Pelaburan Naik Kepada AS$397 Juta Buktikan Keyakinan Pakistan Terhadap Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berbincang mengenai kerjasama pelbagai bidang dan hubungan dua hala pada 31 Mac 2025. Foto kecil Aimi Zulhazmi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 2 Apr – Jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap ekosistem pelaburan negara.
Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ini menunjukkan Malaysia mempunyai daya tarikan yang hebat walaupun disaingi oleh negara-negara jiran yang terus agresif menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Menurutnya, pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan oleh entiti perniagaan dari Pakistan disebabkan oleh pelbagai faktor penarik.

“Misalnya, infrastruktur Malaysia antara yang terbaik di rantau ini dan sistem perundangannya kukuh kerana mempunyai persamaan dengan undang-undang Pakistan berdasarkan common law.
”Selain itu, kedudukan Malaysia di mata syarikat multinasional (MNC) dunia berada pada tahap terbaik, di samping kestabilan politik yang berjaya diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kerangka ekonomi Madani.
“Tidak dilupakan, hubungan rapat antara Malaysia dan Pakistan sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga bakal diperkukuhkan lagi dengan lawatan timbal balik pemimpin Pakistan pada Mei depan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa pelaburan Pakistan di Malaysia berkembang dengan baik dan kini mencecah kira-kira AS$397 juta (RM1.76 bilion).
Beliau sebelum itu menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif bagi membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Anwar menambah, persahabatan antara kedua-dua negara yang semakin erat membuka ruang untuk meneroka pelbagai kerjasama baharu, terutama ketika pertemuannya dengan Shehbaz di Pakistan pada Oktober tahun lalu.
Beliau turut menjelaskan, antara potensi bidang yang dibincangkan adalah pertanian, petrokimia dan biojisim.
Kata Anwar lagi, masing-masing sempat menilai semula memorandum persefahaman (MoU) yang pernah dipersetujui, terutama dalam bidang berkaitan pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sains.
Tambah Menteri Kewangan itu, pihaknya turut menantikan kunjungan Shehbaz buat pertama kalinya ke Malaysia pada 9 Mei depan.
[[LIVE]] 1.4.25 MENARA KL DAH DI RAMPAS DARI MELAYU? JUAL KEPADA CINA? T...
RISAU TAK !! Amerika Percayai Kesiapsiagaan Su 30Mkm & F/a-18 Hornet Tud...
Tindakan Pantas PM Anwar Umum Bantu Mangsa Saluran Gas Terbakar Bukti Keprihatinan Kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penerangan semasa melawat kawasan bencana selepas tiba di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Taman Putra Harmoni pada 1 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
SUBANG JAYA, 1 Apr – Tindakan kerajaan dan PETRONAS menyalurkan bantuan segera RM5,000 kepada pemilik kediaman yang rosak teruk serta RM2,500 kepada mereka yang terjejas sebahagian kediaman, sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang dilanda kemusnahan kediaman mereka.
Justeru, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata bantuan terbabit adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat insiden berkenaan jelas menunjukkan keprihatinan segera kerajaan bagi membantu di peringkat awal sebelum penilaian sebenar dilakukan tidak lama lagi.
“Untuk langkah segera dalam satu atau dua hari ini, PETRONAS dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan akan lihat keperluan menambah (bantuan), bagi rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera.

“Ini supaya mereka dapat belanja sementara dan yang mana (sedikit) terkesan itu, (bantuan) itu RM2,500,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau lokasi insiden kebakaran saluran paip gas PETRONAS di Putra Heights di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sementara isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dilapor menziarahi mangsa tragedi yang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang sebagai tanda sokongan moral dan berkongsi kesedihan mereka yang dibawa untuk rawatan akibat tragedi berkenaan.
Seramai 100 mangsa kebakaran saluran gas berkenaan telah menerima rawatan di hospital sekitar Lembah Klang setakat pukul 6 petang tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu melibatkan 12 orang dengan tag merah, 50 orang (tag kuning) dan 38 orang (tag hijau).

“Daripada jumlah itu, seramai 14 mangsa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Putrajaya selain 28 orang di HSIS.
“Selain itu, 25 orang mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya, Hospital Ampang (1) dan Hospital Kajang (2),” katanya hari ini.
Sehingga 3.40 petang tadi, sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta, serta 11 motosikal dilaporkan rosak dalam kejadian kebakaran itu.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tanggungjawab memulihkan kawasan perumahan berkenaan akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan pusat bersama PETRONAS dan kerajaan negeri.
Katanya, buat masa ini, PETRONAS dengan jentera kerajaan sedang berbincang bagaimana untuK mengambil tindakan segera dan munasabah.

“Keutamaan kita sekarang ialah keselamatan dan setakat ini terkawal, sebab itu saya pilih untuk pergi sendiri ke tempat terbabit (lokasi kebakaran),” katanya.
Mengenai punca kebakaran itu, Anwar berkata, pihak berkuasa memerlukan sedikit masa bagi menjalankan siasatan rapi.
“Terima kasih kerana seluruh jentera bertindak cepat dan laporan daripada polis diberi dengan segera dan saya harap (penduduk) jangan bimbang, cuma mengambil masa sedikit.

“Seperti yang saya tegaskan, tak boleh selesai dalam dua bulan tapi percayalah, saya akan gerakkan seluruh jentera kerajaan untuk mengambil tindakan Yang sesegera mungkin.
“Mengenai tindakan terperinci, tentunya saya minta semua jentera kerajaan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan segera untuk memberikan cadangan dan wakil penduduk diundang untuk berbincang bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam menyediakan pusat pemindahan sementara serta tempat untuk mangsa berlindung.

“Terima kasih juga kepada jawatankuasa kuil yang memberikan kemudahan, perubatan sementara dan juga masjid yang dijadikan PPS, itu cara kita, bila ada masalah kita pakat semua dan sebab itu saya kata kena baik dengan semua,” katanya.
HRC LIVE!! - RM1 BILLION SAMAN - SIAPA PUNYA KERJA NI? | LETAK SAJALAH -...
Kerajaan Madani Yang Membosankan
Dalam sesebuah negara, kestabilan politik dan ekonomi merupakan tunjang utama kesejahteraan rakyat. Namun, bagi sesetengah pihak, kestabilan ini dianggap membosankan kerana ia tidak dipenuhi dengan drama politik yang mengujakan. Kerajaan Madani yang memerintah dengan penuh tanggungjawab sering dianggap tidak menarik kerana kecekapan dan kesungguhannya dalam mentadbir negara.
Sebagai contoh, ketika perayaan, bekalan makanan sentiasa mencukupi dan harga barang asas berada dalam keadaan stabil. Rakyat tidak perlu bimbang tentang inflasi mendadak atau kehabisan stok barang keperluan. Ini berbeza dengan keadaan ketika kerajaan yang lebih suka beretorik dan tidak mengambil tindakan proaktif, menyebabkan harga barang naik mendadak dan rakyat terpaksa beratur panjang hanya untuk mendapatkan keperluan asas.
Selain itu, dalam menghadapi sebarang krisis, kerajaan Madani bertindak dengan pantas. Perdana Menteri dan menteri-menteri turun padang dalam tempoh 24 jam, memastikan keadaan terkawal dan bantuan segera disalurkan. Walaupun ini mungkin kelihatan seperti tanggungjawab biasa, ia membuktikan kesungguhan mereka dalam menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, kerajaan yang hanya mementingkan persepsi dan propaganda politik sering lambat bertindak, lebih sibuk mencari salah pihak lain daripada menyelesaikan masalah sebenar.
Lebih membosankan lagi, pemimpin kerajaan Madani tidak mengenal waktu rehat. Hujung minggu masih digunakan untuk bekerja, menerima panggilan dari diplomat luar, serta memberi respons segera terhadap isu global. Kecekapan ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang disegani di peringkat antarabangsa. Sebaliknya, kerajaan yang lebih mementingkan sensasi dan populariti sering kali gagal dalam diplomasi, lebih sibuk mencari musuh dalam negara daripada membina hubungan luar yang kukuh.
Berbeza pula dengan kerajaan yang kononnya lebih mengujakan. Mereka sering mengumumkan projek besar-besaran seperti lapangan terbang, litar lumba, dan pelbagai infrastruktur mewah, tetapi akhirnya terbengkalai atau langsung tidak bermula. Lebih menyedihkan, bantuan yang sepatutnya diberikan kepada golongan petani dan rakyat bawahan akhirnya disalurkan ke akaun parti.
Malah, mereka lebih sibuk merancang untuk mengambil alih negeri lain, walhal negeri sendiri dalam keadaan kucar-kacir. Pembangunan tidak teratur, kemajuan terhenti, dan rakyat menjadi mangsa kepada ketidakcekapan. Ironinya, apabila penjawat awam meminta bonus, mereka pula berharap kerajaan Madani yang menyelesaikannya, seolah-olah mengakui kelemahan sendiri tetapi enggan bertanggungjawab.
Paling ironik, mereka sering berteriak mengenai hak royalti yang dizalimi, tetapi ketika berkuasa selama 33 bulan dengan kabinet terbesar seramai 73 menteri, langsung tidak mengambil langkah untuk menggubal Akta Laut bagi mempertahankan hak tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik semata-mata, bukan untuk kepentingan rakyat.
Rakyat memerlukan kerajaan yang membosankan kerana ia menjamin kestabilan dan kesejahteraan hidup. Kerajaan yang membosankan tidak sibuk mencipta drama politik tetapi fokus dalam mengurus negara dengan cekap. Mereka memastikan harga barang stabil, menangani krisis dengan cepat, bekerja tanpa mengenal waktu, serta membina hubungan antarabangsa yang baik. Sebaliknya, kerajaan yang penuh dengan retorik dan keghairahan politik hanya membawa ketidakstabilan, pembangunan terbengkalai, dan pelbagai masalah yang akhirnya menyusahkan rakyat sendiri.
Dalam politik, kecekapan dan tanggungjawab tidak selalu menarik perhatian, tetapi ia adalah kunci kepada sebuah negara yang maju dan makmur. Oleh itu, biarlah kerajaan yang membosankan terus mentadbir, kerana rakyat lebih memerlukan kestabilan daripada hiburan politik yang tidak berkesudahan.
MMMS
MURID DAN WARGA PENDIDIK TERLIBAT DAPAT RM 1K.
Murid, warga pendidik terbabit insiden Putra Heights terima RM1,000
Lebih lanjut:
https://themalaysiapress.com/murid-warga-pendidik-terbabit-insiden-putra-heights-terima-rm1000/
#themalaysiapress #bangsamalaysia #informasiberfaktamembukaminda
MB SAMSURI PALING MALAS DALAM SEGALA BIDANG
Leon Wen
𝗗𝗿. 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶: 𝗠𝗕 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽, 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗸𝗮𝗹, 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗜𝗱𝗲𝗮
𝟭. 𝗠𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗕𝗶𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗡𝗮𝗴𝗮, 𝗣𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗡𝗶𝗽𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀
Dr. Samsuri ini kalau bercakap pasal PMX, kalah ahli sihir jahat dalam filem fantasi. Hari-hari kerja dia menjerit "Kerajaan Madani gagal! PMX F! Ekonomi hancur!" Tapi bila tiba bab bayar bonus raya untuk penjawat awam negeri, terus jadi bisu. Duit mana? Pelaburan negeri mana? Hasil negeri mana? Oh, terlupa! Semua itu tak ada sebab negeri ini lebih sibuk berceramah politik dari membangunkan ekonomi.
Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang—tanpa duit minyak pun steady bagi bonus RM1,000. Terengganu? Minyak ada, royalti ada, dana ihsan ada, tapi bonus tetap kena tunggu PMX hulur. Macam ketua kampung yang asyik kutuk jiran sebelah tapi anak bini sendiri pun tak mampu bagi makan.
2. 𝗣𝗠𝗫: 𝗗𝗶𝘀𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗠𝘂𝘀𝘂𝗵, 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗗𝗶𝘁𝗮𝗱𝗮𝗵
Punyalah PAS Terengganu nak tunjuk mereka hero rakyat, siap kasi PMX markah ‘F’ dalam pentadbiran. Tapi bila tiba bab duit, markah ‘F’ itu bertukar jadi ‘Please PMX, bagi kami RM500 untuk penjawat awam’. Ini bukan pemimpin Islam contoh, ini contoh pemimpin ‘syok sendiri, kantung sendiri kering’.
PMX ni kalau ikut logik dendam, dia boleh je biarkan Terengganu tercungap-cungap. Tapi beliau tetap hulurkan RM500 untuk penjawat awam negeri walaupun kena kutuk hari-hari. Sebab? "Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu biasa. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
Tapi PAS ni kalau dibagi emas pun mereka akan kata itu besi buruk. Bagi bantuan pun masih nak kata PMX gagal. PMX buat kebaikan macam mana pun tetap akan dibalas kejahatan, begitulah zalimnya puak-puak PAS itu. Tengok lah nanti, akan mereka spin kerja baik PMX. Macam pengemis yang ludah tangan orang bagi duit.
3. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂: 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗽𝗶𝗻
Setiap kali kantoi tak mampu urus negeri, ada je alasan mereka:
✅ "Ini salah kerajaan pusat!" (𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘴𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘶𝘨𝘢)
✅ "Kami dizalimi!" (𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘔𝘉 𝘨𝘢𝘫𝘪 𝘙𝘔30𝘒 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯)
✅ "Ini ujian Allah!" (𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘳𝘰𝘺𝘢𝘭𝘵𝘪 𝘮𝘪𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘴𝘵𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘫𝘦 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘰𝘯𝘶𝘴)
✅ "Rakyat tak kisah pun!" (𝘚𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘸𝘢𝘭𝘢𝘶𝘯 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘴𝘪𝘣𝘶𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘧𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘧𝘢𝘬𝘵𝘢)
Kerajaan PAS Terengganu ini umpama kapal layar yang bocor, tapi nak salahkan ombak. Dah tahu negeri sendiri corot dalam pelaburan, hasil negeri paling menyedihkan, pelabuhan ekonomi pun macam tak wujud, tapi sibuk nak salahkan orang lain.
4. 𝗗𝗿. 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶: 𝗠𝗕 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀, 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻
Kalau ada pertandingan ‘MB Paling Pemalas dan Paling Banyak Drama Politik’, Dr. Samsuri confirm menang. Pembangunan negeri? Tak ada. Pelaburan? Entah ke mana. Cakap kosong? Tiap-tiap hari.
PMX ini umpama empangan besar—walaupun kena baling najis hari-hari, air tetap mengalir. Dr. Samsuri pula macam gelas retak—tak kira berapa banyak air yang dituang, tetap bocor, tetap tak mampu menampung sendiri.
Jadi buat rakyat Terengganu, bersedialah untuk lebih banyak ceramah kosong, lebih banyak drama politik, lebih banyak alasan. Sebab pemimpin yang hanya tahu menadah tangan dan menyalahkan orang lain, 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴-𝗸𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴, 𝗽𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗸𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴, 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹!
KEADAAN TERKINI KAWASAN KEBOCORAN GAS.
Fathi Aris Omar
Keadaan terkini di lokasi #kebakaran kesan daripada kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, #PutraHeights yang berlaku semalam (1 April).
📸 Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia). Diambil daripada Facebook BERNAMA
TAK PAYAH LA NAK IKUT TREND
BENARlahhh ...
Iman tidak dapat diwarisi oleh seseorang anak drp ayahnya
Dan seseorang anak belum tentu boleh menjaga maruah seorang bapa yang beriman
Teguran seorang ulamak berdasarkan ilmu dan keimanannya
ps ... gambar sebagai hiasan
SIASAT TERPERINCI DIJALANKAN
“Siasatan terperinci sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan laporan awal akan dibentang dalam tempoh 72 jam. Kerajaan Negeri termasuk PBT sedia beri penuh kerjasama dalam siasatan ini.”
Dato Seri Amirudin Shari
1 April 2025
MOHON PDRM SIASAT SEGERA. PENERBIT FILEM BOLEH LA NAK AMBIK JADI PELAKON.
Zam Bin Zom
Untuk jernihkan keadaan, mohon PDRM segera selesaikan siasatan keatas mat belon ni & bawak dia segera ke Mahkamah agar keadilan dpt segera ditegakan!!
Kepada penerbit film, kalu nak buat film baru, boleh ambik mat belon ni berlakon, dia ada bakat Besar!!! - boleh ganti Neng Yatimah versi jantan!!!
AKIBAT SERAKAH POLITIK
Jamzuri Ardani
Perjuangan politik ialah untuk membawa kebaikan dan kemakmuran kepada seluruh manusia.
Bukan membina tembok kebencian dan permusuhan sehinggakan bencana pun nak dijadikan modal fitnah politik.
Seorang Setiausaha Politik itu gajinya dibayar oleh rakyat. Bersopanlah di hadapan rakyat. Jangan angkuh dengan kuasa yang sementara.
Sampai hati kamu sebut 'padan muka' ... sudah hilangkah kemanusiaan akibat serakah politik?
REKOD KEUNTUNGAN AGENSI KERAJAAN.
“Keberanian bukan hanya melakukan sesuatu yang sukar, tetapi berani berdiri teguh dalam prinsip kebenaran.”
Anwar Ibrahim
PMX
2.4.2025
KOMEN DARI PEMUDA PAS. ALMAKLUM OTAK KEMETOT.
Najib Bakar
Komen dari Pemuda PAS.
Betullah, kalau PAS perintah, kejadian baru sehari, siasatan boleh terus selesai.
Tu yang kes Adib "selesai" masa depa perintah.
Tu yang RUU355 "selesai" waktu depa.
Tu yang isu royalti 3 batu nautika "selesai" waktu depa.
Tu yang pramugari tutup aurat "selesai" waktu depa.
Tu yang hukum hudud dah buat dan "selesai" waktu depa.
Tu yang stesen bas KB "selesai" waktu depa .
Bak kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad, bagi kami 5 hari ja untuk lihat perubahan. Bobobobob.
.
Untuk pengetahuan Pemuda PAS, hasil mahsyul minyak dan gas itu adalah hak milik negara.
Petronas cuma custodian untuk hasil mahsyul itu.
Kalau Petronas nak terlibat untuk baik pulih kawasan dan bagi sumbangan awal, baguslah, wajar dipuji.
Lagipun itu melibatkan infrastruktur mereka juga.
Tahu tak nilai CSR Petronas yang dibelanjakan?
Hampir RM1 billion.
Tak jadi masalah untuk Petronas terlibat membantu di peringkat awal sementara siasatan menyeluruh.
Celah kukuh mereka sahaja.
ISU NI PUN NAK TUNGGANG
Walaun .Dan MACAI PNyakau bodoh..yang tunggang isu ni..Mai tngok sini..jangn meroyan dah la..🤣🤣🤣
■ *Kebakaran saluran gas: Syarikat Automotif Cherry Malaysia sumbangkan 50 unit kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran selama sebulan -
NI KES ABANG ASKAR TAK RASA SIAPA PUN NAK AMBIL POT.
Aman Muhammad
Abang askar tumbuk akak pemandu, sampai tulang rusuk patah.
1. Tiada influencer terpaling peduli.
2. Tiada mufti peduli.
3. Tiada pakar hadith peduli.
4. Tiada KP UMNO peduli.
5. Tiada cytro PN peduli.
6. Tiada tawaran umrah percuma.
Allah nak tunjuk kehipokritan mereka.
;)
INSURAN ATIQA AKAN BANTU ATAS APA YANG BEELAKU.
📢📢📢Announcement
Etiqa Covers Putra Heights Explosion Incident
To all affected eligimble Motor, Personal Accident, Retail Fire, Homeowners and Householders customers, you may submit your claims via the Etiqa Special Hotline - Putra Heights Explosion Claims at +6011 1630 6646 (WhatsApp) or +603 2692 8188.
Etiqa will be waiving the police report requirement to ease your claim process.
#myetiqa #EtiqaMalaysia
PENGUASA SIAPA PULAK YANG NAK BELA?
Penguatkuasa DBKL yang kena gigit tu…x ada sape plak yang nak bela kan
Kot2 la ada yang nak bagi sumbangan ke..taja melancong ke Paris ke🤣
BANTUAN SEGERA UNTUK MANGSA.
Sewaktu meninjau lokasi tragedi kebakaran di Putra Heights petang tadi, saya umumkan bantuan tunai segera kepada mangsa membabitkan:
1) RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran.
2) RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian.
Insya-Allah ia akan disalurkan sesegera mungkin. Bantuan jangka panjang, termasuk pemulihan kawasan perumahan dan kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja