BEKAS SU POLITIK KENA CAMPAK BAWAH BAS...TAK DA BROTHERHOOD.



NAJIB BAKAR


 Kisah sedih pendek Hezry Yasin yang buat posting takmau berdoa kepada YDPA masa solat Jumaat.


Dia anggota PAS, bekas Setiausaha Sulit Timbalan MOSTI zaman PN, sekarang bersama Menteri Besar Incorporated MBI Terengganu.


Kena campak bawah bas dengan Pemuda PAS Johor. Harey takdak brotherhood langsung. 😅😆











TENTERA PULAK NAK JADI HERO

 

Najib Bakar







Nah, seorang anggota tentera Malaysia yang nak sangat negara jadi huru-hara macam 13 Mei. Nak sembelih habih katanya.


Baru ni ada walaun diburu tembak isteri. Ni ada yang nak sembelih pulak.


Ni lah puak-puak ghulluw, atau yang over dan melampaui batas.


Tak boleh bayangkan kalau dia ni naik pangkat ke level pembuat keputusan.


Untuk kawan-kawan pencinta keamanan, mari bersama aku dan ramai kawan-kawan melawan puak-puak over dan ghulluw ni dari membiak di Malaysia.


*Kredit dari platform X Kulupfans.



NOH RUPANYA SU SULIT TIMMBALAN MENTERI PAS SI HEZRY NI...PATUT LA..

 


SU Sulit Kanan bekas Timbalan Menteri Pas PN masa kerajaan 33 bulan rupa²nya... 🤣🤣😇😇😇




WALAUN RUPANYA...TAK TERPAKAI LAGU NI


 

APA LA DIA NI


 

KARTEL PADI BERAS! JAWAPAN & PENCERAHAN DS MAT SABU!



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini sekali lagi mengulangi jawapan berkaitan kartel padi dan beras di negara ini. ”Semasa cuti raya minggu lepas, masih ada rakan-rakan yang bertanya tentang benarkah wujud kartel padi dan beras? ”Soalan ini saya sudah jawab beberapa kali pada media sebelum ini, tetapi mungkin mereka terlepas pandang,” tulis Mohamad di Facebook beliau hari ini. Menceritakan lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa negara mempunyai Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyCC. Antara skop tugasan MyCC katanya, adalah untuk menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara. ”KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan. ”KPKM juga tidak akan melindungi sekiranya ada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel. ”Kami juga tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh pihak MyCC,” tegas Mohamad lagi. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berharap penjelasan tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua.



PAPAGOMO MENJAJA FITNAH LAGI! AMK KEDAH BUAT LAPORAN POLIS!. TAKKAN PAPAGOMO SAHAJA ? PARPU KARI AKA SALIM JUGA HARUS DIBUAT. AMK LAIN KEMANA ?


AMK Alor Setar selesai membuat laporan polis atas satu perkongsian video di tiktok oleh Papagomo atas tuduhan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. Saudara Umar,Setiausaha AMK Alor Setar membuat laporan polis.Terima kasih atas kehadiran Ketua AMK Batu iaitu saudara Lestari Yahya. Terima kasih atas sokongan dari Ketua AMK Kedah YB Dr Taufik dan Ketua AMK Alor Setar iaitu JH Tan atas dorongan dan semangat yang diberikan. AMK Alor Setar berdiri teguh mendokong kepercayaan kepada pentadbiran dan pemerintahan di bawah Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.



TERKINI! Rafizi 'paling selamat' | Lokman mohon maaf pada KJ | MP Bersat...



1. Lokman setuju mohon maaf pada KJ kes saman fitnah 2. Parti komponen Sarawak mungkin tolak gabungan PDP-PRS, kata penganalisis 3. Boikot ni masa ana bersama penyokong, sesama kami tak mengapa’ 4. Rasionalisasi subsidi diesel noktah isu salah guna 15 tahun, kata pakar 5. Kita akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya' - Tuan Ibrahim 6. Hanya Speaker boleh suruh kosongkan kerusi


PMX SUKAR KEKALKAN KUASA, SEBAB UTAMANYA UMNO DIJANGKA KALAH LEBIH BANYAK KERUSI

 

15 April 2024


Ketika pulang ke kampung sempena Hari Raya baru-baru ini dan sempat beraya di tiga negeri – Perak, Selangor dan Negeri Sembilan – antara pertanyaan yang kerap disuakan kepada saya oleh kawan-kawan dan saudara-mara ketika berbual-bual sambil menikmati pelbagai juadah raya ialah mampukah PMX bertahan lagi selepas PRU16 akan datang?

Soalan susulan berikutnya yang kerap menyusul pula – parti mana lebih berpotensi untuk menang paling banyak kerusi?

Meskipun PRU16 hanya akan diadakan pada 2027 iaitu lebih tiga tahun daripada sekarang, saya kira maksud di sebalik banyaknya soalan seperti itu ditanyakan adalah kerana ramai yang tidak begitu yakin lagi kerajaan yang ada sekarang mampu terus bertahan berdasarkan prestasi semasa serta banyaknya isu-isu dan serangan pihak lawan yang gagal ditangani dengan berkesan.

Perkembangan semasa, terutama daripada keputusan PRN enam negeri yang lalu, ternampak turut berlaku peralihan penyokong PH yang mula meninggalkan gabungan tersebut.


Secara logiknya, kalau ramai masih yakin kerajaan madani ini mampu terus bertahan, soalan seperti itu pastinya tidak perlu ditanyakan lagi.

Dalam semua soalan tersebut, berdasarkan penilaian saya yang selalu pergi ke banyak tempat dan bertemu ramai orang, sambil memerhati sikap kebanyakan rakyat terhadap kerajaan – secara jujur saya dapati – tidak mudah, bahkan mungkin amat sukar bagi PMX mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua.

Meskipun PMX kini menerajui kerajaan dengan sokongan agak selesa – 147 Ahli Parlimen, ditambah lagi enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan – harus kita sedar bahawa dalam PRU15 lalu, tidak ada mana-mana parti atau gabungan yang menang dan mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian.

Daripada 222 kerusi Parlimen yang ada dalam negara, PH hanya menang 82 kerusi, PN 74, BN 30 dan selebihnya dimenangi parti-parti lain, termasuk gabungan GRS di Sabah dan GPS di Sarawak.

Daripada 82 kerusi PH itu, DAP memiliki 40, PKR 31, Amanah 8, Upko 2 dan satu kerusi lagi atas nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui persefahaman PH dengan Muda.

Bagi PN pula, daripada 74 kerusi Parlimen yang dimenanginya, 43 melalui kemenangan Pas dan 31 dimenangi oleh Bersatu.

Sementara daripada 30 kerusi yang dimenangi BN, 26 daripada adalah milik UMNO, MCA 2, MIC dan PBRS masing-masing 1 kerusi.

Berjayanya PMX menjadi Perdana Menteri, selain bukan kerana cukup jumlah yang dimenangi PH secara sendirian berhad untuk menubuhkan kerajaan, sebab utamanya adalah kerana beliau ditongkat oleh UMMO dan BN yang dipimpin “anak murid” bernama Ahmad Zahid Hamidi kepada “cikgu politiknya”, seterusnya datang pula menyusul sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Apa yang nyata, sementara PN dikuasai oleh Ahli-Ahli Parlimen Melayu, kekuatan Melayu di dalam kerajaan madani boleh dikata agak lemah kerana walaupun PKR ada 31 kerusi Parlimen, ia juga merangkumi kerusi yang dipegang oleh pemimpin daripada kaum Cina dan India.

Sebab itulah, sentimen Melayu/Islam terus menjadi sandaran PN menjelang PRU16 akan datang kerana kuasa Melayu melalui PKR, UMNO dan Amanah dalam kerajaan masih terlihat lemah jika dibandingkan dengan peratusan penduduk Melayu, tambahan lagi sentimen tersebut telah terbukti berjaya melonjakkan lagi kemenangan gabungan tersebut dalam PRN enam negeri pada Ogos tahun lalu.

Kini, setelah lebih setahun PMX menakhodai bahtera kerajaan madani, meskipun sokongan Ahli-Ahli Parlimen terus bertambah dengan enam Ahli Parlimen Bersatu turut hadir memberi sokongan, tetapi sokongan daripada rakyat, khususnya pengundi Melayu sama sekali tidak bertambah.

Yang bertambah hanyalah sokongan daripada Ahli Parlimen kepada PMX, itu pun terpaksa dibalas dengan peruntukan menjaga kawasan yang jumlahnya juta-jutaan.

Memandangkan rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan bukan saja boleh didengar di mana-mana, kadang-kadang dalam rumah sendiri pun ia sudah mula kedengaran, khususnya berkaitan janji-janji PMX sebelum beroleh kuasa, adalah diragui PH mampu terus menang lebih daripada 82 kerusi dalam PRU16 akan datang.

Harus diingat, pada PRU14, PKR telah menang sebanyak 47 kerusi Parlimen dan ia merosot kepada hanya 31 pada PRU15 lalu.

Di dalam PH, hanya DAP dan Upko yang dirasakan mampu kekal menang sebagaimana pencapaian pada PRU15 lalu, namun PKR dan Amanah, dengan prestasi semasa kerajaan madani, makin berpotensi kehilangan lebih banyak kerusi lagi.

UMNO pula, di samping makin diasak dengan sentimen Melayu/Islam yang dimainkan PN, hubungan kerjasamanya dengan DAP dalam kerajaan madani pasti akan menjadi kelebihan lagi kepada PN untuk menambah bilangan kerusi kemenangan buat mereka.

Faktor kepimpinan Zahid Hamidi yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai “ala diktator” dengan kecenderungan suka memecat dan menggantung keahlian musuh-musuh politiknya, sebelum dan selepas PRU15 lalu, dilihat bakal memberi sumbangan kepada bertambahnya lagi penolakan pengundi kepada parti itu.

Apatah lagi jika mereka yang dipecat dan digantung itu kekal sebagai “pemimpin terbuang” dalam UMNO dan bebas membuat pilihan untuk bersama parti lain dalam PRU akan datang.

Keadaan di mana pada PRU14, UMNO menang 54 kerusi Parlimen, kemudian merosot kepada 26 kerusi pada PRU15, kekal lagi Zahid Hamidi memimpin UMNO pada PRU akan datang – percayalah – makin merosot lagi pencapaian yang mampu digapai, mungkin hanya tinggal 20 atau 16 kerusi saja lagi.

Dalam keadaan begitu, sementara PH sendiri dipercayai tidak mampu menang lebih daripada 80 kerusi, bagaimanakah PMX mampu terus bertahan dan melintas menuju penggal kedua?

JIka UMNO tidak lagi mampu menongkat PMX, sokongan Sabah dan Sarawak dengan sendirinya bukan lagi jaminan yang memberahikan.

Dalam konteks PN, khususnya Pas, parti itu diyakini makin bertambah kerusi kemenangannya berbanding 43 kerusi Parlimen yang diperolehi pada PRU15 lalu.

Ini bermakna, sama seperti keputusan PRU15 lalu dan sama ada kita suka atau tidak, Pas akan menjadi parti kekal dominan yang akan memenangi paling banyak kerusi berbanding semua parti yang lain.

Bersatu yang dibantu oleh Pas daripada segi jentera dan sokongan akar umbi didapati tiada masalah sama ada kekal dengan jumlah kemenangan kerusi sedia ada atau mungkin bertambah beberapa kerusi lagi.

Secara jujur juga ingin disimpulkan, berikutan jangkaan ketidakupayaan UMNO memenangi lebih banyak kerusi, di samping PH pula mustahil untuk berdiri sendiri untuk membentuk kerajaan, laluan yang ada di depan PMX untuk kekal berkuasa bukan saja sukar, bahkan lebih getir lagi.

Namun begitu, walaupun Pas diramal menang paling banyak kerusi, manakala Bersatu akan mengatasi UMNO sekali lagi daripada segi jumlah kerusi, tetapi PN juga tidak cukup kerusi untuk berdiri sendiri bagi membentuk kerajaan kerana kekurangan sokongan bukan Melayu.

Maka, sama seperti selepas keputusan PRU15 lalu, pembentukan kerajaan selepas PRU16 nanti pun akan melalui proses rundingan dan perebutan untuk mendapatkan sokongan terlebih dahulu. – ShahbudinHusin 15/04/2024.

 


Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!- SIRI 1



Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!

Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang

 

Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan

Umno, sebuah parti yang kononnya pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu sejak merdeka, dijangka akan kehilangan Pahang, kubu kuat politiknya, pada pilihan raya umum akan datang.

Demikian dapatan tinjauan oleh Merdeka Center for Opinion Research.

Undi etnik Melayu nampaknya telah beralih kepada Perikatan Nasional dalam masa hanya setahun.

Umno telah pun kehilangan kubunya di Pulau Pinang (rakan gabungan Barisan Nasional ketika itu, Gerakan, tidak pernah menguasai Pulau Pinang sepenuhnya), Selangor dan Kelantan sejak beberapa tahun lalu. Parti dominan BN itu kemudiannya turut kehilangan Perlis, Kedah dan Terengganu.

Memandangkan peningkatan undi untuk Perikatan Nasional dalam enam pilihan raya negeri tahun lalu, hanya segelintir orang yang akan terkejut jika lebih banyak negeri jatuh ke pangkuan pakatan pembangkang.

Nampaknya, tiada apa yang dapat menghalang nafsu politik PN yang rakus daripada terus melanggar kubu kuat Umno dan mengekalkan momentumnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Banyak kerusi yang telah lama dipegang oleh Umno jatuh seperti domino dalam pilihan raya negeri tahun lalu. Parti itu juga gagal mengumpulkan penyokongnya untuk mengundi gabungan Pakatan Harapan, rakan BN dalam “kerajaan perpaduan”.

Pada pilihan raya umum 2022, PN mengalahkan Umno 17-16 di kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang. (PN juga menawan tujuh kerusi parlimen di Pahang berbanding lima kerusi untuk Umno.) Umno akan kehilangan kerajaan negeri jika tidak kerana sokongan daripada PH, yang memenangi lapan kerusi. PH membalas sokongan yang diterima daripada BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan memberi sokongan kepadanya di peringkat negeri Pahang,

Adakah Pahang akhirnya akan jatuh ke tangan PN pada pilihan raya umum akan datang? Melihat kepada peta pilihan raya, serangan PN datang dari arah Terengganu, negeri di mana rakan gabungan PN, Pas, menyapu bersih semua kerusi.

Menariknya, Umno berpendapat satu-satunya cara ia boleh pulih dari segi politik adalah dengan berpegang kepada seorang individu yang hampir memusnahkan parti dan negara secara berseorangan – Najib Razak. Parti itu melakukan segala yang mungkin untuk membawanya pulang ke dunia politik secepat mungkin. Umno fikir para pengundi Melayu, yang akan tertarik dengan karisma palsu Najib, akan kembali beramai-ramai mengundi partinya.

Tetapi ‘diskaun’ hukuman yang diberikan kepada Najib oleh Lembaga Pengampunan tidak diterima baik. Lebih ramai orang terkejut apabila mengetahui nampaknya terdapat layanan khas melibatkan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kita. Jika anda seorang miskin dan mencuri makanan, seringkali tidak akan ada belas kasihan dan anda mungkin akan dihukum dengan berat. Tetapi bagi golongan bangsawan dan ahli politik, betapa korupnya mereka, mereka mungkin mendapat ‘diskaun’ besar – dan mungkin juga layanan VIP di penjara?

READ MORE:  Minorities are not mere votes

 

Umno tahu undi para etnik minoriti di Malaysia, yang marah dengan politik toksiknya, telah pun banyak hilang. Lihatlah desakan boikot KK Super Mart oleh ketua sayap pemuda Umno yang tidak berhemah, Dr Muhamad Akmal Saleh, dan betapa cepatnya kepimpinan Umno menyokong gesaannya yang semberono itu.

Sokongan kepada ahli politik Umno sebegini daripada pengundi separa bandar semakin merosot sedangkan undi bandar telah pun lama hilang.

Orang yang tahu tentang politik serta yang telah dilukai oleh rentetan politik toksik yang melulu sebegini tidak akan mudah melupakan buli dan penghinaan yang diterima dari partinya.

Oleh itu, kelangsungan Umno hanya bergantung kepada usaha merebut semula undi Melayu daripada PN. Namun, ia adalah sesuatu yang sukar. Enam pilihan raya negeri tahun lepas menunjukkan – dan ia telah disahkan oleh tinjauan Merdeka Center – bahawa undi Melayu tidak berhenti-henti mengalir kepada PN.

Umno barangkali masih boleh mengawal politik di kampung Melayu melalui komplot politik yang digerakkan di peringkat majlis tempatan, peruntukan kewangan di peringkat persekutuan dan kelulusan projek.

Namun, ruang yang lebih berkuasa sebenarnya adalah masjid, surau dan acara keagamaan Islam di mana pendakwah PN cukup memegang erat jiwa Melayu.

Bukanlah sebuah kebetulan presiden Umno itu diberikan portfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian ini bertanggungjawab ke atas pembangunan luar bandar (baca kampung, tempat tinggal ramainya orang Melayu), pembangunan masyarakat, bumiputera, pekebun kecil dan pemulihan tanah.

Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!- SIRI 2



Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan










Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang


Semua ini merujuk kepada kampung-kampung, di mana wujudnya keperluan Melayu, minda Melayu dan seterusnya bank undi orang Melayu.

Undi daripada etnik minoriti – yang telah pun lenyap bersama MCA, MIC dan Gerakan – nampaknya tidak lagi diidamkan oleh Umno lagi.

Parti dominan di dalam BN itu sepenuhnya sedar yang hari-hari di mana ia mempunyai kawalan monopoli ke atas tampuk persekutuan telah pun berakhir. Kelangsungannya kini bergantung pada hubungannya dengan gabungan lain yang menerajui kerajaan. Ia hanyalah salah satu daripada gerabak kereta api, bukan lagi lokomotif.

Kementerian yang diterajui oleh presiden Umno Zahid Hamidi mempunyai semua alat yang diperlukan partinya untuk pulih dari segi politik, jika dia pandai menggunakannya dengan baik. Di bawah kuasanya, beliau mempunyai Kemas (untuk pembangunan masyarakat), Jakoa (untuk Orang Asli) dan Mara (untuk perniagaan dan biasiswa pelajar).

Di bawah bidang kuasanya, beliau juga mempunyai pihak berkuasa pembangunan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu (negeri sekarang di bawah pimpinan Pas), serta agensi pembangunan di Johor dan Pulau Pinang.

Lebih cantik, Zahid juga seorang Timbalan PM, yang memberinya hak untuk menjual mukanya ke mana-mana sahaja.

READ MORE:  Having lost its way, Umno could be toast in the next polls!

 

Portfolio lain yang dipegang oleh menteri kabinet daripada Umno barangkali tidak akan banyak membantu dalam usahanya mengembalikan undi Melayu – kecuali untuk pertahanan (undi tentera), perdagangan dan industri (usahawan), pendidikan tinggi, perladangan dan komoditi, bersama dengan portfolio beberapa timbalan menteri, yang memainkan peranan yang lebih kecil.

Jadi, Umno kini berada dalam mod survival. Kerajaan “Madani” kehilangan begitu banyak kerusi utama kepada PN, disebabkan oleh kekalahan teruk Umno dalam beberapa pilihan raya negeri tahun lepas. Sebahagian besar berpendapat ia akan menjadi tugas berat bagi Umno untuk tidak terus lenyap dalam pilihan raya umum akan datang.

Kapal Umno telah pun hilang angin dalam layarnya yang compang-camping itu dan dengan memalukan, gagal menghalang ‘gelombang hijau’ daripada memamahnya. Adalah satu pertaruhan yang sia-sia, malah bodoh, bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengorbankan lebih banyak kerusi kepada Umno dengan memberinya lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, hanya untuk mudah diratah oleh PN.

Setakat ini, tiada tanda-tanda Umno sedang melakukan perkara yang betul untuk memenangi hati dan fikiran. Demografi – undi Melayu – hanya melebihi 50% daripada penduduk Malaysia. Bumiputera lain, terutamanya dari Sabah dan Sarawak, tidak semestinya menyokong dasar perkauman Umno.

Jadi perebutan undi Melayu akan diperjuangkan menerusi empat cara: Pas dan Bersatu – yang berjuang untuk hidup, Umno dan PKR + Amanah.

Tetapi dengan membuang begitu banyak pemimpin berpengaruh yang terdahulu serta kehilangan hala tuju selepas pilihan raya umum lalu, Umno tiada lagi daya tarikan dan sinarnya.

‘Diskaun’ hukuman 50%, siri rentetan di mana para panglima Umno yang menerima hukuman lepas tanpa pembebasan, dan tingkah laku Akmal yang angkuh hanya membantu menguburkan parti untuk selamanya.

Boikot – sokong membawa rebah?

Ramai penganut Islam berang dengan isu stoking yang mengandungi perkataan “Allah” yang didakwa dijual di KK Super Mart, menganggapnya sebagai menghina agama.

Walaupun kita tahu sekarang ia tidak dilakukan dengan sengaja dan telah melalui banyak peringkat pemeriksaan – kastam, pengimport, pembekal dan kawalan kualiti KK – entah bagaimana, stokin itu masih terlepas untuk dijual.

Seadilnya, sebaik sahaja laporan polis telah dibuat dan mereka yang terlibat kemudian didakwa di mahkamah, orang ramai harus membiarkan undang-undang dan keadilan dijalankan.

Itulah titah Agong kita, Sultan Ibrahim. Tiada siapa yang patut menyemarakkan lagi kemarahan. Sebaliknya, mereka harus terus menghormati sensitiviti kepercayaan masing-masing dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman.

Di negara yang rencam seperti Malaysia, konflik kecil kadangkala timbul disebabkan oleh budaya dan tradisi yang berbeza. Untuk mengatasi keadaan sedemikian, kita mesti bersedia untuk meredakan konflik dengan cepat bersama-sama dan kekal bermotivasi untuk membina suasana keterangkuman melibatkan semua rakyat Malaysia.

Hilang punca, Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang!- SIRI 3

 



Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang






Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan


Malangnya, sesetengah ahli politik terbawa-bawa oleh emosi, didorong oleh keangkuhan untuk kekal berkuasa. Mereka melampaui batas dalam cubaan untuk kekal relevan.

Gesaan boikot oleh ahli politik Umno tertentu adalah tidak perlu kerana apa yang mereka lakukan secara tidak langsung menghukum seluruh penduduk.

Mesej yang dihantar adalah, tidak kira betapa besar francais bisnes anda, berapa banyak pelaburan yang ada dan berapa ribu pekerjaan yang sedang dipertaruhkan, akan ada ahli politik tertentu yang tidak akan teragak-agak walau sesaat, untuk memusnahkan perniagaan anda jika ia menyebabkan mereka tidak senang hati.

Apakah mesej yang dihantar kepada bakal pelabur? Cubalah teka, komuniti manakah yang paling rugi?

Malaysia adalah negara dengan majoriti orang Islam. Iman bertumpu pada keamanan, belas kasihan dan tolak-ansur.

Tetapi apakah mesej yang kita sedang sampaikan kepada dunia? Bahawa Islam yang kita anuti di Malaysia ini, entah bagaimana, ada perbezaannya? Bahawa kita langsung tidak mempunyai belas kasihan dan tidak mahu tolak-ansur?

Apa yang salahnya dengan kita? Mengapa kita terlalu cepat menghukum orang lain? Kenapa kita mudah terluka? Kita tidak seperti ini 30-40 tahun dahulu. Apa yang telah berubah? Mengapa empati tidak lagi dibiasakan?

Syukur kepada Tuhan, Pas tidak masuk campur hal ini – kerana pengikutnya diketahui lebih mudah terdedah kepada emosi yang cepat dalam isu-isu sebegini. Tetapi mereka tidak terlibat terus. Inilah yang menyelamatkan negara kita daripada terus terbakar. Kali ini, mereka hanya membiarkan kebijaksanaan untuk terus berlaku.

Pakar politik ada menawarkan dua sebab untuk ini.

Pertama, KK Super Mart dipercayai terlibat dalam beberapa aktiviti melibatkan Pas. Jadi, mungkin pemimpin Pas telah dinasihatkan supaya menjauhi kontroversi ini.

Sebab yang kedua lebih menarik, jika ia benar. Tanggapilah ia sebagai strategi politik taktikal yang cemerlang, di mana Pas hanya membiarkan Umno sendirian untuk menghadapi kemarahan para pelabur dari etnik minoriti dan rakyat biasa. Dengan cara ini, Umno akan lebih menjengkelkan dan mengecewakan pengundi etnik minoriti dan akhirnya menghadapi kemarahan mereka pada pilihan raya akan datang. PN, sebaliknya, dapat menggambarkan dirinya sebagai alternatif yang lebih ada belas kasihan, bertolak ansur dan berperikemanusiaan. Ia juga akan mendapat lebih banyak simpati dan juga undi daripada etnik minoriti.

Jadi Umno sekarang dengan senang hati menggali kuburnya sendiri.

Kini, pemilik KK Super Mart telah pun menemui secara peribadi dan memohon maaf kepada raja, jadi hal ini patut dikira sudah pun selesai.

Sarajun Hoda Abdul Hassan
Editor bersama, surat berita Aliran
5 April 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 

DAH KENA TAHAN DI KELANTAN.




 
info MILO SUAM

Suspek 38 tahun telah dikenal pasti.

Suspek dan wanita masih suami isteri dan dalam proses penceraian. 


Isteri memfailkan penceraian kerana suspek melakukan pecah amanah dalam bisnes agensi umrah/haji yang diusahakan bersama. 


Isteri juga turut memfailkan kes saman ke atas suspek, menyebabkan suspek tidak puas hati dan berdendam dengan isteri.


Isteri telah upah 'bodyguard' sejak Dis 2023 sebab suspek selalu mengganggu.


Pada hari kejadian, isteri dan bodyguard berada di kawasan Ketibaan Antarabangsa KLIA1 untuk menunggu ahli keluarga yang balik dari umrah.


Suspek mengetahui isteri di KLIA telah pergi dan cuba mengganggu isteri. Pertama suspek membaling mercun ke arah isteri untuk menyuraikan hadirin yang berada di lokasi.


Suspek yang marah terus mengeluarkan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke aras isteri. 


Bodyguard bertindak pantas melindungi isteri suspek dengan badannya. Tembakan mengenai pinggang bodyguard dan kini mendapatkan rawatan di Hosp Cyberjaya. Suspek terus melarikan diri ke Utara.



PEKA DENGAN “LIM DIAN SEE”


MSO


PH khusus Keadilan jangan pandang enteng kepada pengaruh apa dinamakah “Lim Dian See” yang meramalkan kekalahan kepada beberapa tokoh Keadilan jika pilihan raya diadakan waktu ini.


Alasan kekalahan itu menurut pengaruh berkenaan kerana ramai pengundi BN lari kepada PN. Berdasarkan jumlah undi diraih dalam pilihan raya lalu, kekalahan itu turut akan dialami Anwar, Azizah, Nurul Izzah dan juga Saifuddin Nasution yang keduanya telah pun kalah.


Yang dikira selamat menurut ramalan berdasarkan kajian oleh Ong Kian Ming dari DAP, hanya Rafizi Ramli seorang.


Mungkin ramalan ini pahit untuk ditelan tetapi ia tidak mustahil dan jangan persendakan. Kelemahan dalam mengurus kerajaan dan melaksanakan idealism Anwar menjelaskan situasi itu. Aduhlah sayang. Trims.



INI LAH AKHLAK. ASUHAN SIAPA?

 

Che Ibrahim


Bayangkan kalau yang uploud/edit gambar gambar ini ialah seorang bukan melayu.... 

Sah bergegar arasy Dunia dengan laungan Islam terancam melayu dihina. Tapi oleh kerana yang menghina itu yang dah terlebih Islamnya, maka tiada siapa lagi yang mampu mengatasi penghinaan yang mereka ciptakan


Uzttaz Lariba


MELAMPAU







Boikot atau tidak, itu hak dan pilihan individu.


Sebab tiada arahan dari ulil amri.


Tapi menyamakan orang lain dengan muka haiwan, itu melampau dan dosa.


Kalau rasa boikot itu ibadah, jangan sulam ia dengan dosa lain pula.


Pahala entah ke mana, hanya tambah dosa je.


Tak perlu melampaui batas untuk tegakkan perjuangan masing-masing.


Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.


Insha Allah…😞





JANGAN DAH TERBAKAR BARU NAK BERTINDAK .


 Zunar Cartoonist Fan Club.



CADANGAN YANG TAK RELEVAN. BIAQ PI LA PAS TU....


 

PEMBANGKANG DULU BERKUALITI. TAK MACAM PEMBANGKANG SEKARANG. TIADA KUALITI


 

KRITIK TAK APA. JANGAN KUTUK HINA. ITU TAK SESUAI SEBAGAI GURU.


Najib Bakar. 




 Kelakar gila seorang cikgu walaun bernama Mohd Zulhelmi Mansor buat laporan polis terhadap Ustaz Miqdad Zakaria. 


Profile cikgu tu, mengajar di Teknik Gombak mungkin. https://www.facebook.com/mohdzulhelmi.mansor.7?mibextid=ZbWKwL


Alasan laporan polis tu adalah sebab Ust Miqdad gabungkan dua post berbeza. 


Gabungan tu bukan nak kata screenshot semua tu dari post sama, cuma nak tunjuk kelaku hang sebagai seorang guru.


Takkan dah lupa hang tertakluk kepada Peraturan Pegawai Awam?


Aku pulak awalnya ingat dia repot sebab tu screenshot palsu. Rupanya memang betul dia buat status tu. 


Ni link dia https://www.facebook.com/mohdzulhelmi.mansor.7/posts/6564613016906334


Lama ka baru status tu tak penting bang. Yang orang nak tau, sungguh ka seorang guru macam hang kelaku lagu ni. 


Hang nak sokong siapa masa pilihanraya tu hang punya pasai. 


Tapi bila dah terbentuk kerajaan, hang kena berkhidmat dan bekerja dengan government of the day.


Selamat menjawab lah ya.



TERUS PERANGI FAHAMAN KHAWARIJ – KEADILAN KEMAMAN



Fahaman khawarij dan takfiri mengkafirkan sesama Islam yang cuba dihidupkan oleh golongan tertentu di negara ini perlu diperangi habis habisan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim kelmarin yang menjunjung titah Sultan Pahang mahukan rakyat di negara ini menghindari apa jua bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak fahaman sesat.

“Berkenaan kenyataan Mufti Pahang, bagi pihak KEADILAN Kemaman kami sangat menyambut baik kenyataan dari Mufti Pahang itu

“KEADILAN Kemaman menggesa mufti mufti lain juga mengambil sikap proaktif dalam menangani isu khawarij dan takfiri ini supaya ia dapat dibendung dengan segara,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Ahmad Nadhir, beliau juga mahu segala polemik mengenai isu 3R (kaum, agama dan raja) segera dihentikan daripada dipolemik dan dijadikan alat politik untuk menghuru harakan negara ini.

“KEADILAN Kemaman juga menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala polemik berkenaan 3R dan juga berharap agar Majlis Raja Raja terus berperanan dalam memerangi fahaman khawarij ini,” katanya lagi.

Dalam kenyataan Mufti Pahang, Sahibus Samahah mengingatkan rakyat bahawa fahaman sesat berkenaan jika tidak dibendung, ianya boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.



 

TIADA AIR YANG PENTING MB SEMPOI KATA RAKYAT KEDAH! ADA JUGA RAKYAT KEDA...



Sebuah keluarga terpaksa membawa bekas – bekas air besar dalam kereta ekoran krisis air yang tak berkesudahan di negeri Kedah. Menceritakan kisahnya di TikTok, pengguna Rie Rie mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membohongi rakyat Kedah. Klip video tersebut disertakan dengan label Buka Mulot Mohong, MB Kami Sempoi. Turut disertakan ialah tajuk akhbar Berita Harian ‘Sabar! 5 LRA siap berperingkat mulai akhir tahun ini’ – Sanusi. Berita tersebut bertarikh 27 April 2023. Walau bagaimanapun, hakikatnya loji rawatan air belum siap. =============================================================================== ALOR SETAR: Projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual secara berperingkat mulai hujung tahun ini. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sentiasa berusaha keras menyelesaikan isu gangguan air di negeri ini selepas ia sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. "Setiap minggu saya akan diberi taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan LRA berkenaan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). "Kerajaan negeri terdahulu kata saya gagal kendalikan isu air, LRA di negeri ini tetapi saya mewarisi daripada mereka dan mereka yang tangguhkan pelaksanaan LRA selama dua tahun. Saya ambil alih (kerajaan negeri) pada tahun 2020 dan masa itu negara sedang dilanda COVID-19. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/04/13/s...