THE CENTRIST




Saya tonton banyak kali. Honestly saya sedih dan kesian. Walaupun Gerakan ni bukan saya berkenan. Berbanding DAP sekarang, mereka lebih perkauman. 


Namun tidak bermakna kita perlu menghina seorang Presiden Parti. Tambah sekutu sendiri. 


Kalau kawan sekolam pun mereka boleh buat lagu ini, bayangkan kalau pengundi. Rakyat Marhein yang tiada punya kuasa. Takkan semua kita ni nak dijadikan wala-un semata. 


PAS satu2nya parti yang dah merasa nikah dengan semua parti di Malaysia. DAP, MCA MIC, Gerakan dan pernah jadi rakan sekolam. 


They’re the political animal sebenar2nya. Mana saja parti yang boleh dipaut kuasa, mereka gayut. Kalau dah tak relevan mereka cerai. 


Sampai lah sekarang, mereka jadi parti paling besar dalam Parlimen, 49 kerusi. Dan sekarang mereka makin bongkak. 


Generasi PASTI yang bermula 20-30 tahun dahulu, dah membesar dan boleh mengundi. Mereka pelapis generasi terkini. 


PRU15, lubuk pengundi PN adalah bawah 35 tahun dan set Undi 18. Yang senang dibawa oleh retorik dan belum matang politik. 


Saya bayangkan kalau tak dibendung budaya sebegini, 10-20 tahun lagi, negara ini akan jatuh ke sepenuhnya kepada PAS. Itu yang mereka idamkan. 


Kemungkinan besar dengan kecenderungan pemikiran Pas, mereka boleh tukar negara ini menjadi Republik Iran. Itu yang mereka kiblatkan. Negara yang dipimpin Ayatollah, tanpa ada raja. Rakyatnya wala sahaja. 


The centrist kena bangkit dan bertanya. Adakah ini yang kita mahukan untuk Malaysia? 


~LM~



No comments: