Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
BYE BYE PN, MAHIADDIN DAN HADI AWANG – MOU JAMIN ANWAR TIDAK TERANCAM SELAMA LIMA TAHUN
Tidak disangkal lagi perjanjian persefahaman yang dimetrai petang tadi melibatkan semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan adalah jaminan kukuh untuk Anwar Ibrahim mampu kekal tanpa terancam sehingga PRU16 akan datang.
Selain Anwar yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Perjanjian persefahaman berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Agung gabungan politik masing-masing iaitu Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Zambry Ab Kadir (BN); Alexander Nanta Linggi (GPS); Marsidi Manjun (GRS) dan Loretto S Padua Jr (Warisan).
Intipati terpenting dalam perjanjian tersebut yang memungkin Anwar tidak terancam selama ialah ia mewajibkan semua Ahli Parlimen gabungan politik dalam kerajaan perpaduan untuk menyokong usul undi percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri dan rang undang-undang perbekalan selama lima tahun.
Ia menuntut setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Anwar selaku Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan persekutuan.
Perjanjian itu juga menetapkan setiap parti dan pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman parti masing-masing bagi memastikan sokongan Ahli Parlimen untuk mengekalkan kerajaan semasa dalam sebarang undian.
“Setiap parti-parti dan pihak-pihak hendaklah memastikan bahawa setiap ahli parlimen mereka mengundi menurut klausa 4(a) di atas.
“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu yang dianggap sebagai perletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan,” demikian antara petikan kandungan perjanjian itu.
Ia juga menyebut sebuah Majlis Perundingan dan Timbang Tara yang dianggotai oleh wakil-wakil yang diperakukan oleh parti-parti utama iaitu PH, BN, GPS, GRS dan Warisan diwujudkan untuk memastikan segala terma-terma yang dipersetujui dilaksanakan dengan cermat dan teratur.
“Ini agar kerajaan perpaduan Malaysia ini dapat beroperasi dengan stabil dan berkesan, tanpa menjejaskan dasar, polisi dan orientasi parti-parti yang bersetuju untuk membentuk kerjasama tersebut.
“Sebarang perselisihan dan salah faham hendaklah diselesaikan secara harmoni melalui majlis ini,” kata perjanjian itu lagi.
Perjanjian itu juga menyebut bahawa pembentukan jemaah menteri terdiri daripada dua puluh lapan orang menteri atau apa-apa jumlah yang dianggap praktikal dan berkesan.
“Portfolio jemaah menteri hendaklah diagihkan oleh Perdana Menteri setelah melalui perbincangan dengan ketua-ketua parti yang lain.
“Pembahagian portfolio jemaah menteri dan pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas hendaklah berkadar dengan jumlah Ahli Parlimen setiap parti yang membentuk kerajaan,” petik perjanjian itu seterusnya.
Dengan kandungan perjanjian yang begitu teliti itu, Anwar bukan saja dilihat tiada masalah melepasi undi percaya pada 19 Disember ini, malah diberi jaminan untuk kekal mentadbir negara dengan stabil sehingga PRU16 yang dijangka pada 2027 akan datang.
Bahkan, hampir pasti juga sokongan majoriti dua pertiga akan diperolehinya dalam undian usul percaya nanti.
Dalam erti kata lain, makan bolehlah diucapkan bye-bye kepada PN, Bersatu, Pas, Mahiaddin Md Yasin, Hadi Awang dan lain-lain pemimpin yang berhasrat menebuk atap kerajaan perpaduan yang dititahkan Agong ini di pertengahan jalan.
Mereka kini tiada pilihan selain perlu menghadapi perjuangan sebagai blok pembangkang untuk tempoh lima tahun mendatang ini dengan penuh reda, sabar dan jiwa yang tenang.
Sementara itu, Anwar menyifatkan permetraian perjanjian persefahaman ini sebagai detik bersejarah dalam politik negara serta mempunyai hala tuju jelas dalam memastikan kerajaan yang stabil dan mampu menumpukan kepada tadbir urus yang baik dan membangunkan ekonomi.
“Kita capai persefahaman atau muafakat dengan hala tuju jelas membangun negara, menjamin supaya sistem stabil dan tumpu perhatian untuk mengangkat martabat negara kita sebagai negara yang maju.
“Dalam memorandum ini, saya ingin jelaskan yang disepakati bukan soal kedudukan atau habuan tetapi dasar berasaskan tata kelola yang baik dan memacu ekonomi secara segar dan meyakinkan.
“Saya telah diberikan kepercayaan serta terharu dengan bentuk sokongan dan juga komitmen bersama sebagai satu pasukan mantap (di bawah) kerajaan perpaduan,” katanya.
Menurut Anwar, perjanjian itu juga akan membolehkan mereka menghadapi apa jua permasalahan di Parlimen dan di luar dengan satu suara iaitu kerajaan perpaduan Malaysia.
Selain mengutamakan tata kelola yang baik dan ekonomi, Anwar berkata tumpuan mereka juga adalah kepada Perjanjian Malaysia 1963 serta pembangunan dan dasar di Sabah dan Sarawak.
Ketika ditanya sama ada memorandum itu akan memastikan kerajaan yang stabil dan berkekalan untuk lima tahun akan datang, Anwar berkata, beliau “begitu bersemangat” dengan kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh parti-parti yang terlibat dalam memorandum itu.
Menurutnya, rundingan itu tidak begitu sukar kerana masing-masing boleh bersetuju dengan parameter dan dasar bersama. – ShahbudinHusin 16/12/2022.
Jawapan kepada kecaman dan fitnah dari walaun mengenai Ubat PrEP.Mungkin Pantai Timur bilangan pesakit HIV akibat menggunakan jarum dalam ladang sawit mengakibatkan HIV.Atau rajin menyeberang ke negara jiran.
Seorang doktor menerima pesakit yang cedera akibat dibelasah oleh penduduk kampung, dia mencuri duit tabung masjid. Jadi jika doktor tu merawat, adakah dia dikira menyokong pencuri tabung masjid?
KKM keluarkan ubat PrEP demi mengawal penyakit HIV, yang mana ubat ni boleh digunakan kepada penagih2 dadah yang dalam proses rehabilitasi, suami atau isteri kepada penagih dadah, pasukan perubatan yg terdedah dengan pesakit HIV. Jika ada golongan LGBT yg guna ubat ni, adakah KKM dikira menyokong LGBT?
Untuk makluman, ubat PrEP ini bukan hanya untuk pengamal sonsang sahaja
Tetapi ia digunakan kepada
1)penagih2 dadah
2)suami atau isteri kepada penagih2 dadah
3)pasukan perubatan yang terdedah dengan jangkitan hiv seperti doktor, pembantu perubatan jururawat, petugas makmal, yang terpaksa merawat pesakit HIV.
Ubat PrEP ini juga boleh melindungi isteri2 kepada lelaki yang suka melanggani pelacur yang mana ada diantara golongan ini mereka tidak bersalah tetapi dijangkiti hiv akibat kesilapan pasangan mereka.
Kita mengecam perbuatan mereka tetapi bukan bermakna kita perlu benci dan abaikan soal kesihatan mereka dan keluarga.
Berdakwah ini kan ada pelbagai cara, dan tidak boleh berdakwah dengan cara yang sama sahaja bagi setiap individu
Dr Akmal Saleh
Exco kesihatan & anti dadah negeri melaka
Parti politik meterai MoU sokong Kerajaan Perpaduan
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN DAN NAZRIN ZULKAFLI
16 DEC 2022
PUTRAJAYA – Empat gabungan politik menyatakan komitmen mereka menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan ketidaktentuan politik di negara ini.
Perkara itu dimeterai melalui Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di bangunan Perdana Putra, jam 3.15 petang, dekat sini sebentar tadi
MoU itu ditandatangani oleh setiausaha-setiausaha agung gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Pakatan Harapan – PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Barisan Nasional – BN) Datuk Loretto S Padua Jr (Parti Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Gabungan Parti Sarawak – GPS) dan Datuk Seri Marsidi Manjun (Gabungan Rakyat Sabah – GRS).
Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani oleh ketua gabungan iaitu Anwar (PH), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.
ANWAR DIJANGKA MUDAH LEPAS 112 MAJORITI
Anwar dijangka mudah lepas 112 majoriti
on:
Perdana Menteri Malaysia ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melepasi Undi Percaya yang akan diadakan Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, blok kerajaan yang mempunyai 149 kerusi dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengumpul angka majoriti mudah 112 dan berkemungkinan besar akan mendapat jumlah berdasarkan Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan ketika ini.
“Sudah pasti tiada masalah. Blok kerajaan terdiri daripada 149 kerusi dan kali ini tiada ahli boleh mengundi secara individu.
“Usul ini (Undi Percaya) dibuat bagi menghentikan tohmahan bahawa Anwar memimpin tanpa sokongan,” katanya dipetik.
Kekuatan blok kerajaan akan lebih padu kerana menurut maklumat dalaman, perjanjian kerjasama antara parti parti komponen akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Di atas kertas, sokongan ke atas PM Anwar sebanyak 2/3 daripada jumlah anggota parlimen, malah cukup untuk meluluskan pindaan Perlembagaan sekali pun.
Dengan jumlah itu, Yunes yakin pentadbiran Anwar Ibrahim akan memimpin negara sepenggal penuh berbanding pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini yang tidak melepasi 20 bulan.
“Kesemua Ahli Parlimen kerajaan mempunyai motif yang sama (mempertahankan pemerintahan),” kata beliau lagi.
YA BETUL- TAPI KALAU KEMETERIAN SENDIRI LAMBAT UNTUK MEMBALAS FITNAH DAN MENGAMBIL INISIATIF MENJAGA MEDIA PKR SENDIRI BAGAIMANA ?
RAKYAT MAHU TENGOK HASIL PEMERINTAHAN, BUKAN RETORIK
Rakyat mahu tengok hasil pemerintahan, bukan retorik
Rakyat mahukan masalah kehidupan mereka segera ditangani oleh Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk.
Malah kestabilan kerajaan juga bergantung kepada seberapa cekap kerajaan menangani isu isu berkenaan.
Hal tersebut ditegaskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dalam temubual khas RTM, malam tadi.
“Saya rasa rakyat bukan nak tengok retorik tetapi hasil. Sebab itu saya buat pertama kali hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Sara Hidup Negara pagi tadi, meneliti 3 – 4 perkata penting. Kita putuskan dalam mesyuarat kabinet, kita lihat masalah rakyat itu berlegar sekitar isu ekonomi, harga barang.
“Masa saya hadir kali pertama 2 minggu lalu itulah yang disebut, masalah harga minyak masak, telur dan ayam. Saya lihat rakyat memang mahu lihat tindakan.
“Rata rata mesyuarat jemaah menteri yang ditugaskan mereka fokus. Mereka mengambil masa menunggu bekalan (produk) tiba atau mengambil kelulusan Jemaah Menteri. Ada prosesnya. Bukan sekelip mata masalah selesai.
“Di sini saya lihat antara tugas saya adalah untuk membatu memberi sedikit pemahaman (melalui media masa),” katanya.
Mengenai proses berkerajaan, katanya, rakyat Malaysia semakin matang sejak tumbangnya kerajaan BN pada 2018 lalu.
Rakyat juga katanya ‘bersabar’ apabila Kerajaan Negeri dan Persekutuan bertukar tangan beberapa kali sepanjang tempoh 2020 – 2022.
Cuma Fahmi berharap pertukaran kerajaan kali ini dihadapi secara profesional oleh perkhidmatan awam dan rakyat biasa.
“Kalau kita tengok di sesetengah negara yang lain seperti United Kingdom (UK) yang sistem parlimennya hampir sama, di UK ada White Hall, kalau di sini kita panggil Putrajaya. Di situ fungsi dan peranan penjawat awam adalah untuk melaksanakan. Tetapi tidak ada elemen memihak kepada mana mana parti
“Saya lihat Malaysia dalam 10 tahun yang kita tempuh ini, mungkin 2012 hingga sekarang dan 10 tahun akan datang, kita alami perubahan yang agak mendasar, di mana di peringkat negeri kita tengok hal itu di Perak, Kedah, kerajaan silih berganti, sehingga di peringkat Persekutuan pun PM datang dan pergi
“Ini adalah satu peringatan bahawa rakyat Malaysia suka keadaan aman damai, kita saksikan pelbagai perubahan dalam 4 tahun ini. Setiap kali berlaku perubahan itu rakyat menerima dan tidak berlaku sesuatu yang buruk,” katanya.
Fahmi juga menjelaskan konsep Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya tidak mempunyai pembangkang. Namun hal itu, katanya tidak berlaku kerana PN menolak untuk menyertainya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan.
“Kerajaan Perpaduan ini asasnya konsep tidak meninggalkan mana mana parti politik, mengakibatkan di parlimen tidak ada pembangkang, biar pun niat itu tidak tercapai namun hasrat untuk menyatupadukan rakyat itulah yang menamakan kerajaan ini sebagai Kerajaan Perpaduan.
“(Cuma saya harap) parlimen dijadikan tempat menangkat hujah, meneliti dasar dan melalui proses semak imbang dari pembangkang,” katanya lagi.
KERAJAAN PERPADUAN DIJANGKA LEPASI UNDI PERCAYA
Kerajaan perpaduan dijangka lepasi Undi Percaya
Kerajaan Perpaduan dijangka tidak menghadapi masalah untuk melepasi Undi Percaya pada 19 Disember ini
Menurut penganalisis politik Dr Mazlan Ali, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mendapat majoriti besar kerana kerajaannya dibentuk dengan kerjasama Barisan Nasional dan kumpulan parti politik dari Sabah dan Sarawak yang mengumpul 148 ahli Parlimen.
“Bilangan 148 undi lebih daripada mencukupi, sedangkan Anwar hanya memerlukan 112 undi,” kata Mazlan yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau turut menyatakan bahawa anggota parlimen BN telah pun menandatangani perjanjian.
Menurut sumber perjanjian kerjasama dalam kalangan parti politik dalam blok kerajaan pula dijangka akan dimeterai pada 16 Disember ini, yang akan memperkuat ikatan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan.
Di atas kertas, sokongan kepada Anwar kelihatan padu kerana blok kerajaan terdiri daripada 148 kerusi berbanding Perikatan Nasional yang mempunyai 73 kerusi. Jumlah 149 membentuk majoriti dua pertiga kerusi dewan.
Mazlan menambah bahawa sokongan GRS dan GPS juga kukuh dan tidak mempunyai alasan ahli Parlimen mereka bertindak tidak menyokong Undi Percaya.
“Anwar sudah pun mempunyai perjanjian dengan GPS berkenaan dengan perjanjian MA63 (untuk melunasi hak Sabah dan Sarawak). Mereka tiada isu untuk tidak bersetuju.
“Di Sabah pula, (Ketua Menteri) Hajiji telah keluar dengan empat ahli parlimen dari Bersatu,” katanya
Mazlan sangat yakin bahawa kerajaan pimpinan Anwar tidak akan tergugat atau jatuh di tengah jalan seperti kerajaan terdahulu kerana isu pengkhianatan dan sebagainya.
Berkenaan dengan perjanjian kerjasama parti parti kerajaan pula, beliau menyatakan ia bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama PH – BN – GPS – GRS dan beberapa parti kecil lain.
SOKONGAN MP KEPADA KERAJAAN PERPADUAN PADU
Sokongan MP kepada Kerajaan Perpaduan padu
Kerajaan Perpaduan yang dibentuk dengan sokongan beberapa parti politik termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu mewujudkan sebuah kerajaan stabil bagi mengelakkan gugatan politik sebagaimana pentadbiran PN – BN yang lalu.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sokongan yang diterima daripada GRS dan kemudian langkah politik Ahli Parlimen gabungan itu boleh mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan serta kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi percaturan politik pada masa hadapan.
“Sokongan yang diterima Anwar Ibrahim akan menjadi lebih ‘solid’ apabila sokongan GRS ini sudah dinyatakan dan mereka (GRS) mahukan kestabilan politik untuk bergerak ke hadapan.
“Yang penting nanti sokongan tersebut akan memantapkan majoriti dengan jumlah sokongan dijangka melebihi 140 kerusi,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan Undi Percaya di Parlimen nanti atau tidak menyokong PM, maka ia hanya akan memberi implikasi negatif terhadap ahli politik itu sendiri.
Tambah Awang Azman lagi, masa depan politik seseorang itu terutamanya di dalam partinya akan lebur. Oleh itu katanya, tidak seharusnya wujud wakil rakyat yang bertentangan tujuan dengan keputusan majoriti pada 19 Disember ini.
“Wakil rakyat seperti ini tidak mahu bergerak ke depan tetapi masih lagi memikirkan bahawa kerajaan pada hari ini perlu ditukar, sedangkan ianya sudah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja serta disokong pula secara blok parti” ujarnya.
Bagi blok Borneo, kata Awang Azman, mereka akan mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi selepas menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Namun beliau berharap mereka memberi laluan untuk kerajaan benar benar stabil terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan.
“Memang blok Borneo mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi sekarang ini tetapi (mereka) kena sesuaikan dengan bajet kerajaan yang ada. Tak boleh minta sesuatu di luar daripada kemampuan kerajaan misalnya peruntukan tambahan yang terlalu besar, dan memadai dengan keperluan semasa.
“Mereka boleh minta tambahan tetapi tidaklah melampau, sedangkan realitinya bajet kerajaan itu sendiri tidak mencukupi dan mereka perlu realistik,” tegasnya.
NI ORANG KECEWA NI
Tetiba si Jamal
Abdillah pi masuk geng tu. Duk menyanyi elok² nak juga join pengkhianat. Eh ada
Cina dua orang, Tian Chua kan tu?
PM YANG BERANI WALAU MUNGKIN TIDAK GLAMOUR. TAPI DAPAT SELAMAT DUIT RAKYAT JUTAAN RINGGIT.
Semua lantikan politik dalam GLS telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta-merta. Langkah yang sangat berani oleh DS Anwar.
Semenjak Ogos 2022, terdapat 234 lantikan politik dengan 119 lantikan baharu manakala 115 lagi diwarisi dari zaman Mahiaddin.
Ini memang sesuatu yang PH ingin sangat lakukan. Sebenarnya PH telah mulakan pada tahun 2018 tapi dihidupkan semula oleh Mahiaddin melalui Scheme of Things-nya.
Walaupun ini satu langkah yang baik, tetapi takut nanti akan ada balas dendam ketika usul undi percaya pada 19 Disember nanti.
Apa pun, aku hormati keberanian DS Anwar. Nyata beliau pentingkan reformasi berbanding kedudukan beliau sebagai PM. Perbezaan yang jelas dengan Mahiaddin. Guane boh?
Raja Gelap
ULAMA MEMBENCI DSAI?
Beberapa persoalan timbul selepas perjumpaan mahabbah ulama dan asatizah bersama PM10 yang berlangsung di Seri Perdana Ahad kelmarin.
Bagi pendokong tegar Pakatan Harapan, kita memang mengenali wajah seorang demi seorang daripada so called ulama yang hadir itu, sebelum ini merupakan duri kepada perjuangan reformasi. Bukan kerana mereka berlainan fikrah, tapi dari komentar mereka di publik.
Semua kita tahu perjuangan politik ini berlandaskan demokrasi, dan ia di luar dari tuntutan iman dan tauhid. Cuma negara kita yang dominan adalah Melayu Islam lalu Islamlah jadi rujukan kita.
Fikrah agama juga berbeza-beza. Ada yang taksub kepartian, taksub tok Sheikh, taksub mazhab sehingga menimbulkan ketegangan juga. Seperti perbalahan wahabi salafi yang tidak berkesudahan, semua mengaku mereka sahaja yang betul dan merekalah golongan yang dipandu ke syurga.
Politik demokrasi juga begitu, golongan liberal dan pragmatik dengan benderanya, sementara parti berlabel Islam mati-mati berkata bahawa mereka saja yang betul.
Dari kalangan jemputan yang dapat dilihat hadir hari itu adalah pendiri pondok, pondok modern serta ulama kontemporari yang popular. Ramai mereka tiada kaitan mempromosi politik kepartian. Cuma beberapa ulama yang cenderung salafi tidak kelihatan. Mungkin untuk next session mereka boleh hadir.
Admin mengenali beberapa antara mereka yang tegar Aswaja hadir, akan tetapi sebelum DSAI dilantik menjadi Perdana Menteri mereka merupakan individu-individu yang keras membenci dan mempromosi kebencian mereka terhadap DSAI.
Kita tidak layak suuzon. Cuma kebimbangan admin ialah golongan ini manakala naiknya DSAI terus begitu lunak dan menyokong seumpama individu yang hipokrit. Masa belum berkuasa, mereka mengecam, memburukkan dan berulangkali menjadi lidah sambung fitnah terhadap DSAI atas apa persepsi asalkan rakyat membenci DSAI.
Bagi pendokong di lapangan barangkali ada sedikit mual dengan kelompok manusia seperti ini. Tinggal kita sahaja yang mahu mengandaikan bagaimana, DSAI mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.
Kita selalu mendengar luahan DSAI dalam ceramah bahawa beliau pernah makan sehingga ke istana raja, bersama orang ternama, dan beliau juga pernah dihina semasa dihumban ke penjara dan diberi layanan dan makan seumpama anjing belaan.
Mungkin pengalaman derita DSAI telah menjadi pembelajaran berguna kepada beliau untuk meraikan semua jenis manusia, semua kelompok fikrah dan semua bangsa yang ada di Malaysia dan dunia. Beliau terlalu padat dengan ilmu berkaitan perhubungan sesama manusia.
Bagi admin, biar apa jenis asatizah atau ulama yang selalu dan bakal mendampingi DSAI, kita berharap Malaysia menemui satu titik yang harmoni dalam hidup beragama di negara.
Kalau boleh, kita tidak mahu lagi ditakuk lama apabila pergaduhan fikrah mencetuskan kesenjangan yang semakin melebar. Islam adalah agama dari Allah, bukan manusia yang menentukan amalan ibadah dan penafsiran ikut suka. Semua mesti berpandu Al-Quran dan As-Sunnah.
Mengenai penggunaan Seri Perdana yang disuarakan oleh Perdana Menteri untuk dijadikan pusat penyampaian dakwah amat dialu-alukan sangat. Muzakarah sihat seperti ini sudah semestinya ditempatkan di suatu premis yang strategik dan tidak berguna kalau dibangunkan Seri Perdana bernilai ratusan juta hanya sebagai simbol kemegahan tapi dimanfaatkan sebagai pusat magnetik bagi rakyat Malaysia mengenali Islam yang Rahmah.
Diharap pihak stesen TV milik kerajaan bersedia untuk membuat siaran langsung bagi setiap minggu sessi dakwah itu berlangsung.
Sekian: Admin SS
Subscribe to:
Posts (Atom)