disebutkan dalam mana-mana ucapan sewaktu penggulungan dalam Kongres Khas KEADILAN 2023.
“Dalam pengamatan saya dan ilmu yang terbatas ini tiada satu pun kenyataan yang dikeluarkan yang sepadan dengan maksud tajuk tulisan Minda Presiden itu.
“Pihak Pimpinan KEADILAN hanya mahukan keikhlasan dan kesungguhan wakil rakyat Marang dan beberapa ahli Parlimen dari PN untuk hadir ke sidang parlimen.
“Jika wakil Marang hanya sibuk beraksi dengan berpidato di merata tempat tapi tidak ke sidang parlimen, maka itu adalah satu perkara yang bertentangan dengan agama. Agama Islam menitikberatkan soal kesucian dan keberkatan pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Amidi juga menegaskan jawapan Hj Hadi sebelum ini bahawa parlimen bukanlah sekolah yang perlu beliau hadir setiap hari juga mengelirukan.
Katanya, parlimen lebih penting daripada sekolah kerana membenarkan berlakunya semak dan imbang atau al-amru bi il- ma’ruf wa nahyu a’ni il- munkar. Di situ jugalah punca peraturan dan undang-undang digubal.
“Jika kesepaduan antara agama Islam dan politik yang diperjuangkan maka parlimenlah tempatnya. Ia bukan sahaja menjadi wajib dari sudut politik tetapi juga dari sudut dakwah sebagaimana yang dipamerkan oleh generasi para sahabat di Madinah sehingga meraih gelaran Khayra Ummah
“Saya percaya jika wakil Marang rajin ke parlimen pada sesi yang lepas, RUU 355 sudah tentu telah dibahas dan diluluskan dengam restu MCA, MIC dan GPS,” katanya.
Malah, kata beliau jika Hj Hadi selalu ke Dewan Rakyat juga maka beliau boleh membetulkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya zalim.
Ahli Parlimen Marang itu juga, katanya, boleh memberi pandangan apabila PM membacakan ayat Quran sewaktu membentangkan RUU Perbekalan bagi tahun 2023.
“Agak melucukan apabila menuduh KEADILAN mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang bertentangan dengan Islam, sedangkan perkara yang serupa dilakukan oleh wakil Marang bersama sekutunya sebelum ini.
“Wakil Marang terlupa lafaz ikrar yang dibaca ketika kali pertama bersidang bagi setiap sesi sejak 1982 (tahun beliau menjadi Ahli Parlimen), iaitu setiap wakil rakyat perlu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa dan ketika.
“Maka ludahan ke langit akan hinggap di muka sendiri. Sistem pemerintahan di Malaysia semuanya berdiri di atas Perlembagaan ini. Baik raja, perdana menteri, pegawai dan pentadbir malah para asatizah sekalipun semuanya dinaungi oleh Perlembagaan yang dikatakan bertentangan dengan al-Quran oleh wakil Marang itu,” katanya lagi.
Oleh itu, Amidi berkata tulisan terbaharu Hj Hadi amat jelas menunjukkan wakil Marang sedang memperkukuh fahaman bercitra khawarij yang ditolak oleh Ahlus sunnah Waljamaah.
Sedih pula rasanya membaca rintihan dan keluhan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai kedudukan Muda yang masih tidak ketahuan nasibnya dalam PH, meskipun sudah lebih 100 hari gabungan itu memegang kuasa dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Katanya, setelah berbulan-bulan menunggu serta menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada PH sebelum, semasa dan selepas PRU15, malangnya tiada jawapan yang jelas berhubung permohonan penyertaan Muda ke dalam gabungan itu.
“Saya secara peribadi telah bertemu dengan Perdan Menteri untuk membincangkan perkara ini.
“Kami dimaklumkan sebelum ini bahawa isu ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH tapi sekarang saya rasa sudah tiga mesyuarat diadakan selepas PRU15 dan kami masih belum mendapat jawapan.
“Kami menghormati rakan-rakan dalam PH dan kerajaan, apa pun jawapan yang mereka berikan kami terima.
“Tapi apa yang kami inginkan sekarang adalah jawapan supaya ada kemuktamadan untuk proses ini,” kata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar.
