[LIVE] Realiti Kerjasama PKR-UMNO
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menggambarkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan UMNO.
Apakah idea ini bakal menjadi realiti? Adakah ia benar-benar berlandaskan kemahuan penyokong-penyokong parti tersebut atau sekadar strategi pemimpin atasan?
ANWAR : SAYA SOKONG TINDAKAN KPN
Mutakhir ini berita mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul
Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum.
Sehubungan itu, saya telah mengutus surat bagi menyatakan
dukungan saya kepada beliau dalam usaha membanteras sebarang elemen jenayah di
negara ini.
PDRM adalah pasukan yang amat penting dalam mana-mana sistem
masyarakat dan penanda aras keamanan dan kestabilan negara. Justeru, saya amat
bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau terkait integriti, kebebasan,
kewibawaan dan keupayaan pasukan polis.
Saya mendoakan agar beliau dapat melaksanakan amanah dan
menempuhi cabaran getir saat ini dengan baik.
ANWAR IBRAHIM
Faiz Fadzil nafi cabul, akan ambil tindakan undang-undang
March 23, 2021
Kenyataan Media
Saya merujuk kepada satu laporan Malaysiakini pada hari ini bertajuk “ADUN pembangkang disiasat tuduhan mencabul” dan laporan-laporan media lain yang berkaitan.
Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.
Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.
Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi membersihkan nama saya.
Saya akan meneruskan tugas saya sebagai ADUN seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan sosial.
Faiz Fadzil
23 Mac 2021
Kantoi! Pegawai polis jual dadah yang dirampas
March 23, 2021
Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah berikutan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket berkenaan, malam Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai polis berpangkat Inspektor yang berusia 31 tahun itu ditahan jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.
Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket berkenaan dipercayai untuk pasaran negara jiran.
“Siasatan lanjut mendedahkan suspek itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), menjual semula dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.
“Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Ayob berkata, pihaknya masih menyiasat jumlah dan nilai dadah yang dijual semula pegawai berkenaan.
Dalam kes berasingan, Ayob Khan berkata, dua anggota polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, kerana melakukan pemerasan, Khamis lalu.
Dua suspek itu masing-masing berpangkat Sub Inspektor dan Koperal dari IPD Muar dan berusia 59 dan 35 tahun.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek melakukan pemerasan ke atas seorang individu di Parit Jawa yang ditahan mereka kerana memiliki dadah jenis syabu.
“Pemerasan itu dibuat bagi melindungi kegiatan dadah individu yang ditahan dengan kedua-dua suspek meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindungan.
“Hasil siasatan mendapati suspek sudah menerima wang sebanyak RM2,000 dan tambahan RM800 secara tunai,” katanya.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek direman dua hari pada Jumaat lalu dan dilepaskan atas jaminan polis. Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
TIADA TINDAKAN TEGAS JIKA BERLAKU KEMALANGAN MAUT DI TEMPAT KERJA PEMBINAAN
Dah banyak kali berlaku kemalangan maut di tapak pembinaan dlm
negara kita, tapi tiada satu pun tindakan tegas & keras diambil terhadap
pihak yg bertanggungjawab. Mengaku kerajaan Isle, kononnya akan bertindak adil.
Adil tang mana ??!
Sebaliknya negara jiran bukan Islam lebih mempraktikkan
keadilan.
Ka nak tunggu bila 'politicians' mati terhempap palang konkrit
barulah nak dihukum tegas ??
SR
KERAKUSAN KUASA MENJAHANAMKAN EKONOMI NEGARA DAN KEHIDUPAN RAKYAT
HAMZAH RIE NA
Entah apa lagi MUSIBAT negara kita terima sejak kerajaan tebuk
atap berkuasa.
Dah lah takde langsung pelabur asing melabur dlm negara, satu
demi satu konglomerat asing tarik diri tutup lari pindah ke negara jiran lain.
Petanda apakah ini ???
Inilah satu lagi kejayaan Menteri MITI Azmin Ali dan PM AbahCow
Muhyiddin !!
Mereka lebih sibuk berjual beli memujuk MP-MP pembangkang
'Scheme of Things' utk menyokong PN supaya kekal berkuasa berbanding nak
memulih ekonomi negara & rakyat.
SR
31 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.
TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA SEMUA.
ZAHID HAMIDI SERU JANGAN BIMBANG, MEREKA YANG MAHU GADAI UMNO HANYA ‘KUMPULAN KECIL’
Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.
Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan.
Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.
Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.
UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.
UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.
UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.
InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.
Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.
Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ rancangan mereka.
Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.
Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.
Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO
23 Mac 2021.
VIDEO : ((BONGKAR)) DIMANA AZMIN ALI SEBELUM PRU14? KENAPA AZMIN ALI SANGGUP KHI...
((BONGKAR)) DIMANA AZMIN ALI SEBELUM PRU14? KENAPA AZMIN ALI SANGGUP KHIANATI
KERAJAAN PH?
VIDEO : TIGA PENJURU, PAS KECUT PERUT
Beliau juga berpendapat, BERSATU yang mempunyai kedudukan di puncak kuasa, juga rugi jika tidak disertakan bersama dalam pakatan.
“Asasnya ialah Islam. Adakah sekali lagi kita mahu melihat negara ini diterajui sekali lagi oleh pentadbiran 22 bulan yang kita lihat kesan dan pendekatannya?” soalnya.
Ketua Polis Negara dipuji kerana berani dedah isu kartel
March 23, 2021
1. PEJUANG Muda Malaysia ingin menzahirkan rasa sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bahador dalam usaha memerangi sebarang kepincangan dan kewujudan ‘kartel’ dalam pasukan Sang Saka Biru atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
2. Apa yang didedahkan oleh KPN dalam sidang media beliau pada Isnin (22 Mac 2021) dan beberapa siri program bual bicara sebelumnya, bukanlah satu perkara baru dan tidak juga mengejutkan. Tetapi, keberanian KPN dalam menyatakan iltizam secara terbuka bagi membersihkan salah laku dalam PDRM untuk tidak membenarkan budaya ‘The Blue Code of Silent’ dari terus subur dalam PDRM, perlu dipuji dan disokong sepenuhnya.
3. Dalam sebuah kerajaan yang tidak mementingkan integriti dan prinsip yang mulia seperti Perikatan Nasional (PN), PEJUANG Muda Malaysia menjangkakan bahawa usaha KPN bakal melalui laluan yang tidak mudah.
4. Oleh itu, sokongan ahli-ahli politik dan seluruh rakyat Malaysia untuk KPN meneruskan usaha beliau itu dalam pasukan PDRM adalah diperlukan supaya watak seperti Tan Sri Abdul Hamid Bahador tidak disingkirkan atau diketepikan sewenang-wenangnya apabila bangun bersuara.
5. Kami, PEJUANG Muda Malaysia ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Abdul Hamid Bahador atas keberanian beliau dan berdoa kepada Allah SWT agar dimudahkan usaha murni yang dicita-citakan beliau serta diberikan perlindungan dalam usaha mengembalikan maruah PDRM yang dicemarkan oleh sebilangan kecil anggotanya.
Sekian. Terima kasih.
DR. ABU HAFIZ SALLEH HUDIN
Ketua PEJUANG Muda
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG)
23 MAC 2021
TAHNIAH...LAGI SYARIKAT GERGASI TUTUP KALI INI IBM
March 23, 2021
Pagi ini, syarikat IT gergasi IBM umum mereka akan tutup pusat operasi mereka di CyberJaya.
Pelaburan ini di bawa masuk oleh kerajaan BN masa saya PM dan mula beroperasi pada tahun 2014.
Hari ini, IBM sahkan ianya akan ditutup pada bulan Mei. Sekitar 3,000 pekerjaan nilai tinggi terjejas.
Ini berikutan syarikat teknologi asing T-Systems dengan 800 pekerja di CyberJaya yang juga telah umum tarik diri dari Malaysia pada bulan November tahun lepas.
Pekerjaan-pekerjaan kemahiran teknologi dengan nilai tinggi inilah yang diidamkan Malaysia selama ini.
Amat rugi sekali bagi negara.
“23 Mac 2021: IBM to shut down Cyberjaya Global Delivery Centre on May 31”
https://www.theedgemarkets.com/article/ibm-shut-down-cyberjaya-global-delivery-centre-may-31
NASIB NEGARA BERGANTUNG KEPADA ORANG MELAYU
Kenapa kita gagal mengubah nasib negara?
Untuk mengubah negara ini kepada lebih baik ia bergantung kepada kesedaran orang Melayu...Ini kerana undian org Melayu sahaja (Parlimen Melayu terbesar
) mampu memilih pemimpin yg bersih utk memulihkan/reform negara.
1. Anak2 muda Melayu paling ramai tidak mendaftar sebagai
pengundi. Samada tidak minat, tiada kesedaran politik utk masa depan mereka
atau sibuk bertik tok. Berbeza dgn kaum Cina kesedaran politik dari anak muda
mereka sgt tinggi.
2. Org Melayu era 2000 ramai yg belajar hingga ke Universiti.
Pandai tapi mentaliti mudah dibelengu dgn semangat rasis. Akhirnya apabila
pemimpin2 kecil hanya menyebut nama DAP... ijazah dan Master yg ada seperti
tidak berguna kerana pemikiran mudah dijajah dgn momokkan persepsi.
3. Org Melayu mudah tertipu dgn penjual agama. Hanya melihat
individu berkopiah dan berjubah menghafal beberapa ayat dan hadis... org Melayu
akn terbelengu minda yg jumud.
4. Mudah menerima rasuah. Politik era Mahathir telah membuatkan
org Melayu menjadi materialistik. Org Melayu masing2 ingin menunjukkan
kekayaan. Apatah di zaman FB dan IG. Akhirnya rasuah adalah jalan pintas. Saban
bulan kita melihat dari pemimpin, pegawai2 kerajaan hingga pegawai rendah
ditahan kerana rasuah.
5. Malas berfikir akhirnya mudah terpedaya dgn persepsi. Politik
adalah persepsi. Keadaan skg apabila PN tidak boleh bekerjasama dgn UMNO...
maka pemimpin PN melahirkan persepsi ia angkara Anwar. Apa kena mengena Anwar
dgn perebutan kuasa antara UMNO dan Bersatu. Tapi ramai yg percaya ia angkara
Anwar mahupun Dap.
Jadi sukar negara kita mahu dipulihkan. Sdgkn sejak Presiden
Jokowi menjadi Presiden Indonesia negara kita makin lama makin ditinggalkan
oleh negara jiran. Pelaburan berbillion, lebuh raya, MRT, keretapi laju 300 km
dari Jakarta ke Surabaya, kapal selam dan pelbagai lagi pembangunan pesat
berlaku di sana.
Di negara dlm setahun ini kita sibuk membeli ahli2 politik. Apa
pelaburan dan pembangunan pun kita tak berapa nampak...Bersyukurlah agama Islam
dibawa oleh pendakwah Arab dan Cina ke negara kita. Jika tidak tak tahulah
betapa teruk perangai org kita... kita perlukan Wawasan 2050 pula agaknya utk
menjadi negara rakyat berfikiran maju.
KENYATAAN DATUK EZAM NOOR
1.Beberapa hari ini timbul kembali polemik isu keahlian saya
dalam Parti Keadilan.
2.Saya minta polemik ini dihentikan.
3.Isu ini sudah berlalu hampir setahun lalu.Ketika itu saya
sengaja nyatakan secara terbuka (taktikal) bagi menentang gerakan dilakukan
oleh anasir anti reform (ex Keadilan) yang berusaha keras menarik ahli-ahli
lama bersama mereka.
4.Sekarang parti sudah stabil terutama ahli-ahli lama, reformis semakin
mantap
bersama.
5.Saya lebih selesa membantu perjuangan reformasi dari luar
partai menerusi Gerak98.
6.Gerak98 mahu tumpukan sepenuh fokus menentang musuh-musuh
reformasi yang semakin galak dan terdesak.
Nota: Bagi yang berada di Langkawi.Jumpa di sana 1-3 April
ini.Kita mulakan gerakan menentang musuh no1 Reformasi, Ahli Parlimen
Langkawi.Insha Allah.
Mohamad Ezam Mohd Nor
23 Mac 2021/ 9 Syaaban 1442H.
PERLU SALURAN BETUL ATAU DIDEDAHKAN DI DALAM PARLIMEN
MOHD SHAH RIM
Aku
rasa pendedahan ini, perlu saluran yang betul, bukan melalui media, ex IGP pun
semuanya Melayu, Islam.. kredibiliti PDRM sebagai agensi penguatkuasa tertua
dinegara ini akan dipersoalkan oleh rakyat jika tiada tindakan..
KEADILAN kenal pasti ejen tawar MP lompat parti
POSTED BY AMIR WRLR
KEADILAN telah mengenal pasti beberapa individu yang bertindak
sebagai ejen yang dipercayai terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli parti itu
yang keluar parti atau dipecat sebelum ini.
Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendakwa ejen tersebut membuat tawaran kepada ahli Parlimen KEADILAN supaya lebih ramai wakil rakyatnya meninggalkan parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Katanya lagi, ahli-ahli Parlimen turut dimomokkan dengan persepsi kononnya KEADILAN tiada masa depan dalam politik negara ini.
“Beberapa ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dihubungi pihak tertentu yang memujuk mereka supaya tinggalkan KEADILAN kononnya parti ini tiada masa depan cerah,” katanya.
Tambah Johari, ejen berkenaan berkemungkinan diarahkan untuk menjadi orang tengah dengan menghubungi bekas rakan dalam parti untuk mengukuhkan lagi majoriti PN di Parlimen.
“Ada daripada ejen terbabit yang telah lompat parti dan menjadi sub ejen dan hubungi kawan-kawan ajak lompat masuk PN,” katanya.
Malah, katanya, KEADILAN juga mendapati kebanyakan pemimpin yang lompat parti telah diberikan kata dua oleh individu berpengaruh.
“Hasil siasatan, mereka yang didekati ada masalah tertentu dan sekiranya tidak bersama PN akan dikenakan tindakan atau pendakwaan, contohnya Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang telah dibuka kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Johari berkata, pihaknya berharap SPRM kekal telus dan tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik pihak tertentu.
“Kami tak mahu agensi kerajaan seperti SPRM digunakan untuk tujuan politik. Kalau SPRM nak siasat, biar semua yang terlibat disiasat, jangan selektif,” katanya.
Pihaknya berharap kerajaan PN memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah negara seperti wabak Covid-19, berbanding cubaan memancing ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong PN.
“Ini adalah suatu tindakan yang tidak bermaruah,” katanya.
Johari turut mengesahkan bahawa KEADILAN sudah memfailkan surat saman terhadap individu yang melompat parti untuk diambil tindakan di mahkamah.
“Mereka harus faham bahawa surat yang dihantar itu menuntut mereka membayar RM10 juta kerana menggunakan lambang parti, bukan sebab lompat. Ini kerana penggunaan lambang KEADILAN itu yang menyebabkan mereka menang pilihan raya umum,” katanya.
Terkini! Pemimpin Pas mengaku partinya dah lain bila jadi kerajaan
March 23, 2021
“Dulu bukan main berdegar-degar, demo sana demo sini. Sekarang, bila dah jadi kerajaan, senyap! PAS dan tak macam dulu. PAS dah lain bila jadi kerajaan!” – Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya dalam satu program usrah di Semenyih baru-baru ini.
“Saya setuju”. Itu respons segera saya.
“Kalau sama macam dulu, maknanya PAS bukan kerajaan, tapi masih pembangkang. Pembangkang bukan kerajaan.”, saya tambah.
Ramai yang senyum. Mungkin kerana seronok mendengar jawaban saya. Atau mungkin senyum kerana ada point untuk mereka jawab kepada netizen, apabila soalan seumpama itu mereka hadap.
PAS, apabila menjadi kerajaan perlu buat kerja cara kerajaan, bukan cara pembangkang lagi. Jika pembangkang nature-nya adalah bersuara, bertempik dan berhimpun, itu adalah biasa. Jika pembangkang tak buat apa-apa, maknanya sama ada pembangkang tersebut sudah hilang taring, atau mungkin tak tau buat kerja.
Pembangkang, jika tidak boleh berhimpunpun, sekurang-kurangnya buat sidang media. Itulah kerja pembangkang, sekalipun sidang media tersebut menjadi macam seminar! Yang penting panggil wartawan. Nak cerita apa depan mereka, itu belakang kira.
Populis. Pembangkang memang perlu menjadi populis untuk dilihat masih relevan.
Bila jadi kerajaan kena buat kerja. Merangka kemajuan negara dan melaksanakannya.
Sebagai kerajaan, PAS juga bertanggungjawab meredakan keresahan seluruh warga. Terutama apabila negara sedang menghadapi krisis. Krisis seumpama hari ini – krisis kesihatan dan krisis politik.
Tidak pula ertinya kerajaan terus mengkesampingkan pandangan dan cadangan pembangkang. Dengar dan timbangkan. Ambil dan laksanakan, jika sesuai dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bak kata YB Dr Maszle Malik bekas Menteri Pendidikan; “terima kasih bagi pandangan, tapi anda bukan kerajaan”.
Buat kerja sebagai sebuah kerajaan adalah tanggungjawab, bukan mengejar populariti. Tapi sekiranya jadi populis hasil daripada buat kerja, itu bonus!
Bagi PAS, buat kerja yang diamanahkan merupakan tanggungjawab agama, bukan sekadar tanggungjawab berkerajaan semata-mata. Maknanya, apabila seseorang penjawat melaksanakan tugasnya, dia akan selamat. Tetapi jika ada jawatan tetapi tak buat kerja dia akan diazab.
Benarlah dengan sebuah hadith Nabi SAW; “Tujuh (jenis) orang akan mendapat lindungan Allah di Padang Mahsyar kelak, yang pertama; pemimpin yang adil – iaitu pemimpin yang melaksanakan tangggungjawabnya…”
Jadi kerajaan kena buat kerja. Sudah tentu tak sama macam jadi pembangkang.
Make sense?
SHAFIE NGAH
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor
Dua pemimpin KEADILAN bantu Bersih failkan saman terhadap PM
POSTED BY AMIR WRLR
Senator Dewan Negara, Mohd Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Hang
Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan permohonan sebagai
pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Kedua-duanya membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu dan diwakili pasukan peguam yang diketuai Malik Imtiaz Sarwar.
Ini bagi menyokong tindakan Bersih dan enam NGO memfailkan saman pemula terhadap Ordinan Darurat yang membolehkan penggantungan Parlimen sepanjang tempoh penguatkuasaannya yang melibatkan Seksyen 14 Ordinan Darurat pada 2 Februari lalu.
Menurut salinan afidavit sokongan bagi permohonan itu, Yusmadi berkata beliau dan Shamsul tidak dapat melaksanakan tugas membawa isu berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen.
Beliau mendakwa penggantungan Parlimen telah menghalang mereka untuk memenuhi tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyoal dan membahas tindakan Eksekutif di Parlimen.
Yusmadi dan Shamsul juga berkata mereka bertanggungjawab untuk membahas dan mengundi proklamasi darurat dan Ordinan Darurat kerana Parlimen adalah institusi yang membolehkan semak dan imbang terhadap cabang Eksekutif.
"Sebagai Ahli Parlimen, Shamsul dan saya mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada rakyat Malaysia.
"Seksyen tersebut menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami.
"Oleh itu, isu-isu dalam saman pemula tersebut mempunyai kesan langsung ke atas Shamsul dan saya, terutama atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen. Ia adalah wajar dan adil agar Shamsul dan saya dinamakan sebagai pencelah dalam prosiding ini," katanya.
Selain Bersih dan enam NGO tersebut, pihak lain yang telah membawa pengisytiharan darurat ke mahkamah ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga wakil rakyat pembangkang, dan Khairuddin Abu Hassan.
Bagaimanapun, semakan kehakiman tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, telah ditolak pada 11 Mac lalu.
PADAN MUKA KAU...RASAKANNYA JIKA KUAT SANGAT MERAPU...
Terkini! Dr Kamarul diarah bayar kos kepada pemimpin AMANAH
March 23, 2021
Hakim: YA Tuan Quay Chew Soon
Hakim bersetuju bahawa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif iaitu menamakan Writ sebagai Writ Saman, tiada pengendorsan penyataan tuntutan di dalam Writ dan meletakkan jumlah RM5juta sebagai gantirugi am di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan adalah defective.
Namun Hakim berpendapat defectiveness tersebut tidak lah sehingga boleh membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan.
Tapi memandangkan wujudnya defectiveness tersebut, maka Hakim mengarahkan Plaintif meminda Writ dan SOC mereka sewajarnya dalam masa 7 hari.
Kita (Defendan) berhujah bahawa Defendan harus dipampas dengan kos memandangkan pindaan yang bakal dibuat oleh Plaintif hanya berbangkit setelah permohonan Defendan ini difailkan. Malah hujahan turut difailkan.
Peguam Plaintif (Harris) pohon kos di dalam kausa.
Hakim bersetuju dengan Defendan bahawa memandangkan defective tersebut wujud, maka kos harus diberikan. Jadi Hakim memerintahkan Plaintif membayar RM3,000 kepada Defendan.
MENGAPA LAPORAN RASUAH PM, MENTERI SENYAP?
Mengapa laporan rasuah PM, menteri senyap?
Laporan-laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Perdana Menteri (PM) dan para menteri menjadi inti perbincangan pertemuan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, petang tadi.
Datuk Seri Anwar menimbulkan keresahan rakyat berhubung kes-kes tertentu yang seolah-olah tidak disiasat oleh suruhanjaya berkenaan melibatkan golongan elit tertentu.
“Saya katakan banyak laporan yang dibuat kepada banyak pihak, termasuk PM dan menteri-menteri. Mengapakah tiada siasatan?
“Mengapa kedudukan itu menyelamatkan seseorang dari pertuduhan rasuah. Padahal kita kempen, suruh anak-anak sekolah baca, sekarang pula ada kursus persijilan anti rasuah di universiti. Padahal mereka (rakyat) tahu laporan rasuah, pemimpin besar terlepas. Siapa yang tidak tahu ada pemimpin hidup amat mewah dan kekayaan melimpah ruah tetapi tidak ada tindakan
“SPRM jawab (isu berkenaan), tidak benar ‘kami melindungi’. Siasatan diteruskan walaupun kami tidak mengumumkan. Tidak, saya sepenuhnya (belum) puas hati kerana belum ada dalam sejarah kita ini orang yang berkuasa dilepaskan begitu (sahaja),” katanya dalam sidang media di luar Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya.
Mengenai pertanyaan wartawan, apakah kes-kes cubaan merasuah Ahli Parlimen KEADILAN ditimbulkan, Datuk Seri Anwar berkata beliau tidak berbincang kes demi kes bersama Azam. Namun membicarakannya secara umum.
“Saya faham bahawa tidak wajar SPRM bincang kes-kes dengan saya. Kita bincang umum jadi saya bangkitkan pengalaman saya. Cuma dia bagi jaminan dia akan laksanakan (siasatan) dengan telus dan bebas. Dan saya katakan tugas saya ialah memerhati dan memantau,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar menekankan agar kes-kes tersebut disiasat segera. Katanya, langkah bertemu SPRM adalah untuk melindungi Ahli Parlimen daripada terus terdedah kepada ugutan atau tawaran.
“Cuma itu langkah saya, langkah SPRM mereka mesti siasat. Kalau tidak jadi lepas. Jadi MP for sale,” katanya.
Namun secara keseluruhan Ahli Parlimen Port Dickson itu berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh SPRM.
Beliau memuji sikap prihatin dan lunak SPRM mendengar pandangannya dan mencadangkan pada masa hadapan agar diadakan pertemuan antara Ahli-ahli Parlimen dan SPRM bagi mendedahkan usaha dan fungsi SPRM serta usaha lebih berkesan membanteras rasuah.
TENGOK BOLA BOLEH KE STADIUM, SIDANG PARLIMEN TAKUT COVID?
Tengok bola boleh ke stadium, sidang Parlimen takut Covid?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mempunyai alasan yang munasabah menggantung sidang Parlimen sebagai langkah mencegah risiko merebaknya pandemik Covid 19.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, alasan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kononnya Parlimen dihalang bersidang untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid kerana ke atas Ahli Parlimen yang berusia di atas 60 tahun tidak lagi terpakai.
Katanya, alasan itu luput tarikh selepas kerajaan membenarkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia di stadium yang disaksikan oleh ribuan penyokong.
“Itu jelas menunjukkan bahawa hakikat Parlimen tidak bersidang bukan sebab-sebab khusus Covid sahaja tetapi ada alasan lain.
“Kapasiti bagi sidang Dewan Rakyat adalah ratusan Ahli Parlimen sahaja, berbanding di stadium yang mencecah ribuan orang walaupun dengan beberapa syarat.
“Oleh itu, pada saya sidang Parlimen perlu diadakan segera,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Dr Azman lagi, perlawanan bola sepak secara logiknya lebih berisiko kerana berlaku sentuhan di padang antara pemain, sedangkan sidang Dewan Rakyat misalnya tidak berlaku sentuhan, malah mempunyai penghadang lut sinar antara satu Ahli Parlimen dengan yang lain.
Tegas beliau yang juga doktor perubatan, dari segi kesihatan tidak ada sebab untuk terus menutup Parlimen.
Untuk rekod, pada 3 Mac lalu Takiyuddin mengeluarkan kenyataan tidak perlunya Parlimen bersidang sewaktu darurat.
Di samping itu beliau berdalih, daripada 220 ahli Parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.
“Hampir sebahagian ahli Parlimen adalah kumpulan berisiko…jadi kita tidak mahu mereka terdedah kepada Covid-19 sebab berada di ‘confined area’ iaitu sempit dan tertutup.
“Apabila Parlimen bersidang, seorang ahli Parlimen akan bawa tiga pegawai…bayangkan berapa ramai di tempat itu dengan kakitangan awam lagi,” katanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)