TIADA AIR YANG PENTING MB SEMPOI KATA RAKYAT KEDAH! ADA JUGA RAKYAT KEDA...



Sebuah keluarga terpaksa membawa bekas – bekas air besar dalam kereta ekoran krisis air yang tak berkesudahan di negeri Kedah. Menceritakan kisahnya di TikTok, pengguna Rie Rie mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membohongi rakyat Kedah. Klip video tersebut disertakan dengan label Buka Mulot Mohong, MB Kami Sempoi. Turut disertakan ialah tajuk akhbar Berita Harian ‘Sabar! 5 LRA siap berperingkat mulai akhir tahun ini’ – Sanusi. Berita tersebut bertarikh 27 April 2023. Walau bagaimanapun, hakikatnya loji rawatan air belum siap. =============================================================================== ALOR SETAR: Projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual secara berperingkat mulai hujung tahun ini. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sentiasa berusaha keras menyelesaikan isu gangguan air di negeri ini selepas ia sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. "Setiap minggu saya akan diberi taklimat mengenai perkembangan projek pembangunan LRA berkenaan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). "Kerajaan negeri terdahulu kata saya gagal kendalikan isu air, LRA di negeri ini tetapi saya mewarisi daripada mereka dan mereka yang tangguhkan pelaksanaan LRA selama dua tahun. Saya ambil alih (kerajaan negeri) pada tahun 2020 dan masa itu negara sedang dilanda COVID-19. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/04/13/s...




No comments: