KEH..KEH...30 TAHUN NAK TAWAR KERJA - YANG ADA IJAZAH SEKARANG NI - GIGIT MEE PUN TAK PUTUIH DAH MASA TU. NAK KERJA APA DI KEDAH SANA? PASANG PAIP AYAQ KA ? PAM TAYAR KAPAI TERBANG KA? YANG LA NI PUN BAYAQ GAJI JENUH NAK MAMPUIH. REALISTIK LA LEBAI........

 

PN tawar 100,000 kerja dalam 30 tahun jika menang Kedah


Mereka juga akan membina 15,000 rumah mampu milik, sedia lot kediaman untuk rakyat berpendapatan rendah.


Abdul Hadi Awang melancarkan 17 tawaran PN Kedah pada Jelajah Mega PN Best di Kubang Pasu malam tadi.

KUBANG PASU: Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun antara 17 tawaran utama dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk PRN.

Diumumkan dalam Jelajah Mega PN Best malam tadi, peluang pekerjaan berkenaan akan disediakan melalui pelaburan dan projek berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Aerotropolis, Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Taman Teknologi Tinggi Kulim.


PN juga berjanji menyediakan 15,000 kediaman mampu milik menjelang tahun 2030, menyediakan lot pembinaan kediaman untuk rakyat berpendapatan rendah, memperhebat agenda pendidikan dan mengatasi masalah bekalan air bersih.

Tawaran lain turut merangkumi soal tadbir urus, memperkasa institusi masjid, hab pengeluaran makanan, mengangkat peranan belia sebagai pembuat polisi dan mewujudkan pusat pembangunan wanita.

Pelaburan berimpak tinggi, tingkat kecekapan perkhidmatan, keusahawanan, baik pulih kediaman, memperhebat kempen kebersihan dan memperkasa sektor pelancongan.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata, 17 tawaran PN Kedah itu kesinambungan kepada pentadbirannya sebelum ini.

“Kita akan jayakan ‘The Greater Kedah’, selaras dengan Kedah sebagai tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti,” katanya pada pelancaran tawaran PN Kedah disempurnakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

PN bertanding di kesemua 36 kerusi DUN Kedah dengan PAS di 21 kerusi diikuti Bersatu 12 manakala tiga untuk Gerakan.

1 comment:

Anonymous said...

Tengok body language mereka ni memang nampak dah KEROH (pinjam kataan hadi awang)