Cikgu Bad : Siswa Pro-A Berfikiran Ortodok

KUALA LUMPUR 22 DIS: Tindakan kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A) yang enggan mengadakan pertemuan dengan Timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tidak mencerminkan mahasiswa progresif.


Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bad berkata tindakan tersebut amat memalukan golongan mahasiswa.

"Ini jelas menunjukkan golongan ini berfikiran ortodok dan ketinggalan zaman. Sepatutnya mahasiswa seharusnya berfikiran progresif yang sentiasa berfikiran terbuka untuk berdebat dan membuka idea-idea baru dalam apa jua lapangan." ujar beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Semalam kira-kira 80 kumpulan pelajar Pro-A berdemonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dan menggesa Saifuddin meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M).

Menurut Malaysiakini, sususlan dari demontrasi tersebut Saifuddin meminta kumpulan tersebut menemui beliau hari ini di Parlimen pada jam 12.15, tetapi di tolak.

Dalam pada itu, Cikgu Bad juga mempertikaikan tindakan pihak universiti yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kumpulan Pro-A yang terlibat dalam demontarasi terbabit.

"Apakah disebabkan demontrasi tersebut ada hubungkait dengan sokongan kepada Najib maka mahasiswa tidak akan diambil apa-apa tindakan.

"Apabila libatkan usaha untuk mansuhkan AUKU dan bebaskan golongan akedemik dari cengkaman kolot akan dianggap sebagai haram dan politik kepartian," kata Cikgu Bad.

Mengulas mengenai tindakan Pro-A yang menggesa Saifuddin meletak jawatan beliau berkata belenggu fahaman kolot dalam kumpulan mahasiswa tersebut yang menghalang percambahan pendapat amat dikesali.

"Mungkin juga musuh-musuh politik Saifuddin yang mendalangi kumpulan tersebut," sinis beliau.

Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat




GEORGETOWN, 21 DIS: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut.

"Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin.

"Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya.

Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang.

"Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah.

"Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu.

"Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya.

ANAK DI MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH ESOK

Anak saman KPF, FGVH esok | Print |
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.

“Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

“Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion.

“Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.

“Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung.

Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya.

“Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa.

“Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama,” katanya.

AKHIRNYA ADA RUNDINGAN


PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN



ADA SESETENGAH JABATAN PELAJARAN NEGERI TANPA MEMPERDULIKAN DAN MELIHAT PERKEMBANGAN TERKINI MEMANGGIL GURU-GURU PULANG DARI BERCUTI SEMATA-MATA MENANDATANGANI SURAT PENERIMAAN.

PADA HAL PERKEMBANGAN ANTARA JPA DAN PENGGUMUMAN YANG DIBUAT OLEH CUEPACS TIDAK DIAMBIL KIRA DAN TERGESA-GESA UNTUK MEMAKSA KAKITANGAN PERGURUAN PULANG DAN AKHIRNYA KEPUTUSAN YANG BELUM DICAPAI INI MENJADIKAN SEOLAH-OLAH PIHAK JABATAN PELAJARAN NEGERI TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN TERKINI....AHHHH...MALANGNYA....BETAPA BODOHNYA....

KASIHAN GURU-GURU YANG MASIH BERADA DI KAMPUNG DIPANGGIL BALIK SEMATA-MATA KEINGINAN JABATAN PELAJARAN YANG TERPINGA-PINGA DAN BERTINDAK SECARA TIDAK PROFESIONAL MENGKAJI DAN TIDAK MELIHAT PERKEMBANGAN TERKINI.....SAMA ADA INI ARAHAN DARI PIHAK YANG LEBIH ATAS, ATAU APA SEKALI PUN ALASANNYA...ADA JPN NEGERI LAIN YANG BERTINDAK BIJAKSANA DENGAN MENUNGGU PEREMBANGAN TERKINI...





Omar berkata Cuepacs tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu.


"Di bawah SBPA ini penambahbaikan gred tidak selaras. Ada gred yang ditambah baik, ada yang tidak. Dan kenapa ada kumpulan pekerja yang naik dan ada kumpulan yang tidak naik," kata beliau.


"Misalnya tiada rundingan dibuat dengan kita mengenai SBPA sedangkan sebelum ini kita ada dipanggil untuk berunding mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan ianya berjalan dengan baik serta kami buat roadshow bersama," katanya.