Alhamdulillah, saya selamat tiba ke Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao malam ini untuk mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 yang akan membuka tirai secara rasmi esok.
Saya bersama-sama delegasi Malaysia akan turut menghadiri sidang-sidang kemuncak berkaitan, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa ketua dan pimpinan kanan pelbagai negara sehingga Jumaat.
Persidangan ini amat bermakna buat negara berikutan Kepengerusian ASEAN tahun hadapan akan diserahkan kepada Malaysia di sini. Doakan kejayaan buat delegasi negara dan semoga segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI