KISAH LALU. TAKAT WALAUN NAK TIBAI DIA... MMMM... KIOK

 

MSO





Berbual mengingati kisah masalah lalu menyeronokan dan terbongkar hal hal yang belum ramai diketahui. Teruja dan menambahkan maklumat.


Petang semalam saya berbual dengan bekas pegawai Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen, yang saya mesrai dengan panggilan Abang Lah. Abang Lah dengan Ku Din bukan sekadar pegawai, tetapi macam adik abang. Seorang loyalis kepada bos yang tiada bandingan, sehinggakan namanya sinonim dengan Ku Din.

 

Yang terungkap semalam, bukan mengenai Ku Din, tetapi cerita lain yang ada sedikit berkait dengan Allahyarham.


Kisahnya macam mana Ku Din menjadi menteri yang diarah Tun Razak untuk menguruskan para mahasiswa yang berdemontrasi isu kemiskinan di Baling Kedah. Tentulah kumpulan mahasiswa prihatin itu dikepalai Anwar Ibrahim.


Hasil usaha seorang pensyarah, maka terkumpullah 17 orang mahasiswa berkenaan ia turut dihadiri oleh Anwar dan yang lain. Semua mahasiswa yang dikenal pasti proaktif dalam demonstrasi itu hadir kecuali dua orang saja menurut Abang Lah. 


Mereka yang lain hadir dan sanggup berhadapan dengan Tengku Ahnad Rithauddin seperti mana diarahkan Tun Razak. Agak agak siapa dua mahasiswa yabg tak berani hadir itu. Siapa?


Kata Abang Lah semua nama hasiswa hadir berjumpa Ku Din dicatat namanya. Dua yabg tidak hadir itu ialah Inchek Ibrahim Ali dan Hishamuddin Rais. 


Dan dalam pertetuan itu juga katanya Anwar sudah menunjukkan akan keberanian dan komitmennya kepada agama. Kata Abang Lah seteoah Anwar menerima pandangan Ku Din atas arahan Tun Razak untuk redakan isu Baling alias kompromi, Anwar mengajukan keinginan kepada Ku Din minta kebenaran untuk dia pergi ie Libya. 


Ku Din terkejut dengan pemintaan itu dan menegaskan tidak boleh. Namun Anwar membri alasan dia nak pergi juga ke Kubya atas tujuan untuk berdakwah dan berjumoa pemimpin Islam disana. 


Hendak tak permintaan Anwar itu dibenarkan oleh Tun Razak. Begitulah keberanian dan komitmen Anwar dalam perjuangannya. Trims.



No comments: