HANGPA FAHAM JA LAH MENTERI NI.... KENA KECAM LAMA DAH.. MACAM SUNYI JA KERJA BUAT DIA.


Lim Sian See




 Tiga hari lalu, Portal MyNewsHub naik video lama berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!" berkenaan penjawat awam kanan yang dikatakan "mengelirukan" Rakyat.


Bukan isu 3R.


Maka SKMM pun siasat. Rakaman telah diambil, kad sim dan telefon telah dirampas dari pengendali portal MyNewsHub siap foto pengendali dirakam disebarkan kepada media.


Tapi apa terjadi dengan siasatan ke atas kes portal HarapanDaily yang fitnah Sultan Pahang sehingga Istana Pahang telah keluarkan kenyataan bahawa Tuanku telah difitnah?


Ini pula isu 3R. Siap fitnah pada Raja.


Kes ini dah lebih dua minggu lama, kan?


Pengendali HarapanDaily sudah diambil keterangan belum? Kad Sim dan telefon dia sudah dirampas belum?


Foto pengendali telah dikeluarkan dan disebar belum?


Tanya saja, Fahmi. Jangan marah dan block akaun saya. Sebab kamu sendiri yang jamin tiada dwistandard maka saya tanya.



No comments: