CERMAT SIKIT



Ahmad Mursi


Saya tak ada masalah kalau ahli politik rtik polisi kerajaan, tapi jika hukum 'tidak madani' dan disandarkan kepada Nabi saw untuk gambarkan hal itu wajib secara mutlak, eloklah lebih cermat..


ANAK ANAK PEMANDU TEKSI TERIMA BANTUAN DARI PMX

 






Semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi meneruskan inisiatif pemberian sumbangan ‘Back to School’ bagi pihak saya.

Alhamdulillah, dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) yang diketuai Saudara Kamarudin Mohd Hussain, membolehkan sumbangan kali ini diberikan kepada anak-anak kepada pemandu teksi sekitar Lembah Klang.

Saya mendoakan agar anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

 

OPR KEKAL

 




LA JO IR

OPR kekal 3.0 Bukti Bank Negara yakin RM dibawah nilai sebenar, akan mengukuh dgn sendiri tanpa mengganggu OPR. Rakyat YG mengambil pinjaman berasa lega, installment pembayaran loan tiada kenaikkan..YG peliknya masih ada segelintir manusia kufur nikmat TDK reti bersyukur malah marah apabila OPR tidak dinaikkan dan suka bila ringgit & ekonomi jatuh merundum?



WOIIII-UPSEREY NAPETEY..BANYAK HANG PUNYA


MAT SAKAU


Boikot terpilih...PAS dan walaun tak pernah salah dan tidak terima bila dikata BUDUS!




DYMM SPB YDPA KURNIA PROTON X90 PULAK PADA KPN DAN PEGAWAI AGAMA ISTANA.

 



Adeh...KELUPOQ pulak le walaun & untit KHAWARIJ. Chegu Badut dan Zahid Mat Arip taknak buat sketsa lagi ka? 🤣🤣

************

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan jenis Proton X90 kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Sultan Ibrahim turut mengurniakan kenderaan sama kepada Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Dato’ Azuan Effendy Zairakithnnaini, mantan Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Dato’ Nazim Mohd Alim.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah kurniaan kenderaan itu sebagai mengiktiraf sumbangan dan khidmat cemerlang pihak terbabit.

Ikuti https://selangorkini.my untuk berita lain yang menarik.

#mediaselangor #selangorkini #selangortv



PONGTENG DEWANG ..PERUNTUKAN NDAK..


 

KENA SAMAN DENGAN BEKAS PEGAWAI ANWAR.


 

IKUT USTAZ LA MAKI ORANG


 

WALAUN ADA DI MANA MANA

 

Istilah walaun sering dikaitkan dengan Pas iaitu mereka yang menjadi penyokong tegar, teramat setia, taksub dan memiliki wala’ melampau kepada pemimpin utama parti tersebut.

Golongan ini akan mempertahankan apa saja keputusan, cakap atau kata-kata pemimpin utama mereka itu.

Secara umumnya walaun bukanlah perkataan yang diiktiraf secara rasmi, tetapi ia berasal daripada perkataan wala’ atau setia.

Ada yang kata walaun adalah perkataan yang diberi oleh golongan pembenci Pas dengan mencantumkan perkataan wala’ dan malaun – yang bererti golongan yang dikutuk dan dibenci kerana kesetiaan melampau mereka.

Ada pula yang menyebut, walaun itu bermaksud wala’ yang melantun-lantun di mana mereka ini, tak kira siang atau malam, kerja mereka hanya tahu setuju dan membenarkan apa saja kata-kata pemimpin mereka.

Lantaran kesetiaan yang melampau dan hanya ingin mengiayakan apa saja kata atau tindakan pemimpin yang dipuja itu, golongan walaun juga dikatakan memiliki kepakaran mencipta dalil-dalil tertentu untuk menguatkan hujah mereka.

Dalil-dalil yang sering diguna adalah dalam bentuk hadis-hadis pilihan, petikan kata-kata para sahabat di zaman Nabi dan ungkapan ulama-ulama besar di zaman dahulu,

Tetapi, benarkah walaun itu hanya ada dalam Pas saja?

Dalam pengalaman saya sebagai penulis yang sering mengkritik dan kadang-kadang membalun ramai pemimpin, sejujurnya saya dapati walaun itu ada di mana-mana saja.

Selain dalam Pas yang sudah tentu ada walaun, dalam UMNO, dalam Bersatu, dalam PKR, dalam DAP dan dalam lain-lain parti juga ada walaun masing-masing.

Cuba kita kritik pemimpin utama UMNO, Bersatu, PKR dan DAP, tidak lama kemudian pasti akan ada tindakbalas daripada penyokong tegar pemimpin berkenaan untuk mempertahankan dan menyerang balik kritikan-kritikan itu.

Apa lagi jika selama ini kita sering memuji dan mengangkat seseorang pemimpin itu, tetapi apabila pemimpin berkenaan melakukan sesuatu yang diangggap tidak wajar, lalu kita mengkritiknya, maka berdentam-dentumlah serangan akan menimpa kita.

Di samping cemuhan, pelbagai andaian juga akan menyusul dilabelkan kepada kita, kononnya kita sudah pro dan condong ke arah lain dan sebagainya lagi.

Pokoknya, penyokong tegar dan pentaksub seseorang pemimpin tetap tidak membenarkan pemimpin pujaan mereka ditegur atau dikritik, meski apa yang ditegur itu adalah sesuatu yang betul dan bertujuan demi kebaikan pemimpin berkenaan.

Selagi seseorang itu hanya mengiyakan saja apa kata tindakan pemimpin pujaannya dan tidak berani memberi teguran, bahkan lebih selesa memilih berdiam diri melihat sesuatu yang tidak wajar dilakukan seseorang pemimpin itu, selagi itulah kewalaunan itu terus wujud dalam semua parti.

Kadangkala ketua kampung, ketua cawangan dan ketua ranting juga ada ramai walaun di sekeliling mereka.

Kewalaunan bukan saja wujud disebabkan kesetiaan totok kepada parti dan pemimpin, tetapi juga kadangkala lahir kerana ingin beroleh jawatan, kedudukan dan lain-lain nikmat kehidupan.

Dalam pada itu, sementara walaun lebih sering dikaitkan dengan Pas dan penyokong Hadi Awang, sebagai tindakbalasnya, penyokong Pas pula seringkali melabel penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dengan gelaran walanon.

Gelaran itu merujuk nama Anwar yang menjadi kebiasaannya bagi orang sebelah utara sana memanggilnya dengan gelaran Abang Non.

Hanya ketika ini, gelaran bagi penyokong setia atau pentaksub lain-lain parti belum lagi dicipta sebagaimana terciptanya istilah walaun dan walanon.

Apa pun, baik walaun atau walanon dan apa saja gekaran, maksudnya adalah sama iaitu merujuk kepada kelompok penyokong parti atau pemimpin yang memiliki kesetiaan dan ketaksuban yang maha tinggi.

Peranan besarnya, walaun boleh dikata menceriakan dan menjadikan dunia politik lebih menarik untuk terus dikecimpungi.

Tanpa walaun, bergelumang dalam politik mungkin tidak semenarik dan semeriah seperti yang terbentang di depan mata.

Cuma, janganlah dikecam walaun di sebelah sana saja kerana di sebelah sini pun ada walaun juga.

Lihatlah cermin, walaun itu sebenarnya ada di mana-mana dan mungkin termasuk kita. – ShahbudinHusin 08/03/2024.

 

BAK KUT

 


MB KAMI BAGUIH


 

JOM KITA DENGAQ SEMBANG PASAI ALADDIN


 

KEH.. KEH.. KEH....


 

CEH.... UPSEREYNAPETEY


 

RUMAH PRIMA TAK SIAP. KERAJAAN MADANI SELESAIKAN


 

LAGI KISAH GOOD YEAR







 Setelah kehabisan isu, lebai dan walau mula mainkan isu kilang tayar 𝗚𝗼𝗼𝗱𝘆𝗲𝗮𝗿 di Shah Alam akan ditutup. Macam biasa, kerja pembangkang bukan nak majukan negara tapi sekadar burukkan kerajaan.


Tapi betulkah penutupan kilang Goodyear ini indikasi 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿?


Aku masa mula-mula dengar berita ni, yang terlintas dalam fikiran aku, "𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗷𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶". Ya, Goodyear dah lama sepi. Aku ingatkan syarikat ni dah tutup. Rupanya masih ada lagi.


Goodyear memang menghadapi masalah perniagaan yang agak serius yang menyebabkan mereka terpaksa menyusun semula operasi. 𝗥𝗲𝘂𝘁𝗲𝗿𝘀 pun ada siarkan berita ini pada 23 September 2023.


Bukan sahaja di Malaysia bahkan di merata negara di seluruh dunia termasuk 𝗘𝗿𝗼𝗽𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 sejak 2010 lagi. Jadi ini rekod baru. Syarikat multinasional rugi sejak berbelas tahun dulu pun 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗠𝗫.


