KEH KEH KEH...SYURGA MENANTU MUNG..KERA PARTI AHANGPA DAPAT COP MOHOR DARI TUHAN...

 



Kurang 3 ahli “melaka”…




HIBURAN ISLE..

 


Penang Netizen





Pesta Muda Mudi di Tunjung Kota Bharu Kelantan mendapat sambutan hebat dari anak-anak Kelantan yang dahagakan hiburan. 


Rata2 anak muda yang di temui memuji kerajaan Pas Kelantan kerana berjaya menjadi contoh hiburan cara islam.




BILA TIDAK DIJAWAB DENGAN HUJAH



M.Asri Mohd Jamil



 Apabila perbezaan tidak lagi dijawab dengan hujah tetapi dengan label, tekanan dan ancaman politik, krisis kepercayaan semakin mendalam. Keseluruhannya, episod ini menonjolkan kegagalan mengurus perbezaan dalaman secara matang, sekali gus menimbulkan persoalan besar: jika konflik sesama sendiri pun gagal diurus, bagaimana mungkin gabungan yang sama diyakini untuk mentadbir negara?







Krisis bermula di Perlis apabila kegagalan PAS menangani kemelut jawatan Menteri Besar mencetuskan pertembungan terbuka dengan BERSATU, sebelum merebak menjadi krisis kepimpinan dan kepercayaan dalam Perikatan Nasional. Isu pelantikan Pengerusi PN yang sepatutnya diselesaikan secara teknikal akhirnya bertukar menjadi polemik terbuka akibat kegagalan menghormati persetujuan bersama.


Walaupun persetujuan telah dicapai pada 16 Januari 2026 untuk merombak struktur PN melalui pengukuhan Majlis Presiden dan penubuhan Majlis Eksekutif, proses tersebut dipintas apabila jawatankuasa teknikal tidak dipanggil dan agenda baharu digerakkan secara tergesa-gesa. Perbezaan tafsiran antara keputusan politik dan status teknikal kemudian diputar menjadi tuduhan secara halus “berbohong”.


Konflik ini tidak terhenti di peringkat gabungan, malah merebak menjadi pertembungan dalaman PAS sendiri. Kritikan terbuka Mohd Zuhdi Marsuki dan reaksi keras pimpinan, termasuk kenyataan Syahir Sulaiman, mendedahkan kegagalan menyediakan ruang dalaman yang sihat untuk berbeza pandangan.


Drama tidak berhenti disitu, malah diteruskan dengan episod penghinaan terhadap Mursyidul Am oleh Bila Bukak Mulut jer MUHUNG dalam satu ucapan di hadapan pimpinan dan ahli PAS, yang videonya sedang viral.


Ingatlah sabda Rasulullah ﷺ:


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ، فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ، فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ الْأَرْضِ، ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا، فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فَإِنْ كَانَ أَهْلًا لِذَلِكَ وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا.


Daripada Abu Darda’ رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:


“Sesungguhnya apabila seorang hamba melaknat sesuatu, laknat itu akan naik ke langit, lalu pintu-pintu langit ditutup. Kemudian ia turun ke bumi, lalu pintu-pintu bumi juga ditutup. Kemudian laknat itu bergerak ke kanan dan ke kiri. Jika ia tidak menemukan tempat (untuk ditujukan), maka ia kembali kepada orang yang dilaknat itu jika dia memang layak; jika tidak, laknat itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.” - Riwayat Muslim


Wallahu a'lam





𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐑𝐌𝟐 𝐉𝐮𝐭𝐚, 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐤𝐮: 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫.









Ketika rakyat terus diminta berjimat dan berintegriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mendedahkan sisi lain kehidupan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lengkap dengan hotel bernilai jutaan ringgit dan puluhan akaun bank.


Dalam siasatan berkaitan kes rasuah perolehan TLDM, SPRM membekukan 21 akaun bank melibatkan individu dan syarikat, selain menyita dua buah hotel dianggarkan bernilai RM2 juta. Semuanya dilakukan atas nama siasatan, kerana jumlah harta yang dimiliki dilihat tidak selari dengan pendapatan rasmi.


Lebih menarik, akaun yang dibekukan merangkumi 14 akaun individu dan tujuh akaun syarikat, dengan nilai ratusan ribu ringgit. Bukan setakat simpan duit, malah perniagaan hospitaliti juga berjaya diusahakan mungkin sekadar "pelaburan sampingan", siapa tahu.


Seorang pegawai kanan TLDM dan seorang pengarah syarikat kini direman bagi membantu siasatan, sementara SPRM meneruskan usaha menjejak aset lain yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini.


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, sekali gus menambah satu lagi episod dalam senarai panjang kisah integriti yang sering dilaungkan, tetapi sukar dipraktikkan.


#skandalrasuahtldm #kesrasuah #PecahAmanah #hapusrasuah #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang Credit: Mihar Rahim




LAGI BAKAL PERASUAH AKAN KENA


 

NOHHH HAIH.. AKU BUKAN APA.. TAKUT SEMUA DEPA JUAI.


 

HADI KEPONTENG

 


𝟭𝟬 𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗦



✍️  Ahmad Mursi


1.  Kau liberal. Liberal terkeluar dari Islam. Kau terkeluar dari Islam. Kafir mengkafir.


2.  Berpakat dengan PAS, bermakna berpakat dengan Islam. Berpakat dengan selain PAS, bermakna berpakat dengan kuffar dan Al-Ahzab.


3.  Parti PAS sahaja Islam, parti lain semua sekular kerana bukan ustaz2 jadi ketua dan perlembagaan parti pun tidak Islam.


4.  PAS menang, maka Islam menang. Selagi PAS tidak menang, selagi itu Islam belum menang. Mesti berjihad. Mati ahli PAS dikira mati syahid.


5.  Kerajaan tak buat hudud itu kerajaan kafir. Jika PAS tak buat hudud, itu kerana bukan keutamaan PAS. Yang bertanya itu soalan syaitan.


6.  Kerajaan zalim, wajar doa laknat dan kehancuran walaupun orang Islam. Hanya PAS sahaja kerajaan adil di atas muka bomi. Keadilan tertegak hanya ditangan PAS.


7.  Walaupun kerajaan buat baik, tetap tidak dikira Islam. Wajib pilih PAS jika ada wawasan akhirat.


8.  Hanya PAS pejuang Islam. Pertubuhan selain PAS bukan pejuang Islam. Samada ABIM, IKRAM, AMANAH, UMNO, PKR, NGO2.


9.  Wajar fitnah dan buat dosa besar qazaf kepada Lawan politik PAS kerana mereka bukan puak Islam.


10.  Kritik pemimpin PAS itu bermakna lawan Ulama dan haram. Hina, caci, maki, fitnah, kritik pemimpin kerajaan dan parti lain itu halalan toyiba.




DOA WALAUN TOLOL.

 



Walaun bila dah 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗹 (kalau dorang ada akal la), memang macam ni la permainan dia. Berdoa konon. Ni yang aku kata, dia ingat dia boleh tipu Allah?





Hakikatnya Islam melarang doakan perkara buruk terhadap sesama muslim. Sebab tu aku kata dia kena banyak belajar lagi. Sebab yang basic pun dia tak tau.


Lagi pun dia tak tengok agaknya apa terjadi kepada PN lepas 𝗠𝗣 𝗝𝗮𝘀𝗶𝗻 baca qunut Nazilah? Tak belajar dari pengalaman. Kena kat dia balik karang. Hahaha...


Tapi aku tak nak la doakan yang buruk pada dia. Aku doakan semoga dia diberikan hidayah dan kesedaran. Moga Allah lanjutkan usia dia agar dia dapat saksikan  sendiri apa yang aku katakan tentang PAS itu betul.


Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BERAPA TANAH BUMIPUTERA DI KELANTAN TUNGGAL?





 Che Ibrahim


Berapa keluasan Tanah Rezab Melayu di Kelantan yang telah diberi pajakan sehingga 90 tahun kepada syarikat bukan bumipetra? 


Perlu dijelaskan beratus ratus ribu ekar tanah tanah milik GLC Kelantan yang diberi pajakan kpd syk2 non bumi adalah berstatus Rezab Melayu.






KUALA LUMPUR — Kelantan merekodkan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) tertinggi di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1.36 juta hektar pada tahun 2024.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, kedudukan itu meletakkan Kelantan di hadapan negeri lain termasuk Perak (953,212.43 hektar), Kedah (809,142.22 hektar) dan Johor (561,802.6 hektar).


Pahang pula mencatatkan keluasan TRM sebanyak 444,074.9 hektar, diikuti Negeri Sembilan (224,483.22 hektar), Selangor (164,743.96 hektar), Perlis (33,554.48 hektar) dan Kuala Lumpur (1,004 hektar). Di Terengganu, keluasan TRM direkodkan sekitar 2,378.89 hektar, manakala tanah pegangan Melayu di negeri itu berjumlah 401,129 hektar.


Perkara tersebut dimaklumkan NRES menerusi jawapan bertulis di Parlimen susulan pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, berkaitan pecahan TRM mengikut negeri serta perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.


Menurut NRES, jumlah keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan bersih sebanyak 135,063.46 hektar sejak 2020, menjadikan keluasan semasa sekitar 4.95 juta hektar, berbanding 4.82 juta hektar sebelum ini. Bagaimanapun, statistik tersebut tidak merangkumi Pulau Pinang dan Melaka kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.


Dalam aspek pemeliharaan, NRES menjelaskan bahawa pengurusan TRM tertakluk kepada beberapa kerangka perundangan utama termasuk Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Rizab Melayu negeri-negeri, serta Kanun Tanah Negara 1965, yang memperuntukkan perlindungan khas, keperluan penggantian tanah setara jika berlaku pembatalan pengisytiharan, selain kawal selia pemilikan dan kepentingan tanah.


Kerajaan turut memanfaatkan Mesyuarat Majlis Tanah Negara sebagai platform penyelarasan dasar serta pengumpulan data TRM di peringkat Persekutuan bagi memastikan status tanah rizab Melayu terus terpelihara secara berterusan.




ANDAI PAS BERSATU PERINTAH.


 

WALAUN BWENGONG KOMEN @

 


APA YANG DIMAKSUDKAN SETAN BISU.


 

LAGI PUSAT URUT BERI RASUAH PADA PIHAK BEEKUASA. MAKAN DUUT HARAM BEKA ANAK BINI


 

KO JADI LAH.. BUKAN PAYAH PUN

 


Isu Menara KL: 7 Mei perbicaraan pengarah syarikat tawar suapan kepada Annuar Musa






MAHKAMAH Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 17 hari bermula pada 7 Mei untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan dengan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.


Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Elyza Amira Habeeb Rahman dan peguam Tang Jia Yearn yang mewakili Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.


"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 dan 8 Mei, 5 Jun, 20 hingga 22 Julai, 28 Ogos, manakala Oktober pada 5 hingga 7, 19 hingga 21 serta 1 hingga 4 Dis 2026. Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan kes pada 18 Mac ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi," kata Suzana.


Terdahulu, Elyza Amira memohon tarikh sebutan untuk pihaknya menyerahkan senarai saksi pendakwaan yang akan memberikan keterangan di mahkamah.


"Kita juga akan memaklumkan kepada mahkamah tentang status rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi pada tarikh sebutan kes itu nanti," katanya yang turut memaklumkan tarikh pendengaran rayuan berkenaan pada 6 Mac ini.


Pihak pembelaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes membabitkan Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd dibicarakan bersama.


Pada 5 April 2023, Abdul Hamid Shaikh, 52, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.


Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.


Hydroshoppe turut berdepan pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, iaitu menawarkan suapan kepada Tan bagi faedah Annuar dengan niat yang sama di lokasi dan tarikh serupa.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana lebih tinggi atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama