KEMPEN PERKAUMAN MAKAN DIRI



Norman Radzuan.



Kejadian menimpa Dominic, MCA & MIC ambil pengajaran

PEMIKIRAN PAS TIDAK SESUAI DI NEGARA INI


5 kali saya menonton klip video Dominic tidak dibenarkan hadir atau dihalau dari majlis Ceramah Perdana PN. 


“ Tak boleh kamu boleh pergi…” !


Saya bukan penyokong PN tetapi saya benar2 simpati dgnnya. Saya tidak sanggup melihat wajah seorang Presiden Parti komponen dihalau oleh rakan partinya sendiri. Sdgkan rakan Presiden partinya yg selalu duduk semeja di mesyuarat tertinggi parti berada di atas pentas.


Saya pasti situasi ini benar2 merunsingkan Bersatu. Strategi Bersatu itu betul iaitu meletakkan seorang Presiden di kerusi selamat bagi mewakili kaum Cina di  Pulau Pinang agar PN tidak dilihat sebagai parti satu kaum.


Sepertimana PAS dahulu meletakkan Mat Sabu, Dr Hatta Ramly atau skg Wan Ahmad Fayhsal di Kelantan. Ia bagi membolehkan mereka berada di Dewan Rakyat.


Saya yakin Muhyiddin mahupun Azmin dan Hamzah tahu strategi kempen perkauman yg keterlaluan ini akan memakan diri. Terbukti ia berlaku kpd rakan komponen mereka sendiri. 


Muhyiddin tahu strategi sentimen MELAYU ini tidak akn diterima oleh Melayu bandar, masyarakat Borneo ( Sabah/Sarawak) dan bangsa bukan Melayu di Semenanjung. 


Muhyiddin juga tahu PN tidak boleh menjadi kerajaan tanpa sokongan pelbagai kaum di negara ini. Beliau hanya boleh menarik parti Sabah dan Sarawak dgn cara ‘scheme of things’ yang dijadikan asas politik Perikatan Nasional (PN). 


Namun apa pilihan yg Muhyiddin ada? Mahu bekerjasama dgn PH? …dia mahu menjadi Perdana Menteri. Lalu dia seret PAS utk menolak menubuhkan kerajaan Perpaduan. 


Muhyiddin yakinkan Hadi mereka sudah cukup jumlah. Malah PN membuat provokasi bahawa kerajaan Perpaduan akn tumbang bulan Januari, bulan Ramadhan, selepas Raya dan terbaru Ogos.


Sebenarnya provokasi itu bukan sahaja utk menyakinkan org Melayu yg pro PN terutama ahli PAS tetapi menyakinkan Hadi dan pemimpin2 PAS utk terus setia dgn Bersatu. Tanpa PAS parti Bunga ini tidak mampu memenangi walau satu kerusi.


PARTI BUKAN MELAYU AMBIL PELAJARAN


Peristiwa yg berlaku kpd Dominic pasti akan membuka mata Presiden MCA, Wee Ka Siong. Wee Ka Siong tahu ideologi PAS tidak akn diterima bangsa Cina. Tapi dia seperti Muhyiddin tiada pilihan kerana dia tahu MCA sgt lemah berbanding DAP.


Bila Dominic dihalau dlm kempen pilihanraya… Wee Ka Siong mesti sedar mereka juga akn menerima nasib yg sama.


Datuk Johari Ghani yg agak ‘dingin’ dgn kerajaan Perpaduan… terbaru secara terang terangan memberitahu pada awalnya dia tidak yakin dgn kerajaan Perpaduan tetapi kini tidak lagi.


Jo Ghani baru2 ini menzahirkan rasa terkejut dan menaruh harapan penuh melihat keihklasan PH bekerjasama dgn UMNO khasnya.


Jo Ghani terkejut apabila di Selangor PH sanggup menyerahkan 7 kerusi kpd UMNO. Lebih mengejutkan DAP sangggup menyerahkan kerusi selamatnya kpd UMNO. Sdgkan di dlm PN, penyokong PAS sabotaj dan malah menghalau Presiden parti komponennya dari menghadiri ceramah Mega mereka.


BAHAYA CORAK PEMIKIRAN PAS


Ideologi kebencian yg kita tahu fitnah, maki hamun, body shaming, perkauman dan memainkan sentimen agama ia ‘bahaya’ utk masa depan sebuah negara yg berbilang kaum.


Pelbagai peristiwa dpt kita lihat… pemimpin mereka seringkali didakwa di mahkamah kerana memfitnah hingga tewas kes saman. Sdgkan mereka mengaku pejuang Islam. 


Tetamu dtg bukan tidak disambut malah dihalau. Yg dihalau itu adalah rakan perjuangan mereka. Sdgkan mereka mengaku pejuang Islam. 


Peristiwa berlaku kpd Dominic itu kerana pemimpin PAS sendiri sudah tidak mampu mengawal perasaan kebencian ahlinya yg ditanam kebencian antara kaum. Saya dpt lihat raut wajah Idris Ahmad yg terkejut dan tidak bersetuju dgn tindakan Setiausaha Pas PP.


Menurut Malaysiakini, ketika Idris hendak mengiringi Dominic ke atas pentas, Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menuju ke arahnya dan dgn tegas memberitahunya, “Yg tidak diundang, sila tunggu sini."


Ada yg cuba membantah tetapi Iszuree membalas, ..”tak boleh, kamu pergi!". Idris kemudian diiringi ke atas pentas, manakala Lau sekadar memandang, dan mengekalkan senyuman. 


Apa terjadi kpd Dominic ia tak ubah sepertimana filem Pendekar Bujang Lapuk. Ramle, Sudin dan Aziz ditanam ketaatan tanpa perlu bahas sehingga menjadi taksub kpd guru mereka Pendekar Mustar. Akhirnya ia memakan diri kpd Pendekar Mustar apabila perkara yg benar2 berlaku dianggap ‘COBAAN’.


Jika Muhyiddin bersetuju dgn corak pemikiran yg ditanam ke minda ahli PAS hanya kerana cita2 utk menjadi PM… beliau sebenarnya sdg membawa Malaysia ke belakang dan malah ‘kehancuran’ .


Negara Malaysia ideologi yg ditanam ke minda org Melayu dgn sifat perkauman hanya membuatkan negara ini tidak boleh menjadi sebuah negara maju. Tanpa perpaduan antara kaum dan pemikiran ektrimis bangsa dan agama…. negara Malaysia hanya akn menuju kehancuran.



No comments: