HANGPA NAK HARAP APA DARI WALAUN.


 

WALAUN MANA CERDIK


 

HANGPA PANGGE DIA BUAT APA.. DIA MANA NAK DENGAQ... MAU PI TARIK DIA MAI... CAKAP PANDAI.


 

ZAMAN 33 BULAN KAPAL TEEBANG LALU BOLEH LAK...




 Hanya kapal perang israel saja diharamkan di Malaysia, negara lain termasuk rakan seperti PRC, Turki, Kanada, Korea Selatan, India, Algeria termasuk Asutralia, New Zealand, Indonesia , UK, Singapore dialu alukan singgah dipelabuhan di Malaysia..


Pesawat pengintip lalu ruang udara Malaysia. 


Apa motif yang BERSATU nak mainkan..?? patutlah kalah teruk di Mahkota.. padam muka..



FAHAMI FAKTA KES. NAK HERET OMX MACAMANA PULAK.?

 RMS. 


Cuba fahamkan kronologi kes..



Bloomberg buat dakwaan kononnya ada ada arahan pada SPRM dari PMX agar jangan siasat Farhash, sumber tidak dinyatakan


SPRM menafikan kenyataan Bloomberg.


PMO menafikan kenyataan Bloomberg.


Pembangkang mahu PMX saman bloomberg. 

Bini Daim mahu PMX saman Bloomberg.


Polis mengesahkan telah panggil Isham Jalil dan akan memanggil wakil Bloomberg.


Dalam pada itu, PMX dilabel menyalahgunakan kuasa oleh peguam Daim yang skrg sedang dibicarakan kerana songkap duit negara.


Bagaimana tidak membuat laporan polis terhadap Bloomberg dilabel salah guna kuasa.??


Tidak berlaku penyalahgunaan kuasa kerana dakwaan Bloomberg telah dinafikan oleh SPRM dan PMO, jadi tidak wujud kes kecuali SPRM atau PMO mengakui ada arahan dari PMX .


Apa yang berlaku, cubaan pihak yang sedang dibicarakan untuk membalas dendam dan cubaan pembangkang untuk menimbulkan isu yang sebenarnya tidak pun wujud.


Polis akan mengambil rakaman perbualan wakil Bloomberg, jika dibuktikan wujud kes, polis akan bertindak.



HADI AWANG JUMPA SULTAN MANA?

 RMS


Menanti Istana Selangor naikkan gambar hadi Awang jumpa Sultan Selangor.. takan takde...sedangkan dia 'gagahkan' diri berjumpa Sultan Sultan'



9 Oktober 2024 ~ 


DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut menghadap, Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YB Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin.

Pada pertemuan ini, Baginda berkenan menitahkan agar satu jawatankuasa dibentuk bagi menghasilkan kertas kerja terperinci untuk mengenalpasti kaedah terbaik memulihkan kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang berjumlah lebih 600 orang.

Baginda mahu perkara ini dikendalikan dengan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana membabitkan masa depan kanak-kanak yang terlibat.

Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada DYMM Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan.



ELEH USTAZAH NI.... KAU MELALUT APA LAK BAB JANTINA DAN PEMIMPIN.


 Che Ibrahim

1. Salah memilih isteri/suami ada laluan keluarnya, sebab itu ada syariat talak/tebus talak/fasakh dalam perkahwinan. 



2. Salah memilih pemimpin ada laluan keluarnya samada menarik balik walak dan bai'ah kepadanya, menjatuhkannya atau memilih pemimpin lain bila tiba masanya. 


3. Jangan persalahkan jantina kerana setiap jantina ada peranan, tanggungjawab dan hak masing masing yang Allah telah tentukan atau rahsia dan hikmat yang tersingkap di sebalik kejadiannya. 


4. Samada tersalah memilih isteri/suami atau tersalah memilih pemimpin bukan satu dosa kerana kedua duanya perkara ijtihadi. Allah tidak bebankan ke atas kita kecuali dalam ruanglingkup kemampuan kita.



DAH LAWAN PRESIDEN. UGUT PULAK.... HERO LA TEW...


 Terang-terangan lawan presiden ni. Tapi tu la. Kenapa Zahid Hamidi takut sangat nak tegur budak ni secara 𝘥𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵 pun tak tahulah. Akmal ada simpan rahsia Zahid ke?



Akmal kata kalau usik dia, dia takkan berdiam. Tapi tak ada siapa pun usik dia. Masalahnya dia yang 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵. Dia yang suka 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿-𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 dan 𝗮𝗱𝗮-𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. 


Akmal ni tak layak duduk Malaysia. Kalau nak tinggal di Malaysia pun kena 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗴𝘂𝗮. Sebab dia ni jenis makhluk yang 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝘂𝗹. 𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


[panas] LOKMAN ADAM MENJAWAB FITNAH TULAR! PELBAGAI FITNAH DIJAJAH GENG ...

BENDA BOLEH BINCANG , BUAT APA NAK GADOH-GADOH

 


GPS BERI AMARAN KEPADA PKR SARAWAK

9 October 2024

Seorang pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memberi amaran kepada PKR Sarawak agar tidak menganggu keharmonian atas nama demokrasi selepas mengumumkan rancangan untuk bertanding pada PRN akan datang.

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau tidak akan membantah PKR bertanding dalam pilihan raya dan mengadakan jelajah di seluruh Sarawak bulan depan menjelang PRN.

Bagaimanapun, naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu berkata PKR Sarawak perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada tindakan mereka akan menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak.

Ditanya sama ada perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan GPS dengan PH di peringkat persekutuan, Karim berkata ia adalah soalan yang harus dijawab oleh pemimpin tertinggi PH.

“Jika atas nama demokrasi, PH negeri perlu bertanding menentang GPS dalam pilihan raya akan datang, biarkan mereka.

“Tetapi kita akan menilai pucuk pimpinan PH berdasarkan tindakan, restu dan sokongan mereka terhadap bahagian negeri.

“Kerajaan perpaduan ditubuhkan atas asas kepercayaan. Mari kita lihat siapa yang melanggar amanah itu.

“Nasihat saya kepada PH Sarawak adalah untuk menyokong GPS sedia ada dan tidak mengganggu keharmonian atas nama demokrasi,” kata Karim kepada FMT.

Menteri negeri itu menegaskan bahawa Malaysia adalah negara demokrasi dan GPS tidak akan menghalang sekutu persekutuannya daripada bertanding dalam pilihan raya Sarawak akan datang.

Beliau berkata GPS telah menjalankan tugas dengan baik dalam mentadbir Sarawak, tetapi bersedia untuk membenarkan pengundi menyatakan pandangan mereka dengan membuang undi sekiranya berlaku cabaran oleh PH negeri.

“Politik adalah mengenai penyatuan rakyat, membawa kemajuan dan pembangunan kepada negeri dan negara, tadbir urus yang baik dalam pentadbiran dan membina keharmonian sosial, agama dan kaum.

“Saya percaya inilah yang kerajaan GPS kerajaan lakukan sekarang.

“Jika pemimpin tempatan PH di Sarawak merasakan kerajaan GPS Sarawak tidak berbuat demikian, mereka bebas mengadakan jelajah politik dan meyakinkan rakyat Sarawak bahawa kerajaan negeri sedia ada perlu ditukar.

“Keputusan muktamad terletak pada rakyat dan saya percaya rakyat Sarawak akan bersikap waras dan analitikal sebelum mereka mengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Pada Ahad, Ketua Penerangan PKR Sarawak Tay Wei Wei berkata bahagian negeri akan bertanding setiap kerusi yang diperuntukkan oleh PH Sarawak semasa PRN yang lalu.

Beliau juga berkata PKR Sarawak akan memulakan jelajah pilihan raya di seluruh negeri mulai November dan mengadakan kempen keahlian untuk persediaan menghadapi PRN akan datang dan membuktikan kepada rakyat Sarawak bahawa PKR dan PH serius untuk berkhidmat kepada mereka.

Pada PRN 2021, PKR Sarawak gagal memenangi satu kerusi di DUN walaupun meletakkan 28 calon, 22 daripadanya kehilangan wang deposit.

Rakan komponen PH Amanah turut tewas, manakala DAP Sarawak hanya berjaya mempertahankan dua daripada tujuh kerusi yang dimenanginya pada 2016.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/

 

[PANAS] AMARAN KERAS DARI TPM DS ZAHID! JANGAN CUBA USIK KOMPONEN PARTI ...



Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar berhenti mengusik komponen parti Kerajaan Perpaduan. Beliau juga berkata Pakatan Harapan tidak perlu meminta maaf kepada Umno berhubung tohmahan yang dibuat pada masa lalu. “Tak perlu permohonan maaf. Jangan peril komponen parti Kerajaan Perpaduan. “Kita perlu saling menghormati, apa yang penting sekarang ialah kita perlu kekalkan perpaduan kerajaan ini,” kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan timbalan ketua BN Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahukan PH memohon maaf di atas tohmahan yang telah membentuk persepsi terhadap Umno dalam kalangan pengundi. Jazlan yang menganalisa keputusan PRK DUN Mahkota berkata tiada satu-satu parti dari BN mahupun Pakatan Harapan boleh mendakwa dirinya adalah tulang belakang Kerajaan Perpaduan. Zahid berkata kenyataan tersebut pandangan peribadi Jazlan dan tidak mewakili pendirian parti. “Kenyataan yang dibuat oleh Nur Jazlan, (Ketua Pemuda Umno) Dr Akmal (Saleh) adalah pandangan peribadi mereka. Selagi kenyataan tidak dibuat oleh ketua parti atau presiden ia dianggap pandangan peribadi,” katanya. Zahid bagaimanapun tidak menjawab ketika ditanya sama ada Umno akan ambil tindakan terhadap Jazlan.



Lokman Adam jawab fitnah Tentera Laut China diundang SJKC Pulau Pinang

[PANAS] NAMPAKNYA AKMAL MASIH TERUSKAN DENGAN KESOMBONGANNYA DAN KEEGOAN...



Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti-parti kerajaan. Walaupun Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh tidak menyebut langsung teguran presidennya itu namun dipercayai dia bertegas menegakkan pendiriannya sebelum ini yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'kontroversi'. "Kalau takut kena usik,jangan sesekali usik kami dulu. "Jangan ingat kamu usik kami, kami diam membisu sahaja. Orang lain mungkin, tetapi bukan kami," kata Akmal pada hantaran di media sosial yang disertai tanda pagar #Pemuda Umno Malaysia.


[mengejutkan] PERKEMBANGAN SKANDAL 1BESTARINET! POLIS SIASAT ISHAM JALIL...


SPRM sedang mempertimbangkan untuk memanggil bekas Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet yang membabitkan sebuah syarikat yang dilantik oleh kementerian untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 8,000 sekolah didakwa membuat tuntutan palsu. Menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, nama Mahdzir adalah antara dalam senarai penyiasat selain bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. “Ramai yang sebut nama Muhyiddin kerana projek itu bermula semasa dia adalah menteri pelajaran, tetapi siasatan ini bukan sahaja tertumpu kepada (zaman) Muhyiddin. “Ramai yang lupa tentang Mahdzir Khalid, yang pernah menjadi menteri pelajaran selepas Muhyiddin dipecat. Dia memutuskan untuk meneruskan projek itu. "Jadi ada dua bekas menteri yang kami cadang untuk panggil kemudian, jika perlu. Kerana menteri adalah orang yang memutuskan perkara dasar," kata sumber itu, yang enggan namanya didedahkan. SPRM baru-baru ini melancarkan siasatan ke atas projek 1BestariNet yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan kepada YTL Communications Sdn Bhd pada 2011 atas dakwaan pembayaran untuk tuntutan palsu. Program RM4.47 bilion itu, yang dianugerahkan melalui tender terbuka, bertujuan untuk melengkapkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara dengan perkhidmatan jalur lebar dan mewujudkan persekitaran bilik darjah maya. Muhyiddin adalah menteri pendidikan ketika itu di bawah pentadbiran Najib Razak. Sejak siasatan itu dimulakan, SPRM telah merekodkan kenyataan bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang memutuskan untuk menghentikan projek itu selepas dia memegang jawatan berkenaan pada 2018. Agensi anti rasuah itu juga telah menyerbu pejabat YTL dan sebuah pejabat kerajaan, kedua-duanya di Kuala Lumpur. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi berkata dia tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memanggil Mahdzir dan Muhyiddin untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu. Katanya, suruhanjaya itu mahu menganalisis semua bukti yang mereka kumpul terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada untuk memanggil bekas menteri itu ataupun sebaliknya. Ditanya maklumat terkini kes itu, Azam berkata penyiasat SPRM sedang berusaha untuk mengesahkan tuntutan bulanan yang dibuat oleh syarikat tersebut. Menurut ketua pesuruhjaya itu, pegawainya telah melawat beberapa sekolah setakat ini untuk menyemak sama ada perkhidmatan telah disampaikan seperti yang didakwa oleh syarikat itu ataupun tidak. Seperti yang ditunjukkan oleh sumber kepada Malaysiakini, difahamkan antara aspek yang diteliti SPRM ialah syarat kontrak untuk syarikat berkenaan membina menara transmisi di setiap sekolah. Azam berkata siasatan dijangka meliputi "sebanyak mungkin sekolah". Dia menganggarkan proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan, memetik SPRM mempunyai bilangan pegawai yang terhad dan proses penelitian yang terbabit. “Sehingga minggu lalu, kita telah merekodkan keterangan sekurang-kurangnya 30 saksi termasuk pegawai Kementerian Pendidikan, kakitangan syarikat dan lain-lain. “Antara cabaran yang kita hadapi ialah berjumpa dengan pegawai menteri yang terlibat dalam mengendalikan proses perolehan projek itu, kerana ramai daripada mereka telah bersara. "Kami juga sedang menunggu beberapa lagi dokumen daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.



TAHNIAH! DS ANWAR IBRAHIM PMX PEMIMPIN ISLAM BERPENGARUH DI DUNIA! DIMAN...



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaru The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2025. Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, yang mengucapkan tahniah kepada perdana menteri apabila berjaya menaikkan kedudukannya di tangga ke-15 berbanding ke-17 tahun lepas bagi kategori sama. “Kejayaan ini menunjukkan satu teladan ketokohan dan kepimpinan yang inklusif untuk masyarakat berbilang kaum,” menurut Nga dalam hantaran berkenaan. Berdasarkan penerbitan itu, Anwar merupakan antara 50 individu yang tersenarai sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia selain Raja Jordan Raja Abdullah II Al-Hussein yang menduduki tangga pertama; Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima); dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (ke-18). The Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang menerbitkan buku itu juga berkata Anwar berada di tangga kesembilan bagi kategori pemimpin dan ahli politik Islam berpengaruh dunia, mengatasi Prabowo (ke-10) dan Presiden Mesir Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (ke-11). Penilaian ke atas mereka dibuat berdasarkan pengaruh masing-masing dalam membuat perubahan dari segi budaya, ideologi, kewangan, politik dan lain-lain ke atas komuniti Islam dan juga di peringkat antarabangsa. Dalam pengenalan ringkas mengenai Anwar, penerbitan itu menyatakan perdana menteri lantang mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman Israel. "(Anwar) Ibrahim telah menjadi penyokong lantang hak Palestin untuk menentang pendudukan. Pertemuannya dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh, Allahyarham Ismail Haniyeh) telah mendapat kritikan daripada Amerika Syarikat. "Siaran media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah diturunkan, yang mendorongnya untuk berkata: "Biar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen rejim Zionis Israel yang menindas," menurut penerbitan itu.




PMX DI VENTINE


Tugasan di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao pagi ini bermula dengan menghadiri Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 bersama delegasi Malaysia.














Saya dan ketua-ketua negara anggota ASEAN lain disambut Perdana Menteri Lao PDR, Sonexay Siphandone, sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama pimpinan ASEAN di bawah Kepengerusian Lao PDR.




================




This morning’s engagements in Vientiane, Lao People’s Democratic Republic, commenced with the Opening Ceremony of the 44th and 45th ASEAN Summits.




Together with fellow ASEAN leaders, we were warmly received by Prime Minister Sonexay Siphandone of Lao PDR before proceeding to the first official leadership meeting under Lao PDR’s Chairmanship.




#MalaysiaMADANI




PEMBOHONG JA ISHAM JALIL NI.


RMS


 Aku kenal Isham Jalil ni lama melalui Black Ops ketika UMNO terpecah dua kem..dia tak kenal siapa aku yang sebenar kerana aku guna identiti lain..



Dakwaan dia disiasat kerana mahu PMX saman Bloomberg ni untuk  tak logik sama sekali..kerana MP Pasir Mas yang mula mula mencadangkan PMX saman Bloomberg tidak pula dipanggil polis.. tapi biasalah Isham Jalil.. dia create scene untuk menunjukkan dia jadi mangsa dan dalam masa yang sama hero dimata walaun..




HADI AWANG PATUT SEDO DAN PAHANG... RAKYAT MALAYSIA DAH CERSIK. BUKANG JADI BELUKANG PECAH BELAH MASYARAKAT

 


Jelas. Ini sepatutnya menjawab tohmahan kononnya ada 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 di negara ini.



Selagi ada 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, tak semudah itu untuk usik 5 perkara yang disenaraikan di bawah. Kelulusan ⅔ parlimen pun 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝘂𝗯𝗮𝗵 perkara-perkara ini 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 9 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Kerana itu Raja-Raja Melayu punyai peranan penting dalam perlembagaan. Sebab mereka adalah benteng terakhir kita. Dan sebab itulah Raja-Raja Melayu 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Atas sebab itu kerajaan tidak mahu isu 3R dimainkan sesuka hati. Kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻.


Tapi lihatlah sendiri siapa yang kerap 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 terhadap Sultan dan Istana? Mahiaddin dan Sanusi tu dari parti mana? 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗮 pula yang sering menghina dan mempertikai Sultan di media sosial?


Dan PN juga tolak MoU kerana 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 dari bercakap isu 3R. Dah kenapa PN 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 bercakap isu 3R? Siapa yang nak tukar perlembagaan ni? Takkan PH pertahankan institusi Di Raja jika PH berniat nak ubah perlembagaan yang perlukan persetujuan Istana?


Kalau tengok dari cara PN 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 (dalam isu darurat), 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 (Sanusi dan Mahiaddin), nampaknya PN yang cuba nak kurangkan kuasa dan pengaruh Raja-Raja Melayu. Apa tujuan?


Lagi pula dengan pengaruh 𝗥𝗲𝘃𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗜𝗿𝗮𝗻 yang jadi inspirasi sesetengah pemimpin PN, ada kemungkinan isu perlembagaan yang PN mainkan ni sebenarnya 𝗣𝗡 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁. Sebab tu dia selalu sebut. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ISU KAPAL TENTERA KAPAL SELAM SINGGAH DI PELABUHAN PORT CORNWALLIS NI SEJAK 70AN 80AN LAGI WOII.. ORANG PENANG TAK HERAN LAH... WALAUN MEQAK BUIH JA BUAT ISU... POOODAHCIKK.

 

Ahmad Mursi


𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗗𝗨𝗟𝗨



Kecoh Kapal Perang China berlabuh walhal dah berlaku sejak dulu lagi oleh banyak negara dan kuasa besar dunia. Kita negara neutral.


2024:


USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang – (17/7/2024)

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1272713/kapal-tentera-laut-uss-blue-ridge-berlabuh-di-pelabuhan-klang


TCG Kinaliada (Turki) singgah di Malaysia – (13/05/2024)

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapal-perang-tcg-kinaliada-milik-turki-singgah-malaysia-470303


2023:


Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang – (19/08/2023)

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapal-tentera-laut-china-berlabuh-di-pelabuhan-klang-433548


HMCS Ottawa (Kanada) berlabuh di ibu negeri – (11/10/2023)

https://sabahmedia.com/2023/10/11/kapal-perang-kanada-hmcs-ottawa-berlabuh-di-ibu-negeri/


USS Pearl Harbor berlabuh di Kuantan – (8/9/2023)

https://www.dagangnews.com/article/kapal-uss-pearl-harbor-berlabuh-di-kuantan-terlibat-latihan-bantuan-kemanusiaan-eksesais-pacific-partnership-2023-30153


2022:


USS Milius berlabuh di Kota Kinabalu – (21/10/2022)

https://www.malaysiakini.com/news/640595


Kapal perang India berlabuh di Pelabuhan Klang – (29/8/2022)

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/876464/kapal-perang-india-berlabuh-di-pelabuhan-klang


2017:


Kapal perang Korea berlabuh di Sabah – (24/11/2017)

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/287030/kapal-perang-korea-berlabuh-di-sabah-metrotv


2016:


Kapal Tentera Laut Algeria berlabuh di Pelabuhan Klang – (10/2/2016)

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/02/10/kapal-laut-algeria?la=en


Armada Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang – (2016, 749 pegawai tentera China)

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2016/10/199800/armada-laut-china-berlabuh-di-pelabuhan-klang


2011:


USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang selama tiga hari – (8/3/2011)

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/03/08/uss-blue-ridge-berlabuh-di-pelabuhan-klang-selama-tiga-hari


2010:


USS Abraham Lincoln berlabuh di Pelabuhan Klang – (8/10/2010)

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/10/08/kapal-uss-abraham-lincoln-berlabuh-di-pelabuhan-klang-jumaat



PELABUHAN TLDM KAT PORT CORNWALIS NI MACAMMACAM KAPAL TENTERA SINGGAH. KEPAL SELAM PUN BANYAK SINGGAH.. SWJAK 80 AN LAGI. APA NAK HERAN TAKAT KAPAL PERANG CHINA SINGGAH.


 

FITNAH WALAUN DAN PNCACAI KENA BALIK.


 

MANA ADA SEMBOYAN... SEMBUNYI ADA LA. ..


 

UNJURAN 4.9 % EKONOMI NEGARA.


 

TOK HANG. MANA ADA MANUSIA MAKAN NASI DENGAN AIR OREN. BAGI PADA BERUK OUN TAK MAU MAKAN.


 

TERJERIT JERIT MACAM KONGKANG... FAKTA KE LAUT.. INGAT ORANG ZAMAN NI BODO KAH?

Zamri Zainal Abidin.. 


 Suara pagi


"PMX tidak henti-henti berjalan (makan angin) dengan jet peribadi milik kerajaan."





Begitulah, secara mudahnya maksud ceramah seorang tok guru mengutuk aktiviti Dato' Seri Anwar Ibrahim yang selalu ke luar negara satu lepas satu. Dikuatkan lagi kutukannya itu dengan mengatakan dakwaannya itu berasaskan 'fakta'. Suaranya yang terjerit-jerit itu menunjukkan kotak fikirnya memang yakin seratus persen apa yang didakwanya itu betul dan benar. Saya tidak pelik kerana sejak kenal tok guru itu di Mesir dahulu pun memang begitulah gayanya berceramah. 


Apakah benar dakwaannya satu fakta? Pada saya, berfikir bahawa PMX ke luar negara untuk makan angin itu pun sudah di luar akal sihat. Cuba teliti beberapa perkara mudah untuk kita 'menilai' aktiviti PMX.


1. Ketika ke luar negara PMX jarang ke luar bersama-sama isteri tercinta, Kak Wan Azizah. Bahkan satu moment yang sesiapa pun menyaksikannya akan terharu. Kak Wan menunggu di KLIA memyambut suaminya dengan reaksi rindu yang mendalam.


2. Tidak pernah ada dalam agenda lawatannya sesi padang golf dan seumpamanya. Sebaliknya ruang riadah beliau adalah dengan 'bris walk' di sekitar hotel penginapannya dan pernah dilakukan pada malam hari bersama-sama para delegasi. PMX terkenal seorang yang istiqamah dalam mengeluarkan peluh maka sebab itulah beliau sentiasa cergas pada usia 77 tahun.


3. Aktiviti rasmi sama ada mesyuarat, sidang akhbar, majlis tandatangan persefahaman dan tidak ketinggalan ceramah kepada khalayak akademik dan mahasiswa di universiti yang terlalu padat dalam sehari. Anggaran lima aktiviti sehari ketika berada di luar negara adalah lumrah. Tidak ada langsung masa untuk riadah yang tidak bermakna.


4. Setiap kali ke luar negara, antara aktiviti yang tidak ditinggalkan ialah pertemuan dengan golongan ilmuan Islam di negara terbabit. Kesungguhan dan konsisten PMX dalam aktiviti ini apabila beliau tidak kekok menyantuni dan berucap di hadapan khalayak mereka. PMX bukan dari kalangan ulama', tetapi idea dan cetusan pemikiran beliau sentiasa malar segar dan diterima baik oleh ulama' di luar negara. Mungkin standard mereka yang mengaku ulama' di Malaysia terlalu tinggi untuk menerima dan menghadam ucapan dan cetusan idea PMX. 😄


5. Demi tugas PMX berkorban kepentingan peribadinya seperti mana beliau tidak mengambil gaji sebagai seorang Perdana Menteri. Pada masa ini PMX sudah mendarat di Vientiane, Laos untuk sidang Kemuncak ASEAN 44-45, sedangkan baharu semalam kita dikejutkan dengan berita Kak Wan dimasukkan ke hospital dan masih berada di bawah pengawasan para doktor di Hospital Sultan Idris Shah. Apakah betul pemikiran kita untuk beranggapan PMX gemar sangat makan angin sehingga sanggup meninggalkan isteri tercinta yang masih di hospital? Nauzubillahhi, semoga dijauhkan daripada pemikiran songsang seperti itu.


Selamat bertugas demi rakyat PMX, semoga Kak Wan segera sembuh dan kembali cergas beraktiviti untuk rakyat seperti mana biasa. Semoga Allah SWT memberkati dan memberikan inayah kepada kalian berdua. Rakyat Malaysia banyak terhutang budi kepada PMX dan Kak Wan. Aamin. 


https://www.facebook.com/share/p/15gLKJPbQy/



TAK SETTLE LAGI RUPANYA BANJIR DI KEDAH.. .... WALAUN TAK MAU SARANKAN SANUSI LETAK JAWATAN KAH?

Izlin Idris 





Kedah tu dari minggu Sanusi kat Jepun hinggalah malam tadi masih lagi rakyat Kedah buat live banjir.. masih tak settle banjir..

So Sanusi letak jawatan dulu ke, dah ke waktu banjir hilang tak balik tengok rakyat. 



DUA BENDA YANG PATUT TAU.....







Jual temberang bab agama bagai.. Anak pinak mewah gak hidup dengan mogo besar la bagai.. Takut nak istihar harta la tewww. 




Rupanya budak ni dia meluat lama dah... Patut dia dok gelabah bewak sana sini... Mmmmm... Ya ampu salam... 




TUDIAAAA PMX... HEBAT NOHH... JANGAN LA SAKIT HATI.



Najib Bakar


 PMX Anwar Ibrahim di tangga ke 15 Muslim paling berpengaruh di dunia.


Satu-satunya orang Melayu di top 15. 🫡🫡🫡


*Depa silap kata PMX adalah PM Malaysia ke 20. 😅







TAK KAN JUMPA KETUA WALAUN ISTANA TAK UP GAMBAR.


RMS


 Jumpa Ketua Jabatan pun, Istana Selangor share difb, takan jumpa hadi awang langsung takde gambar?




PM DI LAOS

 

Alhamdulillah, saya selamat tiba ke Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao malam ini untuk mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 yang akan membuka tirai secara rasmi esok.






Saya bersama-sama delegasi Malaysia akan turut menghadiri sidang-sidang kemuncak berkaitan, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa ketua dan pimpinan kanan pelbagai negara sehingga Jumaat.


Persidangan ini amat bermakna buat negara berikutan Kepengerusian ASEAN tahun hadapan akan diserahkan kepada Malaysia di sini. Doakan kejayaan buat delegasi negara dan semoga segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI


ADA PELUANG MILIKI HORNET



 Baru ni Menteri pertahanan, Panglima TUDM dan berapa wakil MINDEF telah lawatan ke Ahmad al-Jaber Air Base



Kuwait setuju utk jual 33 F/A-18 HornetC dan D utk Malaysia selepas mereka terima Super hornet pada Q1 2025 dan dapat light green dari US ( pada bulan lepas PTU kita pun dah lawatan ke US utk bab beli ex kuwait hornet ni rasa mmg xde masalah )


Malaysia akan lock semua stock dan barrel F/A-18 hornet C dan D Kuwait



TAK RUGI DAN TAK JADI KAPIR.




 Betul la tu, San. Johor tak mundur cuti Jumaat Sabtu. Juga 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 kalau cuti Sabtu Ahad. Cuba semak sejarah Islam. Semak hadits. Ada tak Nabi ﷺ pesan 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝘂𝘁𝗶 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁?


Nabi ﷺ anjurkan ibadat khusus hari Jumaat seperti 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗞𝗮𝗵𝗳𝗶. Ada buat? Tapi tak ada pula larangan bekerja. Tadi pula aku baru terbaca, yang cuti Jumaat Sabtu ni 𝗬𝗮𝗵𝘂𝗱𝗶.


𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗻𝗶 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵. Selagi boleh beribadah, selagi Islam 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴, tak ada masalah. Masa kerja, buatlah kerja dengan bersungguh. Masa ibadah, beribadahlah dengan penuh khusyuk.


Cuti Jumaat Sabtu ni ok kalau swasta pun sama cuti Jumaat Sabtu. Tapi kalau hanya setakat sekolah dan agensi kerajaan, manakala swasta pula masih lagi cuti Sabtu Ahad, masa untuk ibu bapa yang bekerja swasta untuk bersama anak yang masih sekolah 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱.


Janganlah semata-mata hendak 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 sampai kurangkan 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮. Hassan kan dah tua. Takkan tak tahu 𝘷𝘢𝘭𝘶𝘦 luangkan masa dengan keluarga. Takkan tak faham?


Aku sendiri pun selesa cuti Jumaat. Tak terkejar-kejar nak ke masjid. Lagi pun aku kerja 𝘰𝘧𝘧𝘴𝘩𝘰𝘳𝘦. Isteri aku pula guru. Tak jadi masalah untuk kami cuti Jumaat Sabtu atau Sabtu Ahad.


Tapi kesian la pada orang lain. Cuma Sabtu je dapat jumpa anak. Ahad anak sekolah. Jumaat dia kerja. Tu yang ramai budak 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗵𝗮𝗱 dengan alasan 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 tu.


Hassan ni makin tua makin sama corak pemikirannya dengan walaun. 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗼𝗹-𝗺𝗮𝗻𝘁𝗼𝗹! Walaun pun gigih kaitkan dengan ke gereja. Eh bila masa pulak orang suruh walaun pergi gereja?


Kalau ko memang suka beribadah, tak kira hari tetap akan beribadah. Bukan haram pun baca Quran di hari Sabtu Ahad. Sepatutnya 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶, bukan hari Jumaat je pun.


Mungkin 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 boleh cuba rekrut Hassan 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗔𝗦. Untung kalau PAS dapat dia ni sebab otak dia 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣 𝙗𝙮 𝙙𝙚𝙛𝙖𝙪𝙡𝙩. Tak payah nak 𝘴𝘩𝘢𝘱𝘦 lagi. Kira macam 𝙥𝙡𝙪𝙜 𝙣 𝙥𝙡𝙖𝙮 la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.