PEJUANG TAIK KUCING

 

Jamzuri Ardani


Bila dah femes, maka dia pun padam status lama dan up status baru mohon maaf. 


Jika benar isunya ialah kerana nak pertahankan kalimah Allah dari penghinaan, kenapa padamkan hantaran dan minta maaf. Kekhilafan lah. Peribadi lah. Tak berniat lah. 


Sembang bukan main. Konon sanggup mati demi pertahankan kesucian kalimah Allah. Isu penghinaan agama tak boleh tolak ansur. Semudah itu rupanya kamu U-turn dan berundur.


Ini membuktikan bahawa sedari awal lagi isunya bukan penghinaan kepada agama pun. Isunya hanyalah untuk meraih laba politik. Isunya ialah untung rugi hidup di dunia. 


Sebab itu bila nampak macam nak rugi ... terus U-turn, berundur, padam status, minta maaf, bagi macam-macam alasan. 


Pejuang taik kucing!