Anda hanya menyibuk! - Najib 'gagal kawal perasaan' layan soalan Al Jazeera
Najib apologises for losing his cool during interviewNajib loses his cool during interview with Al Jazeera
Read more at
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/26/najib-apologises-for-losing-his-cool-during-interview/#CgUuC8Go74vTAEE8.99
MENTERI LUAR ARAB SAUDI SAHKAH DERMA RM2.6B TIADA KAITAN NEGARANYA
Menteri Luar Arab Saudi sahkah derma RM2.6b tiada kaitan negaranya
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di sini hari ini.
Dalam pertemuan yang turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.”
Menurutnya, ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lepas, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.
“Hari ini ulangi sekali lagi bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di Putrajaya.
Pada 2016 ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki, Adel dilaporkan berkata sumbangan derma kepada Najib datang dari Arab Saudi.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” kata Adel seperti dilaporkan pada 2016.
Pada Januari 2016, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata dalam pertemuan mereka itu, beliau turut menyampaikan keputusan kabinet bahawa Malaysia tidak akan menganggotai gabungan tentera pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman.
“Pada masa ini, semua askar kita sudah balik dan kita sudah tidak terlibat,” katanya.
Berhubung cadangan untuk menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Saifuddin berkata perkara itu turut dibincangkan.
“Idea itu pun belum dilaksanakan dan kita tidak akan laksanakan,” katanya.
Mengenai operasi usaha sama Petronas dan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco), Saifuddin berkata perkara itu akan dibincangkan kedua-dua syarikat itu.
“Kedua-dua pihak mahu kerjasama itu dipertingkatkan. Yang paling utama, jumlah dagangan antara kedua-dua negara akan dipertingkatkan,” katanya.
Ditanya berhubung beberapa keputusan kerajaan yang melibatkan kerajaan Arab Saudi, Saifuddin berkata hubungan kedua-dua negara kini berada pada peringkat sangat baik dan mesra.
“Kita mahu meningkatkan lagi kerjasama ini dan persefahaman ini harus dibuat mengikut saluran biasa. Ini bermakna perbincangan menteri luar dan menteri luar sahaja.
“Di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak lagi ada menteri-menteri tugas khas yang membuat kerja-kerja ini,” katanya.
BERLIAN MERAH JAMBU ROSMAH HADIAH PUTERA UAE?
Berlian merah jambu Rosmah hadiah putera UAE?
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan loket rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu yang turut dikaitkan dalam siasatan skandal 1MDB, dibelikan oleh putera dari negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam wawancara dengan Al Jazeera untuk program 101 East, Najib menamakan putera berkenaan sebagai Sheikh Mansour Zayed, yang merupakan timbalan perdana menteri UAE dan naib pengerusi UAE’s International Petroleum Investment Company.
Dalam wawancara itu, apabila pengacara program Mary Ann Jolley menyebutkan bahawa AS$27 juta dari 1MDB digunakan untuk membeli loket berkenaan untuk Rosmah selepas Najib memulangkan AS$620 juta kepada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low, bekas perdana menteri itu kelihatan tidak senang.
Najib berkata Sheikh Mansour merupakan “kenalan rapat” Jho Low yang kini dikehendaki di Malaysia berhubung skandal 1MDB.
Najib juga mendakwa Rosmah tidak pernah menerima berlian berkenaan.
“Apa yang berlaku tentang berlian merah jambu itu adalah pertikaian. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri,” katanya.
Menurut Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, berlian merah jambu itu dibeli oleh Jho Low menggunakan AS$620 juta yang Najib telah pulangkan kepada “penderma Arab”, yang kemudian dikenal pasti adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh proksi Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong.
DOJ mendakwa Rosmah dan Jho Low bertemu dengan tukang berlian yang mereka rantai berlian itu di sebuah kapal layar di Monaco pada Julai 2013.
Ketika diminta mengulas lanjut perkara itu, Najib menjawab: “Kami tidak tahu, apa yang kami tahu ia adalah hadiah daripada Sheikh Mansour yang tahu dengan duit apa ia dibeli dan siapa bayar. Kami tidak tahu! Kami tidak tahu nilai hadiah itu.”
Sementara itu, Najib juga mendedahkan bahawa Sheikh Mohamed Zayed, yang merupakan adik kepada Sheikh Mansour dan putera mahkota UAE – merupakan penaja Red Granite, studio filem Riza Aziz yang juga anak tiri Najib.
“Putera Mahkota Mohamed Zayaed memberitahu dia (Riza) di depan saya sendiri bahawa dia akan melabur dalam filem Riza. Jadi kami anggap sebarang pelaburan yang datang dari Abu Dhabi adalam pinjaman.
“Dan anak tiri saya sedia untuk membayar setiap sen yang diberikan kepadanya sebagai pinjaman kerana ia adalah pinjaman dan dia sedia bayar balik,” katanya.
Berhubung “derma” RM2.6 bilion pula, Najib berkata dia tidak mengenal pasti sumbernya, dan percaya bahawa ia adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi.
“Soalnya ketika saya menerima wang itu, saya tidak mempunyai maklumat perbankan untuk mengetahui sumber wang itu atau sama ada sumber wang itu menjadi pertikaian.
“Kerana siapapun yang memberi dana itu dilindungi oleh undang-undang bank untuk merahsiakan nama mereka, jadi apabila saya terima dana itu, sejujurnya, saya fikir ia adalam derma dan pada ketika itu, apa yang saya tahu adalah berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya.
Wawancara itu akan disiarkan esok pukul 11.30 pagi waktu Malaysia dengan siaran ulangan pada Isnin dan Selasa. Program itu boleh ditonton di laman web selepas siaran kali pertama.
PULAK DAH....
Dulu Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ini pernah mengaku wang RM2.6 bilion yang diterima Najib Razak adalah datang daripada negaranya, Arab Saudi.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Kami juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.
“Justeru, setahu kami, isu ini telah ditutup,” kata Adel Al-Jubeir sebagaimana kenyataannya pada 15 April 2016 lalu.
Tetapi, hari ini ketika berkunjung ke Malaysia, nada kenyataan Adel Al-Jubeir nampak jauh berbeza.
Adel Al-Jubeir dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia dan petang tadi beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Beliau dilaporkan berkata, derma RM2.6 bilion yang pernah diterima Najib itu tiada kena-mengena dengan Arab Saudi.
Pulak dah...
Yang pasti, berita ini tentunya membuatkan Najib makin pening kepala dibuatnya.
Pembela, penyokong dan pengampu Najib juga jadi kelu lidah dan tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Kes berkaitan wang RM2.6 bilion itu pun sudah dibawa ke mahkamah dan Najib berdepan 21 pertuduhan penggubahan wang haram berkenaan dana tersebut.
Sekaligus, pembelaan Najib di mahkamah nampak makin sulit jadinya. (ShahbudinHusin 26/10/2018)
Subscribe to:
Posts (Atom)