Mereka tutup di Malaysia dan pindahkan operasi ke 𝗩𝗶𝗲𝘁𝗻𝗮𝗺 kerana 𝘂𝗽𝗮𝗵 pekerja di sana 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵. Ini bukan 𝘳𝘰𝘤𝘬𝘦𝘵 𝘴𝘤𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 pun nak faham. Keadaan ini dah boleh dijangka dari awal lagi.


Kenaikan kadar upah selari dengan pembangunan. Dalam industri O&G pun, tahun 1980, gaji juruteknik baru RM800 dan dah dikira 𝗹𝗲𝗯𝗮𝘁. Tapis sekarang, ada syarikat bayar 3 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 minimum.


Walaun yang bising, sanggup dibayar gaji macam ikut kadar 90an dulu? Kalau dapat kumpul 500 walaun, kita boleh hantar ke Goodyear suruh gajikan walaun tu dan 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 kilang di Shah Alam. Berani?


Sebab itu kerajaan berusaha menarik pelaburan baru yang boleh tawarkan gaji lebih lumayan. Inilah tujuan kerajaan lancarkan 𝘙𝘰𝘢𝘥𝘮𝘢𝘱 Peralihan Tenaga (𝘕𝘌𝘛𝘙) sebelum ini. Tarik pelaburan jenis baru.


Dari segi bisnes, Goodyear pun bukanlah syarikat yang produktif. Dalam tempoh 20 tahun ke belakang, nama 𝗠𝗶𝗰𝗵𝗲𝗹𝗶𝗻 dan 𝗕𝗿𝗶𝗱𝗴𝗲𝘀𝘁𝗼𝗻𝗲 lebih menyerlah daripada Goodyear. Sebab itu Goodyear tenggelam.


Yang peliknya, walaun ambil berat tentang syarikat ini. Sedangkan Goodyear ada 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹. Takkan walaun 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 pula dalam isu ni?


𝗞𝗙𝗖 dan 𝗠𝗰𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱𝘀 sibuk mereka boikot. Dijelaskan yang KFC dan PizzaHut 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗝𝗖𝗼𝗿𝗽 manakala McD pula milik syarikat Arab Saudi, walaun tak peduli, tetap nak boikot juga macamana pun.


Diberikan fakta McD beri peluang 𝗢𝗞𝗨 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 pun walaun tak hirau. Disuruhnya pekerja KFC, PizzaHut dan McD 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻. Tiba-tiba dengan Goodyear ni walaun ambil berat sangat. Walaun 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 ketat-ketat ke sekarang ni?


Demikianlah walaun. Perjuangan pada mereka cuma 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗛. Kalau lawan PH bererti korbankan agama, mereka akan korbankan. Sebab niat walaun cuma nak tengok lebai berkuasa. Itu saja.


Soal kepentingan agama, bukan matlamat. Malah PMX dah terbukti lebih tegar perjuangkan Islam berbanding lebai, tapi bagi walaun, kalau 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗸.


Selagi pendapat takfiri masih menjadi iktikad walaun, selagi itu politik takkan aman dan negara takkan maju. Itu hakikatnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kalau PN masih jdi kjaan x mungkin projek ni blh siap 😋 ...

 

Mukhlis Eddie

Kalau PN masih jdi kjaan x mungkin projek ni blh siap 😋 ...



Raub Bypass sepanjang 6.4 kilometer yang akan memendekkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub.


Lps ni Bentong & Raub akan jadi sunyi skit lah kan ..dh ramai bypass je 🤭



Masalah loji Rawatan air (LRA) KEDAH salah negeri atau salah persekutuan?Jom dengar

 Masalah loji Rawatan air (LRA) KEDAH salah negeri atau salah persekutuan?



Sanusi: ini salah persekutuan. Kos telah meningkat dan persekutuan tidak memberikan Variation of Prices (VOP) kepada kontraktor


Akmal Nasir : (UCAPAN DALAM  PARLIMEN) Permohonan VOP sepatutnya dilakukan kepada kerjaaan NEGERI sebagai pelaksana kerana setiap projek ada siling kos dan kerajaan negeri boleh mengubah kos selagi tidak lebih dari siling.


Namun, hanya sekiranya kos itu melepasi siling yang dibenarkan kepada kerjaan negeri, barulah kerajaan negeri perlu memohon NOP kepada Kementerian. Masalahnya sehingga kini, kerajaan negeri kedah TIDAK PERNAH memohon NOP.



BANTERAS PEMIKIRAN SEBEGINI


Jamzuri Ardani. 



 Ini adalah akibat langsung dari politik ghuluw ala-khawarij.  Kerajaan perlu tegas membendung gejala ini.  Jika perlu haramkan parti politik yang membawa agenda ghuluw dan politik ganas ... lakukanlah!



PENCEN JADI SUNNAH NABI

 Tiba-tiba pencen jadi 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ pulak. Betul menunggang Islam secara total ni.


Ok, kalau nak kata ia cara Islam sekali pun, yang dikata pemberhentian pencen bukan bererti pekerja tu lepas persaraan terus diabaikan. Kan 𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣.


KWSP tu sistem persaraan la. Tetap dikira 𝘳𝘦𝘵𝘪𝘳𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘣𝘦𝘯𝘦𝘧𝘪𝘵. Iaitu faedah yang diterima pekerja selepas meninggalkan pekerjaan mereka.


Kenapa? Sebab dalam KWSP pun, 𝗺𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 beri sumbangan. Bahkan sumbangan bulanan majikan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 daripada pekerja sendiri.


Cuma lepas bersara, dapat selepuk tak macam pencen yang dapat secara bulanan. Tapi bukannya tak boleh ambil duit tu secara bulanan pun.


Kalau kata pemilik akaun KWSP tu meninggal dunia, duit tu akan 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗻𝘆𝗮. Bukannya masuk akaun kerajaan atau tabung milo. Waris tak dibiarkan hidup merana tanpa pembelaan.


Jadi mana salahnya KWSP tu? Sama je. Bezanya ialah 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 daripada kerajaan sepertimana pemberian pencen.


Entah kenapa puak ni suka sangat bazir duit kerajaan. Dulu yang makan 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮, elaun bedal tapi kerja satu hapah pun tak buat, pun puak ni juga.


Pegang jawatan tertinggi parti tak bererti sesorang tu pandai. Mungkin juga cuma 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴. Sebab tu fikir pakai otak sendiri, jangan harap otak pemimpin parti je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENAPA GOODYEAR TUTUP KILANG KAT MALAYSIA? Ini jawapannya.







Adrian Lim Chee An


Pada bulan Mei 2023, Elliot Investment yg merupakan pemegang saham terbesar Goodyear telah menulis surat terbuka mengkritik management Goodyear.


Surat tersebut bertajuk "Calls for Enhanced Leadership & Oversight, Monetization of Retail Stores and Operational Review".


Elliot bukan syarikat pelabur calang-calang. Selain mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM250 bil di pelbagai sektor, mereka juga mempunyai sejarah meletak orang mereka di lembaga-lembaga pengarah syarikat-syarikat terkemuka seperti eBay dan Twitter.


Dalam kritikan terbuka tersebut, Elliot mengkritik beberapa perkara.

1. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 90% sejak 5 tahun lalu

2. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 143% sejak 10 tahun lalu

3. Ketidakupayaan Goodyear bersaing dengan Bridgestone dan Michelin


Ini bukan kritikan dalaman tetapi kritikan umum pemegang saham terbesar Goodyear terhadap management dan CEO Goodyear.


Ekoran kritikan tersebut, management Goodyear telah mengumum dan memulakan langkah-langkah penstrukturan semula untuk menaikkan keuntungan Goodyear seterusnya menaikkan semula nilai saham Goodyear.


Penstrukturan semula dalam bahasa mudah, ialah mengurangkan kos operasi.


Selain menukar CEO, antara langkah-langkah penstrukturan semula yang dibuat untuk mengurangkan kos seterusnya meningkatkan keuntungan Goodyear dan meningkatkan nilai saham Goodyear adalah seperti berikut:


Julai 2023: Goodyear melantik 3 ahli lembaga pengarah baharu yang dicadang oleh Elliot


September 2023: Menutup beberapa kilang di Eropah, Timur Tengah dan Afrika

• 1,200 pekerjaan ditamatkan


September 2023: Menutup beberapa kilang di Asia Pasifik

• 700 pekerjaan ditamatkan


November 2023: Menutup beberapa kilang di Jerman

• 1,750 pekerjaan ditamatkan


Mac 2024: Menutup kilang di Malaysia

• 500 pekerjaan ditamatkan


Kesimpulannya, penutupan kilang Goodyear di Malaysia bukannya sebab ekonomi Malaysia teruk, tetapi kerana penstrukturan semula di peringkat global yang dibuat oleh Goodyear demi manfaat dan keuntungan pemegang saham-sahamnya.


Dalam memo dalaman penutupan Goodyear di Malaysia, dinyatakan juga dua perkara dalam ayat lunak tentang sebabnya penutupan kilang Goodyear di Malaysia.


1. Membawa keuntungan kepada pemegang saham

2. Menjimat kos sekitar $1 bil (RM4.75 bil) menjelang tahun 2025


Siapakah pemegang saham yang mahu dibantu oleh Goodyear?


$1bil yang dijimat ini masuk poket siapa kalau bukan para pemegang sahamnya?




KISAH LALU. TAKAT WALAUN NAK TIBAI DIA... MMMM... KIOK

 

MSO





Berbual mengingati kisah masalah lalu menyeronokan dan terbongkar hal hal yang belum ramai diketahui. Teruja dan menambahkan maklumat.


Petang semalam saya berbual dengan bekas pegawai Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen, yang saya mesrai dengan panggilan Abang Lah. Abang Lah dengan Ku Din bukan sekadar pegawai, tetapi macam adik abang. Seorang loyalis kepada bos yang tiada bandingan, sehinggakan namanya sinonim dengan Ku Din.

 

Yang terungkap semalam, bukan mengenai Ku Din, tetapi cerita lain yang ada sedikit berkait dengan Allahyarham.


Kisahnya macam mana Ku Din menjadi menteri yang diarah Tun Razak untuk menguruskan para mahasiswa yang berdemontrasi isu kemiskinan di Baling Kedah. Tentulah kumpulan mahasiswa prihatin itu dikepalai Anwar Ibrahim.


Hasil usaha seorang pensyarah, maka terkumpullah 17 orang mahasiswa berkenaan ia turut dihadiri oleh Anwar dan yang lain. Semua mahasiswa yang dikenal pasti proaktif dalam demonstrasi itu hadir kecuali dua orang saja menurut Abang Lah. 


Mereka yang lain hadir dan sanggup berhadapan dengan Tengku Ahnad Rithauddin seperti mana diarahkan Tun Razak. Agak agak siapa dua mahasiswa yabg tak berani hadir itu. Siapa?


Kata Abang Lah semua nama hasiswa hadir berjumpa Ku Din dicatat namanya. Dua yabg tidak hadir itu ialah Inchek Ibrahim Ali dan Hishamuddin Rais. 


Dan dalam pertetuan itu juga katanya Anwar sudah menunjukkan akan keberanian dan komitmennya kepada agama. Kata Abang Lah seteoah Anwar menerima pandangan Ku Din atas arahan Tun Razak untuk redakan isu Baling alias kompromi, Anwar mengajukan keinginan kepada Ku Din minta kebenaran untuk dia pergi ie Libya. 


Ku Din terkejut dengan pemintaan itu dan menegaskan tidak boleh. Namun Anwar membri alasan dia nak pergi juga ke Kubya atas tujuan untuk berdakwah dan berjumoa pemimpin Islam disana. 


Hendak tak permintaan Anwar itu dibenarkan oleh Tun Razak. Begitulah keberanian dan komitmen Anwar dalam perjuangannya. Trims.



BANYAK CETUSKAN KONTROVERSI ELOK DIREHATKAN

 Menitik Malam.

BANYAK CETUSKAN KONTROVERSI ELOK DIREHATKAN




MSO

Apa jadi dengan menteri seorang ini Nga Kor Ming. Tidak habis habis isu negatif mengenainya timbul. Baru² ini dia dikecam oleh orang Melayu termasuk Umno ekoran cadangannya nak gezetkan perkampungan baru Cina di Selangor dibawah warisan Uneso.


Gara gara cadangan tidak berhati hati itu, atau sengaja untuk uji semangat orang Melayu menyebabkan Nga Kor Ming terpaksa minta mengadap Sultan Selangor.


Ulahnya juga menyebabkan DAP turut tercalar. 


Kor Ming ini tak serik dengan idea panasnya, terbaru mencadangkan untuk ubah pula nama Pasar Payang di Terengganu menyebabkan MB Terengganu menolak cadangan itu secara berdepan.


Hari ini lain pula cerita, dia dilaporkan diugut pula oleh orang tidak dikenali yang menaburkan risalah minta dia jangan campur urusan Islam.


Walaupun itu ugutan tetapi ia  memberi gambaran menteri satu ini berada dalam keadaan panas yang boleh beri kesan buruk kepada kerajaan pimpinan Anwar. Gara gara sikap arragontnya ia boleh menimbul persepsi buruk hubungan di antara Melayu dan Cina dalam kerajaan.


Untuk mengelakkan Kor Ming terus jadi liabiliti apa kata kalau dia direhatkan. 

Trims.



KENAPA HADI AWANG TAK KALUT SEMASA KAKITANGAN YIK MENUKAR SKIM PENCEN KEPADA CARUMAN KWSP...

 


KALIMANTOI...BUKA MULUT JA MOHONG....

 



TERGAGAP GAGAP ....MACAMANA NAK JAWAB SANGKAAN JAHAT..WOIIII...