Rafizi Ramli.
Ramai yang minta saya kurangkan berceramah perkara yang berat-berat macam program ekonomi kerajaan, supaya yang lebih cenderung kepada ucapan maki hamun dan lawak bodoh lebih berminat nak dengar.
Dulu-dulu masa saya berceramah terangkan skandal kewangan seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda dll - komen yang sama yang diberikan kepada saya.
Memanglah ramai yang lebih suka placebo dalam hidup - gejala malas nak fikir dan nak semua mudah. Sebab inilah orang kita selalu ketinggalan.
Menjadi pemimpin yang pegang amanah, sebahagian tanggungjawab kita ialah memberi pencerahan supaya akal rakyat dapat menilai, disamping berdoa Allah buka hati pengundi untuk memilih kebenaran.
Bukan membodohkan rakyat hanya untuk mendapat undi dengan mengelak dari berbincang perkara serius dan membakar emosi rakyat mencari placebo.
Biarlah yang maki hamun itu mendabik dada konon popular, tetapi menanggung beban hasil dari pembodohan rakyat.
Kerana rakyat yang cerdik adalah anugerah terbaik sesebuah negara, maka marilah kita berlumba-lumba mencerdikkan rakyat.
#doneberfalsafah