PENCEN JADI SUNNAH NABI

 Tiba-tiba pencen jadi 𝘀𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ pulak. Betul menunggang Islam secara total ni.


Ok, kalau nak kata ia cara Islam sekali pun, yang dikata pemberhentian pencen bukan bererti pekerja tu lepas persaraan terus diabaikan. Kan 𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣.


KWSP tu sistem persaraan la. Tetap dikira 𝘳𝘦𝘵𝘪𝘳𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘣𝘦𝘯𝘦𝘧𝘪𝘵. Iaitu faedah yang diterima pekerja selepas meninggalkan pekerjaan mereka.


Kenapa? Sebab dalam KWSP pun, 𝗺𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 beri sumbangan. Bahkan sumbangan bulanan majikan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 daripada pekerja sendiri.


Cuma lepas bersara, dapat selepuk tak macam pencen yang dapat secara bulanan. Tapi bukannya tak boleh ambil duit tu secara bulanan pun.


Kalau kata pemilik akaun KWSP tu meninggal dunia, duit tu akan 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀𝗻𝘆𝗮. Bukannya masuk akaun kerajaan atau tabung milo. Waris tak dibiarkan hidup merana tanpa pembelaan.


Jadi mana salahnya KWSP tu? Sama je. Bezanya ialah 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 daripada kerajaan sepertimana pemberian pencen.


Entah kenapa puak ni suka sangat bazir duit kerajaan. Dulu yang makan 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮, elaun bedal tapi kerja satu hapah pun tak buat, pun puak ni juga.


Pegang jawatan tertinggi parti tak bererti sesorang tu pandai. Mungkin juga cuma 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝗼𝗻𝗴. Sebab tu fikir pakai otak sendiri, jangan harap otak pemimpin parti je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: