TERBAIK UNTUK PARTI HADAPINYA..KELUAR PARTI ATAU KENA PECAT?
Hangpa pakat pakat bubar..Patah tumbuh hilang berganti. banyak lagi yang akan muncul untuk menggantikan tempat hangpa semua. Percayalah dan aku memang percaya kawasan ini akan menjadi medan pertempuran yang hangat dan sudah tentulah ianya akan berjalan lancar dan Zuraida akan tumbang juga.
UMNO MAHUKAN CALONNYA SENDIRI
UMNO sudah mula bersuara, bahkan mahu calonnya sendiri dinamakan sebagai Perdana Menteri....
PM PERLU DIPILIH RAKYAT
HAMDAN TAHA
Tahun 98 presiden indonesia suharto jatuh atas tuntutan rakyat. BJ Habibie mengambil alih jawatan presiden ketika itu. Ini lah pertama kali presiden bukan orang jawa dan bukan dari tanah jawa...
Saya pula semasa krisis politik di malaysia juga turut memboloskan diri dari buruan oleh rejim dr mahathir semasa anwar di pecat. Dari pulau batam ke jakarta,antara perkara yang kami buat di sana ialah berjumpa pemimpin politik di sana. Saya dan sdr Ezam sempat berjumpa BJ Habibie di istana presiden kami berdua sahaja ketika itu. Kami juga berkesempatan berjumpa Gus Dur masa itu sakit hanya terbaring di atas katil...
BJ Habibie menjadi Presiden tidak lama dan beliau mengajak rakyat mengadakan pilihanraya. Reformasi nampak sangat kuat ketika itu,dalam tempoh dua tahun itu BJ Habibie membenarkan parti parti politik tumbuh di indonesia tidak seperti di zaman suharto. Maka tumbuh lah parti parti politik baru seperti PAN oleh amin rais( di lihat mewakili muhamadiah) dan PKB oleh Gus Dur ( di lihat mewakili golongan NU ) dan PDIP ibu Megawati...
Tiba tiba Bj Habibie membuat keputusan untuk bersara dari politik. Masa ini sistem pilihanraya di indonesia masih lagi hampir sama dengan kita. Presiden akan di pilih melalui dewan rakyat atau pun yang mendapat mejoriti ahli parlimen. Selepas itu baru indonesia menukar pelembagaan negaranya memilih presiden melalui undi rakyat seramai. Apabila Bj habibie tidak mahu bertanding maka Golkar di lihat kehilangan calun presiden yang kuat...atau pun boleh di katakan sedang tenat seperti umno sekarang...calun Presiden tak ada yang kuat dan di sukai rakyat kecuali Bj Habibie...
Masa saya dan srd Ezam berjumpa beliau sempat juga dia menjelaskan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk dia sama menawarkan diri kerana faktor ke jawaan yang kuat di waktu itu sehinggalah sekarang pun. Faktor jumlah MP yang mewakili tanah jawa adalah mejoriti,atau pun jika di malaysia ini MP orang melayu menguasai. Sedangkan dia dari sulawasi....maka dia ambil keputusan tidak mahu lagi menjadi presiden...
Apabila pilihanraya berlaku tiba tiba mejoriti kemenangan dapat kepada Megawati PDIP...dan Parti Golkar,... yang lain Pan , PKB dan parti parti lainnya tidak menang besar. Tidak ada satu parti pun boleh menubuhkan kerajaan walaupun parti megawati menang lebih besar. Untuk menubuhkan kerajaan baru ini mereka perlukan gabungan dan melantik seorang presiden. Amen rais ketika itu yang lantang dan di lihat tokoh reform indonesia memulakan rundingan dengan parti parti politik lainnya....
Akhirnya Golkar yang juga parti menang besar juga seperti parti megawati...membuat keputusan yang mengejutkan pada waktu itu. Golkar,Pan,PKB dan beberapa parti islam bergabung menolak Megawati sebagai Presiden indonesia. Mereka memilih Gus Dur sebagai Presiden walau pun PKB hanya parti yang mendapat sekitar 20 ke 25 kerusi sahaja jika saya tak silap...memilih Gus Dur kerana untuk menyekat Megawati sahaja. Megawati pula di lantik sebagai wakil presiden...
Keadaan kerajaan indonesia itu bagi saya hampir sama seperti sekarang kerajaan PN. Parti parti besar hanya jadi penyokong tetapi parti kecil jadi PM. Masa itu Gus Dur yang pada tahun 98 kena strok dan buta pula akhirnya jadi PM. Itu lah kebesaran Allah swt....sedangkan yang kuat masa itu adalah Megawati dan yang popular adalah amen rais....yang sepatutnya jadi Presiden boleh sahaja Bj Habibie jika beliau mahu bertanding lagi....
Malaysia juga sama orang yang di dapati ada penyakit kenser iaitu TSMY yang tiba tiba jadi PM sama keadaan seperti Gur Dur....tetapi Gus Dur sentiasa sukar memeritah kerana beliau tidak cukup kuat partinya lemah. Apa juga keputusan perlukan Golkar dan PDIP Megawati...akhirnya Gus Dur juga berundur sebagai Presiden setelah jadi Presiden dua tahun lebih....tambahan pula Gus Dur dia masa itu Buta dan tidak cukup sihat....tak lama juga dia jadi presiden. Selepas itu baru lah megawati ambil alih jawatan Presiden.....
Megawati pula masa itu melantik SBY sebagai Menteri Kanan dan apabila sistem baru terpakai Presiden di pilih oleh rakyat bukan lagi MP maka masa itu SBY tubuh parti baru. Demokrat parti baru dan kecil....tetapi SBY bergabung pula dengan Golkar bertanding....SBY menang presiden. Megawati kalah....tetapi di dewan rakyat parti SBY kecil dan kalah banyak. Di peringkat MP parti Megawati dan Golkar yang ramai...
Kita juga nampaknya boleh jadi kearah itu....
Saya fikir jika jawatan PM di pilih oleh rakyat....bukan oleh ahli parlimen malaysia juga akan menjadi macam indonesia....
TIGA PELUANG TERBUKA BUAT UMNO
Dalam Sidang Parlimen bermula 13 Julai ini, tiga perkara berikut dijadual akan berlaku:-
Pertama, usul menukar Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusoff yang akan dibawa oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Kedua, usul percaya terhadap Muhyiddin yang akan diusulkan oleh Pas.
Ketiga, usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad.
Dalam ketiga-tiga usul di atas, jika salah satu daripadanya saja yang tidak memihak kepada Muhyiddin, pilihan yang ada baginya ialah sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau membubarkan Parlimen.
Apabila tewas, biasanya pilihan yang diambil ialah membubarkan Parlimen bagi pilihanraya baru diadakan.
Dengan itu, sementara PH atau PH Plus begitu berhasrat menjatuhkan Muhyiddin kerana menganggap kerajaan yang dibinanya tidak didirikan berasaskan mandat rakyat, tiga peluang ini juga turut terbuka untuk UMNO mencapai tujuan menukar kerajaan daripada Perikatan Nasional kepada Muafakat Nasional.
Lebih-lebih lagi, 28 Julai ini merupakan hari di mana Mahkamah Tinggi akan memberikan keputusan berhubung kes rasuah SRC International melibatkan Najib Razak.
Jika angin yang bertiup tidak begitu baik untuk masa depan politik Najib, menewaskan Muhyiddin dalam salah satu daripada tiga peluang terbuka itu dan seterusnya Parlimen akan dibubarkan bagi pilihanraya semula diadakan, tentu saja merupakan pilihan yang lebih baik buat UMNO.
Lagi pula, sesuai dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang mahu pilihanraya semula diadakan segera, inilah masanya untuk mereka merealisasikan hasrat tersebut. (Shahbudindotcom 04/07/2020)
KERAP PULAK MB I MENANGIS...
Kerap benar MB PAS Kedah menangis..
Majlis makan malam dan meraikan kejayaan PAS merampas Kedah semalam..Merampas melalui pilihanraya atau kerana pertolongan dan dengki parti PKR ??? Itu bukan kejayaan..itu menang cara tak gentleman...
AKTIVIS PKR SARAWAK PERSOAL KELEMAHAN PARTI
Aktivis PKR Sarawak persoal kelemahan parti
Aktivis PKR terkenal Sarawak Iswardi Morni persoal kelemahan parti menuju PRN 2020:
1.GPS memang lemah, tapi kita pun tak kuat.
2. Apa persediaan jentera PKR setiap cabang Sarawak bagi menghadapi PRN12 ini?
3. Siapa calon PKR pada PRN12 ini?
4. Apakah matlamat PKR pada PRN12 ini? Takkan nak beri kemenangan percuma kepada GPS lagi?
5. Nak tunggu waktu kempen PRN12 baru turun bergerak?
6. Pihak lawan kini sibuk persediaan PRN12. Turun padang jumpa penduduk kampung, ambil tahu masalah penduduk di setiap kawasan. Tapi PKR? Mengharapkan bulan jatuh ke riba???
MORATORIUM MUNGKIN TIDAK DILANJUTKAN, RAKYAT TERTEKAN
Moratorium mungkin tidak dilanjutkan, rakyat tertekan
Oleh: Redzuan RF8 Media
Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib rakyat apabila mengetahui kemungkinan moratorium bayaran pinjaman tidak akan dilanjutkan di tengah-tengah banyak majikan membuang pekerja atau membayar separuh gaji.
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) membayangkan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium 6 bulan ke atas pinjaman yang akan tamat pada 30 September ini.
Ketika menjadi moderator sesi webinar bertajuk “R&R: Rancang dan bertindak awal” anjuran bank pusat itu hari ini, penolong gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, sehingga 19 Jun lalu, moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM47.5 bilion sejak ia berkuat kuasa pada 1 April lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.6 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan, manakala jumlah dimanfaatkan rakyat bernilai RM30.9 bilion melalui pinjaman yang layak mendapat moratorium daripada institusi kewangan.
“Pemulihan ekonomi akan berterusan dan kita tiada niat untuk lanjutkan tempoh moratorium kerana jika diteruskan akan ada kesan yang ingin kita elakkan.
“Perbankan adalah sektor utama yang membiayai pelbagai kegiatan ekonomi, jadi kita berada di persimpangan kerana ada sebahagian daripada peminjam masih berdepan cabaran,” katanya.
Perbincangan selama 1 jam yang dipancarkan secara strim turut dihadiri ketua pegawai eksekutif Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir; wakil Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM), Mohd Zaini Aris dan presiden Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan Profesion Malaysia (Peniagawati), Azlin Ahmad Shaharbi.
Sementara itu, Azaddin berkata, moratorium ternyata memberi kelegaan kepada peminjam, tetapi kelegaan sebenar ialah apabila peminjam mampu melangsaikan hutang mengikut jadual sebenar.
Katanya, peminjam yang berdepan kesukaran membayar balik pinjaman selepas tamat tempoh moratorium dinasihatkan berjumpa bank masing-masing untuk membincangkan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman (R&R).
“Jangan biarkan hutang tertangguh dan ini akan memberi tekanan kewangan sekali gus memberi kesan lebuh teruk kepada peminjam.
“Namun, jika peminjam ada pinjaman dengan banyak bank, mereka boleh datang ke AKPK untuk khidmat nasihat bagi menstruktur semula pinjaman mengikut kemampuan peminjam.
“Kami akan cuba berunding dengan bank untuk mendapatkan penyelesaian terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Zaini mengingatkan peminjam yang bermasalah meneruskan bayaran balik pinjaman supaya tidak melantik pihak ketiga untuk menguruskan R&R mereka.
“Ini bagi mengelakkan peminjam terjebak dalam skim penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
UUM DIDESAK KAJI KEDUDUKAN PROF KAMARUL YUSOF
UUM didesak kaji kedudukan Prof Kamarul Yusof
Oleh: Redzuan RF8 Media
Universiti Utara Malaysia (UUM) didesak supaya mengkaji kedudukan kakitangan mereka, Dr Kamarul Zaman Yusof kerana keghairahan menulis beliau telah beberapa kali memalukan institusi awam itu.
Inilah desakan para netizen ekoran sekali lagi pensyarah UUM itu terpaksa meminta maaf atas keceluparan tulisannya.
Keghairahan Kamarul Zaman menulis dan menyerang pihak musuh politik menerima akibatnya lagi apabila beliau terpaksa membuat permohohonan maaf secara bertulis di media.
Beliau terpaksa membeli ruang iklan di sebuah media dan memaparkan notis permohonan maaf beliau kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Permohonan maaf ini terpaksa dibuat oleh beliau ekoran tulisan bertajuk ‘Tiada walau satu sen pun hasil daripada dana USD50 juta kerajaan Qatar sudah sampai kepada pelarian Rohingya’.
Tulisan itu telah disiarkan melalui facebook beliau pada 30 April 2020 yang lalu.
“Saya mengatakan dengan penuh tanggung jawab bahawa sesungguhnya kenyataan saya dalam posting Kamarul tersebut adalah tidak benar, kelihatan berunsur fitnah serta tidak berasas kerana terpengaruh dengan asakan dan desakan yang tidak berasas tanpa membuat semakan terlebih dahulu kepada maklumat yang diberikan,” kata Kamarul yang juga felo Terengganu Strategik Intergrity Institut – TSIS yang dimiliki kerajaan Pas Terengganu.
Permohonan maaf itu disiarkan dalam Notis Am akhbar harian berkenaan.
“Nak tanya Kamarul Yusoff betulkah nama di bawah tuan yang punya.
“Jika betul pihak UUM patut gantung dia. Memalukan.
“Mahasiswa UUM tidak rasa malukah,” tulis Hussin Jan melalui facebook beliau.
Tengku Carlos Rizal pula menulis, “Tu pun ada hati nak saman orang.” Ia ekoran tindakan Kamarul menyatakan beliau akan menyaman beberapa pemimpin DAP kononnya mereka memalukan beliau.
Hassroy Abdullah pula menulis, “Tanah UUM banyak yang kosong. Suruh prof ni pi tanak kangkung.”
3 fakta buktikan bandar di Malaysia kini lebih majmuk
Pada 4
oleh PENTADBIR
Betul ke kata setengah orang, masyarakat Melayu masih tinggal di kawasan luar bandar dan kawasan bandar didominasi oleh komuniti bukan Melayu terutama Cina?
Kalau 40 tahun dahulu mungkinlah. Tapi sekarang dah tahun 2020. Sejak 1980-an, landskap demografi di Malaysia dah berubah banyak dah.
Jadi, jom kita baca fakta-fakta yang digariskan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming untuk memperbetul naratif dan ‘menghancurkan mitos’ ini.
Fakta 1: Majoriti orang Melayu tinggal di kawasan bandar di Malaysia
Ramai penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar sebenarnya. 75% daripada populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar pada 2016.
Daripada peratusan ini, 56% adalah Bumiputera. Hakikatnya, nisbah Bumiputera di bandar dan luar bandar adalah 2:1.
Pada 2016 juga, direkodkan sebanyak 13.2 juta Bumiputera tinggal di kawasan bandar berbanding hanya 6.2 juta di kawasan luar bandar. Maknanya, hampir 70% Bumiputera (dengan masyarakat Melayu sebagai majoiritinya) tinggal di bandar.
Pastinya angka-angka ini meningkat sekarang pada tahun 2020.
Fakta 2: Majoriti kerusi parlimen terbesar terletak di kawasan bandar dan majoriti / pluraliti adalah pengundi Melayu
Ada pula yang menyebarkan mitos kononnya hampir semua kawasan parlimen di bandar majoriti Cina. Betul ke?
Sudah tentu tidak.
Mari kita tengok Senarai 20 kerusi parlimen teratas mengikut jumlah pengundi dan peratusan pengundi Melayu juga Cina pada Pilihan Raya Umum 2018.
Mengikut data, hanya 4 kawasan mempunyai majoriti Cina, manakala 9 kawasan adalah majoriti Melayu.
7 kawasan mempunyai masyarakat majmuk (orang Melayu merupakan blok pengundi terbesar tetapi kurang daripada 50%).
Hampir semua kerusi ini adalah kerusi bandar atau separa bandar (kecuali Baling dan mungkin Tumpat serta Kemaman). Purata peratusan pengundi Melayu di 20 kerusi ini adalah 55.6% berbanding purata 31.3% pengundi Cina.
Kalau masyarakat Melayu daftar sebagai pengundi, mengundi di bandar dan bukannya di kampung asal mereka, kemungkinan sebanyak 15 daripada 20 kerusi parlimen teratas di Malaysia akan menjadi kerusi majoriti Melayu di kawasan Bandar!
Fakta 3: Terdapat lebih ramai isi rumah Melayu yang kaya daripada isi rumah Cina yang kaya. Tapi, orang Melayu juga majoriti kumpulan B40 (termasuk miskin bandar).
Tahu tak, ada satu statistik yang menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak isi rumah Bumiputera berpendapatan lebih RM10k sebulan berbanding isi rumah Cina? Terkejut kan?
Di bawah adalah Laporan Pendapatan Isi Rumah yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI) terbitan tahun 2014:
Ini menunjukkan sebilangan besar Bumiputera, terutamanya isi rumah Melayu, termasuk dalam kategori T20.
Kenapa trend ini berlaku?
1) Ramai orang Melayu berpindah ke bandar
2) Ramai orang Melayu mempunyai kelayakan pendidikan tinggi
3) Mempunyai akses pada peluang pekerjaan yang lebih baik
4) Pekerjaan dengan gaji yang tinggi dalam pelbagai perkhidmatan
1) Ramai orang Melayu berpindah ke bandar
2) Ramai orang Melayu mempunyai kelayakan pendidikan tinggi
3) Mempunyai akses pada peluang pekerjaan yang lebih baik
4) Pekerjaan dengan gaji yang tinggi dalam pelbagai perkhidmatan
Namun, memang tak dapat dinafikan majoriti kumpulan B40 terdiri daripada masyarakat Bumiputera. Namun, menganggap semua orang Cina “Taukeh Kaya” adalah salah!
Kenapa penting mitos ini diperbetulkan?
- Dasar awam mesti dirancang berdasarkan statistik dan fakta yang dikemaskini, bukannya berdasarkan naratif yang salah.
- Usaha wujudkan kelas pertengahan untuk Bumiputera terabai.
- Fakta dan statistik diperlukan untuk mengetahui dasar yang telah berjaya atau gagal sebelum ini.
Angka dan fakta yang betul penting untuk memajukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Mitos serta naratif yang salah perlu ditolak!
PARLIMEN DIGESA LANJUTKAN MORATORIUM PINJAMAN
Parlimen digesa lanjutkan moratorium pinjaman
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa mengemukakan usul Rang Undang-undang Morotarium dengan tujuan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran pinjaman rakyat yang dijangka berakhir pada September ini.
Menurut Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang perlanjutan itu perlu memandangkan rakyat terutama golongan B40 masih dalam keadaan tidak menentu, sama ada kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan bayaran gaji.
Menurut beliau sekiranya perlanjutan dilaksanakan sehingga awal tahun 2021 berkemungkinan lebih banyak sektor ekonomi akan pulih dan mengembalikan tahap pendapatan rakyat sebagaimana sebelum pandemik Covid 19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Bank beri moratorium pinjaman, kereta, rumah dan sebagainya. Namun saya nampak keadaan ekonomi sekarang sangat-sangat menekan. Saya tak nampak apa-apa suntikan dana atau pakej ransangan ekonomi yang (memberi kesan) memberangsangkan. Selepas morotarium tamat ramai rakyat akan terseksa, mereka tidak mampu membayar pinjaman bank.
“Mungkin ramai yang akan ditarik kereta dan sebagainya. Saya rasa kerajaan perlu panjangkan atau beri tempoh yang lebih lama dalam moratorium, terutama kepada rakyat B40. Saya tidak rasa mereka akan beroleh pendapatan yang baik dalam masa singkat (pasca Covid 19).
“Bagi saya, yang utama Rang Undang-undang berkaitan pembayaran pinjaman harus dipinda. Yang lain adalah SOP, penjarakkan sosial dan lain-lain,” katanya.
Moratorum diperkenalkan dalam pakej ransangan ekonomi yang diumum pada Mac lalu sebagai langkah tambahan bagi mematuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan keperluan Syariah.
Bedasarkan pakej ransangan tersebut, moratorium diperkenalkan selama 6 bulan bagi menyerap kesan penutupan semua aktiviti ekonomi apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara total.
MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN DALAM MN,MAHATHIR TIDAK DIPERLUKAN DALAM PH
Walaupun sokongan kepada Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri telah dizahirkan oleh UMNO dan Pas, tetapi ramai yang percaya ia hanyalah untuk jangka masa pendek saja.
Dipercayai, sokongan itu lebih bertujuan membantu Muhyiddin berdepan usul undi tidak percaya di Parlimen semata-mata.
Sebaliknya, untuk jangka masa panjang atau berdepan PRU15 akan datang, tiada lagi sokongan daripada UMNO dan Pas terhadap Muhyiddin.
Sebagaimana yang dizahirkan oleh majoriti pemimpin UMNO sebelum ini, kerjasama mereka dengan Muhyiddin dan Bersatu tidak lebih sehingga PRU15 dan hanya untuk memastikan kestabilan kerajaan PN yang dibentuk sekarang tidak tergugat.
Dalam hal ini, kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU akan datang adalah suatu pandangan realistik dan iujur sejujur-jujurnya.
Menurut Ku Li, bekerjasama dengan Bersatu bukan saja akan menimbulkan masalah dari segi pembahagian kerusi, malah boleh membuatkan UMNO hilang kedudukan dominannya dalam kerajaan.
“Bersatu tak sepatutnya ada pun (dalam kemungkinan itu). Ahli-ahli UMNO berasa bahawa kerjasama yang harus berlaku hanya melalui Muafakat Nasional – PAS, UMNO dan dengan rakan-rakan tradisi BN iaitu MCA dan MIC.
“Begitu, barulah tidak akan ada masalah agihan kerusi.
“Tapi kalau dibawa Bersatu, UMNO mungkin akan berdepan keputusan pilihanraya yang menyebabkan kita berada dalam situasi ‘tergantung’ sekali lagi – tiada yang ada kedudukan dominan dan tiada yang mempunyai majoriti jelas.
“Kemudian, kita akan berdepan situasi yang sangat tidak stabil,” jelas Ku Li lagi.
Berdasarkan kenyataan Ku Li itu dan kedudukan MN yang ada UMNO, Pas, MCA dan MIC di dalamnya, ia sebenarnya adalah gabungan yang sudah sempurna untuk mereka berdepan dengan PH dan seterusnya bagi mengejar impian menjadi kerajaan semula.
Bersatu dan Muhyiddin tidak diperlukan lagi oleh MN atau PN perlu diwujudkan secara rasmi sebagai sebuah entiti baru, walaupun ketika ini Presiden Bersatu itu adalah Perdana Menteri dan kerananyalah UMNO dapat kembali jadi kerajaan.
Namun, harus juga disedari, tanpa sokongan UMNO dan BN, Muhyiddin pun tidak mungkin dapat jadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun, dalam menghadapi PRU akan datang, berbanding membantu, kehadiran Bersatu lebih banyak menyulit dan menimbulkan masalah kepada UMNO.
Yang paling masalah, tentunya apabila ada Bersatu dan Muhyiddin dalam sebuah gabungan kerjasama, UMNO terpaksa melupakan hasratnya untuk meletakkan calon parti itu sendiri sebagai Perdana Menteri.
Mahu tidak mahu, terpaksalah berketuakan Muhyiddin lagi.
Sediakah pemimpin-pemimpin UMNO, terutama mereka yang lapar kerusi Perdana Menteri, menerima situasi itu?
Dalam konteks berkaitan, kedudukan MN boleh dikira sudah seimbang dengan PH yang bakal dihadapi mereka dalam PRU15 nanti.
Jika MN ada UMNO, Pas, MCA dan MIC di dalamnya yang sudah merangkumi pelbagai kaum, PH yang mempunyai PKR, DAP dan Amanah juga dalam kedudukan yang sama.
Jika salah satunya menjadi kerajaan, mereka adalah gabungan yang tidak cacat serta bersesuaian dengan kemajmukan kaum di negara ini.
Makna kata, sebagaimana Muhyiddin dan Bersatu tidak diperlukan dalam MN, Tun Mahathir Mohamad dan kumpulannya juga tidak diperlukan dalam PH, apa lagi melihat karenah Tun Mahathir yang tak habis-habis merasakan hanya dirinya saja layak duduk di kerusi Perdana Menteri.
Yang harus difikirkan sama, tanpa Bersatu dan tanpa Tun Mahathir, politik Malaysia akan lebih aman dan tidak keterlaluan lagi celarunya selepas ini.
(Shahbudinditcom 03/07/2020)
(Shahbudinditcom 03/07/2020)
CHINI MENGUNDI- BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. KESIHAN CHINI MENANGIS
WRLR- AMIRUDDIN AHMAD
Hari ini pengundi Chini mengundi. Aku yakin pengundi Chini akan mengundi parti Baghdad tu lagi. Sebab tanpa parti Umno yang diketuai oleh Najib yang terpalit dengan macam macam cerita, penduduk Chini tak akan hidup tanpa Umno.Al maklumlah Najib tu Chini, Chini tu Najib.
Bayangkan, sejak 44 tahun dulu,(muka sama yang berada di Pekan tu) sedangkan di Penang (video), aku rasa keadaan sudah banyak dan keterlaluan berubah jika untuk membandingkan keadaaan di Chini ? Kesihan orang Melayu. Kerajaan Melayu Isle?
1. PPBM - Muhyiddin
2. UMNO - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
3. PAS - Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
4. MCA - Datuk Seri Wee Ka Siong
5. MIC - Tan Sri S Vigneswaran
6. PBB - Datuk Patinggi Dr Abang Johari Abang Openg
7. SUPP - Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
8. PDP - Datuk Seri Tiong King Sing
9. PRS - Tan Sri Dr James Jemut Masing
10. PBS - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
11. PBRS - Arthur Kurup
12. STAR - Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Kesihan lagi bangsa Melayu. makna kata sejak dari zaman tok nadoq, sampai sekarang tak banyak berubah. Tetapi jangan risau 10 menara pemancar akan dibina, Segalanya akan dibina berdasarkan apa yang pimpinan buat. Orang asal pun akan maju dan Tasek Chini pun akan berubah wajah .
Segala sekatan untuk air keluar masuk dari sungai Pahang menuju Tasek Chini haruslah di dibuka semula dan Perkhidmatan serta pembersihan dan pokok pokok serta kem PLKN yang bersebelahan dengan Tasek Chini juga haruslah di tutup.Banyak kerja dan bolehkah ianya di lakukan ???
PROFF KA YU YANG MEMALUKAN UNIVERSITINYA
Hamsina Hamzah
Sebelum menulis tak semak fakta ke?
𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗠𝗘𝗠𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, lepas tu cepat-cepat minta maaf sebab takut kena saman.
Tulisan Prof KaYu ni selalu jadi rujukan PAS-UMNO. Memalukan..Biasanya kualiti Universiti bergantung kepada kualiti Proff dn kakitangan yanhg yang biasanya membuat research terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pemaklumat dan hasil lkajian kepada umum, Namun oleh keran ianya bukan sesuatu kewajipan untuk memfitnah dan kualiti yang ada, maka hasilnya juga amatlah jijik dan memusnahkan kreadibiliti dan title yang dibawa.
Kadang title ,gelaran dan darjah lainnya akan dipandang sipi, Namun bagi akademik, nama Proff, Dr, iru amatlah beharga dan tinggi nilainya untuk membentuk generasi yang datang terutamanya di Universiti.
Jika Universiti mempunyai seorang Prof, atau Dr sekali pun, namun hasil dan cara penulisan atau apa sekali bahan yang didedahkan kepada masyarakat umum, ianya amat mengecewakan dan akan memalukan nama Institusi pengajian tinggi itu. Aku yakin seseorang pelajar yang akan menamatkan pengajian di UUM akan merasa amalu dengan pelajar yang keluar dari USM...nasib anak aku tak ke UUM.
𝗠𝗬𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗜 𝗕𝗔𝗕𝗔 𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗜 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Kredit : Adrian Lim Chee En
Baru-baru ini terbongkar bahawa aplikasi MySejahtera merupakan syarikat asing. Kerajaan Malaysia pula menafikan perkara ini dengan alasan bahawa syarikat ini syarikat Malaysia yang dimiliki warganegara Malaysia sejak tahun 2010.
Ini saya nak kantoikan lagi Kerajaan Melayu Islam PN yang kencing kepala orang Melayu sampai bau hancing.
1. KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia sejak 2010. Benar apa yang dikatakan Kerajaan Malaysia. Tetapi apa yang tidak diberitahu oleh Kerajaan Malaysia adalah KPISoft Sdn Bhd merupakan ANAK SYARIKAT THE REAL KPISOFT YANG BERPENGKALAN DI AMERIKA SYARIKAT.
2. The real KPISoft diasaskan pada tahun 2008 oleh seorang warganegara Singapura yang bernama Dr. Finian Tan.
3. Dr. Finian Tan adalah warganegara Singapura yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura sebelum memulakan kerjaya dalam bidang big data dan ICT.
4. Pada tahun 2008, Dr. Finian telah membangunkan KPISoft sebelum membawa KPISoft ke peringkat antarabangsa. Ibu pejabat KPISoft kini terletak di Houston Texas, Amerika Syarikat.
5. Selepas berjaya di peringkat antarabangsa barulah KPISoft cuba tembus pasaran Malaysia dengan mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd di Malaysia.
6. Melalui dua Ali Baba warganegara Malaysia, the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd pada tahun 2010.
7. Ini seperti lah mana-mana syarikat asing yang ingin menembus pasaran Malaysia, ibu syarikat asal itu akan mendaftarkan sebuah syarikat tempatan di Malaysia. Macam Honda asalnya Jepun, tetapi Honda Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila Honda nak masuk Malaysia. Macam TESCO asalnya United Kingdom sejak tahun 1919, tetapi TESCO Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila TESCO nak masuk Malaysia. Honda atau TESCO tidak menjadi milik anak Malaysia semata-mata kerana mereka ada Ali Baba di Malaysia.
8. Meskipun saham majoriti KPISoft Sdn Bhd dimiliki dua warganegara Malaysia, ini tidak menjaminkan data yang diambil, direkod dan sebagainya tidak dikongsi bersama ibu syarikat KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ini bermakna, ianya bukan mustahil data dan butiran berpuluh juta rakyat Malaysia boleh diakses oleh the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat kerana mereka masih syarikat yang sama. Takkanlah kalau kamu ada cawangan kedai runcit kat Bagan Datok, wang atau hasil atau aset cawangan itu tidak dikongsi atau disentuh oleh kedai runcit ibu yang berpengkalan di Kuala Lumpur? Betul tak?
9. Begitulah fakta asal usul KPISoft yang membangunkan MySejahtera. Kononnyalah KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia. Hakikatnya KPISoft Sdn Bhd adalah Ali Baba kepada the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh warganegara Singapura.
Rujukan sila baca di sini:
1. Biodata pengasas KPISoft: Dr. Finian Tan
2. Ibupejabat KPISoft: Texas, Amerika Syarikat
3. Tahun the real KPISoft diasaskan: Tahun 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)