GOLONGAN ANAK MUDA YANG TAK PAJAK OTAK PADA ORANG LAIN.

 Sedap baca, set-set yang bukan pajak otak. 

Alhamdullilah, harap generasi sebegini makin ramai di kalangan kita. Baik untuk negara. 

Yang set taksuber pada berhala sama ada parti atau pemimpin, cepat pupus lah hendaknya. Pemikiran mereka. 

Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. 

~LM~

JANJI PAS YANG HAMPAS

PAS punya janji. Hudud, RUU355, Hospital Patuh Syariah, litar lumba motor, PTPTN percuma, RCI Memali dan banyak lagi la, semua ke laut. Ni dia janji peluang kerja dan rumah mampu milik pulak. Bodoh la kalau percaya. Guane boh?

Raja Gelap 

STARLINK DAH SAMPAI BARAM.

Dah sampai Starlink di pedalaman, Baram

PMX buat keje laju tak banyak bunyi 

Dengan lulusnya di bahagian SKMM. 

Jangan kedekut butang share tu ha.

https://www.facebook.com/100069904689484/posts/582249260781892/?mibextid=Nif5oz

FAISAL AZUMU. BAGI PENCERAHAN SAT. INI DAH VIRAL NI.

KEMPEN PRN

Rafizi Ramli.

Ramai yang minta saya kurangkan berceramah perkara yang berat-berat macam program ekonomi kerajaan, supaya yang lebih cenderung kepada ucapan maki hamun dan lawak bodoh lebih berminat nak dengar.

Dulu-dulu masa saya berceramah terangkan skandal kewangan seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda dll - komen yang sama yang diberikan kepada saya.

Memanglah ramai yang lebih suka placebo dalam hidup - gejala malas nak fikir dan nak semua mudah. Sebab inilah orang kita selalu ketinggalan.

Menjadi pemimpin yang pegang amanah, sebahagian tanggungjawab kita ialah memberi pencerahan supaya akal rakyat dapat menilai, disamping berdoa Allah buka hati pengundi untuk memilih kebenaran.

Bukan membodohkan rakyat hanya untuk mendapat undi dengan mengelak dari berbincang perkara serius dan membakar emosi rakyat mencari placebo.

Biarlah yang maki hamun itu mendabik dada konon popular, tetapi menanggung beban hasil dari pembodohan rakyat.

Kerana rakyat yang cerdik adalah anugerah terbaik sesebuah negara, maka marilah kita berlumba-lumba mencerdikkan rakyat.

#doneberfalsafah

Saifuddin Nasution: Lagi Kuat Sanusi Serang Perdana Menteri, Lagi Banyak...

INI PENJELASAN SAIFUDDIN. REZA CHALID TIDAK JUMPA SANUSI .BELIAU ADALAH SEORANG MULTI BILLIONAIR.

Polis Kedah buka kertas siasatan klip video hina Anwar

Polis Kontinjen Kedah telah membuka kertas siasatan berkaitan laporan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Jurucakap Media PRN Polis Kedah, Alzafny Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang di Balai Polis Pendang pada petang semalam.

Manifesto Pas Tidak Sebut Majukan Ekonomi, Tarik Pelaburan T'ganu

 Oleh: Ahmad Nadhir Yob

ULASAN: Melihat kepada perbandingan manifesto barisan Nasional (BN) dan Pas Terengganu, kita boleh dapat melihat apa fokus dan visi yang ingin dibawa kepada rakyat negeri Terengganu oleh kedua dua gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pihak Pas dengan tema kempen teguh pertahan kerajaan memberikan 10 tawaran manakala BN dengan slogan Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran menawarkan 23 janji kepada rakyat Terengganu

Perlukan pertumbuhan ekonomi

Penulis tidak berniat untuk fokus kepada setiap perincian manifesto setiap parti. Apa yang ingin penulis lontarkan ialah parti manakah yang meletakkan keutamaan dan keperluan rakyat Terengganu di dalam manifesto mereka pada kali ini.

Ahmad Nadhir Yob

Rakyat Terengganu sebenarnya memerlukan pertumbuhan ekonomi dan juga peningkatan taraf hidup yang lebih baik.

5 tahun di bawah pemerintahan Pas jumlah pelaburan yang masuk ke negeri ini relatifnya sangat kecil berbanding dengan negeri-negeri lain.

Namun begitu melihat kepada 10 janji yang ditawarkan oleh Pas, tidak ada sebarang janji yang memfokuskan kepada meningkatkan pelaburan masuk ke negeri Terengganu.

Janji yang ditawarkan itu sangat bersifat umum tanpa ada penerangan yang jelas bagaimana untuk mengembang dan mengekalkan pertumbuhan serta mengekalkan kebolehsaingan negeri untuk menarik pelabur luar.

Janji gula gula pilihanraya

Banyak janji lebih berfokus pada pemberian gula-gula sahaja seperti pinjaman pembelian motorsikal dan sebagainya. Jika hanya memberi motorsikal tanpa pekerjaan pada anak muda, di manakah anak muda mahu mendapatkan wang untuk mengisi minyak motor?

Mengenai pemberian geran usahawan kepada belia yang ingin memulakan perniagaan, penulis ingin bertanya kepada Pas Terengganu apakah langkah seterusnya selepas pemberian geran usahawan pada golongan belia ini bagi memastikan keusahawanan di peringkat belia dapat bertahan dan juga berkembang sebagaimana dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi dalam Inisiatif Pendapatan Rakyat?

Bagi penulis tidak cukup sekadar pemberian geran tanpa latihan dan juga infrastruktur serta sokongan daripada kerajaan bagi memastikan projek keusahawanan berjaya dan menyumbang kepada peluang pekerjaan.

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman

SANUSI PEMBOHONG. SAIFUDDIN DEDAH GAMBAR LAWATAN SANUSI KE TAPAK REE

Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

Saifuddin Nasution menunjukkan gambar lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang oleh Muhammad Sanusi pada 19 Februari lalu.
Saifuddin Nasution menunjukkan gambar lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang oleh Muhammad Sanusi pada 19 Februari lalu.

KUBANG PASU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada 19 Februari lalu.

Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Muhammad Sanusi hanya mendiamkan diri dan tiada tindakan diambil berkaitan perkara terbabit.

"Menteri Besar telah turun dan menyaksikan sendiri insiden kecurian ini, dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan, bagaimana cari gali yang secara intensif dilakukan melibatkan kawasan yang demikian luas.

"Namun daripada tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius telah diambil oleh beliau setelah usai lawatan ke lokasi kejadian," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di sini, pada Khamis.

Menurutnya, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bukan sekadar berdiam diri malah berterusan menafikan bahawa beliau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan.

"Saksikan dalam banyak-banyak ucapan beliau dalam YouTube dan media sosial, dengan selamba beliau menafikan dan berulang kali sebut tiada pengetahuan tentang insiden kecurian ini.

Dakwa Saifuddin, paling dikesalkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah tidak melakukan sebarang tindakan, sedangkan Enakmen Mineral Kedah 2004 memperuntukkan sekurang-kurangnya tujuh seksyen yang membolehkan tindakan dibuat.

"Akibatnya yang menanggung kerugian adalah rakyat Kedah yang sepatutnya diberi jaminan perlindungan kepada sumber semula jadi dengan langkah tegas perlu diambil ke atas mereka yang terbabit dalam kegiatan haram ini.

"Saya sebut dua hari lepas, salah satu struktur (jawatan) dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah Pengarah PTG, dia memegang jawatan penting sebagai ahli panel penasihat MBI. Selain itu, beliau atau wakilnya juga adalah Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri," katanya.

Jelasnya, individu-individu terbabit adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat perkara berkaitan Enakmen Mineral Kedah 2004.

"Saya telah meneliti pelbagai peruntukan dalam enakmen tersebut. Adalah menghairankan, walaupun isu ini sangat serius, tiada kertas siasatan dibuka untuk menangani perlombongan haram dan pencurian berterusan," katanya.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan tidak gentar dengan ugutan Muhammad Sanusi untuk memfailkan satu lagi saman terhadapnya kerana mendedahkan isu berkaitan REE.

"Dia nak saman, samanlah. Ini ada surat beliau tulis kepada bekas Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) memohon So Loi Fat sebagai Pengerusi Prospek Suria Kedah mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas masuk ke negara ini, jadi di mana tidak ada kaitannya?

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada Prospek Suria Kedah yang ditubuhkan pada November 2019 dan pengarahnya adalah So Loi Fat dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhamad Sobri Osman.

"Betul So Loi Fat masuk sebelum Sanusi jadi Menteri Besar menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi surat Sanusi yang membolehkan dia masuk menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas sebagai profesional, dia pemegang saham dan jawatan dalam Prospek Suria Kedah," katanya.

Saifuddin menegaskan, tidak mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MBI membuat keputusan menubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia melaporkannya terlebih dahulu kepada Panel Penasihat MBI.

"Saya katakan bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, pembabitan So Loi Fat yang kini menghilangkan diri, dia tahu banyak," dakwanya.

KEH.KEH.KEH...LAHANAT BETUL. TAK ADA ORANG LAIN KA WOIIIO

Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

oleh ROSHILA MURNI ROSLI03 Ogos 2023 03:46pmMasa membaca: 3 minit

HADI AWANG KATA DIA SUKA BANGSA LAIN- TAPI DI PENANG SEMALAM PRESIDWN GELAKAN KENA HALAU

THE CENTRIST

Saya tonton banyak kali. Honestly saya sedih dan kesian. Walaupun Gerakan ni bukan saya berkenan. Berbanding DAP sekarang, mereka lebih perkauman. 

Namun tidak bermakna kita perlu menghina seorang Presiden Parti. Tambah sekutu sendiri. 

Kalau kawan sekolam pun mereka boleh buat lagu ini, bayangkan kalau pengundi. Rakyat Marhein yang tiada punya kuasa. Takkan semua kita ni nak dijadikan wala-un semata. 

PAS satu2nya parti yang dah merasa nikah dengan semua parti di Malaysia. DAP, MCA MIC, Gerakan dan pernah jadi rakan sekolam. 

They’re the political animal sebenar2nya. Mana saja parti yang boleh dipaut kuasa, mereka gayut. Kalau dah tak relevan mereka cerai. 

Sampai lah sekarang, mereka jadi parti paling besar dalam Parlimen, 49 kerusi. Dan sekarang mereka makin bongkak. 

Generasi PASTI yang bermula 20-30 tahun dahulu, dah membesar dan boleh mengundi. Mereka pelapis generasi terkini. 

PRU15, lubuk pengundi PN adalah bawah 35 tahun dan set Undi 18. Yang senang dibawa oleh retorik dan belum matang politik. 

Saya bayangkan kalau tak dibendung budaya sebegini, 10-20 tahun lagi, negara ini akan jatuh ke sepenuhnya kepada PAS. Itu yang mereka idamkan. 

Kemungkinan besar dengan kecenderungan pemikiran Pas, mereka boleh tukar negara ini menjadi Republik Iran. Itu yang mereka kiblatkan. Negara yang dipimpin Ayatollah, tanpa ada raja. Rakyatnya wala sahaja. 

The centrist kena bangkit dan bertanya. Adakah ini yang kita mahukan untuk Malaysia? 

~LM~

KEH..KEH....PATUT AKU TAK FAHAM SAMPAI LA ORANG PANGGE HANG JARGON.

Ini kualiti pemimpin pelapis PN dan bekas Timbalan Menteri. 

2 words: “MISKIN DIPLOMASI”. 

Macam mana orang nak percaya anda boleh jadi Menteri? 

Kalau orang biasa buat posting ni saya ok la. Awak tu pemimpin muda politik negara. Ada benda tak yah la heboh di sosial media. 

Ada pilihan ok je, suka Roti Canai jenis mana. Tapi benda macam ni tak sesuai la post kot. Ada isu sensitif kaum di situ. 

Tak pikir ke sebelum posting tu orang boleh tibai buat jadi isu. Dah lah parti awak tu memang orang target sebagai Parti rasis melayu. 

Ni namanya EQ dan SQ ke laut. Macam mana kita nak percaya mereka boleh buat dasar negara dan berunding di peringkat antarabangsa. Diplomasi pun out! 

Untuk GAP, pohon follow Ketua Pemuda PPBM ini dan follow juga Ketua Pemuda BN, Dr Akmal Saleh

Dan anda sendiri buatlah perbandingan. Mana satu set pemimpin negara masa depan. 

Salam hormat, 

Liyana Marzuki

Tuuuuuu dia aihhh no,Ingat kawan bagi naik ceramah sekali. rupanya kena halau ......,,, nnaya nayanu

Ini yang kelakar. PN sibuk nak kata penyokong BN tolak PH, penyokong PH tak terima PN, sekali yang terjadi, walaun tolak Gerakan. Nampak sangat yang kerjasama PN tu pimpinan syok sendiri. Tak direstui akar umbi.

Nampaknya perpecahan PN ni bukan kecil. Kalau sampai Timbalan Pengerusi PN pun kena halau, itu dah parah tu. Lagi kelakar, yang dipanggil ceramah mega tu sebenarnya tak melibatkan Gerakan. Apa kena tu?

Kenapa nak buat ceramah mega tak libatkan parti komponen? Sebab nak cerita benda rasis ke? Itulah susahnya bila gunakan isu rasis sebagai motif tapi dalam masa yang sama masih nak undi berbilang kaum. Kan susah sendiri. Guane boh?

Raja Gelap

.

Lokman Adam, Johari Kassim, Hilmi Elias: Santai Anak Muda, Kemana Hala T...

Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh Di Ceramah Perpaduan DUN Bakar Arang, ...

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Jelajah Madani Di DUN Sungai Kandis PRN . Hadi awang kata dia sayang orang bukan Melayu, Tapi di Penang Pengerusi Gelakan dihalau. Sanusi pula kata tak kenai dan kata bergambar.

Jangan guna isu kalimah Allah untuk laba politik - PM

 Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan isu kalimah Allah sebagai bahan politik untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu itu sudah dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada bulan ini untuk diperkemaskan sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada bulan Oktober nanti.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI, katanya, turut telah menzahirkan perkara itu kepada beliau baru-baru ini.

"Isu kalimah Allah ini kita bawa ke Majlis Raja-Raja, dan keputusannya jangan jadikan ini sebagai isu politik, ini arahan baginda, jangan jadikan isu kalimah Allah sebagai isu politk, kerana raja-raja akan memperkemaskan atas cadangan kerajaan Persekutuan.

"Apa Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata? masih guna isu kalimah Allah, mereka ini soal lawan raja terus terang," katanya dipetik sewaktu berucap pada Ceramah Perpaduan PMX@Paroi di Taman Tuanku Jaafar, malam tadi.

Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam satu ceramah di Kapar, Klang, Selangor pada Ahad lalu sekali lagi memainkan sentimen 3R apabila membangkitkan isu kalimah Allah.

Muhyiddin mendakwa tindak tanduk kerajaan dalam isu tersebut menjelaskan ia diterajui oleh bukan Islam.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Muhyiddin sebagai tidak menghormati nasihat Majlis Raja-Raja.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu juga didakwa tidak menghiraukan larangan pihak berkuasa supaya semua ahli politik tidak menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.