Selain itu, tambah beliau, di samping bertemu Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Seriausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk maksud yang sama.
“Kami malah telah mengutus tiga surat dari masa ke semasa untuk menyelesaikan masalah ini secara dalaman kerana ingin tahu apa jawapan kepada permohonan kami untuk menyertai PH,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini dan terbaru semalam, Muda dalam waktu yang sama juga sudah dua kali mengeluh mengenai kedudukan mereka yang diketepikan dalam mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan.
Makna kata, sudahlah tiada keputusan sama ada diterima atau tidak untuk berada dalam PH, di dalam Seketariat Kerajaan Perpaduan pula Muda dipinggirkan.
Kesian Muda…dah macam pengemis pula jadinya sekarang ini.
Kepada Syed Saddiq dan Muda, ingin dipesankan bahawa hidup ini adalah pilihan dan kitalah yang berhak membuat keputusan.
Bersabar dan dilayan macam pengemis pun mesti ada hadnya.
Kalau asyik dibiarkan berada di tepi tangga saja, tidak diajak masuk dan jauh sekali diberi makanan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk tumpang berteduh.
Bijak pandai dalam dunia politik selalu mengingatkan, manusia bila dapat kuasa atau dapat jadi menteri, penyakit pertama yang datang dalam hidup mereka ialah hilang ingatan.
Lantaran penyakit itu, mereka mudah lupa kawan, lupa siapa yang menolong dan membantu menaikkan mereka, lupa kepada janji dan mula terkilau dengan cahaya kuasa yang penuh gemerlapan.
Ketika inilah kawan-kawan baru datang dan mengelilingi mereka dengan hilai ketawa yang akhirnya mereka itu semakin jauh daripada cerita asal usul di mana semuanya bermula.
Mungkin di mata PH, Muda yang hanya ada satu kerusi Parlimen tidak begitu bernilai tinggi berbanding kawan baru UMNO yang ada 26 kerusi banyaknya.
Oleh itu, Muda janganlah terus berasa sedih, kecewa, mengeluh dan merintih dengan situasi ini, semua ini adalah lumrah hidup bila manusia ada kuasa.
Pada hakikatnya, tiada sebab untuk PH tidak boleh dengan segera memproses kemasukan Muda ke dalam PH.
Pada 16 Oktober 2022 iaitu sebelum PRU15, Anwar ada berkata, hasrat Muda untuk menyertai PH yang disuarakan kira-kira sebulan sebelum itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan ia memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS terlebih dahulu.
Untuk itu, tegasnya, PH hanya akan menjalin kerjasama dengan Muda untuk menghadapi PRU15.
Itu dulu, tetapi sekarang PH bukan saja sudah menjadi kerajaan dan Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, bahkan RoS sudah berada di bawah kawalan Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Dalam Negeri yang dalam masa yang sama adalah Ketua Seketariat PH dan Setiausaha Agung PKR.
Dengan itu, tiada alasan lagi untuk PH terus menangguh atau melengah-lengahkan permohonan Muda itu.
Kalau Saifuddin Nasution boleh menggunakan kuasa vetonya selaku menteri untuk membenarkan UMNO melanggar perlembagaan sendiri dan dikecualikan daripada diharamkan pendaftarannya, tidak ada alasan untuk RoS terlalu sukar memproses kemasukan Muda ke dalam PH.
Jika mahu, jangankan sebelum pejabat dibuka, sebelum masuk waktu Subuh pun kelulusan RoS atas kuasq budi bicara Saifuddin itu boleh diberikan.
Tetapi, setelah melebihi 100 hari berlalu, termasuk sudah bertemu Anwar dan pimpinan utama PH yang lain dan mengutus tiga pucuk surat, namun tiada juga jawapan yang pasti, kepada Syed Saddiq dan Muda – faham-fahamlah dan jangan tunggu lebih lama lagi.
Kalau mahu menunggu pun, beri peluang mesyuarat PH akan datang saja lagi untuk mereka memutuskan sama ada menerima atau tidak kemasukan Muda.
Lepas itu, jika tiada juga ketentuan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk bernaung.
Kadang-kadang manusia mudah lupa, atap boleh runtuh dan rumah juga boleh musnah hanya bermula dengan satu keping genting yang tertanggal. – ShahbudinHusin 21/03/2023.