KARTEL PADI BERAS! JAWAPAN & PENCERAHAN DS MAT SABU!



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini sekali lagi mengulangi jawapan berkaitan kartel padi dan beras di negara ini. ”Semasa cuti raya minggu lepas, masih ada rakan-rakan yang bertanya tentang benarkah wujud kartel padi dan beras? ”Soalan ini saya sudah jawab beberapa kali pada media sebelum ini, tetapi mungkin mereka terlepas pandang,” tulis Mohamad di Facebook beliau hari ini. Menceritakan lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa negara mempunyai Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyCC. Antara skop tugasan MyCC katanya, adalah untuk menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara. ”KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan. ”KPKM juga tidak akan melindungi sekiranya ada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel. ”Kami juga tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh pihak MyCC,” tegas Mohamad lagi. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berharap penjelasan tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua.



No comments: