WAJIB BACA: PERUTUSAN KHAS BUAT TAN SRI KHALID DAN JUGA BUAT PIMPINAN PAS: SEMUA YANG SAYANGKAN PR PATUT MEMBACA TULISAN INI - DATO HUSAM MUSA

Khalid Ibrahim cukuplah memperalatkan PAS.Kalau rasa duduk dalam PAS , tapi muka tak malu, elok membaca ini.

Kalau tak undi Pakatan atau undi Umno, jangan gatai mulut nak betulkan Pakatan. Baik jaga Najib dan Muhyiddin yang tenang sebulan dua ini.

Buat Tan Sri Khalid, jangan jadi manusia yang semasa ada kuasa orang hormat, bila hilang kuasa orang akan kenang sebagai manusia yang memecahbelahkan Pakatan Rakyat.






Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.






















Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.

Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.


Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.
 
  Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?

Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai menteri besar dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri  dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan-akan Tan Sri  masih berkuasa penuh padahal asas legitimasi Tan Sri  sudah runtuh. Untuk kekal sebagai menteri besar, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan cukup bilangan bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + Umno + Khalid + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang PAS selama ini.

Umno adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan Umno tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah Adun untuk mengekalkan Tan Sri sebagai menteri besar sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilangan sekarang.
Jika itu dilakukan PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'.

15 Adun PAS dipilih rakyat Selangor atas tiket kerja sama PR. Umno ditolak majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 DUN. Kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor.

Membawa Umno daripada pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih PR sebagai kerajaan dan menolak Umno.
Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 Adun PAS campur 12 Adun Umno campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 Adun daripada 56 jumlah Adun.
50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat majoriti mudah dari awal, sekalipun jika PAS dan Umno sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih daripada segala-galanya.

Sementara PAS dan Umno kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.
Jika Tan Sri mengharapkan Rodziah Ismail dan Datuk Teng Chang Kim yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan Rodziah berbanding yang lain, namun mereka mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan "jual beli kuda taruhan".

Kentalnya Rodziah menolak tawaran kekal dalam exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.
Legitimasi Tan Sri sebagai menteri besar sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sudah tertutup.
Apa lagi bila dua Adun PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai menteri besar secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS, Umno, Khalid dan Adun lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan menteri besar?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilangan Adun dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS sudah mengalami pengalaman pahit bila menteri bedar Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, mencetuskan krisis disebabkan Umno melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri parti gabungan yang lain.

Malangnya Umno melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat Umno itu. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, Tan Sri tidak harus mengheret PAS dalam krisis Tan Sri.

Parti Tan Sri berhak menukar Tan Sri dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan Tan Sri Azizan Abdul Razak wajar ditukar daripada terus menjadi menteri besar.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan Tan Sri mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang sudah dijunjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang sudah menunjukkan setia kawan bersama Tan Sri dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah.


Husam Musa,
Naib presiden PAS, 15 Ogos 2014.
 *Datuk Husam Musa merupakan naib presiden PAS dan Adun Salor.










Perjuangan hidup mati profesional PAS, 17 Ogos

Perjuangan hidup mati profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS.


Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ‘melangkah walak’ menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan.

 

Penasihat punah ranah

Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti.

Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu.

Tentangan terbuka

Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini.

Sebaliknya, perdebatan terbuka lebih penting untuk mengetahui kesahihan sokongan Hadi terhadap Khalid. Puak profesional perlu berdebat secara agreasif dan memaksa Hadi mengeluarkan semua bukti Khalid benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya untuk disokong.

Keputusan menyokong Khalid dan bekerjasama dengan Umno bukanlah kecil. Impaknya sangat dahsyat kepada PAS. Undi Cina dan India akan hilang. Undi Melayu terbelah dua. Akhirnya PAS hanya akan mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu sahaja. Itu pun sekiranya bernasib baik.

PAS lemah di Kelantan pada pilihan raya umum 1995, hanya tiga kerusi membentengi kerajaan majoriti mudah PAS daripada ditelan Umno setelah Semangat 46 meningalkannya. PAS juga hanya tinggal satu kerusi majoriti pada pilihan raya 2004 selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan rakyat Kelantan melihat gabungan itu tiada masa depan.

Cuma faktor penyelamat PAS pada PRU 1999 kerana Dr Mahathir memecat Anwar. Sokongan pengundi reformasi menyebabkan PAS menang besar di Kelantan. Pada PRU 2008, Anwar keluar penjara dan mengetuai kempen pembangkang.

Kini, dengan gagahnya ulama PAS ingin memisahkan diri daripada Anwar. Adakah mereka faham politik moden? Rakyat di Pantai Barat Semenanjung kecewa dengan telatah PAS bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor mulai 11 Ogos lalu.

Politik moden mensyaratkan kerajaan yang dilantik dipandu oleh rakyat. Sentiasa berinteraksi dengan rakyat dan tidak memutuskan sesuatu yang merugikan rakyat. Semua itu dilanggar Khalid sehingga PKR tiada pilihan selain menggantikan beliau.

Sebaliknya PAS menggunakan ijtihad politik kurun ke-3 masehi, iaitu rakyat yang melantik pemimpin wajib menerima apa sahaja keputusan pemimpin itu. Praktik politik yang amat jauh menyimpang dalam amalan demokrasi sebagaimana di Eropah, Jepun atau Korea Selatan.

Sultan tiada pilihan

Tentu sekali pengundi di pantai barat tidak akan mengundi PAS dengan corak politik lama itu sekiranya PAS bertanding sendirian. Malah jika bertanding dengan PR sekalipun maka kerusi PAS dijangka berkurangan jika tidak dibantu oleh penerangan PKR dan DAP.

Oleh itu golongan profesional yang merupakan 65 peratus daripada AJK PAS pusat amat perlu membuat keputusan penting pada 17 Ogos nanti. Iaitu menarik kembali sokongan PAS kepada Khalid. Tanpa PAS dengan hanya 12 Adun Umno amat mustahil Sultan Selangor membenarkan berjalannya minority government.

Pilihan sultan menjadi terhad kepada sama ada membubarkan Dun atau menerima Menteri Besar baharu yang dicadangkan oleh PR. Dan perkara itulah yang amat ditakuti oleh puak UG dalam PAS. Mereka akan kehilangan sabahat di ‘seberang sana’ dan sekali lagi gagal sejak PRU 2008, kerjasama PAS - Umno 2010 dan pujukan Umno 2012.

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita', TETAPI.... disebabkan ianya ada kaitan dengan Anwar?...ALASANNYA....mudah......kalau UG pun ia...kalau KULI pun nak dijadikan PM?.....rasanya....fikir sendiri lah...

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUK tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan.