Che Ibrahim
1. Salah memilih isteri/suami ada laluan keluarnya, sebab itu ada syariat talak/tebus talak/fasakh dalam perkahwinan.
2. Salah memilih pemimpin ada laluan keluarnya samada menarik balik walak dan bai'ah kepadanya, menjatuhkannya atau memilih pemimpin lain bila tiba masanya.
3. Jangan persalahkan jantina kerana setiap jantina ada peranan, tanggungjawab dan hak masing masing yang Allah telah tentukan atau rahsia dan hikmat yang tersingkap di sebalik kejadiannya.
4. Samada tersalah memilih isteri/suami atau tersalah memilih pemimpin bukan satu dosa kerana kedua duanya perkara ijtihadi. Allah tidak bebankan ke atas kita kecuali dalam ruanglingkup kemampuan kita.