JURUCAKAP PARLIMEN KEADILAN


HAMSINA HAMZAH

KEADILAN terus komited untuk memperjuangkan ekonomi peduli rakyat dan meneruskan agenda reformasi.
Untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, Pejabat Presiden dan Whip Parti melantik Jurucakap Parlimen (Parliamentary Spokespersons) KEADILAN untuk membayangi Menteri-Menteri Perikatan Nasional, mengikut portfolio-portfolio yang ada.
Barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan KEADILAN sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia.
Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri, pernah bekerja di pihak korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat.
Dengan kewujudan Jurucakap Parlimen KEADILAN ini, setiap keputusan Kabinet Perikatan Nasional akan disemak imbang dengan lebih efektif, dan ia akan memastikan kecekapan dan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN akan dipertingkatkan.