JAMZURI ARDANI
Perpaduan Melayu ... tukar calon PRU tanda ukhuwwah 😂😂😂
MMMS
Undi PN dapat katak BN,
undi BN dapat katak PN.
Tapi undi PH dapat
kestabilan yang sebenarnya. Nak tengok siapa yang masuk mahkamah kes LCS, dan
macam-macam skandal kewangan yang buat negara kita miskin, wajib undi PH.
SAYA tak dapat tidak sekali lagi nak bercakap mengenai KJ di
Sungai Buloh ini.
Seperti yang kita tahu, Sungai Buloh ni kubu kuat PKR. Kalau
sebelum ini parlimen ini diwakili peguam terkenal, R. Sivarasa, kali ini PKR
diwakili jurutera lulusan dari Australia yang juga Timbalan Ketua Penerangan
PKR sendiri, R, Ramanan. Ramanan juga bekas orang kuat MIC di Sungai Buloh,
jadi segala mak nenek pasal BN dalam kepala dia.
Meletakkan KJ di Sungai Buloh atas kertas ibarat nak bunuh
karier politik Menteri Kesihatan itu sekaligus nak melenyapkan terus dia dari
peta UMNO. Ingat, BN kalah lebih 26,000 undi di sini dalam PRU lepas.
Memang kerja gila nak dapat balik undi berpuluh ribu yang hilang
itu dan memenangi balik kerusi tersebut.
Namun KJ adalah KJ. Permainan politiknya sukar diduga. Walaupun
dia popular dalam masyarakat, tetapi di dalam UMNO dia 'sangat nakal' hingga
suatu ketika dulu pernah diboo dengan teruk dalam Dewan Merdeka PWTC.
Tetapi ia langsung tidak meninggalkan kudis baginya. Walau kena
boo sampai bergema dewan itu, dia tetap steady, makin teguh pulak branding dia,
makin hebat pulak resumenya sebagai ahli Parlimen dan Menteri dalam kerajaan.
Kali ini, walau kena beralah dan serahkan Rembau pada Datuk Mat
Hassan, walau kena campak pulak ke kubu lawan di Sungai Buloh, KJ sahut cabaran
itu dengan penuh gentlemen, pergh!
Bukan calang-calang ahli politik, baik parti lawan atau kawan,
yang ada kualiti macam tu, semua kalau boleh nak kerusi selamat, nak kerusi
selesa, nak playsafe. Ada yang sanggup lari dari timur ke utara sebab takut
kalah dan hanya nak menang bergaya.
Dalam hal ni, KJ awal-awal lagi dah menang 1-0 di Sungai Buloh.
KJ tahu kekuatan dan kelemahannya, sebab itu dia takdak goyang langsung
nampaknya bro.
Betul la kata-kata Sun Tzu dalam buku Art Of War yang terkenal
itu;
“Know yourself, know your enemy. A hundred battles, a hundred
victories!”
Lain maciammm...
SIJIL
Saya dapat CV ni ada satu brader bagi. CV Calon BN di Kubang
Kerian. Timbalan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Bukan kaleng2.
CV yang saya terima ini banyak benda saya sangsi:
1. Saya tak pernah dengar nama Universiti yang tertera masa saya
belajar di London. Saya tanya kawan2 pun ramai tak pernah dengar. Bila kami
semak, ada catatan Wikipedia ia merupakan degree mill atau Universiti yang
hasilkan sijil palsu.
2. Foundation in Finance and ACCOUNTANT? Errrr Adakah salah
grammar di situ? Atau Foundation ini memang wujud di KDU? Saya tak jumpa cari
pula. Orang yang pernah masuk KDU boleh confirmkan.
3. Kenapa dah habis foundation kena ambil diploma? Bukan ke
boleh terus ke Degree. Itu yang saya tahu. Tak tahu pula Universiti ini macam
mana.
Jadi kita perlukan penjelasan daripada pihak tuan punya badan
sama ada:
1. Pihak dia yang keluarkan poster ini, atau ia black ops pihak
lawan?
2. Kalau maklumat dan fakta salah/ fitnah, mungkin boleh
perjelaskan apa latar belakang pendidikan Datuk sebenarnya?
Bukan apa, pengundi sekarang tengok calon dulu baru parti. Dan
banyak antara mereka ini tergolong dalam Persatuan Bawang Rangers Malaysia.
Jadi kena hati2.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyokong dan menyertai gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga presiden PAS berkata memandangkan politik di negara ini bersifat dinamik, maka PN terbuka menerima bakal calon yang dijangka mampu memenangi kerusi serta dapat merealisasikan tema gabungan itu iaitu ‘Bersih dan Stabil’.
“Ia (pengumuman bakal calon) boleh berubah sepanjang masa, jadi percaturan (terakhir) adalah pada hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon Parlimen PRU15 PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa PN belum menamakan bakal calonnya di Parlimen Arau dilihat bagi memberi laluan kepada penyandang kerusi itu Shahidan Kassim dari Barisan Nasional (BN) untuk mewakili gabungan PN pada PRU15.
Semalam, Pengerusi PN Perlis Mohd Syukri Ramli dilaporkan berkata beliau telah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS dan PN pusat mengenai hasrat Shahidan untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Ditanya mengenai keyakinan bagi menghadapi PRU15, Abdul Hadi, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang, berkata: “Keyakinan kita (PN) tinggi, kemenangan tidak mustahil namun tidak mudah dan sangat mencabar.”
PN mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen melibatkan Bersatu sebanyak 74 kerusi, PAS (64 kerusi), Gerakan (20 kerusi) dan Bersekutu (11 kerusi).
Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, PN akan bertanding di 116 kerusi di Pahang, Perak serta Perlis melibatkan PAS sebanyak 57 kerusi, Gerakan (14 kerusi), Bersatu (41 kerusi) dan Bersekutu (empat kerusi).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
Azmin dakwa Guan Eng potong peruntukan untuk ekonomi bumiputera
sebanyak RM400 juta. Yang kelakarnya, Peja tanya kenapa DS Anwar diam.
Kenapa kelakar? Pertamanya, kenapa Peja tanya DS Anwar pula
sedangkan waktu itu DS Anwar tiada dalam kabinet? DS Anwar cuma MP biasa.
Kenapa tak tanya Mahathir sendiri yang jadi kepala kerajaan
waktu itu? Atau tanya Azmin sendiri sebab dia pegang portfolio Menteri Ekonomi
masa tu.
Atau kenapa tak tanya Mahiaddin sebab Mahiaddin pun salah
seorang menteri dalam kabinet Mahathir. Atau bagi Peja Mahiaddin jenis menteri
tunggul?
Keduanya, setelah lebih 30 bulan mandat rakyat dicuri melalui
Langkah Sheraton, baru Azmin nak bangkitkan hal ini? Takkan Azmin baru
tersedar?
Berita sehangat ini, kalau benar, tentu dari awal dia dah
gunakan untuk lemahkan PH. Bukan baru hari ini Azmin bermusuhan dengan PH.
Takkan Azmin sengaja nak lepaskan peluang belasah PH selama 30 bulan ini.
Sedangkan soal Covid yang tiada kena mengena dengan PH pun Azmin
kaitkan dengan PH. Takkan isu sebesar ini Azmin nak simpan pula. Kan?
Nampak macam ketandusan isu sangat Peja ni. Aku ingat dapat
lawan sehebat DS Anwar dia cuba jadi cerdik sikit. Tapi nampaknya tetap malah
makin bebal. Nasib ko la Peja... Guane boh?
3 November 2022
LATIFF AHMAD ADALAH KENALAN PERNIAGAAN JAYA SUDHIR YANG PERNAH
TERBABIT DALAM PELBAGAI KONTROVERSI SKANDAL BESAR
Selasa lalu, saya telah memfokuskan kepada sebuah syarikat
bernama JSD Corporation Pte. Ltd. yang dinamakan di dalam Laporan Audit
Forensik sebagai syarikat yang menerima bayaran untuk khidmat teknikal untuk
projek-projek pertahanan laut negara.
Audit dalaman BHIC (anak syarikat Boustead yang dilantik menjadi
kontraktor utama projek LCS) menunjukkan bahawa bayaran dibuat kepada JSD
Corporation Pte. Ltd. sedangkan tiada bukti khidmat berlaku.
Apatah lagi, Laporan Audit Forensik juga merumuskan bahawa latar
belakang syarikat ini menunjukkan ia tidak ada kena mengena dengan kepakaran
untuk membina kapal perang.
Satu nama yang sering disebut-sebut oleh pimpinan kanan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pemberi maklumat (yang terlibat di dalam
peringkat awal perancangan projek LCS) sebagai salah satu watak yang turut
mendapat laba dari projek LCS ialah seorang ahli perniagaan Malaysia yang
bernama Jaya Sudhir Jayaram.
Jaya Sudhir bukanlah nama yang asing bagi mereka yang pernah
berurusan dengan kontrak-kontrak besar negara. Rekodnya menunjukkan dia ada
hubungan dengan ahli-ahli politik di Malaysia dan Sri Lanka; serta pernah
terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Contohnya, carian di internet menunjukkan dia pernah dikaitkan
dengan skandal-skandal berikut:
1. Jaya Sudhir pernah ditangkap di Sri Lanka kerana cuba
menyeludup keluar wang berjumlah USD100,000 (bersama-sama anaknya) yang
melanggar undang-undang Sri Lanka
Sumber:
https://www.newsfirst.lk/.../jaya-sudir-jayaram-sri.../
2. Akibat dari kegiatan perniagaannya dengan tokoh-tokoh
berprofil tinggi di Sri Lanka, pihak media di sana telah menjalankan pelbagai
siasatan, termasuk mendedahkan penglibatannya di dalam skandal jual beli minyak
mentah dengan Iraq di bawah sekatan perdagangan PBB (dikenali sebagai oil for
food).
Sumber: Sunday Times, Sri Lanka (24 Disember 2017)
https://www.pressreader.com/.../20171224/281509341553525
Siasatan Sunday Times dan media antarabangsa mengenai peranan
Jaya Sudhir Jayaram di dalam skandal jual beli minyak dengan merasuah Kerajaan
Iraq dan melanggar undang-undang Malaysia mendedahkan perkara-perkara berikut:
- Jaya Sudhir dan dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan di
dalam siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas (The Independent Inquiry Committee
into the United Oil-for-Food Programme) telah dituduh merasuah rejim Saddam
Hussein sehingga USD10 juta untuk mendapat kontrak membeli minyak mentah dari
Iraq di bawah skim itu
- Dua lagi rakan perniagaannya yang dinamakan itu adalah pemilik
Mastek Sdn Bhd (syarikat yang didedahkan terlibat dalam skim merasuah rejim
Saddam Hussin) adalah Noor Aishah Mahmood (adik ipar Tun Abdullah Badawi, bekas
Perdana Menteri) dan Faek Ahmad Sharef (bekas suami Noor Aishah)
- Modus operandi Jaya Sudhir dalam skim-skim seperti ini
termasuklah mewujudkan syarikat-syarikat palsu (shell company) seperti Keppel
Oil
3. Dalam kontroversi terkini, Jaya Sudhir juga dinamakan sebagai
watak utama yang cuba mendapatkan konsesi Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan
aplikasi MySejahtera.
Laporan di portal Code Blue (https://codeblue.galencentre.org/.../mysj-to-get.../), sebuah
portal berkenaan isu-isu kesihatan telah menamakan Jaya Sudhir dan anak-anaknya
seperti berikut:
- Syarikat yang dikawal Jaya Sudhir (melalui dua anaknya iaitu
Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory Jaya Sudhir) iaitu P2 Aset Management Sdn Bhd
adalah salah satu pemegang saham dalam MySejahtera Sdn Bhd.
- MySejahtera Sdn Bhd adalah syarikat yang akan mengambil alih
aplikasi MySejahtera dari pembangun asalnya. Setelah pengambil alihan,
MySejahtera bebas memasuki perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia untuk
membangunkan lagi penggunaan aplikasi MySejahtera (sama ada dibayar oleh
Kerajaan Malaysia atau dikomersialkan).
- Sebagai salah satu pemegang saham dalam MySejahtera, P2 Aset
Management Sdn Bhd yang dikawal oleh Jaya Sudhir telah menyaman
pemegang-pemegang saham lain dalam pertelingkahan korporat (corporate dispute)
- Jaya Sudhir juga dilantik sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan
(Chief Business Development Officer) MySejahtera yang sudah tentu akan
merundingkan sebarang konsesi dan perjanjian dengan Kerajaan Malaysia
Oleh sebab-sebab inilah saya berminat untuk menyiasat
penglibatan Jaya Sudhir di dalam skandal LCS kerana nama beliau disebut-sebut
sebagai salah satu orang penting oleh pegawai-pegawai tertinggi TLDM.
Satu syarikat yang disebut dikaitkan dengan Jaya Sudhir adalah
JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan sebagai penerima bayaran khidmat
teknikal oleh BNS bagi khidmat yang tidak wujud.
Apatah lagi nama syarikat JSD adalah tepat dengan akronim nama
Jaya Sudhir.
Semakan dengan pendaftar syarikat di Singapura menunjukkan nama
Jaya Sudhir tidak ada dalam daftar pemegang saham atau pengarah, iaitu modus
operandi yang diketahui telah digunakan sebelum ini dalam skandal-skandal lain.
Oleh itu, walau pun nama Jaya Sudhir tidak ada secara rasmi di
dalam JSD Corporation Pte Ltd, saya beranggapan perkara ini perlu disiasat
dengan lebih mendalam oleh pihak berkuasa memandangkan rekodnya yang terbabit
dalam banyak skandal besar negara dan modus operandi yang licik sebelum ini.
Apatah lagi, apabila ada bukti bahawa Jaya Sudhir rapat dengan
Latiff Ahmad melalui pegangan mereka di dalam sebuah syarikat yang turut
dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS iaitu Mega P Asia Sdn Bhd.
Latiff Ahmad merupakan pemegang saham asal di dalam syarikat ini
yang mendapat pelbagai kontrak-kontrak pertahanan laut dari anak-anak syarikat
Boustead, termasuk untuk membekalkan tenaga kerja kepada projek-projek di bawah
Boustead.
Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan
bagaimana kedua-dua anak Jaya Sudhir iaitu Johnathan Jaya Sudhir dan Gregory
Jaya Sudhir telah menggantikan Latiff Ahmad dan adiknya Abdul Aziz Ahmad
sebagai pengarah-pengarah di dalam Mega P Asia Sdn Bhd pada 10 March 2020
(iaitu sekitar tarikh selepas berlakunya Sheraton Move dan Latiff menyertai
Jemaah Menteri).
(semak carian SSM yang dilampirkan bersama)
https://drive.google.com/.../1nhHRnfKmhXAQUC9zz8n.../view...
Berdasarkan bukti-bukti ini, ia jelas menunjukkan talian
hubungan di antara tokoh-tokoh politik dan ahli perniagaan yang mempunyai rekod
buruk seperti Jaya Sudhir.
Hakikat bahawa Jaya Sudhir terkait di dalam tiga skandal besar
negara setiap satu dekad (2000 – 2010 semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi,
2010 – 2020 di dalam skandal LCS dan kini 2020 – 2030 di dalam skandal
MySejahtera) menunjukkan bagaimana berpengaruhnya kroni-kroni di belakang tabir
seperti ini.
Dengan pendedahan ini, saya menunggu:
1. Maklum balas Latiff Ahmad setelah bukti demi bukti
ditunjukkan bagaimana dia adalah watak penting di dalam skandal LCS melalui
hubungan perniagaan dengan Alizes Marine Ltd dan kini Jaya Sudhir
2. Maklum balas dari Jaya Sudhir mengenai pendedahan ini
RAFIZI RAMLI